Sunday, February 23, 2014

Maybelline Lip Polish by Color Sensational, Tergoda Dibuatnya


Hi Korang,

Lama tak pi event Maybelline ek..


So hari tuh dapat invitation ke Maybelline Lip Polish ni kat NAKED Restaurant Plaza Damas. Nasib baik dah biasa dengan tempat ni so kira ok la kan.


Lip Polish? Ermm mesti korang ingat lip gloss gitu kan. 

Sebenarnya tidak wokeh. 


Maybelline Lip Polish by Color Sensational adalah 3 dalam 1 produk bibir yang menggabungkan 3 bahan penting yang membuat bibir kita lebih menarik dan seksi! Ia adalah lip balm, gincu dan lipgloss dalam satu! La betul la, 3 fungsi dalam 1 lipstick je. 





Jadi tak payah nak bawak bebanyak lipstick dalam handbag kan. 1 je dah cukup.


Ia di datangkan dalam 10 jenis warna yang sangat sangat menarik. 

cam ni ye adik-adik yang kusayang.. ishk

gedik nau rasanya aku tengok.. ishk

Korang hanya perlu ingat TIGA perkara ajaib mengenai Maybelline Lip Polish . 

Ia amat berpigmen seperti gincu, 
Ia mempunyai kemasan berkilat seperti bibir-gloss, 
Ia mempunyai manfaat pelembab seperti bibir-balsem. 

Itu merupakan gincu, bibir-gloss, dan balsam bibir semua-dalam-satu!


So kalau nak hypnotise laki korang supaya duk melekat dengan korang, ni aku share sket tipsnya ye.

1. Change Your Look
2. Make Eye Contact
3. Go Red
4. Chocolate Does The Trick
5. A Little Touch
6. Peek-A-Boo

ini yang aku dapat untuk menggoda Mr Big malam karang ek

ini bukan tangan saya, pinjam tangan orang lain

Ok teruja la tu korang kan, nak menyeksikan diri depan laki memasing kan. 

Korang boleh dapatkan Maybelline Lip Polish by Color di memana jua farmasi, Watson, Guardian, shopping centre yang berdekatan dengan orang dengan harga RM32.90 satu.


Meh check it out untuk lebih lanjut ye :

Official Website : http://www.maybelline.com/

Maybelline Malaysia Facebook Page : https://www.facebook.com/maybellinenysimplyfab


feeling-feeling model kejap ek

Apa lagi jom merah bibir ye.. Biar dari jauh orang cakap, mak oi merahnya mak ngah ek. hehehhehhe





Saturday, February 22, 2014

Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur Hotel Berwajah Baru


Hi Korang,

Pernah dengar tak hotel ni? ermm nama cam familiar kan but betul ke tidak ek


Itulah masa aku memula perasan nama hotel ni. Rupanya Hotel Vistana KL yang terletak betul-betul dekat area Pekeliling tuh di beri nafas baru. 

Ooo revamped balik la ye.


Once aku masuk je ke ruangan lobby hotel ni, rasa cam lain betul. Dah tak de design lobby hotel dulu lagi semuanya bertukar corak. Itu belum tengok area lain lagi ek


Pelancaran penjenamaan semula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, bersama-sama dengan Pengarah Urusan YTL Corporation, Tan sri Dato 'Dr Francis Yeoh Sock Ping. 


Tagline Vistana jenama baru ialah 'Vibrance, Verve and Value' yang menjanjikan suasana yang moden dan selesa ditambah pula dengan perkhidmatan yang lebih baik dengan tawaran harga yang kompetitif.

HUB 247

Cafe

Gym

Sekarang ada ada kemudahan free WiFi di seluruh hotel, ada HUB 247 yang membolehkan para tetamu melayari internet dan business solution dan juga Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makan baik breakfast, lunch dan dinner.

