Thursday, December 24, 2015

Dolly DIM SUM Di Avenue K, La Makan DIMSUM Lagi Ek

Hi Korang,

Dah 3 hari berturut-turut aku citer pasal DIMSUM ek!

Kenapa plak dengan ko ni kan Cik Lily Putih oit, tengah kemaruk dimsum ke hapo? Bengong betul pompuan ni lah. 

Kira aku dah boleh buat citer koleksi dimsum halal lagi sedap lah kan hahahahhahahaa just kidding.


Aku memang dah lama nak pi makan Dolly DimSum kat Avenue K ni tapi Mr Big malas nak masuk KL during weekend so terlanjur ada keja sket kat area tuh aku pun singgah pi makan kat sana. Tak delah makan beria-ria pun coz time tuh dah kul 4.30petang cam tu so makan ringan-ringan jelah.


Kedai ni memang kat level ground floor dalam Avenue K ni tapi korang kena tengok signboard ek, dia share dengan ada restoran sebelah depan iaitu Fresca Mexican Restaurant ek. So sebelah belakang sket, alah korang tanya ke reception kat depan tu nanti dia bagi guide. 



dia ni kot nama Dolly ek


Masuk ke area restoran tu dah rasa cam kat China dah, dengan deconya, dengan kerusi mejanya dah macam kat Dinasti Yuan, hahahha korang ni percaya je 

So tak tau nak order apa ek.


Lama jugak aku duk menatap menu book tu, baca satu persatu ingredients yang terkandung dalam each dimsum. So inilah yang menjadi pilihan tekak

Siew Mai

Apa ntah nama, tapi dalam udang ooo

Beef balls

Tak leh order bebanyak sebab lepas tu nak pi makan lagi pun, ada keja dengan team #BloggerKakiMakan. So chil-chil sajor, sambil makan sambil layan youtube. Oh ye, pilihan Chinese tea dia sedap-sedap belaka ek.



Lepak kat kedai Dolly Dim Sum ni sampai Mr Big datang, dapatlah dia merasa dumpling udang tu 2 ketul coz lepas tu dapat call yang bebudak #BKM ni dah sampai. Bayo jelah.

In terms of harga, mahal sket daripada kedai dimsum kat luar tuh. Kira semangkuk ada 3 ketul bersamaan dalam RM9-10, so yang ada budget lebih tu bolehlah pi makan kat sini. Menu lain cam fried rice ke noodles berpatutan. 

Korang nak pi gak, ini tempatnya

Dolly Dim Sum
Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 
156 Jalan Ampang
Kuala Lumpur, Malaysia
03-2181 3830
Hours: 11am – 10pm daily

Bagi korang yang tak pernah cuba makan dimsum tuh don’t worry, tanye je kat waitress tu nanti dia suggest apa yang patut dicuba kan hehhehehe

Ok itu je..

Abis dah citer pasal dimsum halal, lepas ni citer pasal trip berjalan-jalan plak ek hehehhehe

Rupanya Dah 416 Minggu Kahwin Ek!

Hi Korang,

Pelik benau tajuk entry ni.

Citer pasal kahwin pulak kann..

La betullah dah 416 minggu kahwin ktorang berdua ni so bersamaan dengan 8 tahun.

Pejam celik pejam celik dah 8 tahun hidup bersama, susah senang tu dah tentu kan so semua harung bersama.

Dah nama pun 8 tahun, segala perangai pelik, perangai tak senonoh semua dalam tangan memasing especially Mr Big lah, sebab dia pengingat orangnya tak macam aku all the time pelupa. Sebab tu planner handphone tu penuh dengan notes, itu pun kekadang boleh lupa jugak kan.

Anniversary ni pun dia yang wish aku pepagi tadi, celik je mata terus wish kat telinga. Terus mengambur aku bangun sebab langsung tak ingat. Bengong punye Cik Lily ek, tu lah banyak benau tengok Running Man memalam sebelum tidur kan.

Hahahhaha

Apa pun


Sayangku Syaiful Ridzman… Happy 8th Anniversary…

Semoga di panjangkan usia perkahwinan kita dan tabah melayani kerenah isterimu yang sengal ni ek hahahahhaa.

