Showing posts with label Galaxy Camera. Show all posts
Showing posts with label Galaxy Camera. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Samsung GALAXY Camera Workshop Sangat Best.

Hi Korang,

Tup-tup geng Samsung plak panggil pi join Samsung GALAXY Camera workshop ni kat Mid Valley hari tuh. 



Nasib baik buat Sabtu pagi so aku heretlah MrBig sekali, sambil tu boleh shopping sket sempena CNY kan. Dah macam aku raya plak ek.


Class tak ramai pun dalam 10 orang gituh. Objektif workshop ni adalah untuk memperkenalkan lagi kehebatan Samsung Galaxy camera ni. Walaupun aku dah pernah buat review tapi ada banyak lagi function yang aku tak tau dalam Galaxy Camera ni.


Cam biasa simple briefing dari Product Manager Samsung. Dah memacam plak menda yang aku dapat tau. Cara ambil gambar yang betul, editing gambar, uploading semuanya boleh buat dengan camera canggih ni.

Kemudian, ktorg di bawa jejalan around Mid Valley ni.




So sambil jalan tu sambil lah diorg briefing sket function-function mantap dalam camera ni. Aku suka tu time buat slow motion video, memang superb sangat. Boleh slowkan air fountain yang membuak memancut tu tau. Ambil gambo lompat yang cantik dan ada lagi lah.




Mana plak video ni, jap aku pi cari dulu ek


Memang workshop ni bukak mata aku lagi mengenai Samsung GALAXY camera ni dan bertambah kuatlah keinginan aku nak beli kan.

Jawabnya,


Kena keja kuat lagi tulis blog untuk beli camera ni. Bak kata blogger Taiko Sepang, beli camera ni pakai duit blogging baru masyuk kan. Kira nampak hasil berblogging selama ni.

Jadi mari mengupdate blog sentiasa ye.


Wednesday, January 9, 2013

WW - Kehebatan Samsung GALAXY Camera

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week

jeng..jeng..jeng



Hebat tak? Aku sendiri pun tak sangkat ktorg boleh buat effect ni guna Samsung GALAXY Camera. Memang impressive sunguh lah

Best oooo




Thursday, January 3, 2013

REVIEW | Samsung GALAXY Camera Bukan Sekadar Camera Biasa Je


Hi Korang,

Wokeh nak citer pasal Samsung Galaxy Camera ni secara umumnya.


Semua orang tau pasal Samsung ada keluarkan camera terbaru mereka ni. But its not just a camera tapi lebih dari tu. Selain daripada upload gegambo korang ke Facebook, Galaxy Camera ni juga lebih kurang functionnya macam tablet. Sebabnya korang boleh upload gambo ke social media, check email, baca blog, boleh chit-chat thru messanger pendek kata apa-apa pun boleh lah.

GALAXY (tablet function) + CAMERA = Samsung Galaxy Camera


Cumanya dia tak boleh buat call je coz tak de function tuh but boleh 3G dan WiFi dengan data plan yang korang guna.


Screen bukan main besar tau 121.2mm (4.77") HD Super Clear Touch Display. Lagi seronoklah aku nak ambil gambo ye. Berkilat sungguh, super AMOLED la katakan.


Ada 3 standard mode cara untuk korang amik gambo iaitu AUTO, SMART dan EXPERT.

SMART Function, seronok guna ooo. Memacam gambo boleh amik


DSLR function, senang bagi photographer cam Mr Big ni.

So korang-korang tak berapa pandai nak guna tu, bolehlah pilih yang mana satu kepandaian tangan korang tau.

ZOOM plak.


Mak ai boleh 21x zoom. Hebat tak? Segala mak neka yang jauh pun korang boleh shoot tanpa ragu-ragu lagi ek. So boleh lah skodeng orang depan block aku ni.


Jap jap nak citer sket lagi, kita boleh bercakap jugak dengan smart camera ni. Atas tu senarai command yang korang boleh gunakan. Aku cuma cuba cakap SMILE je, eh jadi plak dibuatnya.


Dah lah nanti aku citer lagi ek, rasanya dah banyak info kat entry mukadimah ni. Esok-esok aku citer pasal function lain dalam Samsung GALAXY Camera ni ek.

Sekarang harga dia RM1850 + extra battery + RM388 maxis top up untuk data internet, itu pun kalau beli kat kedai biasa la. If dekat dealer RM1899 retails price.

Ok chow, nak pi godek lagi Galaxy Camera ni




Saturday, December 22, 2012

Wow! Samsung Galaxy Camera

Hi Korang,

Bukan nak kasi korang jeles but itulah hakikatnya

Dapat lagi


Review Samsung Galaxy Camera yang tengah HOT sekarang ni.

Haruslah Samsung yang kasi

Dapat-dapat je tadi terus je aku godek semua button. Memang best sungguh function dalam camera ni daripada auto mode sampai ke DSLR function. Sambil tu gak features untuk social media pun awesome sangat.

Ok ok tunggu je review aku nanti ek.