Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

LG Cookie Party with Nuffnang-Best ke?

Korang,


Ermm best ke? bukan setakat best je tapi tersangat awesome beb!

Nie aku nak citer sket je, memandangkan dah ramai geng2 lain dah update since last week lagi. Dalam ramai2 bloggers tak sangka plak aku boleh dapat invitation nie. Maklumlah bak kata daydeck aku nie golongan bloggers picisan je tapi tidak Blogger Racist tau.

So aku pi dengan si SumiJelly yang kebetulan umah aku dekat dengan umah dia. Ktorg adalah di antara orang2 yang sampai awal. Dah puas bercamwhore kat luar Neutral Club nie, sambung plak bercamwhore kat dalam. Eventho club nie kecik je, tapi ramai boleh masuk ooo. Konsepnya serba putih, baik dinding kerusi meja semua putihlah.

Malas nak citer banyak, korang layan jelah gegambo nie.

Its Me

Makan Itu Penting okeh

Rakan2 Semeja Sekepala

Berdua Lebih Baik

Adalah sebenarnya gambo siap dengan video lagi tau. Kalau korang tak caya pi baca entries nie.



By the way, thanks to tuan punya camera beso dan tuan punya camera pink sebab aku cilok gegambo nie kat blog diorg.

Banyak jugak kengkawan baru yang aku kenal spt si Mamat yang suke terbang tinggi, Diva Azwan Ali a.k.a Anak Ikan SumiJelly, Adik dakbatman, Shahrul Photography yang tak bawak camera dan ramai lagi lah. (Nanti aku listkan tau)

p/s: Aku suke event nie, I love Nuffnang lah very very strong tau. Lain kali ajak lagi tau.

Tuesday, July 27, 2010

Cuci The Musical 2 di Istana Budaya Sangat Best!!

Hi Korang,



Nak citer sket nie. Semalam aku dapat tiket pi tengok Cuci The Musical 2 nie kat Istana budaya. Ala daydeck yang bagi, last minute dia call. So aku pun angkut sekali lah mrBig pegi. So bersesak2 ktorg dengan jem dari Nilai singgah Bangi kejap then terus ke Jalan Tun Razak. Traffic flow cam biasa sesak but we managed sampai awal dari yang dijangkakan.

Baca citer pasal diorang jap.

Geng Tali Barut K Ina KL.


Show start lambat sket, dalam pukul 9mlm so sempatlah ktorg bedal apa yang menu Astro Life sediakan. Ramai betul orang. Eventho show malam tadi tu consider full rehearsal but memang full house lah. Ktorg dah duduk kat Grand Circle, yang tengah2 tu. Memang cantik lah spot dia kan. By the way, K Ina KL pun ada sekali dengan anaknya Yana & Imran.


Teater nie berkisarkan daripada Cuci2 The Movie yang satu ketika dulu bukan main top lagi kan. Aku rasa majoriti semua tau pasal citer nie. Kisah 4 beradik yang mengharungi suka-duka liku kehidupan sebagai tukang cuci bangunan dan masing-masing mempunyai impian yang tersendiri.


First half of the show memang tak berhenti tergelak. Diorg berempat nie memang kelakar lah. Ada je idea untuk buat ktorg tak kering gusi. Dari satu segmen ke segmen yang lain pun best. Then yang aku kagum tu props untuk show nie memang cantik2. Tak sangka itu semua props, macam reallah orang kata.

Then ktorg diberikan break selama 15 minit. Time nie yang makan ada, yang minum ada, yang isap rokok ada, yang beratur ke toilet pun time nie lah. Apalah kite makan dulu lah!!


Second half nie quite touching sket. Banyak segmen yang bermain dengan perasaan. Aku yang tak berapa pandai tentang jiwang2 nie pun boleh jadi terjiwang gaklah. Hehhehehhehhe Ishk korang nie, memain jelah.

Ramai sangat oranglah.

Dengan Yasmin Ahmad Yusuf (thks Belle)

Ahli Ke 5 Cuci Services (M) Sdn Bhd

Show abis dalam pukul 12.30tghmalam cam tu. Kemudian ada sessi beramah mesralah orang kata. Sessi Berautographlah. Aku cuma dapat amik gambo jelah. Then bercamwhore2 dengan diorg nie.


Anyway, memang bestlah Cuci2 The Musical nie. Kalau ada chance rasanya nak tengok lagi lah. TQ jugak kepada pekerja Astro yang sorang nie yang suke telefon aku last2 minutes.Ops! ko jangan marah tau... To K Ina KL, kem salam dengan Yana ek. Cakap diang dia cam nie 'Dia memang sweetlah'.

p/s: Apsal aku buat entry nie dulu ek? LG punye citer pun belum siap lagi. Nantilah aku post ek.

