Tuesday, January 21, 2014

Bawa Kucing Pergi Vaksin Di Klinik Haiwan

Hi Korang,


Bila dah bela kucing dah kira sama cam bela anak. 

Selain daripada sediakan tempat tinggal, makan yang cukup, kesihatan diorang ni pun kena jaga jugak. Aku memula malas nak bawa pi Veterinar ni, alah setakat kucing je kan. Lepas tu, bila fikir balik bawah jelah. Nasib baik ada klinik haiwan di Bangi ni.


Ktorang ke Mesra Pet Shop di Seksyen 7 ni. Alah sekangkang kera je dengan rumah. Banyak gak tempat aku survey nak hantar pi vaksin, adik ipar aku Si Siti tu bagitau hantar kat Mesra ni coz semuanya diorang boleh buatkan walaupun mahal sket.

Lepas maghrib tu, kendonglah 2 ekor budak ni Dak Uban dan Dak Nin dalam carrier. Nak suruh aku pikul ermm tak perlah berat semacam. Oit gemuk sungguh.


Sesampai je tak de orang pun, so kena isi borang dulu.

Staff kat situ pun explain sket cam ne procedur nak vaksin kucing ni. Kejap pas tu, nama budak 2 ekor ni kena panggil untuk masuk dalam bilik rawatan. 

Doktor kat dalam tu buat pemeriksaan kat diorang berdua ni. Tengok mata, tengok bulu, check ada kurap ke tak, timbang berat semualah.




Memula sekali Dak Uban yang kena dulu coz dia yang excited sangat, heboh nak kuar kan. Semua ok kecuali Dak Uban ni ada fungus yang baru nak jadi sekitar telinga dia. Lepas eject vaksin, terus doktor bagi ubat fungus plak. Lepas tu letak ubat kutu jenama ‘frontline’ ni.




Bila time Dak Nin kena checkup, rileks je. Tak de pun nak meronta-ronta. So far so good kesihatan, tak de kurap tapi kutu masyallah banyak giler. Sebab bulu dia ni tebal sket, so payah aku nak check. Apalagi terus letak ubat kutu gak. 

Settle dalam masa tak sampai 1 jam pun.

Harga vaksin untuk seekor kucing = RM35.00

Harga ubat kutu ‘FRONTLINE’ dalam tiub = RM24.00

Kena dalam RM118.00 untuk 2 ekor kucing.



Ala tak perlah, dengan kucing pun nak berkira. Selama dia diorang tolong bersihkan sawang bawah almari, kemaskan habuk-habuk kat kabinet tv, jumpakan balik misteri udang aku yang hilang. Ni kira sebagai upah diorang berdua la tuh.

Ok cukup bulan bawak lagi pi vet ek ..

Alah time tuh raya cina, ermm kena bawak awal sket la nampaknya.

Monday, January 20, 2014

SNOWDrop Cloth Pad, Keperluan Wanita Yang Menyihatkan Lagi Menjimatkan

Hi Korang,

Kan hari tuh aku ada tulis teaser mengenai SNOWDROP Cloth Pad ni. So ini adalah kesinambungan daripada teaser hari tuh.


Yesza, sekali lagi aku berpeluang untuk mencuba sesuatu yang bagi aku unik tapi menyenangkan terutama sekali bagi kita orang pompuan ni. Bila datang je musim bendera merah, memang sesangatlah penting kena senantiasa ada dengan kita. Apa lagi disposable pad lah. Ok meh kita citer sket mengenai Cloth Pad ni ek.


Apa itu cloth pad atau pad kain?

Pad kain (biasanya dipanggil 'Cloth Pad') adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Hah, kira pengganti pad lah ni, macam style mak-mak kita dulu. Back to nature.

Ciri ciri khas yang ada pada SNOWDROP Cloth Pad ni,



Apakah yang terkandung dalam Cloth Pad ni?

Lapisan atas diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalaman terdiri lapisan mikrofiber yang anti-bakteria sebagai penyerap dan lapisan kalis air nilon bersalut PU bagi mengelakkan kebocoran. Lapisan belakang(bawah sekali) ialah 100% kain kapas bercorak yang diimport dari USA.


Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz.


Bila baca rasa cam tebal je plak Cloth Pad ni, but once dah tengok memang nipis sesangat.

Ada pelbagai jenis Cloth Pad ni, bergantung pada penggunaannya.

