Thursday, March 17, 2016

Pening Betul Bila Masuk Public Toilet Lah

Hi Korang,


Rasanya setiap hari kita akan masuk toilet selain daripada yang ada kat umah kita kan. Yelah toilet opis, toilet kedai makan, toilet mall dan memacam toilet lagi kan. 

Kalau aku plak siap guna portable toilet lagi maklumlah keje kat site kan, itu je yang senang ktorang sewa untuk pekerja-pekerja ni. 

Seronok masuk toilet kat umah kan sebab semua bersih, cantik dan harum je manjang. Pantang kotor sket abis aku amuk Mr Big suruh cuci toilet tuh. Yelah nak guna pun happy la sedap je mata memandang tapi tandas awam? Ya ampun kembang-kembang tekak rasanya, sebab memacam menda yang kita akan jumpa. Kekadang tuh menda yang tak sepatutnya ada pun boleh ada kat dalam public toilet ni kan. 

mari mulakan kerja inspector gadget

Yang paling aku rimas tuh, orang pijak alas mangkuk tandas, wei korang dah kenapa kan. Itu tandas duduk so kena duduk dah kalau geli nak duduk alas tisu then baru duduk. Kang heboh nak mencangkung terus kaki dalam mangkuk tandas tu baru padan muka.. 

Puncanya apa ?

Sikap manusia yang pentingkan diri sendiri.

Lepas guna biarkan cam tuh je, ada tu yang buang je tissue dalam mangkuk tandas tu, ada plak yang tak flush at all dan ada plak yang tinggalkan je pad cam tu je tanpa bersihkan dulu ek

ARGGGH tidakkk !!!!!!

Pening ooo perangai manusia cam nie

ok dah siap dah survival kit kite ek

kena pakai topeng mulut tau, kebersihan itu wajibbb

jom lekas la

Sudahnya aku malas nak masuk public toilet ni kalau jejalan kat mall. Selagi boleh tahan then aku tahan, kalau tak pun minum air sket je sebab nak elakkan masuk toilet. Tapi kalau tak tahan gak tutup sebelah mata dan tahan nafas then buang jugaklah kan.


Nasib baik Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja – Tisu Tandas Basah Kleenex®.



“Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam,” kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Kadang-kadang kita tidak sedar dengan adanya produk sekecil ini di dalam bag kita, boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di dalam poket.”


*Selamat untuk dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya.


Tisu Tandas Basah Kleenex® boleh didapati dalam dua saiz – pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan dalam poket atau beg tangan (RRP RM2.10), bungkusan nilai-jimat tiga pek (RRP RM5.80) atau pek dengan 40 helai (RRP RM7.40). Ketiga-tiga saiz kini boleh didapati di pasar-pasar raya di seluruh negara.

Sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam


Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my


Dan jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang di media sosial di ruang komen FB peraduan dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide. 3 pemenang di cari setiap minggu untuk memenangi bekalan Kleenex Wet Tissue Toilet selama 6 bulan. Dan paling best, hadiah utama untuk peraduan ini merupakan iPhone 6s!

Keterangan lanjut boleh layari :-


Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark :1-800-82-1188 

* Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu masa, tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.

Wednesday, March 16, 2016

Mana Tau Bertemu Jodoh Di Muslim Gathering (Speed-Dating) Anjuran Clique2Click Ni Kan..

Hi Korang,

Hah bila nak kawin?

Nak tunggu putera raja masuk meminang ke jawabnya sampai jadi ANDARTU laaa..

Citer pasal jodoh ni memang tak pernah nak putus kan, tapi menda ni sensitif ooo.

Siap boleh jadi gaduh sampai tak balik kampung sebab tak nak bersua muka dengan orang kampung yang duk sibuk tanya bila nak kawin kan.

