Tuesday, August 27, 2013

Buffet Durian Di SS2 Petaling Jaya

Hi Korang,

Sabtu lepas, abis je kenduri kat umah one of S.I.L kat Pantai Hillpark Bangsar sigemuk ajak ktorg pi jejalan ke SS2. Ingatkan nak ajak pi Murni rupanya tempat lain plak


Rupanya mama berhajat nak pi makan durian.


Ada plak buffet durian kat tengah-tengah town SS2 ni. Which is aku sendiri pun tak perasan.


Sesampai je punyelah ramai orang, ada banyak stall actually. So korang boleh pilih yang mana satu korang nak makan. Dengan harga buffet bermula RM9.00 seorang aku rasa amat berbaloi untuk kaki-kaki durian yang kuat melantak kan.


Korang duduk je, diorang terus serve durian. Tak yang susah-susah  nak pilih. Semuanya diorang hidangkan. Siap air kelapa lagi untuk penyejuk badan.

Cantiklah tu kan, tengok ni kaki durian makan







Sudahnya mama yang duk makan bertambah-tambah, diorang bertiga ni terus serrender.

Korang apa lagi pilah cuba, memang untung bebenor lah.


Dari kacamata orang tak makan durian. Aku sekadar duk peneman diorang je ni

Sebab apa aku tak makan durian?

NOT GOOD FOR HEALTH.... aahahaahahah skema betul ayat kan...


Rawatan LIPOSONIX Untuk Bentuk Badan Ideal

Hi Korang,

Meh kita citer plak pasal kesihatan plak ek, asyik event je kan.

Aku nak citer pasal LIPOSONIX ni


Apa itu LIPOSONIX?

Ianya merupakan rawatan untuk pelangsingan badan tanpa pembedahan yang berkeupayaan 'Contouring System' yang menghapuskan lemak.

Rawatan selama sejam yang tidak memerlukan penjagaan susulan ini menggunakan teknologi ultrasound termaju yang mampu menghapuskan lemak yang tidak diingini untuk selama-lamanya, termasuk lemak yang dianggap degil.Satu rawatan yang terbaik bagi orang-orang yan inginkan bentuk badan yang ideal dan juga satu penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan berat badan dan lemak.

Cuma,

1 rawatan, 1 jam, 1 saiz berkurangan

Kira macam time lunch pun korang boleh buat rawatan ni.

Meh kita ikuti LIPOSONIX media launch di Singapore baru-baru ini



Tengok ramai blogger yang share experience mereka mengenai rawatan LIPOSONIX ni. Ternyata amat berkesan dengan pantas dalam mengurangkan berat badan.

Liposonix lebih sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita yang memiliki Indeks Massa Tubuh (BMI) tidak lebih 30. Ia pertama kali digunakan di Hong Kong pada Jun tahun lepas, manakala Malaysia menggunakan mesin pertamanya berharga RM360,000 mulai November 2012.

Ok nanti aku sharekan lagi lebih lanjut mengenai rawatan LIPOSONIX ni. Kot-kot mana tau korang plak berkenan plak kan. 

So tunggu....


Monday, August 26, 2013

BLOOP Candy Lipstick #301 Cantik Warnanya


Hi Korang,

Aku jarang pakai lipstick warna terang-terang ni. Yelah takut tak sesuai muka, kang nampak pelik.

Bila HiShop hantar lipstick ni aku cam takut-takut nak pakai plak, tapi tak per cuba jelah mana tau tup-tup berubah jadi Nora Danish kan.

Inilah dia


BLOOP Candy Lipstick

Terang warnanya dan ianya tahan lama di pakai dan tak mudah hilang di bibir walaupun kita dah telan memacam menda masuk ke mulut.


Yang aku punya ni Code 301 dan ada 9 lagi jenis warna yang cantik dan meriah untuk korang cuba ek.


Harga cuma RM38 je dan korang boleh dapati di www.hishop.my dan juga di butik BLOOP kat seluruh Malaysia ni.



Comel tak? First time pakai warna terang-terang ni. Rasa cam cantik plak la. Ishk perasan je lebih tau aku ni, ingat ko artis ke Cik Lily Putih oit

Oh ye, BLOOP sedang mengadakan special promotion di HiShop sekarang, Exclusive 20% discount for you on ANY BLOOP Products!


Just masukkan discount code: BLOOP20  dan shopping la kan

(No minimum purchase. Valid for BLOOP products only, till 30 Sept 2013)



HiShop - A Guaranteed Shopper Experience.