Pad Light Mist - RM25.00

Pad Medium Dew - RM29.00

Pad Heavy Stream - RM34.00

Pad Maternity - RM38.00

Pantyliner Dry Flux - RM17.00


Pengalaman Mencuba SNOWDROP Cloth Pad ni

Ini kan kira first time aku mencuba, so agak kekok gak pada mulanya. Masa mula pegang tuh, terfikir gak dalam otak ni yang boleh ke Cloth Pad yang senipis ni boleh menampung darah yang banyak. Maklumlah aku ni memang heavy flow sket, sekali keluar macam bukak paip air. Senantiasa banyak, yelah orang cam aku ni memacam menda masuk dalam badan yang sendiri kita tak sure itu apa, samada berkhasiat ataupun tak. So time-time period ni segala jenis mak neka kotoran degil keluar.

cara pakai Cloth pad

Aku guna yang Heavy Stream untuk 1st dan 2nd day period, so far memang menampunglah segala aliran. Cukup jam memang kena tukar lah, nasib baik Pn Nessa bekalkan beberapa keping Cloth Pad ni so bolehlah tukar ganti.

Selesa, langsung tak de rasa cam geli gelaman. Rasa cam gatal-gatal berpeluh pun tak de.

Now bila dah beberapa hari guna Cloth Pad ni, rasa cam tak pakai apa-apa pun coz nipis dan sangat selesa. La selesa lagi ek.



Penjagaan Lepas Guna dan Cara Membersihkan.

Dah pakai-pakai tak kan nak bersihkan hantar dobi plak. Semuanya buat sendirilah. Tak delah susah mana pun cara nak bersihkan Cloth Pad ni cuma kalau cuci sembarangan material akan cepat rosak dan tak dapat menyerap dengan baik

tali untuk mengantung masa nak keringkan

Ini je pun, kena ikut

1. Jangan gunakan air panas
2. Basuh atau rendam secepat yang boleh lepas guna
3. Elakkan guna peluntur, pelembut pakaian ataupun detergent
4. Jangan gosok dengan berus

Itu je pantang larangnya, lelain ok je.

Ada jaminan 1 tahun je, don't worry.

Harga, bagaimana plak?

Bagi aku, harga not bad sebenarnya sebab semua ini cuma 1 time cost je. Bukannya tiap-tiap bulan kena beli. Kira menjimatkanlah perbelanjaan setiap bulan. Kalau kira-kira balik memang betul-betul boleh jimat.

Aku rasa at least kena ada 3-4 helai Cloth Pad ni, senang nak salin-salin, so standby je dalam handbag time-time memuncak ni.


Ok last but not least, aku nak share video mengenai DIOKSIN, iaitu satu bahan yang terkandung di dalam tuala wanita kita sekarang.

Tahukah ANDA bahawa kebanyakkan pad atau tuala wanita yang dipasarkan diluar sana mengandungi dioxin yang merbahaya dan boleh mengancam NYAWA ANDA pada jangka panjang.Kini ANDA mungkin masih tidak perasan tentang kesan sampingannya.



Semoga dapat di jadikan panduan dalam kehidupan harian korang ek.


Bagi korang yang berminat dan nak tahu lebih lanjut boleh layari :

WEBSITE SNOWDROP :

FACEBOOK SNOWDROP :

HQ SNOWDROP :
366, 1ST FLOOR,
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, 
TAMAN PERMAI, 
30020, IPOH PERAK. 

TEL : 





Sunday, January 19, 2014

Masak Guna Periuk Nasi Elektrik PHILIPS

Hi Korang,

Aku memang tak pernah beli periuk nasi pun, serious tak ok!

Alah hadiah kahwin kan ada so pakai jelah yang daripada ktorang kahwin sampai lah sekarang ni. So far tak de rosak pun.

Bila dapat hadiah periuk nasi dari Philips ni hari tuh, haruslah digunakan. So yang lama tuh, aku hantar kat umah mak aku. Yelah rumah beso kan, so adalah tempat dia boleh simpan menda-menda kecik ni. Mana tak orang tua tu membebel, cakap rumah dia ni dah macam stor ktorang adik-beradik kan hahahahahha.


Masa bukak dari kotak tuh, Mr Big cakap rupa periuk nasi ni cam radio kecik. Memang ye ko, kecik benau.