Satu ketika dulu aku pernah kena cam tu, time tuh memang malas nak fikir pasal kawin-kawin ni sebab cari duit lagi penting ooo bagi aku. Bila sekali dua kena sound dengan makcik aku still ok, tapi bila setiap kali jumpa tak kira kat mana pun asyik duk kena sound je rasa yang bagi tendangan kalaripayat plak kan. Untuk tenangkan hati aku tak attend memana family event untuk elakkan daripada tapak kaki aku hinggap kat muka orang yang duk sibuk bertanya tuh kan.

Until aku dah kawin arrrr lega skett..


Aku paham perasaan orang-orang yang sama kes cam aku ni kat luar sana.

Kita ni bukan tak nak kawin tapi jodoh tu belum sampai lagi, bukan nak tunggu prince charming pun but yang sesuai yang memahami jiwa dan raga kita kan. Sebab kawin ni kalau boleh sekali je seumur hidup.

Nak cari tu lah yang payah, yelah kita ni orang pompuan takkan perigi cari timba. Kang kata menggedik, geletis nak berlaki sangat. Sudahnya ku pendam segalanya sebab jalan cari jodoh tuh makin lama makin kaburrrr…..

Ok aku ada dapat tau ada satu company ni yang aku rasa cam agensi mencari jodoh gituh iaitu Clique2click, di jalankan secara online.


Ni aku share sket background Clique2click ni ek

Clique2click is an event company which specialized in organising events for singles. We offer new options for our participants to socialize, bringing social networking offline. Singles get to meet one another in group setting. Co-founder, Ms Lydia have been running fun, interactive and enriching events since 2004.

Clique2click understand the importance of marrying people who share the same faith. Since 2015, Clique2click.com has been running regular social events for Muslims singles to meet one another in Singapore and Jakarta. 

The fast-paced city life made singles focus so much on building their career that their social life has taken a backseat. This fantastic event is a great chance for Kuala Lumpur Muslim singles to expand their social circle in a relaxing, safe and interactive manner. Our events are only for people who are legally single and we do verify their identity. Our experienced friendly facilitators will be there to run the event to ensure it is a smooth, interactive and pleasant experience. Most of Clique2click.com participants’ are professionals, business owners and executives in the age range of 20s to 30s.

Nampak tak?

Aku sendiri pun tak tau ada service cam ni ek. Kira bagus gak lah kan. So tak delah kes perigi cari timba lagi sebab timba dan perigi dipertemukan di tempat yang sama hehehhehe

So Clique2click akan mengadakan untuk pertama kalinya :


Muslim Gathering (Speed-Dating)

Venue: To be disclosed to paid participants (Bangsar area)

Date/Time: 30th March 2016, Wednesday, 7.30- 10.00pm

Price: RM 130 Price includes GST, facilitation, light snacks accompanied with free flow ice lemon tea.

Cam best je ek!!

Malu-malu nak tanye aku plak kan. Tak yah tanye aku korang boleh pi register di

Email : match@clique2click.com with event title 'KL Muslim Gathering'

Masukkan butir-butir diri seperti:

Name:
Gender:
Profession:
Email address :
NRIC:
Handphone number:

Kalau malas nak email, korang just klik kat http://www.clique2click.com/event_kualalumpur.htm

All events are subjected to our T&Cs and refund policy.


Aku galakkan pada mereka yang single mingle lagi tuh supaya dating dan get to know each other. Bukan suruh kawin terus but kenal-kenal dulu, borak-borak, makan-makan kan mana tau kot-kot tersangkut ke kan. Yang penting dapat kenal lebih ramai lagi orang-orang single di luar sana.

So korang yang baca entri aku ni dan kenal sesape yang masih mencari tapi belum ketemu baik join Muslim Gathering (Speed-Dating) ni anjuran Clique2click ni ek..

Have fun korang….

Makan Roti Puri Di Langkawi

Hi Korang,

Wow tajuk entry tak agak-agak ek

Poyo je bunyinya hahahahhaa

Ye ko, first time aku makan roti puri ni. Memang dekat kedai mamak ada roti puri tapi asyik tak kesampaian je nak makan sebab kat mata asyik ingat roti telur je kan. 