For more information about HISHOP, kindly visit:
HiShop Malaysia Website: www.hishop.my
HiShop Facebook: fb.com/hishopmy
HiShop Instagram: @hishopmy
HiShop Twitter: twitter.com/hishopmy

....Jangan lupa subscribe di HiShop tau, tekan je sini http://www.hishop.my/subscribe!


#NNFeatureFriday, Glamer Cik Lily Putih Jadi Artis Jumaat.

Hi Korang,

Jumaat lepas tengah duk sbuk buat kerja, tak pasal-pasal iPad aku ni non stop berbunyi.

Memula ingatkan bebudak ni duk sembang kat WeChat, bila tengok tak de plak. 

Rupanya FB yang duk kuar notification, bukan main banyak plak tuh. Terus aku pi check, ini kisahnya 




Nuffnang Angel ni dengan baik hatinya memfeaturekan aku di FB Nuffnang. 

Ramailah duk komen, duk congrats dan memacam lagi lah.




So kengkorang,

terima kasih atas sokongan korang pada blog picisan www.ciklilyputih.com ni. Hopefully aku akan jadi lebih rajin mengupdate blog dan rajin pi event lagi ek.

Happy Monday Blues Korang...




Friday, August 23, 2013

SUPERWOMEN, WEvents’ 3rd Anniversary Party!



Hi Korang,


Last week, sempat gak aku ke Armada Hotel, PJ untuk celebrate WEvents Anniversary yang ke3.


Kira first time aku dapat join WEvents’ punye event, dah 3 tahun pun diorang ni beroperasi tau. Haruslah semuanya perempuan kan. Itu yang syiok tuh.



Cam biasa registration dulu, aku cam biasalah as media. Dapat goodies bag yang comel tau. Cute bagnya polka dot.





Jom makan-makan dulu sebelum event start, nasib baik ada Innanie dan Ayna kira ada kenal gak. Ramai gaklah bloggers lain turut hadir. Walaupun menunya simple but sedap.




So apa-apa pun speech dari Jenisha dan Winnie selaku founder of WEvents ni. Kata-kata diorang menambah semangat ‘superwomen’ aku tau. Mimi Teh dari Bag Of Love pun sangat inspiring kata-katanya. Sukerlah diorang ni.




Kemudian ktorang di hidangkan dengan 10 talented SUPERWOMEN yang bertanding bagi merebut hadiah-hadiah yang awesome. Hah ko memacam aksi keluar baik menyanyi, menari, motivasi  semua ada. Ade few shot yang dapat aku amik ni.

Best kan.

Diorang ni memang sangat berani untuk perform atas stage. Kalau aku gabra ya ampun hehehhe


Yeah, aku dapat hadiah lucky draw. Sukernya iaitu Eyelashes extension voucher dari Posh Spa. Ermm tapi rasa tak sempat nak buat kot coz tak de masa, most probably akan di giveawaykan. Sapa mau? Cepat angkat tangan.




Inilah dia pemenang bagi talented SUPERWOMEN tuh. Sangat awesome dia menari dan menyanyi as catwomen. Congrats pada semua pemenang. Kalah menang semua dapat hadiah tau.


Terima kasih pada The Butterfly Project dan WEvents’ coz sudi ajak aku berjimba di party ni. Sangat seronok. Korang tanyalah Innanie budak coklateyes tuh, cam ne aku gelak tak hinggat tau.

LIVE UPDATE - Salam Jumaat Dari KFC

Hi Korang,

Sekejap je dah nak weekend kan.

Maknanya minggu ni banyakla rumah terbuka yang nak kene attend. Blogging jobs pun ada 2-3 gak nak kena attend. So kerja-kerja office sebolehnya kenalah disettlekan sebanywk mungkin minggu ni.

Macam sekarang ni, aku tengah duk menunggu bank bukak untuk buat some office errand. Lambat plak bank ni bukak so lepak breakfast dulu



So ke KFC kite buat sponsored post dulu sementara bank bukak sambil sarapan A.M Riser. Tengah hujan plak apalagi sedaplah kan.

Anyway, 

            Salam Jumaat Korang...


So weekend korang buat aper ek?..

Thursday, August 22, 2013

Dinner Dengan Kengkawan Bloggers

Hi Korang,


Boleh plak aku terlupa nak citer kat korang pasal dinner yang paling sempoi ni.



