Tuesday, February 17, 2015

Pizza Hut’s PASTRY CROWN Pizza Blogger Party

Hi Korang,


Citer pasal makan sedap lagi ek..

Agak-agak korang sakit tak hati bila bukak blog aku time tengahari. Ade je gambar makanan kan? Hehehehe janganlah marah. Biasalah tu kan


Lagi sekali dapat jemputan daripada Pizza Hut Malaysia. Ms June ni beria-ria mengajak ktorang lagi, katanya penyeri majlis huhauhauahuahua porahh, macam ko pelawak sangat Cik Lily oit!

Arghh sudah..

sementara tunggu orang lain sampai

photoshoot time, pizza jadi model ek

hah gumbira semuanya anak-anak ek

Pizza Hut Blogger Party ni diadakan pertama kalinya di outlet terbaru mereka iaitu Quill City Mall, alah dekat Sheraton Imperial Hotel tu je. Senang kan. Untuk kali ni, Pizza Hut memperkenalkan pizza terbaru mereka iaitu PASTRY CROWN Pizza.


Sebelum tuh, ada speech sket dari En Yusof dari Pizza Hut team. Lembut je En Yusof ni, cakap lemah lembut je tak macam ktorang bloggers kan.

Keunikan pizza Pastry Crown ini terletak pada kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi pastri mentega garing keemasan.



Dengan gabungan limpahan topping ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella dan sos istimewa BBQ Tennesse, piza Pastry Crown ini pasti memberikan anda kejutan dalam setiap gigitan melalui keenakkan citarasanya yang luar biasa.

Hah gituh sekali rasanya. 

Punyalah seronok makan sampai tak pandang kiri kanan kan, lepas 1 keping tambah lagi 1 keping. Aku sendiri pun makan 3 keping. Ermm Mr Big tak tau dah berape keping dia makan, walaupun duk sebelah aku kan. 

ade sessi lousang gak tau, sempena CNY

eh termenang instagram contest plak hehehe

ada game, amik guli guna chopstick

dah kenape ko kilfi mally, seronok tengok orang main game ek

groufie with marsha milan

over tau budak berdua kat depan tu ek

sekarang aku plak yang over ek

Pizza Pastry Crown baru ini boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran mulai 28 Januari sehingga 31 Mac 2015, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati piza yang pasti akan membangkitkan selera anda hari ini!

Dengan tambahan hanya RM6.00, korang turut berpeluang untuk menikmati hidangan piza Pastry Crown ini melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. 

Korang juga boleh menikmati Big New Year Box (sesuai untuk 3 ke 4 orang) pada harga yang istimewa iaitu RM47.90 (jimat RM11.80) dan kombo ini mengandungi Piza Pastry Crown (saiz biasa), 6 ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul spicy chicken fingers and 2 sup cendawan.

Jomlah pi makan pizza ek...

Monday, February 16, 2015

Makan Guna Voucher di TGI Friday's @ Alamanda Putrajaya

Hi Korang,


Kan aku menang food voucher hari tuh, masa join Nuffnang contest kan. Ermm yang tu lah.

Memang hajat hati nak bawak kengkorang bebudak bloggers ni makan tapi rasanya nak arrange time tu payah coz expired date tu dah nak dekat so sudahnya ktorang je yang guna pi makan ek


Petang sabtu tuh, dah tak tau nak makan kat mana so aku suggest dengan Mr Big ke sini je coz expired date dah dekat kan. So start je enjin #DakOren tu terus jalan ke Alamanda.

Orang tak ramai dah petang-petang tuh or may be tengah bulan agaknya but still every section ada je orang duduk makan. Ktorang plak mesti akan dapat table yang ada kusyen sandor tuh bile ke sini. Mesti punyalah, potong jari kaki ayam ek hehehehe

Sebab dah biasa, order yang biasa makan dan yang tengah duk promo time beef ribs. Ini hah aku tunjuk kat korang

Appetizer

Three For All RM42.90

Loaded potato skins, fried mozzarella, spicy buffalo wings, sour cream, marinara sauce, celery sticks. Makan share je, cukup ni share 3-4 orang pun boleh