Akhirnya buat pertama kali makan roti puri di Langkawi

hah ko mampu, idokk ler kan

Alah ini pun sebab aku travel adhoc so dapatlah makan di Langkawi.

Actually tak plan pun trip ni, tup-tup mak aku call ajak pi Langkawi jejalan time cuti sekolah ni kan. Ok ok yang tu citer nanti ek hehehehe

roti puri

Ermm rupanya roti puri ni pakai tepung gandum biasa je, campurkan dengan air, garam. Uli-uli kemudian leperkan nipis dalam bentuk bulat dan kemudianya di goreng dalam minyak panas. Ermm amik ko gelembung naik ek. Itu yang cantik tuh, ranggup dan garing je

Selalunya Puri di makan bersama kuah kari atau dal tapi kat Langkawi ni diorang makan dengan sambal tumis je. Sedap gak wei, makan panas-panas kan. Kalau dah sejuk mesti jadi liat punye.

Balik KL nanti aku carilah roti puri ni kat kedai mamak, susah-susah sangat buat sendiri jelah ek..

Korang pernah tak makan roti puri ni? ke terrer masak sendiri. Nanti share resipi ek...






Tuesday, March 15, 2016

Tefal Meraikan Ulangtahun ke-60 di One Utama dan Tefal Titanium

Hi Korang,

Ni aku nak citer sket periuk belanga favourite aku iaitu TEFAL.


Rupanya dah 60 tahun ek ishk ishk serius aku tak sangka sungguh la kan

Tefal, pembuat peralatan memasak dan kelengkapan rumah terkemuka dunia hari ini melancarkan rangkaian peralatan memasak Titanium terbarunya yang berupaya menghasilkan mutu masakan terbaik tidak kira dari segi perisa, tekstur mahupun rasanya. Rangkaian peralatan memasak yang unggul ini adalah direka dengan gabungan teknologi Thermo-Spot® eksklusif yang diimprovasi dan salutan titanium tak melekat baharu iaitu Titanium Excellence dan Titanium Force, yang sekaligus menjamin ketahanan produk tersebut.




Bertemakan kafe taman ala Paris di Highstreet, Kompleks Beli-Belah 1 Utama, satu jeyarawara telah dilangsungkan Tefal Malaysia bagi memberi penghormatan terhadap warisan Perancis dan meraikan Sambutan Ulangtahun jenama ini yang ke-60 di seluruh dunia. Pelancaran dan jeyarawara peralatan memasak Tefal Titanium itu membawa para pengunjungnya menyelami sejarah Tefal yang bermula secara penuh rendah diri dengan hanya penghasilan sejenis kuali leper tak melekat dahulunya sebelum jenama itu beransur-ansur dikembangkan sehingga ia menjadi gah pada hari ini dengan rangkaian luas produk memasak dan perkakas elektriknya yang terkini lagi canggih untuk disuaikan dengan gaya hidup yang berpelbagai.



Inovasi Pengubah Kehidupan untuk Selama 60 Tahun

Sejak 1956, Tefal telah memperkaya kehidupan harian pengguna-penggunanya dengan pelbagai idea ciptaan dan kesungguhan yang tidak putus-putus dalam usahanya untuk menemukan teknologi yang sempurna bagi memenuhi bermacam-macam keperluan dan kehendak. Selepas memperolehi hak eksklusif untuk kuali leper tak melekat pada 1954, Marc Grégoire, seorang jurutera warga Perancis, telah mengasaskan Tefal pada 1956 dan membuka bengkel pertamanya di Paris. Inovasi adalah sebahagian daripada DNA Tefal dan oleh itu, ia sentiasa peka terhadap perubahan gaya hidup para pengguna dan memenuhi kehendak mereka dengan tawaran produk-produk yang relevan untuk kehidupan seharian. Kecemerlangan Tefal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan juga merupakan nadi kejayaan jenama itu untuk selama enam generasi ini, sekaligus membuktikan status mereka selaku peneraju dunia dalam pembuatan peralatan memasak.