Monday, July 26, 2010

Live Blogging-Korang Cam Ne Nak Guna Twitter Nie ek?

Hoi Korang,


Dah satu jam aku dok belek2 benda alah nie. Si burung berkicau nie, but still tak pandai2 gak. Korang tolong jap ek?

Nie gara-gara nak baca apa yang si SumiJelly tweet pasal si anak ikan dia yang terbaru tulah CheArmster amboi2 tulah... ishkk payah!!

p/s: Daydeck cepat tolong aku tau!

Nobody From Nuffies Wonder Girls

Morning Korang,


Disebabkan gambo2 masa event LG Cookie Party sabtu lepas belum diterima sepenuhnya dari skandal baik aku iaitu Daydeck. Maka untuk pagi isnin yang ceria nie, korang layanlah video clips dari Wonder Nuffies nie. Diorg di antara staff2 pompuan Nuffnang yang sesangat sporting.

Credit To : Joshuaongys

Aku sempatlah borak2 dengan Yuen Yee pasal performance nie. Dia citer dah sebulan lebih dah diorg practice dance nie. Asal petang pas keje je, practice. Sampai dah muak2 lah dia kata. Anyway memang superb performance diorg nie. Sampai ktorg request 2 kali lagi tau.

Nanti aku citerlah pasal party tu ek. Kene kumpulkan info dulu baru leh citer. Betul tak deck? Hah ko jangan nak angguk2 je. Nanti bagi gambo2 aku yang bengong2 tu ek. Nak2 gambo yang Eyriqazz nak kene ketuk kepala dengan botol tuh.

p/s: biasalah ari Isnin kan, entry pun kene sempoi2 jelah. By the way, best gak update FB pakai LG Cookie Fresh nie. Rasa cam sesangatlah aku nie up to date... huahuahuahuahuahua..

Tuesday, July 13, 2010

Invitation to Premiere Screening of The Sorcerer's Apprentice

Hi Korang,

Entry ringkas je nie. Saje nak bagi tau yang Nuffnang bagi aku tiket free untuk cerita nie

The Sorcerer's Apprentice

La korang tak caya ek, baca email nie:-


Hah caya kan. Anyway TQ Nuffnang coz bagi aku tiket nie. Dapat gak berdating deng mrBig ek. SAmbil2 tu boleh shopping sket2 kan, maklumlah mrBig tak suke pegi MidValley kecuali terpaksa je. Dia cakap susah nak cari parking.

p/s : Sesape yang dapat invitation nie, bagitau lah ye. So boleh gather2 kat sane kan.

Tuesday, July 6, 2010

Blog Aku Berat.Kenape?

Hi Korang,

Tak de banyak benda nak citer pun. Hari nie ada ilmu sket aku nak kongsi dengan korang. Ala aku rasa ramai bloggers dah tahu pun pasal hal nie.


Sambil aku berblogwalking malam tadi aku terjumpa blog si Faridlife nie. Dia citer pasal kenapa blog seseorang bloggers tu jadi berat atau dalam erti kata lain lambat nak loading.

Dah puas baca entry dia nie, barulah aku tau kenapa blog aku jadi berat. So aku pun cubalah dekat tools yang dia linkkan tu.

Ternyata bahawa:-


Blog aku nie tak lah seberapa mana pun. Nampaknya apa yang diperkatakan itu majoritinya betul. Kalau korang tak percaya, korang boleh cuba check kat..



Hah, apa macam? Betul tak? Baik korang cuba tau.

p/s: Cubaan pertama menulis entry berbentuk tutorial nie. Apa macam, ada gaya tak nak jadi penulis sambilan di Blog MelzRomeo nie? Ala korang.. pls pls pls

Friday, July 2, 2010

Foto Couple Paling Hot!

Hi Korang,

Hari nie satu hari x dapat online kat opis sebab server down plak. Boleh nangis rasanya. Bukan pasal tak dapat buat keje tapi pasal tak dapat nak update entry. Selalu aku save dalam draft dulu so sampai opis baru aku publish. So ari ni nan ado lah entry terhangit kan.

La tak de apa yang menarik pun aku nak citer ari nie. Maklumlah dah mood weekends kan. So korang layan jelah entry2 simple nie ek!

Sambil aku berblogwalking, aku terperasan blog nie ada contest. Tetiba rasa nak join plak. So inilah hasilnya.

Couple Paling Hot!

Memang hot pun, korang tak perasan ke, photo shooting nie pukul 12.30tghari. Memang sedang elok matahari mencarak kat atas kepala. Masa nie kat private beach ktorg. La mane boleh cakap kat mane, kang tak private la nanti kan.

Anyway, nak join contest nie ada syarat2nya. Di antaranya adalah :-

1.Terbuka untuk semua bloggers yang menjadi pengunjung laman "nurulchumel.blogspot.com"
   Walaupun aku jarang komen, tapi aku pembaca setia okeh.