Masa tu ktorg ada project dengan Samsung dan Manoah, so masa penyampaian hadiah tu ee skema plak ayat, diaorang arrange kat PappaRich Bangsar. Penuh level 1 kedai ni dengan ktorg.






Ok order-order apa yang patut. Sorang bukan order satu malah lebih dari 3 menu pun ada. Alah sekali sekala Samsung nak banjer makan so haruslah makan betul-betul.

Korang tengok jelah gegambar kat bawah nie k







Hah penuhkan, ramai giler time tuh. But still dapat makan on time. Bertukar-tukar dish each other, yelah nak rasa sedap ke tak kan. Sampai tak abis makan pun ada. Aku haruslah abis sebab aku order sket je. Hehehehhe



Anyway terima kasih Samsung dan Manoah for this special makan-makan  dan awesome gift gak. I really like it!

Memintak ada lagi projek dengan diorang ni kan. Bukan apa, seronok tau.

Tak yah letak nama bebudak ni kan coz diorang ni lagi glamer dari aku tau, laGipun korang mesti kenal punya la..... ahahahahha





Proton Suprima S, Hangat Di Perkatakan

Hi Korang,

Untuk segmen Sayangi Kereta Anda, aku nak citer sket mengenai Proton Suprima S ni.

Bukan apa, ramai plak orang search dalam blog aku ni pasal kereta terbaru keluaran Proton ni.


Proton Suprima S ni telah pun dilancarkan pada 17th Ogos lalu di Matrade Exhibition and Convention Centre yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aku manalah dapat invitation untuk event besar sebegini, almaklumlah blogger kecil-kecilan je kan. Lainlah kalau aku memang niche blog pasa automotive, confirm dapat invite punya.

Anway ini ada info serba sedikit mengenai Proton Suprima S ni yang aku dapat dari www.arenakereta.com Terima kasih di atas info ni ye.

Jom kita check it out sket ek.

1. ENJIN
1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

2. KESELAMATAN
Enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assistdan kamera undur.



3. REKAAN LUARAN
Secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback.Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan orang ramai. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.



4. REKAAN DALAMAN
Rekaan dalaman model ini nampak biasa sahaja. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.

5. HARGA
·         Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
·         Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
·         Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
·         Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

6. PILIHAN WARNA

Ianya di datangkan dalam 5 variasi warna utama iaitu Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Atlantic Blue


So apmacam, rasa-rasa cam nak beli gak tak?

Bagi aku, kalau korang mampu dan lagi memerlukan eloklah di usahakan untuk membeli. Lagipun berpatutan kot dengan apa yang di tawarkan. Kalau aku taklah kot, memandangkan saiz kereta Proton Suprima S agak comel untuk aku dan Mr Big naik. Silap-silap bahu berlaga bahu nanti. Kan dah rugi.

Tapi kalau nak pi test drive, apa salahnya kan...


Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday - Itik Gemuk

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week.


Itik gemuk? biar betul.

Bukan lah.

Ini baHan masakan tapi nak masak ape guna benda ni ek.. ermmm....

Kaki Shopping, Jom Join Pinwheels Photo Contest

Hi Korang,

Berita baik khas untuk ibu-ibu bapa-bapa yang kaki shopping online pakaian anak korang kan.

Pinwheels iaitu Online Store Pakaian Bayi dan Kanak-Kanak sedang melancarkan Pertandingan Foto dari 15 Ogos hingga 8 September 2013. Hadiahnya RM1,000 baucar shopping PinWheels


Nak join? Ikut je cara-cara kat bawah ni 

1. Beli-belah di www.pinwheels.my (belanja sekurang-kurang RM100)
2. Pakaikan baju-baju Pinwheels untuk anak anda dan ambil gambar
3.Poskan gambar tersebut di www.facebook.com/ilovepinwheels , Kongsikan deangan kawan-kawan dan keluarga, dapatkan sebanyak mungkin Undian (Vote)


Cara nak menang? cam ni

Foto dengan undian yang paling banyak akan memenangi RM1,000 Baucar Membeli-belah Pinwheels. Applikasi untuk Pertanding Foto ini adalah adil kerana ia akan memastikan setiap orang boleh undi sekali sahaja dan memberhentikan undian palsu.


Ada lagi info penting ni tau, baca ni

Ya! Untuk memastikan kelayakan semua orang, korang dikehendaki memasukkan Nombor Invois atau Nombor Resit ketika mengisi borang online menyertai pertandingan ini.

Korang boleh je klik kat link ni untuk lebih details 

Itu je, mudah kan.