Sunday, March 24, 2013

Resort World Genting's YNOT Graffiti Competition

Hi Korang,


Tau ke pasal YNOT Graffiti Competition anjuran RWGenting ni?




La tak taunya, Meh aku citer sket


Projek ini merupakan ditujukan kepada golongan muda dimana mereka-mereka ini boleh mengexpressi perasaan mereka dengan melakar lukisan kreativiti mereka di Genting's Outdoor Theme Park


Nak tau lagi? Meh tekan kat sini, Genting Malaysia


Maknanya, akan ada 1 artwork je yang akan terpilih sebagai pemenang yang akan berpeluang melukis artwork mereka kat Taman Tema Outdoor Genting! Best kan


Aku dah tengok artwork diorang ni tau. Cantik wei,memang berseni tau.

Apa pun jom tengok beberapa bus shelters yang kawasan Lembah Klang ni di Graffiti kan.

Chekri Jalan Raja Chulan

IACT Jalan University

Nazmi Jalan Sultan Ismail

Alpha Jalan Semantan

Aswara Jalan Ampang

Alpha Lebuh Bandar Utama

Aswara Jalan Pudu

IACT Jalan Barat


Apmacam? unik kan. 


Conteng ikut suka tapi siapa pun tak boleh marah kan. Sebab tu lah eloknya join competition ni.


Kalau korang nak view artwork diorang dan VOTE sekali, boleh je log in kat Facebook App Page here

Jomlah tengok wei.




Saturday, March 23, 2013

Yuna – Home [Official Galaxy Wonderland Music Video]

Hi Korang,
Ingat cerita aku pasal music video Yuna Galaxy Wonderland tuh?
Alah yang shooting pakai Samsung Note II je, canggih kan.
Video musicnya baru je official keluar baru-baru ni. Padahal aku dah lama tengok masa HOME launching premiere bulan lepas.
Memang betul-betul wonderland, semuanya di awing-awangan. Ada trishaw terbang, burung hornbill colorful dan memacam yang unik pasal Malaysia semuanya termasuk dalam video music ni
Nak tengok?
Ni kat bawah ni aku dah attached, tinggal korang click untuk view sahaja


Apmacam?
Best kan
Kalau nak lagi best, meh tengok cara pembikinan video music Yuna-Home ni



Canggih kan, aku pun sendiri tak sangka cam tu sekali jadinya.
Ok, nak layanlah lagi.
So thank you Samsung for this special project. Hopefully lepas ni Samsung dapat berkoloberasi dengan Yuna lagi ek.



MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Hi Korang,

Boring-boring ni, nampak Mak Dara post somethinG kat bloG dia.

Apa laGi terus terjaH.


Rupanya ada GIVEAWAY. ApalaGi join je lah.


Jom kita memenuhi Syarat GA.

1. Follow Blog Bicara Mak Dara – DONE lama dah follow

2. Buat entri dengan Tajuk “Malaysia’s Next Top Lucky Blogger by Mak Dara – DONE

3. Masukkan Banner dan Link ke entri GA – DONE

4. Copy Paste senarai penaja – DONE

5. Tag 3 Orang Rakan – DONE


SENARAI PENAJA.





TAG :





P/S : Kalau ada rezeki, mesti best kan.. Amin..


Friday, March 22, 2013

REZEKI Dari Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

Hi Korang,

Baru je aku citer pasal DOA MURAH REZEKI tadi kan.

Tup tup datang plak rezeki tiba-tiba dari Grand Blue Wave Hotel Shah Alam.

Jauh betul!

Meh tengok apa yang diorang kasi


Voucher makan rupanya. 

Ini sudah bagus kan!.

Dapatlah belanja korang yang suka bertenggek kat blog aku ni, especially to my readers dan followers. Ewah, macam aku ni blogger SEO terbaik plak kan. Perasan sungguh!

Ini ada beberapa entry yang aku pernah buat review di Grand Blue Wave Hotel ni




Tak sangka plak, menulis suka-suka je tup-tup dapat habuan plak. Inilah di namakan REZEKI

Harap-harap diorang jemput lagi lah aku ke sini lagi ek.










DOA MURAH REZEKI


Hi Korang,
Pepagi jumaat ni tak nak bebel panjang.
Ni aku kongsikan dengan korang doa untuk dipermudahkan rezeki.


Bukan apa dalam 2 minggu ni, banyak plak rezeki melimpah ruah kat aku. Walaupun lain yang aku nak tapi lain yang aku dapat, aku still bersyukur. Mungkin yang tak dapat tu bukan rezeki aku kot. Yang dapat ni, bolehlah digunakan kejalan yang sepatutnya
Alhamdulillah
Kalau ada rezeki lebih lagi, boleh lah aku kongsikan dengan korang plak ek.
Jangan lupa jadikan amalan ye.

