Hi Korang,
Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini secara rasmi melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman sachet 3-dalam-1 pertamanya. Menerusi varian teh susu, kopi dan coklat, sachet ini menawarkan rasa lazat setaraf kafe yang boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua. Majlis pelancaran telah diadakan hari ini di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.
Bekas Menteri dan “podcaster” terkenal, Khairy Jamaluddin yang juga penyokong kuat inovasi dan keusahawanan tempatan, telah merasmikan pelancaran ini. “Perjalanan Tealive daripada kiosk ke rumah pengguna bukan sekadar evolusi perniagaan, tetapi perubahan budaya. Ini adalah detik kebanggaan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sahaja mengeksport produk, tetapi juga gaya hidup dan identiti kita.” kata Khairy
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo, menyifatkan pelancaran ini sebagai bab baharu yang berani buat Tealive serta langkah strategik untuk memastikan jenama ini kekal relevan dengan perubahan gaya hidup ke arah kemudahan dan penggunaan di rumah. “Kami mahu menjadikan rasa kegemaran Tealive lebih mudah diakses oleh para peminat kami. Rangkaian 3-dalam-1 ini membawa detik istimewa Tealive ke dalam rutin harian — sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja atau berehat di rumah,” kata Loo.
Rangkaian baharu ini akan mula dijual secara eksklusif di AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara serta platform e-dagang mulai 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit pada Julai. Setiap kotak dijual pada harga RM12.90 dan mengandungi lima hingga enam sachet yang dibuat menggunakan bahan premium untuk rasa yang kaya, berkrim dan asli. Barisan penuh termasuk:
1. Teh Susu: Teh Susu Signature, Teh Matcha, Teh Tarik
2. Kopi: Kopi Signature, Caramel Macchiato, Kopi Hazelnut
3. Coklat: Coklat Signature, Coklat Gelap, Coklat Hazelnut
Loo berkata, “Kami tahu sachet ini perlu lebih daripada sekadar sedap — ia perlu menghadirkan pengalaman positif penuh seperti di Tealive dengan setiap tegukan. Maka kami melabur dalam mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi dan profil rasa yang menyerupai apa yang anda rasai di cawangan kami.”
Minuman sachet Tealive ini disasarkan untuk menonjol dalam landskap FMCG yang kompetitif. Loo menyatakan kepercayaan jenama, inovasi rasa, integriti bahan dan hubungan emosi dengan pengguna sebagai pembeza utama. “Kami membina Tealive sebagai jenama gaya hidup, bukan sekadar produk. Hubungan ini memastikan pembelian berulang dan kesetiaan jangka panjang. Tambahan pula, ia bukan sahaja tentang kemudahan — tetapi menunjukkan bahawa produk buatan Malaysia setaraf dunia. Menyokong jenama tempatan bukan sahaja tindakan patriotik; ia adalah pilihan bijak apabila kualitinya terbukti,” tambah Loo.
Khairy turut menyokong kenyataan tersebut dengan berkata, “Kita perlukan lebih banyak jenama Malaysia seperti Tealive yang memimpin dengan kebanggaan dan keaslian. Menyokong jenama tempatan bukan sekadar semangat patriotik — ia menyokong pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi kita. Ayuh kita buat pilihan dengan lebih bijak dan sokong inovator yang membentuk Malaysia masa depan.”
Khairy turut memuji semangat keusahawanan Tealive dan komitmennya terhadap inovasi tempatan. “Sebagai seseorang yang sentiasa menyokong jenama Malaysia untuk berkembang, saya bangga menyaksikan evolusi seterusnya Tealive. Kita ada bakat, idea dan ketabahan. Apa yang diperlukan kini ialah kepercayaan kolektif dan sokongan strategik untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.”
Menurut Frost & Sullivan, segmen kedai teh di Malaysia dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 9.6% dari 2024 hingga 2029, melepasi pertumbuhan industri minuman secara keseluruhan. Tealive berada dalam posisi baik untuk memanfaatkan pertumbuhan runcit dan FMCG ini.
Majlis pelancaran turut memperkenalkan pembaharuan menu yang menarik. Bagi pelanggan yang mencari pilihan lebih ringan, Tealive memperkenalkan kategori baharu teh susu ringan, direka khas untuk penggemar teh yang mementingkan kesihatan. Minuman kegemaran ramai, Bang Bang, kembali dengan formulasi baharu yang lebih kaya dan berkrim, manakala teh Da Hong Pao dan siri Snowy baharu menambah pengalaman rasa premium. Loo menjelaskan, “Pembaharuan menu ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan cita rasa yang semakin berubah. Dari yang indulgent hingga yang seimbang, kami pastikan ada sesuatu untuk semua orang.”
Sebagai pelengkap kepada pengumuman produk, Tealive turut mengumumkan kerjasama eksklusif bersama jenama tempatan Malaysia bagi mengeluarkan barangan edisi terhad. Kolaborasi ini diraikan bagi menghargai kreativiti, warisan dan kebanggaan Malaysia.
No comments :
Post a Comment