Meh tengok bilik hotel plak ek

Executive Deluxe Room RM300+

produk 'Mangosteen' keluaran YTL sendiri

Executive Suite RM500+

katil king tau

Lokasi Vistana hotel ni, bagi aku memang best sebab sekeliling kawasan hotel ni memang banyak public transport macam hentian putra, station monorel, station LRT. Semuanya walking distance je.

Mari berenang sepuasnya..

Korang bolehlah ke sini


Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 4042 8000 
Fax: +60 3 4041 1400 
Email: viskl@ytlhotels.com.my 

GPS: N 03° 17' 45.39" E 101° 69' 56.2" 

Sekali sekala chil-chil di KL masa weekend apa salahnya kan. Seronok apa, travel by public transport kan.

Ermm, may be one day kot


Friday, February 21, 2014

Hadiah Dari Sahabat Blogger


Hi Korang,

Ada seorang hamba allah iaitu sahabat blogger ni telah hadiahkan aku sesuatu.

Memula aku mintak details dia coz dia ada sample nak hantar and tup-tup dia pun mintak gak details aku. Bila aku tanya, aku cakap ade lah...

Alamak ade lahhhh... seram gak wei

Tapi aku tak berapa kisah sangat lah, alah kengkawan apa salahnya kan..

Later last week, masa check mail box ni nampak ada surat untuk aku plak. 


Simple je

tiada kata secantik bahasa

Tengok kata-katanya. Kalau korang rasanya ada masa tak nak buat cam ni? ermm ini semua effort wokeh. Hasil air tangan sendiri.

Itu baru kad, hadiahnya korang belum tengok lagi. Alah tak yah la, nanti korang jelessssss... hahahhaha


Anyway terima kasih kat blogger Tirana Aduka for special gift ni. 

Really tak sangka gak tau, ada gak orang nak kawan dengan kita hahhahahaha

Ini semua poyo!! ermm ke aku yang poyo sebenarnya ni



Anyway,

Salam Jumaat Korang...




Thursday, February 20, 2014

Busy Bebenor

Hi Korang,

Tak leh nak taip bebanyak ni

Dalam conference,ngantuk tu yang bukak blog tuh.




Dah 2 hari berkampung kat sini, aduiyai letih tuh. Bosan pun ada coz kurang bercakap dan banyak mendengar.

Okla nanti citer lagi ek...
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 19, 2014

AYLAMYRA Produk Untuk Hilangkan Parut Di Muka


Hi Korang,

Orang pompuan kalau pasal muka memang taksub betul. Pantang ada yang pelik kat muka terus jadi risau. Aku ni sampai sekarang masih tercari-cari lagi cara untuk hilangkan masalah kulit berminyak ni. Sekarang tak delah teruk mana pun but kita ikhtiar kan.


Bila dapat tau pasal produk untuk hilangkan parut muka ni iaitu AYLAMYRA rasa cam excited plak. Mana tak nya, banyak testimoni Aylamyra aku dah baca kat dalam internet yang mengatakan ianya ubat parut muka dan ubat jerawat dan jeragat. 

Ianya merupakan serum muka yang bertindak untuk menghilangkan segala jenis parut jerawat mahupun jeragat di kulit muka kita.


Aylamyra dilancarkan pada tahun 2011 dan mengeluarkan produk kecantikan yang berkesan,berkualiti dan selamat.HQ terletak di Pandan Indah.Syarikat telah mengeluarkan 29 produk kecantikan. Produk kecantikan ini mendapat kelulusan daripada KKM dan ianya buatan Malaysia serta halal digunakan.


Aku dapat mencuba produk Aylamyra Purifying and Scar Serum ni. Thanks to Farisya yang sudi memperkenalkan kat aku ye. 

Di antara kebaikan Aylamyra Purifying and Scar Serum ini adalah:-

- menghilangkan jerawat

- mengawal pengeluaran minyak

- menghilangkan white/blackhead

- mengecilkan pori-pori

- menghilangkan parut

Ok meh aku tunjukkan sket cara pakai Aylamyra ni ek


Dalam 1 kotak ni ada 10 botol yang mana 3.5ml setiap satu. So 1 botol ni boleh digunakan sebanyak 3 kali. 

