Tuesday, February 19, 2013

My Song Playlist For Nuffnang 6th Birthday Bash!



Hi Korang,

Rasanya cam baru je Nuffnang celebrate birthday diorg yang ke 5 last year.

Sekejap sungguh rasanya


Sedar tak sedar diorg dah masuk tahun ke- 6 pun. Now diorg dah sibuk duk invite bloggers ni untuk ke party diorg.


Haruslah aku nak join sekali, last year punya celebration sememangnya dah best, inikan plan untuk tahun ni, mestilah lagi GEMPAK punye!


Senang je cara nak dapatkan invitation, ikut je langkah-langkah yang aku buat ni ek. Aku siap letakkan gambo sekali nak bagi korang paham tau.

1.  Register kat www.deezer.com dengan account FACEBOOK korang


2. Korang create playlist kat tepi sidebar tu dan namakan “NN Stickman’s Birthday”

3. Lepas tu pilih 5 lagu yang korang rasa sesuai untuk dimainkan pada party tu nanti. Kat bawah ni pilihan hati aku lah. Ikut suka koranglah, citarasa kita kan berbeza.


Locked Out Of Heaven Bruno Mars
One More Night Maroon 5
Little Things One Direction
One Swedish House Mafia
Girl On Fire Alicia Keys


Mesti lama pilih lagu tu kan, aku pun dekat 1 jam gak ni duk fikir yang mana sesuai dengan citarasa aku ni

4. Bila dah siap tu, korang bolehlah ‘SHARE’ playlist lagu korang tu di FACEBOOK dan TWITTER.Korang bolehlah tulis message iktu suka hati korang lah kan.

Ini yang aku ‘SHARE’ di FACEBOOK


Ini plak yang aku ‘SHARE’ di TWITTER

5. Apalagi submit je entry korang kat link ni.

Itu aje

Mudah dan senang kan.

Jangan lelambat plak hantar, miss dateline nanti baru tau.


Ada pesanan sket untuk Nuffies,

Dear Nuffies,

Pls pick me ye, sudah lama tak get together with bloggers dan ouls gak tau. Boleh story panjang-panjang kan.



Monday, February 18, 2013

VANITY TROVE Box Buat Aku Gembira


Hi Korang,

Last week aku ada dapat satu kotak yang penuh dengan surprise.


Yeah!

Orang pompuan memang excited dengan menda-menda yang mencantikkan diorg, ye kan? Jangan nak tipu ek, dosa tau.

Hilang stress balik keje hari tuh.


Cantikkan kotaknya, bila aku buka je ermm wangi sungguh baunya tau. Rasanya kotak dia boleh guna simpan menda lain ni, yelah keras tu memang tak mudah koyak la.


Ok meh kita tengok apa yang yang ada dalam beautiful surprise box ni ek. Semuanya brand best-best dan mahal kan. Mana korang boleh dapat dalam satu kotak yang sama.



ORIKS Wild Ginseng Stemcell Twister Essence and BB Cream 
(RM218 and RM108 for 35ml)

Dengar citer BB ni no.1 kat Korea. Oh patutlah kulit diorg cantik ek rupanya pakai cream ni. Reduces visible pores while hydrating and nourishing skin.

B.LIV Blackhead Sebum Gel 
(RM139 – 30ml)

Remove white heads and blackheads gently and effectively. This wonder gel also keeps oil secretation under control and banishes all kinds if skin irritations.

BENEFIT POREfessional Cream 
(RM115 – 22ml)

Minimise the appearance of pores and fine lines with this smooth operator. Silky and lightweight, wear on its owen or under or on top of makeup. Its translucent, oil free formula.

SYSTEM PROFESSIONAL Shampoo and Repair Mask
(RM65 – 250ml and RM100 – 200ml)

Its protects and repaired coloured hair and ensures long-lasting colour brilliance as it cleans. Its serves as protection that prevents your hair colour from fading.

DI PALOMO Tuscan Rose Hand and Body Lotion 
( RM69 – 250ml)

Its blended with moisturizing olive and sweet almond oils after your shower for soft, smooth and nourished skin.

Ada gak voucher dari ORIKS diorang selitkan. Untunglah kan boleh shopping lagi. Tapi mesti cuba dulu, sesuai dengan kulit atau tidak ye.

Hah betul tak buat aku gembira?

Of course!

Vanity Trove ni merupakan satu kotak yang penuh dengan beauty product yang terlatest di pasaran. Dengan hanya RM60 je sebulan kita boleh dapat segala mak neka produk yang terkini tak kira lah shampoo ke beauty cream ke, shower gel, lotion semuanya brand-brand yang terbaik.


Setiap bulan produk dalam kotak tu akan bertukar, bukan dapat menda yang sama je.Kalau nak tau more details pasal VANITY TROVE box ni meh klik kat

Facebook Page VANITY TROVE MALAYSIA


Apalah sangat RM60 kan berbanding ko pi makan kat T.G.I.F tuh. Aku lah tu yang selalu ke sana huhuhuhu…

Mau cantik tak...




Aku Menang Dalam Lasertag Warzone Tournament

Hi Korang,

Yeah menang tuh...


Memang tak sangka aku boleh menang dalam Lasertag Warzone Tournament anjuran RedMummy petang semalam kat E-Curve Damansara.

ehehhehu

bukan aku lah, ko ni boleh percaya plak kan..


Actually ktorg satu team MAK JEMAH POWER yang menang dalam tournament tuh. Kapten ktorg Cik Epal dan assistantnya Shaheizy Sam, pasangan adik-beradik Kid dan Hazman dan Mr Big la of course. 

Dengan first time main lasertag nya kan, dengan terjatuh bagai, rasa cam cool gak ek.