2.Mesti menjadi followers blog ini..
   Done. Tak caya pi tengok kat atas tuh

3.Sila lah buat entri tentang tajuk contest ni..sertakan sekali foto anda and kekasih ke, tunang ke, isteri ke, suami ke, or..skandal ke..hehe..whatever la..siblings pun boleh..asalkan dlm foto tu mesti la 2 org..dah nama pun couple..mestilah 2 org kan..
  Siap dah masuk kan.

4.Foto mestilah menarik..kalau rajin, edit2 lah sket gambar tuh..i ni kan pencinta keindahan..so, haruslah anda yang join contest ni mesti wat yang terbaik..oke?
  Dah menarik tuh, siap nampak babat lagi tau!

5.Then, dah siap wat entri tuh, sila lah link kan entri anda tuh ke blog i ni.. *wajib*.. tolong letak link entri anda di bahagian comment yer..promosi kan link ni utk jadi referral yang tertinggi..
 Done. Semua siap!

6.Promote banner kat atas tuh pada blog anda ye..lg banyak anda bodek, lebih besar peluang anda utk menang..hehe..
Ok. Aku letak banner nie kat sini. Suke tak ?

7.Hadiah??haaa... ♥ Wang Tunai RM 30 serta Special Award dari nurulchumel.blogspot.com utk Entri terbaik..(satu penyertaan shj) ♥ Wang Tunai RM 20 beserta Special Award untuk Referral tertinggi.. ♥ 5 hadiah saguhati berbentuk Award Khas dari nurulchumel.blogspot.com
 Mintak2lah dapat ye.

8.Hehe..setiap penyertaan hendaklah sertakan sekali no akaun Maybank atau CIMB ye..utk memudahkan urusan penyerahan hadiah..hehe..
  Nanti aku kasi, bahaya appearkn no account kat public nie ek

9.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 July 2010..jam 12 tengah malam..
  Ok. aku submit sekarang gak.
 
Hah, apa macam susah ke syarat2 dia? Ala kacang je kan. Kejap je boleh siap nie.

Thursday, July 1, 2010

I wanna be The Sorcerer’s Apprentice

Hi Korang,

Dengan tiba-tiba aku sumpah korang jadi pembaca blog aku yang setia sambil sukarela mengclick segala jenis iklan Nuffnang yang ada kat blog aku nie....

Ching..... Fireeee............

Hah, kan dah! tengok korang dah terpaku terus kat blog aku nie kan. Jeng..jeng...jeng... Hah itu dia pembantu setia aku si Mario Bros menghantar balingan kat korang...


La aku tak niat pun nak sihirkan korang lah. Itu kalau aku ada kuasa magic yang baru lah. Ishk janganlah takut tau. Aku tak jahat cam tu lah. La korang tak percaya kat aku. Sebenarnya nie gara-gara Nuffnang nak kasi tiket free untuk menonton The Sorcerer's Apprentice pada 22hb July nanti

Korang nak tau lebih lanjut pasal citer nie, baca sini:-

Dave (JAY BARUCHEL) is just an average college student, or so it appears, until the sorcerer Balthazar Blake (NICOLAS CAGE) recruits him as his reluctant protégé and gives him a crash course in the art and science of magic. As he prepares for a battle against the forces of darkness in modern-day Manhattan, Dave finds it is going to take all of the courage he can muster to survive his training, save the city and get the girl as he becomes THE SORCERER’S APPRENTICE.

Courtesy of Walt Disney Motion Pictures Malaysia, 60 Nuffnangers ada chance untuk dapat menonton The Sorcerer’s Apprentice 2 days sebelum ianya secara rasmi keluar di panggung. Best kan?

p/s: Pas nie aku nak belajar magic plak lah. Kene baca tengok Breaking The Magician Code plak kan.

Monday, June 28, 2010

Kegel With Poise Fair - Knowledgeable For Women

Hi Korang,

Last Saturday aku ke The Saujana Hotel kerana dapat jemputan untuk Kegel with Poise Fair sempena Minggu Kontinen Sedunia 2010.

Dengan Hanz dan Nia

Registration Counter & Poise Counter

Event ini dianjurkan oleh Poise dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan Pusat Perubatan Prince Court. Acara kesihatan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajar cara terbaik untuk menangani masalah kawalan kencing. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak open discussion di kalangan wanita Malaysia.


Diantara speaker yang turut serta dalam event ini adalah :-
En. Nathan Kandapper,Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia.
Dr Peter Ng, Presiden Yayasan Kontinens Malaysia dan juga Perunding Urologis
Ms Low Ngai Yuen, Celebriti Tanahair yang famous dengan rancangan 3R.
Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre

Mereka2 ini berkongsi dengan para hadirin berkenaan asas pundi kencing yang terlalu aktif dan kesannya terhadap kualiti hidup. Eventho ia bukan masalah yang boleh membawa maut tapi ianya boleh menjejaskan keadaan fizikal, psikologi dan sosial seseorang wanita.

