Showing posts with label Super Spontan. Show all posts
Showing posts with label Super Spontan. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Layan Opera Van Java Lagi Syiok!


Hi Korang,

Sejak Astro bagi customernya yang setia sangat ni free semua channel, aku memang bantai tengok semua channel. Banyak gak channel aku layan antaranya Channel Bintang, Pelangi, citer cina, channel Metro dan memacam lagi.


Yang paling aku layan ni citer ni OPERA VAN JAVA. Salah satu lawak komedi secara spontan kat Channel Bintang. Memang tiap2 malam ktorg layan. OVJ ni aku rasa macam Karoot Komedia kat Channel Astro Warna tu lah cuma dia lagi spontannya terlebih2.


Para pelakonnya memang lawak. Baik lelaki maupun perempuan. Sebelum show start ada pemain gamelan dan penyanyi lagi untuk citer kat para penonton apa tajuk show untuk malam tu dan introduce watak2 yang akan di lakon oleh pelawak2 ni kan.

Tok dalang akan bacakan simple skrip untuk para pelakon lakonkan watak memasing secara spontan. Tak de skrip langsung cuma yang ada para pelakon dengan costume dan props yang dibuat dari polystrene yang senang untuk diorg gunakan masa berlakon.


Ada satu malam tuh, tuk dalangnya merupakan Saffee Sali. Alah pemain bola sepak Harimau Malaya yang now dah main untuk team Indonesia kan. Hah ko tergelak2 ktorg layan. Mana taknya dari main bola boleh jadi pelakon lawak plak kan. 


Memang terbahak2 ktorg gelakkan bile tengok Safee Sali kena paksa nyanyi dan joget kan, siap dalam slang Indonesia lagi.

Itulah channel free dah abis pun malam tadi, tak dapatlah tengok kan. Mr Big cakap alah subcribe je bukan mahal pun tak sampai RM12 je lagipun boleh tengok citer Big Brother Indonesia lagi. 

CLP notes : Nak ke tak nak ek? Ermm bertambah kos astro bulan ni ek


Friday, April 13, 2012

Tengok Super Spontan Secara 'LIVE' Lagi Malam Ni


Hi Korang,

Kan last week ktorg pi tengok Super Spontan 'LIVE' kat Finas, so ramai plak yang perasan ktorg berdua dengan daydeck sekali. So terglamer lah sekejap. 


Memang seronok lah tengok cara diorg bekerja secara 'LIVE' ni. Yang salah, yang tak betul, semua kita boleh nampak. 

Jadi audience tak de lah penat mana pun, cuma sakit tangan kena tepuk kuat2, jerit2 pun kene kuat dan yang paling penat ketawa terbahak-bahak. Sampai letih2 lah kan. bila time iklan tu baru lah boleh rehat sket tapi tak jugak diorg ni sentiasa je buat lawak. 

Disebabkan dalam studio Finas ni takleh amik gambo time 'LIVE' so tak delah banyak gambo yang di snap. Nak korang tengok lah sendiri.

Time Iklan, team Angsa Ganas sempat lagi discuss

Rashid Salleh - Pengurus Angsa Ganas

Johan Raja Lawak- Orang Kuat Beruang Comel

Nana
  
Zahid

Afdlin Shauki Sedang Di interview

Dina Nazir

Best kan but rasanya malam ni tengok Super Spontan 'LIVE' kat umah je lah. Kang kalau tiap2 minggu aku masuk tv korang bosan plak kan. Dah tak artis plak. Mungkin lelain minggu pi tengok lagi kot.


Hah, korang mesti cakap bestnya dapat pi tengok 'LIVE' kan. Aku dah agak dah. Nak join aku pi tengok? boleh. Kalau korang rasa korang puntual dan on time boleh sampai kat Finas tu hari jumaat before 9pm, then aku leh consider ajak korang. Walaupun start kul 10pm tapi kena masuk hall kul 9pm cam tuh. Yelah nak cari tempat duduk, dengar some briefing sket dan memacam lagi lah.

So ada berani? Meh komen kat bawah ni ye.


Kalau associate aku ok dengan cadangan aku ni. Aku leh lah bawak korang ye.

CLP notes : Untung tak? mestilah untung kan.


Saturday, April 7, 2012

Super Spontan 'LIVE'

Hi Korang,

Ktorg layan Super Spontan secara LIVE malam tadi kat Finas.


Best coz semuanya LIVE. Tengok cara diorg keje kan. Memang bukan di buat2 pun.

Yang paling best bila, semua orang SMS, FB, Tweet, Call, BBM yang ktorg masuk tv dan paling kuat gelak.. kahkahakhka memang malu tak ingat lah..

Ok ok nanti sambung citer lagi

Chow..