Showing posts with label blogger gathering. Show all posts
Showing posts with label blogger gathering. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Friday Nite @ HyppTV Party

Hi Korang,

Salam sabtu.. Nothing much nak citer cuma nak tunjuk kan korang a few photos yang sempat di ambil masa Hypp TV Party malam tadi kat Neo Tamarind KL dengan bebudak + mak orang + anak orang + laki orang + tunang orang + makwe orang dan memacam orang lagi lah.

La tak caya, meh layan gambo ni dulu lah.

Ada can angkat satu kan?

Asyik2 muke kite je kan..

Nie pirate2 dalam negeri tau

Laddies blogger yang sporting

A perfect couple


Hah, betul kan aku tak tipu? Bebudak bloggers ni semua dah jadi sawan camera di sebabkan banyak sangat minum air asam jawa dan air serai itu yang sampai lanun2 nak tetak leher orang tu kan..

This is only teaser tau.. nanti aku citer lagi...

Thursday, March 3, 2011

Nuffnang Premiere Screening Iam Number Four

Hi Korang,

Lambat plak aku update citer pasal tengok wayang ni ek. Yelah busy betul lah katakan.

Rabu lepas aku dapat lagi invitation untuk premiere screening cerita Iam Number Four. Ermm sapa bagi? Mau tanya lagi plak, Nuffnang lah. Mr Big cakap citer ni 'Den  Nombo Ompek'. Bengong tak?


Aku sampai awal kat The Curve, so sempatlah dinner kat Little Taiwan kan. Not bad jugak makanan dia, korean style. Sementara tengah makanan sampai, aku pi beratur amik tiket dulu. Ramai jugak dah beratur. Nasib baik kenal lah, Tikkos yang sentiasa ditemani oleh ibunya dan Elywen yang tengah menunggu datenya. Borak punya borak, Jackie pun sampai. So lepas dapat tiket terus turun bawah sambung makan balik.


Di sebabkan movie start dalam kul 9.30pm, ktorg sempatlah merayau dalam bangunan ni, dari atas sampai bawah. Just cuci mata je. Dah boring naik atas balik, then sambung borak plak dengan K Red. Muka cam letih je, yelah baru baru dari event Dato Siti katanya.


Eh, dah melalut banyak nie, sambung pasal filem Iam Number Four ni balik okeh.

Nah, layan sinopsis citer nie dulu tau.


Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.
 
Mereka ini datang planet asing untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh musuh. Cuma ada 9 orang yang layak untuk menentang musuh dan juga membangunkan kembali keamanan planet mereka. Jadi Mamat yang no. 4 ni paling berkuasa di antara 9 yang lain. Dia kena mencari 5 lagi untuk bersatu menentang musuh. Kenapa 5 bukan 8 kan? So korang kenalah tengok citer, baru mantops!
 
Wei, best citer nie. Actionnya tak terduga. Korang kena berfikir sket lah untuk fahamkan karektor dalam citer nie. Ada sket romance lah. Suka kan korang romen2 nie.
 
Ok aku baru 4/5. Tapi itu dari pandangan contact lens aku yang power 600 ni kan. Tak tau lah korang.

Itu je..

Monday, January 24, 2011

Ladies Blogger Day Out for Maybeline SuperFilm Party @The Bee, Jaya One

Hi Korang,

Mesti korang ala-ala cemburu jugak kan walaupun korang cakap korang tak jeles sebenarnya bila aku dapat lepak2 dan borak2 dengan Liyana Jasmay dan jugak Blogger 1Juta tu kan. So ini ada sambungan lagi citer pasal event untuk ladies blogger nie tau.


Thanks to Nuffnang Gplusmy sebab sudi bagi invitation nie kat aku. Event ni especially for ladies. Sebab tu gambo2 semua bebudak pompuan je kan. Yelah, tak kan korang guys bloggers nak pakai mascara cam ktorg kan. So event ini berlangsung kat The Bee, Jaya One PJ. Ermm sesat2 jugak aku nak sampai ke sana akibat terconfius antara Jaya One dengan Jaya 33. But at last sampai jugak.