Tengok button-button ni, kan macam radio kan. Banyak betul function dia tau. Kira cam canggih gak lah periuk nasi ni. Wei, boleh buat kek sekali la.

Jom masak nasi dulu ek


Masak nasi pun nak aku ajar ke, alah korang ni kan. Ikut je sukatan dalam periuk nasi tu ek. Kalau 4 pot beras, so airnya ikut je penanda kat dalam periuk tu ek. Basuh beras semualah.


Pilih je nak masak ape, tekan button rice tuh. Then terus je masak.



Inilah hasilnya lepas beberapa minit kan, aku pun tak sure berapa minit. Pakai tekan je. Nasi masak just nice, tak keras, tak kering, air cukup. Ermm sedaplah.

Lepas ni nak cuba function yang lain plak kan. Tapi manual periuk nasi ni mana plak aku letak ek.

Alah dah hilang plak!





Friday, January 17, 2014

Peluang Bekerja Di Korea Selatan

Hi Korang,

Cuti-cuti ni malas nak citer pepanjang ek. 

Ni ada kawan aku mintak tolong war-warkan kat korang kalau tengah sibuk mencari kerja kan. 

Check it out info kat bawah ni ek




Kalau ada adik-adik ke kengkawan yang nak cuba boleh terus contact kat email di atas tu ek.

Email je tanya apa yang nak tau, kot-kot bersesuaian dengan jiwa korang kan.

Mana tau...




Cara Letak InstaVideo Di Blog

Hi Korang,

Yeah, hari ni cuti yesza...

Tapi kan, aku keje huhuhuhu boring ade tender submission.

Keje keje gak but sempat update blog sket ni tau. Ni sebenarnya aku buat entry ni untuk menjawab persoalan blogger PuanBee.Com pasal instavideo ni.


Aku pun bukan pandai sangat, nasib baik bebudak team #propaganjil ni bagi tau kat aku. Thanks ketua Shakkido, kaki makan Hazman, Mummy Ruby dan pengantin baru Yana.

Ok inilah dia Cara Letak InstaVideo Di Blog kan.

Korang ikut je cara aku ni ek


1. Bukak account instagram korang kat website www.instagram.com. Kemudian masukkan korang punya ID dan password. Takkan ikut nak mintak aku punye plak kan. Ok dah masuk.


2. Korang pi klik 'VIEW PROFILE' kat sebelah kanan atas webpage tuh. Alah bawah gambar korang tuh. Hah klik la cepat

3. Keluarlah koleksi gambar-gambar yang korang selama ni duk upload kat instagram. So carilah video yang korang dah upload tuh kan. Ok klik kat video tuh.


4. Keluarlah video tu kan. Korang pi cari ada 3 titik kat sebelah kawan bawah page tuh. Tekan 3 titik tuh. Nanti keluar perkataan 'EMBED' korang klik situh tau


5. Keluarlah pop-up HTML Code macam ni. Hah korang copy link tu then terus letak kat blog la ek. 


So paham tak?

Kalau dah paham, apa lagi meh klik 'follow' kat instagram aku ek http://instagram.com/ciklilyputih



Anyway, 

Selamat Bercuti korang...




Thursday, January 16, 2014

Sesaje Tengok Car Autoshow

Hi Korang,

Tak delah autoshow sangat pun, sekadar ada pameran kereta-kereta yang dah di modified ni. Jangan korang ingat car autoshow yang ada model perempuan seksi pose kat kereta tu ek.

Ini bukan sama sekali tau.





Mr Big sibuk duk ajak aku pi tengok kereta-kereta ni, alah sesuka katanya. Kot kot mana tau ade idea nak modified budak jahat ktorang tuh.


Ermm oklah mak follow je, lagipun dekat area Tesco Semenyih je.




Sampai sana terbutang mata tengok kereta-kereta modified ni. Asal body macam proton, exora, alza, gen2 tapi lepas kena pimp my ride terus dah nampak cam mahal ek.




Kan, memacam rupa dan bentuk ada.





Yang minat kat kereta ni. Kereta kancil yang di modified menjadi kereta Hello Kitty.

Sangat cool interior di dalam nya.

So Mr Big tanya, kita nak modified budak jahat kita tu ikut yang mana? ermm jawab aku senang je. Beli lagi sebiji yang baru then baru boleh modified si budak jahat Dak Oren ni ek

Betul tak?

Tak nak aku bawak kereta-kereta cam ni pi keje...