Bagi yang tak pernah pakai serum, serum ni dipakai selepas step toner dan sebelum pelembab.

Memula

1. Cuci muka kasi bersih dan suci sesucinya
2. Pakai toner yang bersesuaian dengan kulit muka koranglah
3. Pakai serum muka AylaMyra. Sapu rata kat muka especially bahagian yang berparut tuh.
4. Pakai pelembab/krim siang ataupun malam

Kalau nak nampak kesan cepat kena guna 2 kali sehari serum muka ni. Barulah mantop kan

Meh tengok hasilnya setelah aku guna lebih kurang 1 minggu cam tuh


TESTIMONI AYLAMYRA PURIFYING AND SCAR SERUM

Bagi aku :
Memang nampak ada perubahan walaupun tak sampai seminggu lagi aku pakai. Bukan setakat parut jerawat malah pori-pori muka mula berkurangan. Nampak parut jerawat beso kat gambar atas tuh, kan dah makin mengecil dan pudar ek. Maybe lagi lama aku pakai, mesti nampak perubahannya lagi ketara kan.

Eh bukan orang perempuan je boleh guna, lelaki pun boleh mencuba tapi yang berumur 15 tahun ke atas lah.


Macam mana nak order Aylamyra Purifying and Scar Serum?

Korang yang duk sibuk cari produk serum jerawat ni Aylamyra Purifying and Scar Serum dan rangkaian produk lain dari AylaMyra ni, korang check it out kat :


Produk: Aylamyra Purifying and Scar Serum

Harga:RM67 (SEM)/RM71 (SS)

FANPAGE AYLAMYRA

INSTAGRAM
@aylamyra

NO.TELEFON
Sms/Whatsapp : 016-2890020

WEBSITE



Wordless Wednesday – Untuk Lebih Baik


Hi Korang,

Wordless Wednesday untuk minggu ni


Apmacam? Actually kena makan benda berwarna hijau untuk baikpulih kesihatan kita yang makin hari makin down kan.

Ermm, mesti cuba ye



Tuesday, February 18, 2014

Menu Makanan Mudah Bagi Orang Banyak Kerja

Hi Korang,

Lately ni busy banyak wei

Tender, site visit, meet new people, conference, exhibition melambak-lambak kena attend. Mak bukan boss ye noks but boss aku ni sebab terlampau banyak keje so dia transfer kat aku suruh settlekan.

Abis aku nak transfer kat sape plak, jawabnya kene siapkan tanpa banyak mulut.

Bila time banyak keje ni, masanya untuk pau bos aku. Keje nak cepat so haruslah tak sempat makan kan. Sudahnya dia suruh pi check delivery order ke opis untuk lunch bebaru ni.

Ok kasi pau cukup-cukuplah kan.


Ktorang order DOMINO PIZZA je. Lagi pun itu je yang boleh buat delivery cepat dan confirm sampai. Nak harapkan fast food delivery lain ermm belum tentu lagi, nak check alamat lah, riders tak cukuplah ermm pelbagai alasan sungguh.

Inilah menunya

hawaian chicken pizza


beef pepperoni pizza

extravaganza pizza

tuna temptation pizza

BBQ chicken pizza

garlic breadstick

chicken drummet

Hah ambik ko, makan kenyang-kenyang sampai muntah-muntah ek. Yang makan 6 orang je tapi order amboi cam 10 orang.

Air? tak yah. Minum je air yang hado kat pantry ek.

Alah tak perlah, sekali sekala bos belanja kan.

Korang, apa lagi pi pau bos korang ek, jangan pau boss aku. Kang aku nak pau kat sape plak..