Hah, apa macam takut tak korang? Bila diorg nie cakap je, terus aku jadi takut. Yelah benda2 yang kecik macam nie bahaya gak tau untuk masa depan kita. Masa sekarang nie memang tak nampak tapi tunggulah lagi 3-4 tahun kan. Bila tengok slaid2 yang dipertontonkan, Nia terus tutup muka sebab dia tak sanggup nak tengok.

Dek terlalu asyik mendengar cerita2 diorg nie, tetiba event direhatkan (agaknya speaker dah penat kot) selama 20 minit sebab ada hi tea. Apalagi, makan lah kan.
Di antara refreshment sebelum exercise. Sedap betul dimsum nie. Dahlah payah nak dapat. Bila dah dapat bedal bersungguh2 lah kan.

Bersungguh2 diorg nie makan kan.Maklumlah dalam hall tadi sejuk sangat. Itu yang terus jadi lapo tuh.


So acara yang ditunggu2 oleh semua peserta adalah bersenam Kegel beramai-ramai yang diketuai oleh ahli fisioterapi dari Prince Court MC, Cik Neng Shahidah Sabullah.

Tengoklah ramai kan yang join event nie.Aku sangat suka duduk di pilates mat nie. Sedap!

Sempat lagi bergambar dengan Atilia lepas exercise.

Di antara goodies bag yang dibawak balik.

Yang penting, dapat jugak bawak balik pilates mat nie. So senanglah nak exercise kat umah kan. Tapi boleh ke aku exercise nie ek? ermm...

Thanks Poise sebab telah menambahkan ilmu aku lagi dalam hal-ehwal kesihatan wanita nie. Untuk korang tak dapat join event nie, bolehlah kalau nak tau lebih lanjut tentang masalah lemah kawalan kencing di www.poise.com.my. Pegi check it out tau, banyak info okeh!.

Tuesday, June 22, 2010

Aku Memang Cute

Morning Korang,

Hari nie sempat tulis nie je.

Semalam, check blog. Tengah duk layan lagu Rona Roni Makaroni. Tetiba nampak plak Nia bagi Award nie.



Ishk kelakar lah plak. Tak sangka ada gak orang cakap blog aku nie cute. Huahuahuahua..

Soalan untuk award ni

1. Tulis entry untuk award ni :
    Dah!

2. Usaha aku untuk menceriakan blog :
    1) Buat template colour2 ceria
    2)Widget pun dah tak banyak dah. Cume tinggal yang penting2 je

3. 5 huruf menggambarkan diri anda :
    1) Rajin
    2) Malas nak cari pasal dengan orang
    3) Bila malas nak layan orang, diam sediam yang mungkin
    4) Suka Makan
    5) Suka bawak kereta seslow yang mungkin

4.Tag kawan untuk award ni.

    K Ina KL
    Daydeck86
    MatJoe
    Juan

Anyway, thanks Nia untuk Award nie tau!

Thursday, June 17, 2010

Invitation to Premiere Screening of The Back Up Plan

Hi Korang,

Quick update. Check punye check email petang tadi nie, aku terbaca email dari Nuffnang nie.

Hehehe, cam tak percaya plak. Dah lama rasanya aku tak dapat tiket wayang free dari Nuffnang nie. So cepat2 aku mengconfirmkan attendance untuk 2 orang even aku belum cakap lagi dengan mrBig.

Aku pun baru je tengok trailer dia tadi, cam best nie. Nah untuk korang, layan trailer nie ek!


Apa macam kelakar tak?

Anyway TQ Nuffnang

p/s: Sesape yang dapat invitation, bagitau la ye. Boleh pegi sesame kan.

Monday, May 31, 2010

Aksi Ganas Di Digi Break Event Party

 Salam Korang,

Tak nak citer banyak. Korang layan je gambo2 nie dulu.


Us. Comel tak?

Para Banduan



We Are Prisoner!

With Julie Woon

The Villians


Si Joker



Macam FBI lah.



Di antara aksi2 yang dipertontonkan.

Banduan Terlepas.


Bonzer Malaya

Para pengganas yang tip top


Geng Makan


Bergaduh plak.


Si Alien Kene Cucuk Hidung


Si Joker Mantop!

Actually, ada banyak gambo lagi, still dalam process editing. Kalau korang come across lepak kat sini dan kenal2 sesape di atas, mintak tolong komen dan tuliskan url blog korang tau.

Ini baru gambo je, citer lom sempat nak fikir lagi nak tulis cam ne. Nak tau cerita lanjut, kenalah tunggu kan. Barulah cerita terkini hiburan sensasi betul tak?