“Bersempena sambutan Ulangtahun Tefal yang ke-60, kami teruja untuk melancarkan siri peralatan memasak baharu Tefal Titanium di Malaysia. Tefal sentiasa cuba memberi inspirasi kepada para pengguna dengan pelbagai ciptaan dan keluaran terkini kami yang berupaya mencetuskan revolusi di kediaman dan dapur,” kata Suwasit Wittayawijug, Pengarah Urusan untuk Pasaran Asia Tenggara, Tefal Malaysia, Thailand & Philippines.

Cemerlang Bersama Peralatan Memasak Tefal Titanium

Dijulang selaku Pembuat Peralatan Memasak No.1 Dunia, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium adalah barisan produk terbaik yang menjanjikan kecemerlangan dalam aspek keenakan rasa dan ketahanannya. Disebabkan kualiti peralatan memasak tersebut yang bertahan lama serta keupayaannya untuk mengoptimum perisa, tekstur dan rasa hidangan yang disediakan, maka ia mampu menjadikan penggunanya memasak ibarat seorang cef yang mahir.

Untuk memberi prestasi maksimum, Tefal telah mengubahsuai pad Thermo-Spot® dengan penambahbaikan dilakukan terhadap reka bentuknya di mana ia dapat menentukan suhu yang tepat bagi memperoleh hasil dan rasa masakan terbaik. Selaku pakar kepada salutan tak melekat, teknologi Thermo-Spot® Tefal dapat memjamin perisa makanan yang berkekalan, sempurna teksturnya dan tidak akan hangus.



Peralatan Memasak Tefal Titanium Expertise

Rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium Expertise menggabungkan prestasi tak melekat terbaik dengan kekuatan salutan fusi dasar keras tebal berganda titanium eksklusifnya iaitu Titanium Excellence baharu. Diperkuatkan dengan tujuh lapisan Titanium untuk menghasilkan daya ketahanan ultratinggi, salutan baharu itu menjamin prestasi tak melekat yang cemerlang dan tahan leding. Dengan 'inserts' keluli tahan karat yang lasak, rangkaian Tefal Titanium Expertise adalah sesuai digunakan di kesemua hob dan dapur aruhan, sekaligus memudahkan penggemar memasak. Antara peralatan yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Expertise termasuk kuali leper, kuali, periuk, kuali sauté dan periuk stu dengan tudung kacau. 



Peralatan Memasak Tefal Titanium Pleasure

Disalut dengan Titanium Force, rangkaian Tefal Titanium Pleasure menampilkan keistimewaan salutan dalaman tak melekat yang diperkukuhkan dengan enam lapisan dasar keras Titanium. Titanium Force memiliki lapisan holografik 3D yang dalam bersama pengisi metalik yang bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanannya. Ketebalan berganda lapisannya adalah bagus untuk prestasi tak melekat. Tampil dengan reka bentuknya yang elegan dan bergaya, salutan luaran enamel bukan sekadar memberi kesan lasak dan tahan lama, malahan selamat digunakan dan senang dicuci. Rangkaian Tefal Titanium Pleasure terdiri daripada kuali leper dan kuali, yang sesuai digunakan pada dapur gas, elektrik dan seramik kecuali aruhan.