Tahun ni tak berjalan kemana pun coz ktorang baru je balik dari roadtrip ke JB last 2 week, so rilek-rilek kat umah simpan duit untuk travel jauh sket awal bulan depan ek.

Tapi nanti beli kek ek, kita potong jelah. Celebrate berdua... 


Wednesday, December 23, 2015

Green Town DIMSUM Café, IPOH. Makan DIMSUM Lagi..

Hi Korang,

Citer pasal DIMSUM lagi ek

Kan aku dah cakap yang aku ni pencinta dimsum hahahahahahahaha…


Ok kali ni aku nak citer dimsum yang kitaorang pi makan ek, dekat Ipoh tuh. Kemain jauh bagai kan, alah hari tuh ktorang berhujung minggu di sana. Tak plan pun start keta terus jalan hehehehe..

Sebenarnya kedai tak de orang suggest pun, ktorang just google je kat mana tempat makan sedap di Ipoh then terus keluar kedai ni. Baguslah google membantu sungguh. Lagiplak kedai ini merupakan kedai dimsum yang halal so courselah jadi pilihan utama.

duduk luar dulu sementara tunggu meja kosong kat dalam

Sesampai depan kedai, ramai betul orang. Yelah time lunch kan, agaknya hari minggu semua makan luar kot malas nak masak. Nasib baik dapat tempat kat luar kedai, kira memuatlah memasing duduk sementara tunggu meja kat sebelah dalam. 




Tengok menu berpinau mata, banyak sangat nak makan hahhahahaha



Aku memang order dimsum je, orang lain siap order nasi claypot, bubur dan memacam lagi. Memasing betul-betul lapo tuh.




Ni je hah yang sempat di snap gambar coz yang lelain tuh dah masuk dalam mulut. 

Bagi aku harga dimsum ni tak delah mahal pun, kira berpatutanlah sesuai dengan ekonomi orang-orang kita, rakyat marhaen kan...

Greentown Dim Sum Cafe 
No 10, Persiaran Greentown 4, 
Greentown Avenue, 
30450 Ipoh. 

Tel:05-255 2010, 012-569 8876 
Business hours: 8am-9pm (closed Tuesdays) 

Datang Ipoh semata-mata nak makan dimsum je memang melampau lah kan huahuahauhaua..


Abis makan terus gerak balik ke KL tapi sempat singgah ke Kellie Castle kat Batu Gajah dulu, sesaje nak pi melawat dan memang tempat tu dah cantik sungguh.

Ok itu je

Nanti sambung citer dimsum lagi ek hahhahahaha


Tuesday, December 22, 2015

Makan DIMSUM Sempena Dapat Award Best Employee

Hi Korang,

Aku kan peminat chinese food so haruslah dimsum-dimsum ni aku suker hehehehe

boleh tido plak si Aakif ni kan

So hari tu, si Gemuk ajak ktorang semua sekali pi lunch kat Park Royal ni sempena dia dapat best employee, ni kira dia punye treat lah . Bila tanya, di jawabnya makan dim sum sajor, ermm kenyang ke? ok lah dimsum pun dimsumlah janji banyak hahahhahahaha

Tamak punye orang!


Makan kat chinese restaurant kat bawah tuh Si Chuan Dou Hua namanya.

Rupanya ada set dimsum per person untuk lunch dan dinner. Tapi tak delah makan dimsum semata ada jugak menu pilihan makanan yang lelain ek.

hah buat perangai, mummy bantai ko kang Aakif ek

Tengoklah budak Aakif ni ek, bila tak dapat makan. Nak meradang je hahahha

Ini di antara yang ktorang makan



crabmeat sechuan soup

ayam masak cashew nut

carrot cake

red bean pancake

Amik ko!

Nampak cam sket tapi sebenarnya banyak bebenau. Tamak lagi kan, sampai tak terhabis.

tukang banjer tak de plak dalam gambo kan

Tenkiu Mok coz sudi banjer ktorang dan semoga kuat lagi bekerja dan banjer ktorang makan selalu hehehehe



Shell FuelSave DIESEL EURO 5

Hi Korang,


Last week, sempat jugaklah aku ke majlis pelancaran Shell FuelSave DIESEL EURO 5 di NKVE Damansara. Settle kerja luar terus ke mari ek..


