Tuesday, May 8, 2012

Vibrance Kegel Device – Sebulan Setelah Menggunakannya


Hi Korang,

Kan hari tu aku ada citer yang aku review alat senaman wanita Vibrance Kegel Device ni kan. Alah meh klik kat sini. Hah yang tu lah. 1 hari lepas tu aku pun cuba.


Memula tu takut gak, yelah sesuatu yang aku rasa tak penah orang pompuan lain buat untuk bersenam kan. Cuba gak lah. Sakit oo sebab ape ? Sebab terlupa letak lubricant. Ishk mengong betul lah. So letak sket cuba sekali lagi. 



First time masuk tu haruslah sakit kan dengan bunyi buzzer yang bising sket tu kan kemudian kurang sakitnya dan dah mula selesa. Sekejap je guna alat Vibrance Kegel Device ni 5 minit je ok dah.


Ada 3 tahap untuk gunakan alat Vibrance Kegel Device ni. Kenalah ikut turutan satu per satu bukan main langgar je tau sebab setiap tahap ada fungsi yang tersendiri.


Minggu pertama
Still tahap normal dan bertukar ke tahap 1. Pasang alat tambahan tu kan. Cuba lagi slow2. Rileks dan bersenam cam biasa.


Minggu Ketiga
Ermm baru tukar ke tahap 2 coz baru je selesa dengan tahap 1. Bila tahap 2 rasa sakit sket. Tak sampai 3 minit aku dah stop dah tak larat nak sampai 5 minit pun. Tak per lah janji exercise kan.


Now
Still lagi dengan tahap 2. Memang dah selesa but tunggu lah dulu ke tahap 3. Still terbayang2 sakit tahap 2 kan. Kena rileks, slow and steady


Apa aku rasa?

  1. Rasa nak terkucil tu tak de lah teruk cam dulu, now dah boleh control dah.
  2. Bahagian bawah perut dah rasa cam kurang sket lemak yelah otot2 kat situ bersenam kan. Tak nampak lah beso sangat dah bahagian tuh.
  3. Walaupun belum ada tanda2 nak pregnant but Mr Big senyum je nowdays.
  4. Tak nampaklah badan susut but bila timbang jarum tu tunjuk ada mengurang sket



So rasanya aku akan keep on going guna Vibrance Kegel Device ni. Yelah nak bersenam jogging tu memang malas kan. So bersenam je dengan Kegel Device ni dalam bilik. Bukan kata luar je sihat yang dalam pun sihat gak tau.


Korang yang mana sibuk nak jaga luar dalam badan ni baik dapatkan Vibrance Kegel Device ni. Walaupun harganya RM498.00 satu set tapi kebaikannya memang tak ternilai lah. Meh klik kat Mybioinfinity untuk details ek.


Update!
Berita terkini, korang boleh dapatkan Vibrance Kegel Device ni jugak kat SHINS outlets dan di hospital-hospital besar. 


Nak tau lebih lanjut lagi meh call Customer Care Line 1700 - 81 - 0321 ye.


Rapat selalu dengan Vibrance Kegel Device, hari senang suami pun sayang

CLP notes : Untung oo sape pakai alat nie..hehehehheh

Nuffnang Bloggers Away Day at Genting Highland Theme Park


Hi Korang,

Last week khamis, cuti lagi coz nak pi outing dengan bebudak Nuffnang bloggers ni. Nasib baik bos tak bising tapi kene ganti keje Sabtunya. Oklah janji happy win-win situation kan.


Cam biasa berkumpul kat Wisma Genting coz Team Genting yang nak banjer ktorg bergembira ni. Ramai gak blogger baru jumpa dan kenal. Diorg bebaik sesangat huahuahauhaua. Kali ni bas on time so kul 9.30am naik bas then sampai pintu depan Genting Highland Theme Park ni sejam kemudian.


Ms KC (wakil dari Genting) selaku tuan rumah kat Theme Park ni trus suruh ktorg masuk. Serius Express Lane ok. Siap ada orang pakaikan gelang lagi. Genting Highland sekarang ni dah tak sejuk sangat but a bit windy. Nasib baik pakai baju 2 lapis kira boleh menampung lah kesejukan kan.

View kat Outdoor Theme Park



First ride is Bumper Boat. Memang nak sangat naik apakan daya, berat tak mengizinkan so tengok jelah orang2 kurus naik je huhuhuhu. Yang tak boleh naik tu ktorg di ajak ke Solero Shot. Dah nama pun adrenaline rush kan, so mestilah main game ni. Aku? Have no guts dengan tetiba rasa jantungku hilang plak. Bagi chance geng2 muda naik. Mak tengok je dari bawah dengan Ruby dan Ryan siap jerit2 lagi tanda semangat.




2nd ride baru lah aku join. Alah main Fun Krat je. Go-Kart lah tu. Dengar briefing sket then terus naik dalam masa 5 minit. Tekan pedal minyak sekuat hati namun duk tang tu jugak.Yelah go-kart mane leh bawah lelaju lah.