Duta Jenama Peralatan Memasak Titanium, Cef Nathalie Arbefeuille Diperkenal

Sewaktu pelancaran, Tefal Malaysia turut memperkenalkan tukang masak terkemuka dari Perancis, Chef Nathalie Arbefeuille selaku Duta Jenamanya. Cef Nathalie, yang pernah memenangi pelbagai anugerah, tidak asing lagi dalam pentas kulinari negara kerana beliau kini sedang memimpin dua restoran yang terkenal di Kuala Lumpur. "Kami amat berbangga untuk dapat bekerjasama dengan Cef Nathalie. Beliau ialah tukang masak yang sentiasa mengutamakan kesempurnaan dalam masakannya dan ini bertepatan dengan fungsi produk-produk Tefal kami," kata Suwasit. Ketika majlis itu, Cef Nathalie membuatkan para tetamu kagum dengan kreativiti dan kemahiran kulinari Perancis beliau sambil memanfaatkan sepenuhnya rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium. Para tetamu kemudiannya berkesempatan menikmati hidangan Perancis berselera dan berkhasiat yang dimasak Cef Nathalie iaitu Kekapis Halia Segar, Burger Itik dan Aumônières aux fruits de saison.

Gah dengan teknologi baharu Thermo-Spot® yang diimprovasi dan salutannya yang ketahanan lasak, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium pastinya dapat memenuhi apa jua keperluan memasak dan mesti dimiliki dalam setiap dapur. Rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium boleh didapati di kesemua pasaraya dan kedai elektrik.


Untuk keterangan lanjut berhubung produk-produk Tefal, sila layari www.tefal.com atau hubungi talian khidmat pelanggan di: +603-7802 3000.

LAMAN WEB 

FACEBOOK 

TAG HASH 
#myTefal

Monday, March 14, 2016

First Time Ke KIDZANIA Kuala Lumpur Sempena New Partnership McDonalds & Drypers

Hi Korang,

First time minggu lepas aku masuk Kidzania ni.

Seriously best rupanya ek, kagum sekejap acik uollss. Memang patutlah bebudak kalau ke sini tak nak kuar sampai malam kan.


Aku ke sini sempena penambahan partnership terbaru di Kidzania Kuala Lumpur iaitu Mc Donalds dan juga Drypers.


KidZania Kuala Lumpur, the award-winning indoor themed learning centre, secara rasmi mengumumkan McDonald Malaysia dan Drypers Malaysia, sebagai tambahan terbaru kepada bulatan rakan industri pemikiran ke hadapan menyokong pendekatan unik KidZania Kuala Lumpur untuk memupuk kemahiran hidup pembelajaran kanak-kanak.

Ni aku share sket intipati semasa majlis perasmian partnership ni ek


"We are very honoured to have industry leaders joining KidZania Kuala Lumpur and combined our expertise to designand develop unique role play activities for our children. Through this new partnership announcement, children get to experience various professions including burger making and the immersive learning only available in KidZania KualaLumpur - a child size city," kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur dan Singapura yang terkenal diperingatkan sekiranya dengan simbolik upacara penyampaian 'kunci' Kota kepada setiap rakan kongsi masuk dua.



Perkongsian baru akan menyaksikan penambahan fizikal kedai Burger McDonald untuk landskap bandar bersaiz kanak-kanak KidZania Kuala Lumpur. Kami telah berpeluang untuk bekerjasama dengan McDonald's, satu jenama dunia yang paling dikenal dan rangkaian restoran terbesar di dunia. Sejajar dengan misi mereka untuk menjadi tempat kegemaran setiap keluarga untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama, ia membolehkan kanak-kanak lebih banyak pilihan untuk kerja-peranan berkaitan dengan pengurusan francais makanan dan minuman melalui pengenalan aktiviti-aktiviti pertubuhan yang baru. Kanak-kanak mempunyai pilihan untuk berlakon sebagai seorang Chef Burger dan belajar tentang penyediaan makanan untuk McChicken Burger dan kentang goreng, tahu bagaimana kebersihan makanan dan nutrien. Pelawat ke McDonald's di KidZania Kuala Lumpur pasti harapkan pertolongan diri dalam menggambarkan yang sahih, beliau di sebalik tabir Restoran kegemaran mereka.


Drypers Malaysia datang sebagai sokongan bagi mensasarkan set kanak-kanak - bayi termuda KidZania Kuala Lumpur. Meletakkan penekanan terhadap keselesaan, kebersihan, dan keselesaan, Drypers akan membekalkan KidZania Kuala Lumpur dengan pelbagai tarikan yang sehingga lampin. Ini akan semua dibuat percuma dan boleh didapati di bilik penjagaan bayi.