Anyway team MAK JEMAH POWER memang terbaik la...

Ok nanti sambung citer lepas dapat gambo ye...


Happy Monday Blues korang....




Sunday, February 17, 2013

Cerita Weekend Saya

Hi Korang,

Biasalah kalau weekend tak de event nak attend, pepagi hari tu memang ktorg bergotong-royong mengerjakan rumah burung merpati ni kan.

Di antaranya

basuh kasut, rasa cam budak sekolah plak kan

basuh baju, kang tak de baju nak pakai plak


goreng bantal, supaya tidur tak salah bantal lagi

kemas baju yang tak muat, ini baru Mr Big punya belum aku punya lagi


dapat seplastik beso sampah, gila banyak tuh

Letih dibuatnya...

Hah ko memacam menda yang dibuatnya. Itu baru setengah hari. Kalau satu hari rasanya berkilat dalam rumah tu kan.


Apa-apa pun dah penat-penat buat kerja, ktorg pun merewardkan diri ktorg dengan berlengar depan TV berdua sambil menguyah junk food yang banyak tu kan.

Barulah syiok sket nak update blog kan, rumah dah kemas cantik.

Ok ok mood sudahh mariii....







Saturday, February 16, 2013

Special Screening of PAUL Movie

Hi Korang,
Malam tadi aku dapat invitation dari TimeOutKL untuk tengok movie PAUL kat TGV One Utama. Selalu Nuffnang je bagi kan so sekali sekala tukar angin sket lah join contest dari TimeOutKL plak kan.

Before that, dinner jap kat Chilis. Ala bawah wayang tu je coz tak tau nak makan apa lagi dan ktorg pun sampai awal so lepak je lah kat situ. Makan sambil borak2 kan. Pas tu terus naik then tunggu JMR & buah hatinya Cik Nunu kan coz dia melalak kat aku nak tiket kan so bagi lah diorg berdua tuh.



Alah banyak membebel plak aku nie, meh layan citer PAUL punya sinopsis nie

Mengisahkan 2 pemuda ala2 nerd dari England datang ke US untuk bercuti sambil melawat tempat2 yang berkaitan dengan angkasa lepas, UFO lah Area 51, Roswell dan memacam tempat lagi lah. On the way mengembara tuh, diorg terjumpa seorang alien sempoi yang bernama PAUL. Rupanya PAUL ni tawanan tentera yang ingin di jadikan ujikaji telah terlepas dan dia nak balik ke tempat asalnya. So pelbagai kejadian menarik dan geli hati telah berlaku semasa pengembaraan mereka menghantar PAUL balik ke angkasa lepas.

Tengok si PAUL itself je dah kelakar. Mana ada alien hisap rokok dan travel pakai selipar sambil bawak backpack. Citer ni memang kelakar giler sampai tak sesuai ditonton oleh bebudak bawah 18 tahun coz banyak sangat bahasa carutan yang lawak lah.Memang sesuai untuk mereleasa tension, yelah tak berhenti ketawa kan.
Ermm korang tengoklah citer ni sendiri, ala tak lama lagi kuar lah kat panggung kan.
 
Mr Big bagi movie ni rating: 4/5. Dia kata lawak betul. Dia jugak lah salah sorang yang paling kuat gelak dalam panggung semalam.
 
Btw jumpa Jen dan Elywen jugak.. kalau dah bloggers tu memana pegi pun jumpa bloggers jugak kan. hehehehe

SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH 2

Hi Korang,

Jejalan blog Farah ni tadi terus ternampak segmen review yang dia join ni.

Sebab malam ni ada FREE sket so aku pun join gak




SYARAT 2
  • Follow blog angah
  • Tekan Google +
  • Buat entry..
  • Tekan like fanpage angah..


FAEDAH :
  • korang akan dapat follower baru!!
  • blogger2 lain akan tau macam mana blog korang,dan sekaligus dapat tingkatkan trafik blog korang!
  • trafik meningkat!!

Apa lagi?

moh join cepat ye...




Friday, February 15, 2013

Dah Hilang


Hi Korang,

Dekat 2 minggu aku mencari kucing yang selalu aku bagi makan kat parking ni.


Memula ingat dia dah beranak kot

So meratalah ktorg tawaf sai’e kat block ni mencari kucing tuh. Asal balik keje je, pi ronda pusing block. Kot-kot dia sembunyi anak-anaknya dari kena amik kan.

Maklumla kucing tu comel, lepas tu bijak plak.


Dari jauh dia dengar bunyi enjin kereta aku dah terus berlari kat parking tunggu nak bagi makan kan. Kekadang tu agaknya kalau aku bagi makan banyak, dia walk down dengan ke lift, kira cam escort plak kan.

Ishkk sedih plak, dahla makanan dia sepaket beso aku beli.

Tup-tup aku terperasan kertas kat beam tiang tadi (baca entry ni)

Ntah-ntah cleaner tu dah buang kucing aku tak?

Ermm

Jeng..jeng..jeng..

Tak per balik karang aku pi serang JMB!

Dan pesanan untuk makcik cleaner jahat tuh…

Aku akan serakkan sampah kat dalam bilik sampah tuh tau….

Sambil tangan posing Jahat budak jahat!!.. macam citer Hantu Kapcai tuh


Ada Aku Peduli

Hi Korang,


Renungan di hari Jumaat yang mulia ni



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... 

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

 
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku..

. 
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... 


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam..

.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...


Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...


Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... 


Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...


Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata..

.. 
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus 
nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki.... 



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI 



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari.

.. 
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... 


Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya..

. 
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...


Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... 


Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....


Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ..

. 
Kini,
aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku? 





Kesimpulannya :-

Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap

dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan 

diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila 

hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki. 


Cilok dari FB kengkawan aku semalam...