Ni nak tambah sket:
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk kebahagiaan, kesihatan yang baik, masa yang banyak lapang, kawan yang baik, peluang menyambung pelajaran, business makin maju, tulis blog tak henti-henti coz idea mencurah-curah, dapat advertorial walaupun sket, dapat ilmu coding HTML, menang lucky draw, dapat pi travel FREE dan memacam lah.
Itu je
Anyway,
Salam Hari Jumaat korang..

p/s : Sebenarnya untuk peringatan diri sendiri ni ermm..


Thursday, March 21, 2013

AXE Apollo Mencari Rakyat Malaysia Menjadi Angkasawan Untuk Ke Angkasa Lepas

Hi Korang,
Inilah dia cerita ke angkasa lepas last week

Aku dapat undangan ke launching AXE Apollo di Mandarin Oriental Hotel, KLCC. Not bad tempatnya cantik. Setting upnya memang betul-betul macam dalam aerospace. Sejuk yang amat!


Nasib baik fingerfoodnya sedap, makan sampai tak henggat sambil borak-borak sambil kena interview dengan suratkhabar HARIAN METRO, yeah happy face!
Membebel plak,
DAH!
Back to story.
Betul ke ni dapat pi ke angkasa lepas?
Tipu lah
Eh betul lah, ada plak aku nak main-main kan, jap aku citer

AXE Malaysia melancarkan pencarian di seluruh negara untuk memberi peluang kepada individu yang ingin melangkaui kebolehan sendiri – untuk menjadi seorang wira negara. Bakal pengembara angkasa ini akan berpeluang untuk merasai suasana angkasa yang luar biasa dan kembali sebagai wira kebanggaan seluruh negara lalu memberi inspirasi kepada seluruh  warga Malaysia yang lain.

Kenapa plak angkasa lepas?
Tiada wira yang lebih unggul daripada seorang angkasawan dan AXE ingin memberi para peminatnya satu peluang untuk mengalami satu kembara yang tiada bandingannya. Melalui pelancaran produk terbesar dalam sejarahnya selama 30 tahun, AXE kini menyeru kaum lelaki dan wanita dari 60 buah negara di segenap pelusuk dunia untuk berdaftar dengan A.A.S.A dan mencipta profil angkasawan mereka di AXEApollo.com dan memberitahu kepada seluruh dunia mengapa mereka layak untuk ke angkasa lepas.

Apabila kaum lelaki tampil segak, berbau wangi dan berasa selesa, mereka pastinya lebih berkeyakinan. Ini adalah sebabnya mengapa deodoran semburan badan baharu AXE Apollo adalah sesuai dengan keharuman yang segar dan bersih, menggabungkan “sage” segar dengan “crisp mandarin” yang nyata dan kayu cendana yang lembut. Kaum wanita mengkagumi seorang hero, dan tiada yang dapat menandingi seorang angkasawan, maka kami menamakan produk ini agar menepati dengan semangatnya” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd

Cara nak jadi Angkasawan Negara? Mudah je, korang ikut je step kat bawah ni ek
1. Klik kat  www.AXEApollo.com
2. Register segala details korang
3. Kemudian suruh kengkawan korang VOTE kat website tersebut
4. Kalau terpilih terus dapat wakil Malaysia tau.
Itu je mudah kan!

Bagi merekrut kadet-kadet untuk perjalanan unggul ini, AXE Apollo Space Academy(A.A.S.A) telah ditubuhkan dengan kerjasama seorang legenda angkasa lepas, Buzz Aldrin. Dengan menganggotai A.A.S.A di  AXEApollo.com, kaum lelaki dan wanita akan berpeluang untuk merebut satu perjalanan ke angkasa lepas bersama agensi angkasa antarabangsa, Space Expedition Corporation (SXC)
AXE telah bekerjasama dengan SXC bagi mendapatkan 22 tempat duduk di pesawat angkasa lepas suborbital, ‘Lynx’.  SXC yang diterajui oleh CEO Michiel Mol mengendalikan pesawat suborbital Lynx milik XCOR Aerospace yang membawa para penumpang lebih dari 100 kilometer ke dalam angkasa lepas, sekaligus memberikan mereka status angkasawan.

Bila dah berangan jadi Angkasawan tu jangan plak lupa guna AXE Apollo ni, alah murah je cuma RM16.90 satu. Mau tau sekali pakai je dah macam bau angkasawan plak kan. Tup-tup terus terpilih.
Rezeki kan, mana kita tau.
Haruslah paksa Mr Big register kat www.AXEApollo.com kot-kot dapat jadi Angkasawan ke kan, aku gak untung.