Sangat real gambo nie kan.. suker i

Main plak Private Ship. Tengok orang main cam best je kan so paksa semua orang main kecuali Ryan coz dia tukang amik gambo ktorg. Thara pun ktorg paksa main. Masa time slow tu still ok lagi but bila ship tu dah berbuai tinggi hah amek ko kecut perut dibuatnya.



Sambung main Spinner plak. Alah diorg kata cam naik buaian je. Aku pun ok jelah nok. Buaian sangat! Seram sejuk bila buaian tu berpusing sampai atas sampai takut nak tengok bawak. Aku siap jerit2 lagi nak mintak turun, sangat kebudak-budakan kan.


Nak rehat sekejap sambil tunggu geng lelain, ktorg lepak naik kuda pusing plak. Yang je rileks je layan je. Naik kuda yang boleh gerak2. Hebat tu kan. Sempat gak bercamwhoring bagai.

Dah kenyang



Ok lunch time. Ktorg makan seafood lagi. Memang Team Genting ni suka nau bagi ktorg makan seafood kan. Hopefully kadar asid dalam badan ni tak naik lah ye. Yang bab makan ni citer kat entry lain lah, panjang sangat lah.




Nak rehatkan perut akibat makan yang maha banyak, ktorg jejalan kat Dinasourland. Hajat hati nak naik boat ride tu tapi akibat que yang panjang lupakan je hasrat dihati. So memanjat lah pi tengok apa ada atas bukit Dinasourland ni. Ada 2 ekor dinasour beso yang boleh bercakap dan bergerak2. Layan view Genting Highland dari jambatan gantung kat bukit ni. Ternyata amat indah cuma tak sejuk je.




Ok masuk kat Indoor Theme Park plak. But now kita ke Sky Venture Adventure. Hah ko boleh je aku terbang dengan badan yang berat dengan lemak ni kan. Sesampai je kena register dulu dan ikut segal procedure yang diberikan. Alah aku citer nanti lah ek but yang penting I fly without wings tau. Siap dapat sijil lagi. Ko hadoh?


Ok yang nie last, ktorg pi tengok 4D Theater. Citer Haunted Mines. Is actually tengok wayang 4D. Kalau 3D guna spek kan but 4D Movie siap dengan action sekali korang leh rasa. Memang betul2 dalam movies tu lah siap ada rasa air, rasa angin, kerusi gerak2 sambil layan movie dengan spek 3D. Sampai penah nak jerit lah kan.

View dalam Indoor Theme Park



Sebelum balik ktorg dapat dinner kat Coffee Terence kat Genting Hotel ni. Ya ampun, terlampau banyak makanan yang sedap dan favourite aku. Lazat tak terhingga. Segala je mak neka seafoos termasuk 3 keping Osyter aku bedal. Dimsum yang sedap ermm memacam lah.


Naik bas trus melayan mata, ingatkan boleh tidur tak gak diorg nie bantai ajak beborak. So bayangkan lah berborak tadi mata pejam, boleh? Akibat penat dan kekenyangan yang amat.


Anyway thanks to Resort World Genting yang sudi ajak ktorg bergembira lagi di salah satu theme park yang awesome kat Malaysia ni dan tak lupa juga kat mama Thara (Nuffies) yang sudi jaga ktorg yang ala-ala bebudak degil tapi comey nie..


Till next time.. chow

Gegambo cilok dari FB Ruby dan Uzair. Jangan marah ye korang.

Sket gambo dari Samsung Digital Camera DV300F






Sepetang Di Gold Coast Morib Resort

Hi Korang,

Rasanya aku cam lembab sket update blog 4-5 hari ni kan. Ermm sebabnya internet tak de dan mood dah ke laut akibat bercuti panjang. 

Semalam semua orang dah start keje tapi ktorg berdua still cuti lagi. Aku memang cuti coz company german aku baik nau kasi cuti yang Mr Bic plak sesaje nak bercuti. Tak tau nak kemana ktorg ke Gold Coast Morib lepak kat water theme park diorg ni.


So tak de lah rushing sangat, drive pun rileks je. Kereta tak banyak so bolehlah enjoy view yang ada kat sekeliling tu kan. Dari Bangi ke Morib lebih kurang 1 1/2 jam gitu, lalu Nilai dan bandar Enstek kan. 


Sesampai je member aku dah tunggu. Actually memang ada janji dengan dia nak hang out sesama, itu yang ke sana tuh. Lepak kat bilik jap beborak then terus ke Water Theme Park. Orang tak ramai so samsung lepak + borak + main air kan.

Nah, korang tengok lah sendiri. Nampak cam best kan.




Comel si abang ni plak aku tengok


Ternyata memang best pun. Aku yang dah tua nie pun teruja sesangat, inikan bebudak kecik kan. Totally enjoy betul lah.

Ada hati nak lempor aku dalam swimming pool kan

Rasanya kalau ada kesempatan lagi, nak hang out ke sini lah coz tak puas main air lah. Walaupun tempatnya cam terpencil sket but view memang menawan sungguh.

May be next month leh lepak sini kot coz tadi tengok booking online murah je dalam RM120 semalam siap 2 ticket adult untuk theme park sekali + breakfast kira ok lah tu kan.

Siapkan duit ye Mr Big, binimu nie nak berholiday lagi..