Kini KidZania Kuala Lumpur menawarkan lebih 100 profesion berkaitan aktiviti berperanan menyebarkan lebih 60 pelbagai pembangunan bandar yang menggalakkan kanak-kanak ke amalan mudah suai dan positif tingkah laku yang akan menyumbang kepada keupayaan keseluruhan mereka untuk berurusan secara berkesan dengan permintaan dan cabaran kehidupan sehari-hari.


KidZania Kuala Lumpur rasmi kokurikulum rakan kongsi untuk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan usaha yang melampaui Medium pengajaran secara tradisional dan untuk sentiasa melihat peluang-peluang untuk mendedahkan anak-anak untuk ajaran-ajaran yang baru, pengalaman dan peluang pekerjaan yang tidak berkesudahan.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.kidzania.com.my atau hubungi KidZania Careline di 1300 88 KIDZ (5439) atau berhubung dengan KidZania di Facebook di facebook.com/KidZaniaKualaLumpur.


Untung anak-anak zaman sekarang ek, kecik-kecik lagi dah di dedahkan dengan alam pekerjaan untuk panduan diorang di masa hadapan.

So cuti sekolah ni parents boleh bawa anak-anak ke mari ek


Saturday, March 12, 2016

NICKELODEON FINDS MALAYSIAN HOME IN SUNWAY LAGOON

Hi Korang,

Nak citer sket pasal Sunway Lagoon ni.

Tapi in english ek coz aku tak boleh nak translate, ayat-ayatnya berseni sungguh la kan

The official launch closed with a daylight fireworks display which added to the excitement for all the guests at Nickelodeon Lost Lagoon.

Discover a hidden world covering ten acres of lush tropical rainforest within a jungle previously “lost” to the public! This is now a reality as Sunway and Viacom International Media Networks (VIMN) announce the opening of the first Nickelodeon themed attraction in Asia, Nickelodeon Lost Lagoon in Sunway Lagoon in Malaysia.

Today’s launch was attended by guest of honour, Selangor Chief Minister, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Azmin Bin Ali; Sunway Group founder and chairman Tan Sri, Dr. Jeffrey Cheah; Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim, Sunway Group deputy chairman and Mark Whitehead, Executive Vice President and Managing Director, VIMN Asia. Attendees at the launch event were privy to a showcase of fireworks and the iconic Nickelodeon green slime that marked the opening of the park to the public. 

From (L-R): Patrick Star; SpongeBob SquarePants; Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Chief Minister Of Selangor; Tan Sri Datuk Seri Razman M.Hashim, Deputy Chairman of Sunway Group; Elizabeth Wong, Selangor Executive Council; Mark Whitehead, Executive Vice President & Managing Director of Viacom International Media Networks (VIMN) Asia; Hannah Yeoh, Subang Jaya Assemblywoman; Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Founder and Chairman of Sunway Group; and the Teenage Mutant Ninja Turtles pose for a group photo just after the official launch of Nickelodeon Lost Lagoon

No stone was left unturned in the creation of the Nickelodeon Lost Lagoon which boasts 14 immersive attractions, some of which are themed with Nickelodeon's hit properties, including SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer, and Teenage Mutant Ninja Turtles. Visitors to Nickelodeon Lost Lagoon can expect an exhilarating experience thanks to interactive play areas, which use the latest in reactive technology in addition to a daily signature slime event, a variety of waterslide rides, retail shops, games and a myriad of food service establishments and more. 

True to its name, Nickelodeon Lost Lagoon promises to be an explorer’s dream right from the start. Climbing “ancient temple” steps, explorers will pass pineapple columns and intricate carvings leading all the way up to a magnificent SpongeBob SquarePants structure. The adventure continues with geysers, sprouting water cannons, walks along cascading falls, and gooey moments with the signature green slime.

