Showing posts with label istana budaya. Show all posts
Showing posts with label istana budaya. Show all posts

Friday, February 5, 2016

“Jom Tengok Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya”

Hi Korang,


Sedikit info untuk korang ek

Jom kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.


teater Zombie LaLaLa
Sinopsis Teater Zombie LaLaLa

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?


Jom kita dapatkan tiket teater Zombie LaLaLa yang berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.

Ikuti media sosial CTRA Production dan MohdZarin.com untuk mengetahui perkembangan terkini:

Facebook :

Instagram : 

Monday, February 25, 2013

Filem LAWAK KE DER 2, Kelakar Yang Amat Sangat

Hi Korang,

Jumaat lepas, sempat gak pi tengok preview Filem LAWAK KE DER 2 ni.


Aik bukan ke citer ni dipentaskan kat Istana Budaya je, cam ne boleh jadi filem plak. Bak kata Hans Isaac, nak bagi chance pada kita-kita rakyat marhaen ni pi tengok pementasan ni but in form of filem la kan.


Basically memang tak de sinopsis aku nak citer kat korang pun coz semua ni di antara koleksi lawak-lawak yang para pelakon seperti Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Johan, Zizan, Harun Salim Bachik dan Harith Iskandar.


pics dari google.com

Kalau korang pernah tengok Lawak Ke Der yang pertama kat youtube tuh, hah lebih kurang cam tu lah. Tapi yang filem ni, kira macam kita tengok diorg buat persembahan secara langsung kat Istana Budaya lah.


Bagi aku:-
Kelakar yang amat. Kita semua tau Jozan memang terbaik dalam buat lawak tapi dalam filem ni, diorg lagi lawak. Nabil best coz lawak pasal Tok Adi Tanah Kubur, Boboi plak lawak-lawak pasal Datin Maimom ghostbuster tu kan. Yang paling kelakar tak henggat ialah Stand up Comedy dari Harith Iskandar pasal lelaki dan pompuan.

Memang betul-betul pecah panggung lah, senak perut dibuatnya.


Filem persembahan pentas “Lawak Ke Der 2″ di Istana Budaya ini adalah dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

So apa lagi korang, kalau nak hilangkan stress moh kite ke panggung tengok filem Lawak Ke Der 2 ni.




Tuesday, July 27, 2010

Cuci The Musical 2 di Istana Budaya Sangat Best!!

Hi Korang,



Nak citer sket nie. Semalam aku dapat tiket pi tengok Cuci The Musical 2 nie kat Istana budaya. Ala daydeck yang bagi, last minute dia call. So aku pun angkut sekali lah mrBig pegi. So bersesak2 ktorg dengan jem dari Nilai singgah Bangi kejap then terus ke Jalan Tun Razak. Traffic flow cam biasa sesak but we managed sampai awal dari yang dijangkakan.

Baca citer pasal diorang jap.

Geng Tali Barut K Ina KL.


Show start lambat sket, dalam pukul 9mlm so sempatlah ktorg bedal apa yang menu Astro Life sediakan. Ramai betul orang. Eventho show malam tadi tu consider full rehearsal but memang full house lah. Ktorg dah duduk kat Grand Circle, yang tengah2 tu. Memang cantik lah spot dia kan. By the way, K Ina KL pun ada sekali dengan anaknya Yana & Imran.


Teater nie berkisarkan daripada Cuci2 The Movie yang satu ketika dulu bukan main top lagi kan. Aku rasa majoriti semua tau pasal citer nie. Kisah 4 beradik yang mengharungi suka-duka liku kehidupan sebagai tukang cuci bangunan dan masing-masing mempunyai impian yang tersendiri.


First half of the show memang tak berhenti tergelak. Diorg berempat nie memang kelakar lah. Ada je idea untuk buat ktorg tak kering gusi. Dari satu segmen ke segmen yang lain pun best. Then yang aku kagum tu props untuk show nie memang cantik2. Tak sangka itu semua props, macam reallah orang kata.

Then ktorg diberikan break selama 15 minit. Time nie yang makan ada, yang minum ada, yang isap rokok ada, yang beratur ke toilet pun time nie lah. Apalah kite makan dulu lah!!


Second half nie quite touching sket. Banyak segmen yang bermain dengan perasaan. Aku yang tak berapa pandai tentang jiwang2 nie pun boleh jadi terjiwang gaklah. Hehhehehhehhe Ishk korang nie, memain jelah.

Ramai sangat oranglah.

Dengan Yasmin Ahmad Yusuf (thks Belle)

Ahli Ke 5 Cuci Services (M) Sdn Bhd

Show abis dalam pukul 12.30tghmalam cam tu. Kemudian ada sessi beramah mesralah orang kata. Sessi Berautographlah. Aku cuma dapat amik gambo jelah. Then bercamwhore2 dengan diorg nie.


Anyway, memang bestlah Cuci2 The Musical nie. Kalau ada chance rasanya nak tengok lagi lah. TQ jugak kepada pekerja Astro yang sorang nie yang suke telefon aku last2 minutes.Ops! ko jangan marah tau... To K Ina KL, kem salam dengan Yana ek. Cakap diang dia cam nie 'Dia memang sweetlah'.

p/s: Apsal aku buat entry nie dulu ek? LG punye citer pun belum siap lagi. Nantilah aku post ek.