Main Course

Beef Bacon Crusted Ribs RM59.90

yang merah tu beef bacon yang di goreng garing, di tabur atas beef ribs lembut ni. Sosnye BBQ, tak delah pedas mana pun

Tennessee Steak RM59.90

ya ampun, lembut dagingnya. Masak medium well gituh kan. Sos tennessee ala-ala macam teriyaki sos pun hado aku rasa. Mashed potato awesome, sampai Mr Big mintak sket ek

Dessert

Fridays Sundae RM16.90

inilah dia ais krim sedap sekali. Walapun dah kenyang but still tekak tu teringin jugak nak makan kan. Nasib baik share, kalau sengsorang jenuh nak mengabiskannya

Drinks

Chocolate Milkshakes RM11.90

Ice Lemon Tea Bottomless RM9.90

Hah amik ko, makan sampai lebam. Tadi masa memula sampai tadi semua nak order coz perut lapar kan. Bila masuk main course jelah, memasing dah slow makan. 

ok selfie dulu jap

ini dia daging yang di masak MEDIUM WELL

Dear, nak sket ribs ek

#DakUban pun belum tentu nak makan tulang ni kan heheheh

sedap wei, sampai ke langit ketujuh

Sambil makan sambil borak, sambil tengok tv, sambil perati orang, sambil main tepon ermm semuanya sambil-sambil lah. Itu yangn Berjaya jugak mengabiskan semua makanan.

So far service memang tak jadi masalah bagi kitaorang. Samada staff tuh dah kenal ktorang ataupun memang nasib ktorang baik. Makanan hantar on time, refill air senantiasa, siap Tanya how’s the food?, do you need anything, ermm berbagai soalan lah.

But its ok for us.

Nak cuba lah tu kan, mehlah ke sini

TGI Friday @ Alamanda
Lot P05, Plaza Level, 
The Hub, Alamanda Shopping Centre, 
Putrajaya


Sekali sekala nak makan sedap apa salahnya ke mari kan. Nak meraikan birthday ke, anniversary ke, nak makan suker-suker ke, naik pangkat ke kan. Tak salah de. 

Kira berbaloi jugak aku masuk Instagram contest ari tuh ek.. hehehhe itulah rezeki kalau tak kemana, lagipun rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit pun kan. 

Ini pun di namakan rezeki jugak..







ChuLip Carnival - Dapat Collect Banyak LipBalm Comellll...

Hi Korang,


Agak lembap betul aku buat keja 2-3 minggu ni. 

Banyak event lambat update kan, itulah masalah demam ni yang banyak menggangu fikiran ewah poyo ayat ek..


Aku sempat ke Chulip Carnival 2 minggu lepas di The Oak Room Nexus Bangsar. Event pompuan-pompuan memang sangat best sebab kita boleh buat perangai apa salah kan hahahahha

Chulip ni merupakan jenama lipbalm daripada Jepun. Packaging bentuknya sangat unik dan cantik. Comel wei, geram plak aku tengoklah.


Sebelum event start, ktorang blogger ni di sediakan satu tapak carnival yang ala-ala funfair dalam area ni. So ktorang boleh main pelbagai jenis permainan yang hadiahnya merupakan chulip itu sendiri. Terdapat 5 booth permainan yang disediakan ~Ping Pong Ball Toss, Ring Toss, Bushel Basket Toss, can Knockdown dan Penny Pitch. 





Haruslah seronok kan, daripada tangan pengko baling sampai boleh baling cantiklah katanya, ini semata-mata nak collect Chulip punye pasal hahahha..



Tengok ada persembahan daripada dance troupe..


Aku cuma dapat collect 3 je coz nak balik cepat ada emergency plak kan. Alah jadilah buat kenang-kenangan katanya



Didatangkan dengan 4 warna yang ceria..."Pink", "Merah", "Ungu" dan "Hijau". Yang menariknya dengan rekaan bentuknya yang agak comel, Chu Lip juga diformula bahan pelembap seperti minyak zaitun, "Macademia Nut Oil" dan "Rose Hip Oil" yang mampu memelihara agar bibir kita sihat, cantik dan lembap senantiasa.