The Kuba tribesmen greeting the VIPs with an exhilarating tribal dance upon arriving at Nickelodeon Lost Lagoon.

Running deeper into the forest are suspended bridges over rivers, more thrilling wet and wild activities as well as gravity defying rides that twist around trees and hills. Breath-taking views greet visitors who choose to dine and relax by the Lakeside restaurant. They might even have the chance to meet and greet their favourite Nickelodeon characters. Nickelodeon Lost Lagoon is an attraction suitable for all ages.

Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Chief Minister Of Selangor hits the gong as the other VIPs looked on to mark the official launch of the Asia’s First Themed Land, Nickelodeon Lost Lagoon.

“This park is a fantastic addition to Sunway Lagoon and one that will greatly boost the appeal of Selangor as a tourist destination. Nickelodeon Lost Lagoon perfectly complements Selangor’s existing array of attractions and will also be a boon to the nation’s growing tourism industry,” said Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Chief Minister of Selangor.

From (L-R): Tan Sri Dato’ Dr Ramon V. Navaratnam, Corporate Advisor of Sunway Group; Mark Whitehead, Executive Vice President & Managing Director of Viacom International Media Networks (VIMN) Asia; Tan Sri Datuk Seri Razman M.Hashim, Deputy Chairman of Sunway Group; Elizabeth Wong, Selangor Executive Council; Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Chief Minister Of Selangor; Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Founder and Chairman of Sunway Group; Hannah Yeoh, Subang Jaya Assemblywoman; and HC Chan, Chief Executive Officer of Sunway Shopping Malls & Theme Parks at the official launch of Nickelodeon Lost Lagoon at Sunway Lagoon

Built with an investment of more than RM100 million, Nickelodeon Lost Lagoon is the result of a joint initiative between Sunway Group and VIMN, lending yet another layer of top-notch family-based fun to Sunway Lagoon’s five existing parks, which include its Water Park, Amusement Park, Extreme Park, Interactive Wildlife Park and Lynton V Harris Scream Park.

“We are pleased to have worked with Viacom International Media Networks in bringing the first ever Nickelodeon themed attraction to Malaysia. This is only made possible following the ongoing strong relationship developed between Sunway and VIMN over the years through our many other strategic collaborations,” said Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim, Deputy Chairman of Sunway Group.




Sunway Lagoon was named Asia’s Best Attraction by International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA) four years in a row since 2007.

“Nickelodeon Lost Lagoon will enable kids and families in Malaysia and around Southeast Asia to connect with our brand and Nickelodeon’s iconic characters in a unique and meaningful way that will further deepen their relationship with Nickelodeon,” said Mark Whitehead, Executive Vice President and Managing Director, Viacom International Media Networks Asia. “Sunway Lagoon’s expertise has made them an ideal partner and we are delighted to make it Nickelodeon’s Asia debut as we further expand the Nickelodeon brand in the region”, he added.



Nickelodeon Lost Lagoon opens to the public on 3 February 2016. The opening hours will be from 10:00am to 6:00pm every Monday to Sunday. Enjoy the many attractions on offer at RM150 for those aged 12 years and above, and RM120 for those below the age of 12 years. 

More information can also be obtained at Sunway Lagoon’s Facebook page: www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia or by calling the park at +603-5639 0000.

Filem The Lion King di Saluran Disney (Saluran Astro 615)

Hi Korang,

Cuti sekolah ni, tv memang 24/7 bukak jelah kan. Yelah apa lagi nak buat selain daripada pi melancong dan buat ulangkaji sekolah kan.

Ni sini aku citer kan adik-adik yang peminat filem The Lion King ek! 


Karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.



“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.



Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.


Sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!


“The Lion Guard: Return of the Roar” dan siri “The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini.

Ford Riley (“Special Agent Oso”) telah membangunkan filem dan rancangan bersiri ini dan menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif. Howy Parkins (“Jake and the Never Land Pirates”) pula merupakan pengarahnya.