Dah la tu, pi sambung kerja balik ek





Monday, February 17, 2014

Makan Kacang Pool Di Rahsia Kopitiam, Bangi

Hi Korang,

Aku memang senantiasa mencari kedai makan yang jual kacang pool kat area KL ni.

Memang agak payah uolls, penah survey dalam tenet ermm hampeh tak do. Kalau yang ado pun, kedainya dah tutupla, kedainya cam tak confident nak masuk, kedainya hidup segan mati tak tau dan memacam lah.

Kemudian ramai duk war-warkan ada satu kedai yang jual kacang pool ni yang dekat benau dengan rumah aku. La sekangkang kera rupanya.

So malam tuh, lepas pi beli tembikai kat Jaya Groccer Bangi ktorang merayau-rayau kat seksyen 15 ni. Beli tembikai sampai ke sana, melampau betul perangai tau. Bukanlah ingat nak pi minum kopi kat Gloria Jeans tu yang ke sana. Sudahnya malas plak coz kedainya penuh orang kan.

Tawaflah satu Seksyen 15 ni, masa pi BurgerByte hari tuh ada perasan satu kedai kat corner lot tu but tak tau kedai apa, alah pusing apa ade hal minyak full tank kan.

Then nampak signboard Rahsia Kopitiam ni. Ermm must be this shop. Park tepi then turun lah. Simple je kedainya maklumlah kedai kopi kan, tak yahlah nak grand sangat pun janji ada tv dan tempat duduk banyak udah.


Ok tengok menu, betul ko ada kacang pool kat sini. Apa lagi terus order 1 set dulu coz nak test sama tak dengan kat JB. Kemudian ktorang orang set nasi + sup tulang untuk Mr Big. Aku plak set nasi + asam pedas ayam.


Sampai pun kacang pool. Tengok appearance kacang pool ni. Ermm exactly cam kat kedai kat bomba larkin tuh. So rasa plak, ermm ada kurang here and there sket. Rasa dah ada but tak tau lah apa yang less or more. 


Ala tak per, licin gak ktorang bedal. Kalau orang yang tak pernah makan, mesti tak kisah dengan itu semua kan. Janji sedap masuk ke tekak dan perut.

set asam pedas ayam

set sup tulang

Sup tulang dan asam pedas ayam tuh not bad sebab hidang dalam claypot kan so senantiasa panas ditambah plak dengan set nasi putih siap sambal belacan dan telur masin memang terbaek uolls.

Nak pi la tuh, korang ni memang tau.

Kat sini je


Rahsia Kopitiam
No.1, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, 
Bandar Baru Bangi.

Direction: masuk ikut belakang Petronas, nampak 1st junction masuk kanan. Then sampailah kedai ni. Alah sebaris dengan restoran BurgerByte je.

Ermm nak ke sini lagi coz aku belum cuba Nasi Ambeng ye. Nampak dalam menu hari tuh but cam banyak plak order kan. Next time la ye

Sapa nak ikut aku? meh angkat tangan sket...


Panas Sungguh Cuaca Sekarang ni

Hi Korang,

Ya ampun, sekarang ni memang panas betul kan.


Sabtu lepas aku ikut Mr Big pi PACG kat Putrajaya. Alah event untuk kereta-kereta anjuran Perbadanan Putrajaya. Alah sesuka je ikut je pun.


Memang banyak giler kereta yang ikut serta bukan Alza je, ada Wira, Satria,Waja, Honda Wish, kereta-kereta lama, superbike pun hado.


Pertunjukan Autoshow rupanya so memacam aktiviti la yang ada.


Tapi disebabkan panas sangat, so ktorang tak tunggu sampai abis event pun. Tengahari cam tu, ktorang dah blah. Bukan apa, cuaca panas sangat so tak larat nak join aktiviti yang ada.

So tak de lah report menyeluruh mengenai event ni ek.

Balik je rumah terus lepak depan tv, tidur..

Memang weekend yang tak produktif langsung!