Murah je korang dalam RM25.90 satu dan boleh di dapati di farmasi, Watson dan Guardian ek

Friday, February 13, 2015

Makan Di AUSTIN STEAK House, Bangi

Hi Korang,

Inilah satu-satu restoran yang dah beratus kali pergi tapi tak pernah tulis review pasal makanan di sini. Sebab ape, ermm suker hati aku lah. Kalau rasa nak tulis then aku tulis lah, kalau rasa malas, ermm pi makan jelah.


So ari tuh ktorang pi lah lagi makan di sini, agaknya tekak dah teragak benau nak makan western, nak masak malas. Tunggu Mr Big balik then terus pi je sini. Alah 10 minit dari rumah.




Simple je deko kedai ni, ala-ala cowboy kononnya. Yang unik tu baik pekerjanya, tukang masaknya, cashiernya dan tokehnya semuanya lelaki orang utara base on cara diorang cakap masa amik order hehehhe.

Dah mengarut je lebih ek ko ni kan Lily.

Ktorang makan,

Mushroom Soup

Cicah dengan bread yang ada rasa garlic sket. Dihidangkan pulak panas-panas so laju jelah masuk mulut.

Combo Steak

Ayam dan daging sajor. Of course untuk pompuan gemuk yang tak makan kambing ni. Nampak macam sket tapi cukuplah untuk aku. Orang lain aku tak sure ek.

Mix Steak

Ada udang, ayam dan kambing. Haruslah untuk Mr Big kan. Aku mana makan kambing huahauhauahu. Siap udang bagai, sempat tau seekor ek.


Ermm minum plak, sebab malam tu haus benau rasanya amik ko order air gelas besar sorang satu so tak de nak gaduh-gaduh kata tak cukup air ek

In terms of harga, oklah berpatutan dan sesuai untuk mereka yang poketnya tak terlalu tebal time tengah bulan. Ktorang makan je, tak kisah pun bila-bila hehehehe

Nak datang, ini alamatnya

Austin Steak House
No. 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi

Landmark : rumah kedai corner lot. Kalau dari trafik light seksyen 7 tu dari jauh dah boleh nampak signboard kedai ni.

Ok bai, balik ni singgah!!



Al-Fatihah

Hi Korang,

Al-fatihah di ucapkan 


Perginya pengulas sukan Malaysia, Dato Hj Hasbullah Awang dan seorang tokoh ulama, tuan guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sesamalah kita berdoa semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman..

Takziah..




Thursday, February 12, 2015

Memandu Di Pagi Hari Memang Mencabar Minda

Hi Korang,

Jarang aku keluar awal pagi waktu hari bekerja ni.

Unless nak pi holiday tu lain lah kan, itu tak kira ek. hehehhehe. Di sebabkan ada kerja office nak kena settle di Mont Kiara pagi ni so haruslah keluar rumah sebelum subuh lagi. Bukan apa takut sampai lambat kang kena marah plak.




Ingatkan keluar pepagi ni tak jem lah kan, dengan harapan dapat pi minum kopi dulu sebelum jumpa bos ermm tidak lah uolls. Tepat kul 6.30 pagi highway Sg Besi ni dah merangkak-rangkak dah. Keluar toll je dah macam suster ngesot dibuatnya. 

Ok kat situ je amik masa 20 minit.

Lepas gak seksa, ini boleh senang hati dah. La rupanya jem lagi kat lebuhraya Taman Desa yang nak ke Desa Waterpark tu ek. Itu lagi ngesot lama, sket-sket bergeraknya. Dengan nak hadap jem lagi, dengan nak hadap orang potong Q lagi kan. Ada 40 minit duk bertapa dalam kereta.



Sampai jugaklah ke Mont Kiara ni tak delah lambat sangat pun dari appointment time, awal 30 minit je. Sempatlah pekena kopi secawan dulu kan. 

hehehhehe..

Kalau hari-hari cam ni, memang teruk aku dibuatnya. Tak kisahlah pasal minyak kereta tuh tapi masa tuh terbuang banyak. Rasa macam membazir sungguh.

Time is money wokeh!!!!

Ok dah sambung keje dulu ek...

p/s : petang nak pi horey horey ek..