Jangan lupa tengok tau!!



Friday, March 11, 2016

Semata-Mata Nak Elakkan Jem, Terus Ke IKEA Cheras

Hi Korang,

Semalam petang, malas nak balik umah awal sebab jalan jem.

Sebab tak de tempat nak dituju, ktorang ke IKEA Cheras yeahhh..

Apa ada hal, sebenarnya kalau naik motor mana ada jem kan. Tapi dah tak tau nak makan apa so singgah ke situ. 

Orang tak de lah ramai sangat pun masa ktorang sampai tuh, so boleh lenggang lenggok jalan amik tray, siap facetime dengan Dak Aakif tu ajak diorang sekeluarga datang sekali makan kan. 

Cam biasa, haruslah order

IKEA Meatballs

Dah kira macam signature dish diorang kan, so kalau tak makan rasa cam tak lengkap plak trip ke Ikea. Order tak agak-agak sekali 20 biji terus, RM18.00 sajor.


Ade jugak order menda lain, makan-makan lepak-lepak borak-borak tup-tup dah sampai kul 9.30malam cam tuh. Bayangkan daripada pukul 6.30petang dah ada kat situ kan.

Mentang-mentang air kopi boleh refill so kasi abiskan jelah ek hehehhehe

Ok jom pi Ikea lagi nak?...



Thursday, March 10, 2016

“Melabur” Untuk Kekal Cantik Dan Sihat

Hi Korang,


Meh sembang-sembang sket pasal melaburrrrrr ni kan

Pernah atau tidak anda mengimpikan untuk memakai semula pakaian lama anda semula? Bayangkan pula jika mood anda sentiasa positif setiap hari? Bagaimana pula dengan penampilan anda kini, adakah anda berpuas hati?


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu kini bakal memberikan anda cara yang paling mudah untuk ‘Melabur’ melalui kempen terbarunya, #NakLawaKenalahMelabur’. 


Mengapa anda perlu “Melabur” setiap hari? Adakah untuk kelihatan cantik semata-mata? Dengan melakukan pelaburan anda setiap hari, anda mampu mengekalkan “Saham” anda daripada jatuh bila anda bersama dengan insan yang anda minati.


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dengan rasanya yang sedap dan mudah diminum, terkenal dengan keberkesannya untuk meningkatkan kelancaran usus bagi mengbuang toksin dan menggalakkan sistem penghadaman. Tahukah anda, dengan kerap ‘Melabur’, tubuh anda akan lebih mudah untuk menyerap nutrien dengan lebih effektif.

Bayangkan perasaan anda apabila boleh menyarungkan pakaian lama semula. Pastinya gembira dan anda akan lebih berkeyakinan untuk tampil ke hadapan, bukan? 

Berita baik untuk anda, kini bermula dari Mac 7hb sehingga 30hb, sebanyak 2,000 buah botol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu akan diedarkan dengan setiap pembelian pek makanan daripada Dah Makan – sebuah servis penghantaran makanan sihat melalui online. 

Setiap pengguna akan dibekalkan dengan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu sepanjang tempoh promosi tersebut. 


Mudahkan untuk “Melabur”?

Melalui kempen ini, pengguna disarankan untuk melakukan pelaburan sekurang-kurangnya setiap hari di samping mengamalkan pemakanan yang sihat bagi membantu memulihara kesihatan dan kecantikan secara keseluruhan. Secara tidak langsung, ia mampu memberikan anda mood yang positif setiap hari. Bila anda kerap “Melabur” tiada lagi prestasi berterabur!

Anda boleh menonton beberapa lagi video menarik mengenai kempen #NakLawaKenalahMelabur’ dari InnerShine ini untuk mengetahui lebih lanjut mengapa pelaburan amat penting dalam kehidupan anda. Layari laman Facebook InnerShine® Club dan kongsikan sebarang tips-tips yang berkaitan, melalui hashtag #NakLawaKenalahMelabur atau lawati website http://www.brandsworld.com.my