Showing posts with label Cooking Contest. Show all posts
Showing posts with label Cooking Contest. Show all posts

Friday, December 18, 2015

Cabaran Memasak Bloggers Bersama US POTATOES

Hi Korang,


Memasak memanglah aku bukan terrer pun but masak biasa-biasa boleh la kan.

Tapi masak depan orang ramai ? ermm lama dah tak buat ni kan


Menyertai pertandingan memasak bersama US Potatoes dan berentap dengan 18 blogger yang lain sememangnya menyeronokkan. Apatah lagi kita akan berentap memasak selama 1 jam dengan menggunakan bahan utama iaitu kentang dari US potatoes.


Untuk pengetahuan semua kentang US potatoes adalah berasal dari Amerika Syarikat dan terkenal di seluruh dunia sebagai pembekal kentang segar untuk kegunaan di rumah dan juga restoran. Semua kentang ini dibasuh dan digredkan sebelum dieksport, dan boleh dibeli dalam pelbagai saiz bungkusan.

Kentang US Potatoes ini dikelaskan kepada 7 jenis iaitu kentang Russte, kentang putih bulat, kentang putih panjang, kentang merah, kentang kuning, kentang biru dan ungu dan kentang jejari.


Oh ya, untuk pengetahuan semua ya. Bagi mengekalkan kualiti tinggi kentang US ini, kentang haruslah dikendalikan dan disimpan dengan teliti. Ini disebabkan kentang segar akan‘terus hidup’ segar selepas dipetik. Ini kerana ianya masih menjalani proses biologi. Proses ini boleh diperlahankan dengan mengambil langkah yang sewajarnya, tetapi tidak boleh dihentikan. Suhu, kelembapan dan aliran udara yang sesuai adalah faktor yang sangat membantu bagi mengekalkan keadaan terbaik ubi kentang. 

minum smoothies kentang dulu ek

Jadi bagi mengurangkan kerosakan pada kentang, kita perlu:

1. Elakkan daripada menjatuhkan kotak, mencampakkan beg atau melambakkan kentang pada meja peragaan.

2. Jangan simpan kentang di dalam peti pendingin, atas meja sejuk atau di dalam peti sejuk. Kedinginan menukarkan kanji menjadi gula, menyebabkan kentang bertukar kepada warna hitam semasa dimasak.

3. Kurangkan pendedahan kepada cahaya semula jadi dan cahaya buatan dengan menutup kentang setakat mana yang mungkin dan menjauhi cahaya. Cahaya menyebabkan kentang bertukar warna menjadi hijau.

(sumber web site US Potatoes)



Majlis dimulakan dengan ucapan dari pihak US Potatoes dan juga pakar dietitian  Puan Indra.


Seterusnya demo masakan oleh ketua Chef di KDU bahagian kulinari. Chef telah menunjukkan beberapa contoh hidangan yang dapat dihasilkan daripada kentang. Semuanya sedap dan menyelerakan

Oh ya, untuk makluman semua. Setiap blogger yang mengambil bahagian akan menerima token wang tunai dan bagi 3 hidangan terbaik bakal menerima hadiah nialain wang yang hebat.

Tempat Pertama : RM1,000
Tempat Kedua : RM500
Tempat Ketiga : RM300


Semua peserta yang terlibat juga menerima sijil pemyertaan daripada pihak penaja.

Terdapat juga pertandingan instagram. Yang mana gambar yang mendapat LIKE paling banyak di instagram bakal menerima wang tunai RM200.



Diberi selama 1 jam, kami harus menyediakan 1 hidangan. Tapi untuk kumpulan aku dan Ayu yang diberi nama Potatolicious,kitorang menyediakan 2 hidangan.

Sepatutnya 1 hidangannya tapi sebab misscomunication, jadi 2 dish ktorang buat. Aku buat Potato Gratin dan Ayu buat potato cookies. Berperang rasanya masak dalam masak 1 jam kan, rasa nak nangis je tapi ktorang berjaya menyiapkan.

Dan akhirnya ktorang kalah.


Maybe combination dish ktorang cam pelik kot, ada ke main course dengan dessert sekali kan. Sepatutnya dessert dengan dessert la kan. Tapi tak perlah, at least kitaorang mencuba ek hehehhe. Dont give up, kipidap...

Actually banyak je menu yang kita boleh buat daripada kentang ni kan, appetizer boleh, main course dan dessert pun boleh. Penting kata kena bijak mix dan match la ye.


Yang penting kita semua maklum kentang memberi 1001 khasiat yang sememangnya perlu ada dalam pemakanan dan diet kita.

Monday, June 9, 2014

Philips AirFryer 'LOSE THE OIL, NOT THE TASTE' Cooking Contest

Hi Korang,

Aku memang suka event yang masak-masak ni.

Bukan apa,, selain daripada dapat test kitchen gadget yang terbaru dan terkini dapat jugaklah aku tambah pengetahuan dalam cooking skill kan. Memang semua orang boleh masak, but teknik memasak tu bukan semua orang ada.

Ewah berfalsafah sangat la ko cik lily oit.


Pernah dengan #PhilipsMYAirFryer tak? hah itulah korang mesti tak tau punye kan. Itulah

AirFryer ini merupakan satu gadget memasak terkini tanpa menggunakan minyak daripada Philips. Seriuslah wei memang tak payah guna minyak. Letak je apa juga bahan masakan yang korang nak masak didalam tempat yang telah pun disediakan then masak je lah.

Ni aku letakkan sket info mengenai #PhilipsMYAirFryer ni


Hah itulah gamaknya. Kang kalau aku tulis korang tak paham plak. So baca jelah kan.

So nampak dah kan kebagusan #PhilipsMYAirFryer ni. Itulah dahlah tak de minyak malah masakan kita ni dapat menyihatkan badan lagi tau.

Sekarang ni #PhilipsMYAirFryer sedang mengadakan satu cooking contest untuk orang ramai cam kita rakyat marhaein ni ek. 


Korang cuma kena submit oil-free recipe yang sangat kreatif di facebook PHILIPS Malaysia untuk memenangi tempat untuk PHILIPS Ultimate Cook-Off pada 28hb Jun 2014 di Aeon BIG Subang Jaya.

Contest link:

Ermm mesti best giler lah.


Gadget-gadget memasak bernilai sehingga RM8938 untuk dimenangi nanti di PHILIPS Ultimate Cook-Off. Dah tu apa lagi meh cepat hantarkan resipi korang. Korang kan lagi terrer daripada aku so haruslah idea lagi banyak kan.

Eh jangan bimbang, kat bawah sini aku sertakan sini beberapa resipi yang korang boleh jadikan panduan dalam merekacipta resipi tanpa minyak ni kan. Wah ayat kemain power bagai kan.



Bak kata Duta PHILIPS


Aku? haruslah ada masak PHILIPS Ultimate Cook-Off tu nanti. Alah datang sebagai tanda sokongannya. Nak masuk bertanding? ermm mane mau nye teman. Masak pun idok pandai kan...

Good luck korang tau!