Sejajar dengan usahanya yang berterusan untuk menggalakkan pengguna supaya lebih menjimatkan minyak, Shell Malaysia melancarkan Shell digelar FuelSave Diesel Euro 5, yang direka untuk tahan lebih lama satu tangki.



Pelancaran Shell digelar FuelSave Diesel Euro 5 membina Shell sebelumnya inisiatif seperti cabaran digelar FuelSave Shell dan pertandingan Kolej digelar FuelSave Shell, yang bertujuan untuk membina kesedaran untuk menjimatkan petrol. Lebih daripada itu, Shell juga berhasrat untuk memberikan pengguna bahan api yang berkualiti, menjimatkan minyak diesel yang serasi dengan enjin diesel moden yang memerlukan bahan api sulfur rendah.


"As one of the leading fuel retailers in Malaysia, Shell has always been a pioneer and a champion for fuel efficiency, as we encourage drivers in Malaysia to consume less fuel. The introduction of Shell FueiSave Diesel Euro 5 today is an affirmation of our commitment to help consumers make smarter choices on the road. By providing drivers a more efficient diesel fuel, we are enabling them to go further and do more in the long run," kata Tuan Haji Azman Ismail, Managing Director Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Shell digelar FuelSave Diesel Euro 5 kini terdapat di tapak yang terpilih seluruh Semenanjung Malaysia, selaras dengan rancangan Syarikat untuk memastikan diesel berkualiti tinggi yang boleh didapati untuk pelanggan-pelanggan. Shell bertujuan untuk melabur ke dalam rangkaian yang luas untuk melanjutkan ketersediaan di lokasi-lokasi yang lebih cepat.

Untuk bahan api lebih cekap di jalan raya, Shell Malaysia juga bekerjasama dengan premium kereta BMW Kumpulan Malaysia dalam mewujudkan kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab kecekapan dan pengeluaran minyak di jalan raya.


"We at BMW Group Malaysia would like to congratulate Shell Malaysia on the introduction of the new Shell FuelSave Diesel Euro 5, which is an important step forward for diesel drivers in Malaysia to have access to the newest specification of diesel fuel at the stations for better performance and efficiency of their vehicles. The availability of Euro 5 specification diesel will also be instrumental in driving the introduction of the latest modern and more fuel efficient diesel vehicles in the country," kata Sashi Ambi, Head of Corporate Communications, BMW Group Malaysia, yang turut hadir di majlis pelancaran terserbut.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 mempunyai kecekapan bahan aktif, yang direka untuk meningkatkan kecekapan enjin dari kereta kebal pertama, membantu kenderaan menggunakan bahan api kurang dengan cepat. Ia juga mempunyai sebuah pencuci khas yang direka untuk mengekalkan keadaan enjin dengan membantu membendung kebanjiran penyuntik Deposit.


Bahan api yang mempunyai kandungan sulfur yang rendah ultra yang hanya 10 bahagian per juta (ppm) daripada sulfur berbanding dengan 500 ppm sulfur dalam Diesel FueiSave Shell Euro2M. Apabila digunakan dengan sesuai Euro 5 enjin, Shell FueiSave Diesel Euro 5 membolehkan maju enjin dan pelepasan kawalan sistem untuk melaksanakan secara optimum, hanya kerana mereka mempunyai untuk sambil mengurangkan pelepasan.

Shell Malaysia bercadang untuk melancarkan produk itu di Stesen-stesen yang terpilih dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pada masa ini, produk ini boleh didapati di Stesen-stesen yang lima, yang terletak di lokasi-lokasi berikut:

• Koperasi Pekerja-Pekerja Shell Malaysia, NKVE-Damansara Highway, Selangor

• R&Z Aktiviti Enterprise, Tapah Rest Stop, Perak

• Mentari Ria Resources, Tanjung Malim Layby, Perak

• RA Talang, Bandar Ayer Keroh, Melaka

• Luruhmas Sdn Bhd, Pasir Gudang Highway 2, Johor

tengok buat perangai plak Mr Big ni kan

sudah jangan diminum minyak tu ek

So kesimpulannya, minyak baru dari Shell ni adalah untuk kereta-kereta diesel dan juga lori-lori ek. Jangan korang duk pi tuang minyak dalam kereta petrol korang plak kan..