Event ini merupakan pelancaran produk mascara Maybeline yang terbaru iaitu SUPERFILM. Pelancaran oleh Duta Maybeline iaitu tak lain tak bukan Liyana Jasmay yang comel tu lah. Dia bagi some speech sket pasal product nie Ermm senang nak pakai mascara nie, lagipun water base kan. So anything nanti aku boleh melaram dengan mascara nie. 

Kurus gile kan Liyana Jasmay. Suka dia lah...

Sedapkan.. Kenyang gile aku lah. Makan tak henti.

Di samping tu juga, ada few activities yang best untuk ktorg enjoy lah. Ktorg dapat bermekap, bermain dengan FB aplication dan jugak bercamwhore dengan props yang telah di sediakan. Disebabkan event tu time hi-tea, so dapatlah ktorg bedal pelbagai makanan yang sesedap. Acara kemuncak iaitu best posing. So one of lady blogger Ms Jard menang dapat tempat no. 2. So dapatlah dia barangan make up Maybeline 1 set tau. Jeles aku kejap.

Jangan jeles korang tau. Aku pun dah macam artis2 gak lah.


Nuffies Team

Macam time sekolah2 dulu kan..

Disebabkan event tu abis cepat, so ktorg nie malas nak balik. Apa lagi duk borak2, makan2, bercamwhore2 bagai dengan Nuffies Team dan jugak bloggers lelain. Tak ketinggalan jugak, aku sempat duk beborak2 dengan Blogger 1 Juta lah sapa lagi kalau bukan K Red. Ala gossip2 artis je..


So sebelum balik, ktorg di bekalkan dengan goodies bag dari Maybeline. Dapat jugak aku mascara yang gaya nie lah. Ermm yang best tu dapat tapau donuts diorg ni yang sedap bersama chocolate brownies dan jugak a lots of marshmallow. Dapat aku kumpul setupperware tau. Seronok..

Its fun lah dapat hang out dengan ladies blogger nie Ruby, Jard, KInaKL, Fara-Eng dan Zuriey.  Korang memang best2 lah..

p/s : Gigi aku dah start berdenyut dah akibat bedal marshmallow setupperware kat opis nie sengsorang..

Friday, January 7, 2011

I Love U Adibah Noor..

Hi Korang,

Korang tengok nie..



Adibah Noor bersama sekutunya



Adibah Noor bersama bodyguardnya

Yang penting semua sihat2 kan... huahuahuahuahuaa...

Nantilah aku citer lagi, gambo tengah upload nie... Jap lagi tau..

Tuesday, January 4, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Hi Korang,


Sapa suka makan? Aku


Sapa suka tengok Amazing Race ? Aku


So sapa suka makan + join Amazing Race ? Of Courselah aku kan.

Gila korang, sapa yang tak suka makan kan. Tengok je saiz aku confirm2 kaki makan itu belum tengok MrBig yang lagi kuat makan. Betul tak?


La bukan apa Nuffnang ada anjurkan event ala2 Amazing Race tapi version makanan punya. Ermm seharusnya menarik event nie, yelah pasal makan kan. Mesti dapat makan variety makanan yang diorg dah sediakan.

Kat mana? Hah kat sini lah.


Date: 15 January 2011 (Saturday)

Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur

Time: 8am-7pm (all participants must register before 9am)


Sebab apa aku nak join event nie?
Aku nak buktikan kat orang ramai bahawa aku nie memang seorang yang kuat makan. Tak kiralah ala jua jenis makan, mesti aku bedal. Lagi yang aku suka lagi banyaklah yang aku boleh bedal. Sebab tu kalau boleh aku nak t'shirt size XXL so bolehlah aku sumbatkan perut aku yang comel nie kan.  hehehhe. Kalau boleh dapat team up dengan Shahrol, Daydeck dan Hamzah Ian pun not bad jugak kan.