Wednesday, March 20, 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Lunch Set MURAH Di The Spaghetti Grills


Hi Korang,
Senang ke nak cari tempat yang menghidangkan Lunch set MURAH tapi SEDAP?
Biasalah dah tengah bulan ni kena jimat-jimat sket
So jalan-jalan cari makan
Last week masa ada keje luar kat area Kelana Jaya aku tersinggah ke Paradigm Mall ni. Alah tak sure nak makan kat mana so masuk jelah ke sini.

Aku perasan The Spaghetti Grills cuma ada kat Mid Valley je but tak pernah masuk lagi. So dengan perasaan ingin tahu aku cuba nasib gak lah.
Kalau sedap boleh datang lagi kalau tak itulah first dan last kan.

Ada banyak pilihan yang membuka mata aku sampai jadi rambang dibuatnya. Oleh kerana dah lama tak makan Pizza so aku cubalah.
Aku sorang so order 1 set jelah
Agaknya orang tak ramai dan dohnya dah prepare awal kot, cepatlah aku dapat.

Tengok ni Beef Pepperoni Pizza. Penuh sedulang tapi taklah besar pun just nice je portionnya.

Ini kepingan yang pertama, nampak cam sopan je aku makan kan. Yelah makan sengsorang mestilah jaga tata tertib.

Pekena plak dengan air Grape, haruslah lazat kan.

Apa lagi makan sampai licin sambil tengok MTV kat screen tergantung tu.
Berapa aku kena ? 
Alah RM12.00 je, kira okla tuh
Abis makan terus ke lawyer  office kat area Glomac ni. Sementara nak tunggu lawyer tu prepare document sempat gak terlelap dek kekenyangan yang amat ni.
isk teruk sungguh!
Itu cerita minggu lepas, so hari ni makan ape plak ek
ermm japlah fikir sambil tengok Jalan-jalan cari makan kat tonton.my ni ek





Wordless Wednesday - Kerana Minat

Hi Korang,

Wordless wednesday for tHis week


Bukan main gigih lagi kan menGerjakan minat dia. Cuba kalau aku suruh buat keje sket ermmm tak payaH la.

Biasalah tu...




Tuesday, March 19, 2013

Vanity Trove March Beauty Box – Temptress


Hi Korang,
Ingat lagi tak citer aku pasal Vanity Trove February Beauty Box? Kalau tak meh click kat SINI untuk citernya

So bulan March ni bertemakan Temptress.
Wow gak kan! Mesti ala-ala sexy dan menggoda gituh. Katanya. Mehlah tengok apa ada dalam beautiful surprise box ni kan

#1 KANEBO Skin Fusing Powder Foundation (0.6g)
Actual Casing with Sponge @ RM60 ; Foundation Refill @ RM140 (10.5g)

~aku suka warnanya sesuai dengan kulit. Walaupun dapat sample kecil je but its ok for me coz senang nak bawak pi travel kan.

#2 TIMELESS TRUTH Orchid Extract Whitening Mask @ RM10 per piece

~ Sangat menyejukkan dan melembutkan kulit muka aku. Lepas bukak tu kulit muka cam bersih dan licin dibuatnya.


#3 ASIAN POTIONS Blooming Ginger Body Lotion @ RM89 (250ml)

~ tak de pun dalam box ni, yang ada voucher 10% discount je. So tak boleh nak bagitau elok ke tak


#4 ETRE BELLE Sensiplus Hydrasilk Day & Night Cream (5ml) @ RM188 (50ml)

~sesuai untuk kulit aku ni coz melegakan kegatalan dan iritasi


#5 ETRE BELLE Sensiplus Hydrasilk Gel Tonic (2ml) @ RM138 (140ml)

~ini pun sama gak, melembutkan kulit yang bermasalah


#6 BIO-ESSENCE Bio-Energy Firm & Brighten Eye Cream SPF 15 (2 x 3ml) @ US $29.50 (15ml)


~krim mata untuk hilangkan dark circles, kedut bawah mata kan

#7 KANEBO Make Up Voucher 
~ Ok gak ni, boleh makeup free kalau ada dinner ke event ke kan



Pada padangan aku:
Untuk bulan ni punya banyak voucher dan sample kecik-kecik, rather than last month punya. Ada gak barang yang diorg tak include sekali, may be terlupa kot.

Aku ingat ada lah lipstick ke eyeshadow ke sekali coz tema yang cukup seksi kan but tak de pun.

Hopefully untuk bulan April ni ‘Shower of Sunner’ beauty box lagi menarik dan best.


Korang kalau nak order gak ikut instruction kat bawah ni ek

STEPS TO ORDER:

1) Sign up and subscribe at www.VanityTrove.com/my for the monthly subscription fee of RM60 or choose the 3, 6, 12 months subscription options to get credits that goes towards redeeming a complimentary trove!

2) Receive your April’s themed trove by end of March.

3) Enjoy the beautiful surprises and share it with your beauty buddies!

For more information, visit