Monday, December 21, 2015

NANAS Manis MD-2, Terima Kasih FoodBlogger Hazman Fadzil

Hi Korang,

Ermm nenas ke nanas ek?

Setahu aku nenas je sebutannya jarang aku dengar orang panggil nanas kan. So nenas lah bunyinya.

Favourite sangat tu tak ler tapi bila ada depan mata so bedal jelah.

hebat majlis penyerahan nanas di adakan di TTDI wokeh

ko cuba dulu tau, baru tau manisnya cam ne kan

First time aku makan Nanas MD-2 ni, terima kasih kepada foodblogger Hazman sebab beria-ria nak bagi aku cuba, siap jumpa kat TTDI lagi kan. Rupanya dia sedang mengusahakan perniagaan Nanas MD-2, dah jadi usahawan ek. Baguslah bangga aku dengan ko beb!

Bagi siapa yang tak tau or tak kenal nenas MD-2 macam aku gak ni, meh aku explain sket tau.


KENALI NENAS MD2

-Berasal dari Hawaii
-Dibawa masuk ke Malaysia pada 2008
-Rasanya yang lebih manis
-Berat antara 1.3 hingga 2.5 kilogram sebiji
-Rupa buah berwarna kuning keemasan dan mata yang besar
-Memiliki bentuk silinder dan segi empat lonjong
-Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah
-Tahan lasak dan tidak mudah rosak
-Isi buah berwarna kuning dan padat
-Mempunyai kandungan vitamin C empat kali ganda lebih tinggi
-Jangka hayat yang lebih lama, 30 hari berbanding 21 hari untuk jenis buah yang lain. 4 -5 minggu di dalam peti sejuk.


Wow faktanya sangat menakjubkan ek.

Disebabkan aku ni memang sesangat busy time dia bagi tuh so aku memang tak sempat nak buat apa pun resipi daripada Nanas MD-2 ni. So kupas kulit, buang mata nenas tuh then makan sambil tengok tv.


Orang yang paling suka sekali adalah Mr Big lah kan, dia memang peminat setia nenas ni. Sebab katanya payah nak jumpa nenas yang manisssss nau. Selalu beli ktorang beli asyik kena peram je dulu then baru boleh potong. Ada ketika tuh terlupa nak potong then terus busuk tak leh nak makan.

So 2 biji Nanas MD-2 selesai 2 malam berturut-turut.

Balik keje je aku terus kupas, potong then simpan dalam fridge biar sejuk dulu. Kemudian baru ngap depan tv.


Kalau korang rasa teringin sangat nak rasa jugak Nenas MD-2 ni, korang boleh contact tokeh Nenas MD-2 ni di:



Telefon no: 

017 3162096 – Bob Nenas
019 6540296 – Rosnah
017 3611258 - Hazman


Harga sebiji Nenas MD-2 RM10.00 sajor

Kalau nak cepat, korang boleh pi pasar tani, pasar malam di kawasan Seremban, Senawang, Ampangan terutamanya sekali pasar tani Stadium Paroi dan pasar malam Sendayan. Eh kalau korang kat area Putrajaya, Cheras dont worry contact je Hazman nanti pepandailah dia arrange ek.

Ternyata memang sedap lagi manissss, tak rugi membeli la kann..

Thanks beb!

#NanasMadu
#NanasPotong
#NanasMD2
#NanasManis

Friday, December 18, 2015

Cabaran Memasak Bloggers Bersama US POTATOES

Hi Korang,


Memasak memanglah aku bukan terrer pun but masak biasa-biasa boleh la kan.