Hah, hadiah-hadiahnya sesangat menarik okeh, meh sini baca:

2 HADIAH UTAMA
Tempat Pertama : Melancong ke Hong kong 3 hari 2 malam dihotel 5 bintang ( 4 orang satu pasukan) bernilai RM10,000 dan 1 Smartphone percuma setiap seorang.
Tempat kedua : 4 x Smartphone Percuma - Setiap 1 seorang pemenang dalam kumpulan.
Tak menang pun dapat googie beg dari Maxis.


Tapi yang penting :-

Pertandingan ini juga akan melibatkan kepandaian para peserta menggunakan aplikasi dalam iPhone4 dan juga kepekaan peserta penggunaan FINDER301 dan juga melibatkan penggunaan Broadband Wireless dari Maxis..wei payah nie. Tak pasal2 aku kena start training dari sekarang nie. Korang pinjam IPhone 4 jap ek.

Nak join jugak, check it out kat sini tau.




Tuesday, December 28, 2010

Bloggers Big Gathering Di Times Square

Hi Korang,



Ermm, aku rasa dah ramai bloggers citer pasal  Big Gathering 2010. Bukan MrBig Gathering ye Belle. Seronok sesangat walaupun aku di antara yang sampai lambat kan. Eventho tak dapat join main bowling dan jugak main buat bulatan but still aku enjoy jugak.



Gathering yang Mel organize kali nie ramai sangat girls blogger yang comel2. Itu yang sampai Aus Zain terpesong iman dia kan, sebab tak tau nak pilih yang mana satu. Bloggers lelaki haruslah cuci mata kan bila jumpa awek2 cun, comel dan cute nie kan. Eh tak lupa jugak blogger otai cam Uncle Eyriqazz dan Bean pun mestilah ada kan.



So sesampai diorg ajak pi makan, terus ke food court tingkat 10. Aku pun 1st time jugak sampai atas nie. Susun meja pepanjang, then makan sepuas hati sambil borak. Lepas makan tu plak ada session bahan2 membahan orang kan. Ada group CEO, ada group tiket free, ada group newbie dan tak ketinggalan jugak group ktorg group mengacau orang. Hehehehhe.



Then si Mel, meeting sket untuk next gathering plak. Wah tema untuk next gather dah tau pun, tempat pun dah decide. Bagus diaorg nie. Cepat je plan benda2 yang menyeronokkan. Tak sabar plak rasanya nak tunggu next gathering lah.



Setiap event mestilah berakhir dengan jeng jeng jeng.. Ambik gambo reramai kan. Korang bayangkan boleh muat ambik gambo reramai tu kan. Kene adjust sana sini untuk dapatkan angle yang cun gitu. Dah salam2 sambil peluk cium sket, aku pun trus chow.


So ini je yang sempat aku capture sesapa yang dah buat entry pasal event nie.

Hazman
Shara
Che Arm
Bean Moreno
Eyriqazz
Daydeck
 
Itu yang sempat.

Sunday, December 26, 2010

Jom Pi Big Gathering 2010

Hi Korang,

Saje nak heboh2 pasal nie. Actually aku dah perasan banner nie dah lama but x sempat nak buat entry lagi.

So here its


Apa macam korang pi tak? Aku pi tapi lambat sketlah. Maklumlah dari Melaka kan. Petang kot sampai. Jangan jem teruk dahlah kan. Letih aku nanti. Dah ye ye nak main2 trus duk tepi je nanti.

Details korang boleh check it out kat blog MelzRomeo nie. Dia memang suka buat gather2 nie. Dah few time aku join gather2 yang dia buat. Ramai jugak blogger2 glamour yang datang nanti. Sesapa yang datang tu nanti, mintak2 tegur aku maklumlah aku nie bukannya dapat cam muka orang pun. Dah tua lah kan. Power contact lens pun dah bertambah baru2 nie kan.

So see korang nanti...