CLP notes : Dah hidup berdua ni, abiskan masa dengan berjalan je lah.. tak de apa nak buat kat umah kan





Monday, May 7, 2012

Layan Opera Van Java Lagi Syiok!


Hi Korang,

Sejak Astro bagi customernya yang setia sangat ni free semua channel, aku memang bantai tengok semua channel. Banyak gak channel aku layan antaranya Channel Bintang, Pelangi, citer cina, channel Metro dan memacam lagi.


Yang paling aku layan ni citer ni OPERA VAN JAVA. Salah satu lawak komedi secara spontan kat Channel Bintang. Memang tiap2 malam ktorg layan. OVJ ni aku rasa macam Karoot Komedia kat Channel Astro Warna tu lah cuma dia lagi spontannya terlebih2.


Para pelakonnya memang lawak. Baik lelaki maupun perempuan. Sebelum show start ada pemain gamelan dan penyanyi lagi untuk citer kat para penonton apa tajuk show untuk malam tu dan introduce watak2 yang akan di lakon oleh pelawak2 ni kan.

Tok dalang akan bacakan simple skrip untuk para pelakon lakonkan watak memasing secara spontan. Tak de skrip langsung cuma yang ada para pelakon dengan costume dan props yang dibuat dari polystrene yang senang untuk diorg gunakan masa berlakon.


Ada satu malam tuh, tuk dalangnya merupakan Saffee Sali. Alah pemain bola sepak Harimau Malaya yang now dah main untuk team Indonesia kan. Hah ko tergelak2 ktorg layan. Mana taknya dari main bola boleh jadi pelakon lawak plak kan. 


Memang terbahak2 ktorg gelakkan bile tengok Safee Sali kena paksa nyanyi dan joget kan, siap dalam slang Indonesia lagi.

Itulah channel free dah abis pun malam tadi, tak dapatlah tengok kan. Mr Big cakap alah subcribe je bukan mahal pun tak sampai RM12 je lagipun boleh tengok citer Big Brother Indonesia lagi. 

CLP notes : Nak ke tak nak ek? Ermm bertambah kos astro bulan ni ek


Saturday, May 5, 2012

Azabnya Kehidupan Pemandu Motosikal


Hi Korang,

Mulanya aku nak drive je ke KL masa nak travel ke Genting Highland trip hari tuh but Mr Big cakap naik motor je dengan dia. Cepat sket sampai, lagipun dia tak nak anto aku pi stesen komuter Bangi ni pepagi kan.


Rasanya dah lama tak merempit dengan dia ke KL. Aku lebih prefer drive dari naik motor kan. Ktorg kuar rumah lebih kurang 7.15am camtu coz nak kena ado kat Wisma Genting tu kul 8.30am (ikut janji melayu) lah kan. Dah lama tak naik motor, rasa cuak pun ade. Naik-naik je kena adjust montot dulu, nak bagi selesa kan. Ktorg kan shrek dan princess Fiona, seat plak bukan main comey lagi. Ok dah cun baru leh jalan.

Keluar dari Bangi kira ok gak walaupun kereta banyak but still moving. Once masuk je highway dah sejuk plak, mata dah x leh nak bukak plak coz angin terlampau kuat. Stop kejap sarung sweater dan pakai spek hitam walaupun time tu bukan panas semedang pun kan.

Lepas je tol Sg Besi, kereta dah banyak dan dah mula berhenti2. Ini yang challenge sangat aku rasa. Kalau naik kereta tak de masalah kan. Beratur je lah. Bila naik motor, dah kena cilok-cilok plak. So lalulah between 2 cars. Memang terasa kecik sangat lorong tu, just nice lepas sebiji motor. Bila lalu sebelah lori dan bas lagilah seram. Diorg kan beso2 rasa macam nak termasuk bawah lori je.


Naik motor pun boleh jem gak, bila ada kereta cuba masuk laluan motor or block motor dari memotong kan. So kena lah stop sekejap2. Time nie aku boleh tengok gelagat driver kereta ni. Ada yang menyanyi2, cakap kat phone, check something kat phone dan yang sempat make-up pun hado gak mak neng! Ni mesti gara-gara bangun lambat kan itu yang tak sempat buat kat umah tuh. Sepanjang perjalanan tu memacam kerenah orang yang aku tengok, nak tergelak pun hado, nak marah pun ade gak.

Ktorg sampai Wisma Genting just nice kul 8.00am cam tu. Turun2 je Mr Big tanya, nak rempit lagi tak? I said no, no more rempit to KL pepagi ni coz sangat menyeramkan. Better naik kereta dan kalau tak nak jem kuarlah sesubuh mungkin kan.

Bagi aku ada baik buruknya naik moto ni. Depends on individu itu sendiri. Ada yang suka coz senang, cepat dan murah nak kemana-mana je dan ada jugak yang terpaksa naik motor coz itu je yang dia mampu pakai kan.

Aku tahu ramai geng2 bloggers ni kaki motor kan. So korang ni suka ke terpaksa guna motor ni. Cam Mr Big dia suke coz senang nak pi balik keje kan. Jimat plak tuh.