Tapi masak depan orang ramai ? ermm lama dah tak buat ni kan


Menyertai pertandingan memasak bersama US Potatoes dan berentap dengan 18 blogger yang lain sememangnya menyeronokkan. Apatah lagi kita akan berentap memasak selama 1 jam dengan menggunakan bahan utama iaitu kentang dari US potatoes.


Untuk pengetahuan semua kentang US potatoes adalah berasal dari Amerika Syarikat dan terkenal di seluruh dunia sebagai pembekal kentang segar untuk kegunaan di rumah dan juga restoran. Semua kentang ini dibasuh dan digredkan sebelum dieksport, dan boleh dibeli dalam pelbagai saiz bungkusan.

Kentang US Potatoes ini dikelaskan kepada 7 jenis iaitu kentang Russte, kentang putih bulat, kentang putih panjang, kentang merah, kentang kuning, kentang biru dan ungu dan kentang jejari.


Oh ya, untuk pengetahuan semua ya. Bagi mengekalkan kualiti tinggi kentang US ini, kentang haruslah dikendalikan dan disimpan dengan teliti. Ini disebabkan kentang segar akan‘terus hidup’ segar selepas dipetik. Ini kerana ianya masih menjalani proses biologi. Proses ini boleh diperlahankan dengan mengambil langkah yang sewajarnya, tetapi tidak boleh dihentikan. Suhu, kelembapan dan aliran udara yang sesuai adalah faktor yang sangat membantu bagi mengekalkan keadaan terbaik ubi kentang. 

minum smoothies kentang dulu ek

Jadi bagi mengurangkan kerosakan pada kentang, kita perlu:

1. Elakkan daripada menjatuhkan kotak, mencampakkan beg atau melambakkan kentang pada meja peragaan.

2. Jangan simpan kentang di dalam peti pendingin, atas meja sejuk atau di dalam peti sejuk. Kedinginan menukarkan kanji menjadi gula, menyebabkan kentang bertukar kepada warna hitam semasa dimasak.

3. Kurangkan pendedahan kepada cahaya semula jadi dan cahaya buatan dengan menutup kentang setakat mana yang mungkin dan menjauhi cahaya. Cahaya menyebabkan kentang bertukar warna menjadi hijau.

(sumber web site US Potatoes)



Majlis dimulakan dengan ucapan dari pihak US Potatoes dan juga pakar dietitian  Puan Indra.


Seterusnya demo masakan oleh ketua Chef di KDU bahagian kulinari. Chef telah menunjukkan beberapa contoh hidangan yang dapat dihasilkan daripada kentang. Semuanya sedap dan menyelerakan

Oh ya, untuk makluman semua. Setiap blogger yang mengambil bahagian akan menerima token wang tunai dan bagi 3 hidangan terbaik bakal menerima hadiah nialain wang yang hebat.

Tempat Pertama : RM1,000
Tempat Kedua : RM500
Tempat Ketiga : RM300


Semua peserta yang terlibat juga menerima sijil pemyertaan daripada pihak penaja.

Terdapat juga pertandingan instagram. Yang mana gambar yang mendapat LIKE paling banyak di instagram bakal menerima wang tunai RM200.



Diberi selama 1 jam, kami harus menyediakan 1 hidangan. Tapi untuk kumpulan aku dan Ayu yang diberi nama Potatolicious,kitorang menyediakan 2 hidangan.

Sepatutnya 1 hidangannya tapi sebab misscomunication, jadi 2 dish ktorang buat. Aku buat Potato Gratin dan Ayu buat potato cookies. Berperang rasanya masak dalam masak 1 jam kan, rasa nak nangis je tapi ktorang berjaya menyiapkan.

Dan akhirnya ktorang kalah.


Maybe combination dish ktorang cam pelik kot, ada ke main course dengan dessert sekali kan. Sepatutnya dessert dengan dessert la kan. Tapi tak perlah, at least kitaorang mencuba ek hehehhe. Dont give up, kipidap...

Actually banyak je menu yang kita boleh buat daripada kentang ni kan, appetizer boleh, main course dan dessert pun boleh. Penting kata kena bijak mix dan match la ye.


Yang penting kita semua maklum kentang memberi 1001 khasiat yang sememangnya perlu ada dalam pemakanan dan diet kita.