Showing posts with label Gila Shopping. Show all posts
Showing posts with label Gila Shopping. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Family Outing Di Pavilion KL

Hi Korang,

Salam maulidur Rasul. Dah malam baru nak ucap kan.Ermm satu hari tak duduk depan laptop so cam ne nak update kan.

So nothing much aku buat hari ni kecuali outing dengan family mrBig. Tengaharinya ktorg duk melayan Hantu K Limah Balik Rumah kat Astro First. Bebudak ni dah subcribe untuk 2 hari kan. So ktorg belasah tengok. Sampai lunch pun dok tergelak2 lagi kan.


Petangnya ktorg pegi ke Pavilion KL dan Fahrenheit 88 kat Bukit Bintang tuh. Ala bukan apa saje je jejalan. Exercise kaki dan mata kan. Mana kedai yang best2 je, semua masuk especially Nine West, Toy Watch, Coach, Charles & Keith, Aldo, UniQlo dan memacam lagi lah.


Dah penat berjalan sampai sakit2 kaki dibuatlah kan, ktorg turun ke food court bawah tu untuk hi-tea. Ermm seronoklah makan tak ingat. Penuhlah meja kan dengan segala mak neka makanan kan. Apalagi sambil makan sambil gossip2 sket lah.


Lepas makan, sambung jejalan sket then nothing to do ktorg berdua terus balik dulu diorg je sambung jejalan lagi. Sampai rumah terus urut2 kaki disebabkan banyak sangat exercise kaki tadi.

Sekali sekala jejalan cam nie best jugak, at least dapat jugak release tension dan update benda2 latest kan.

Hah, korang buat apa cuti hari ni tadi ek?

Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir Di 2010

Hi Korang,

Hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 2010 dan juga merupakan cuti umum untuk semua rakyat Malaysia. Terima kasih to our PM yang bagi cuti nie sempena kemenangan tema bola kita dalam AFF Suzuki Cup.

So dah nama pun cuti kan,haruslah berrehat kat umah. So nothing much buat selain dari layan internet, aku juga sempat layan a few concert kat Astro Fiesta. Best2 plak tu.


So petang plak, aku pi perabiskan duit mr Big. Ihks boleh gitu? Tak lah. Ktorg pi beli barang dapur. Maklumlah dah cukup bulan nie kan, segala mak neka barang semua dah abis. So ktorg pi membeli belah kat Carefour Tun Hussien Onn. Ala sesaje tukar angin. Shopping jauh sket kan.

Boleh tahan ramai jugak orang kat sini. Beli barang dapur, baju sekolah anak2 dan yang best tu ada jugak yang beli tv leper tu kan. Ermm orang gomen kan masuk bonus so bolehlah berbelanja sakan kan.


Aku beli barang yang patut2 lah. Majoritinya semuanya barang makan. Dari yang kering sampai yang ke sejuk. Semua ada. Ala buat stock kan. Normally ktorg berbelanja besar nie 2-3 bulan sekali. So jimat kan. Tak delah nak kuar duit selalu untuk barang2 makan kering cam nie kan.


Dekat 3 jam jugak lah ktorg duk bershopping kat sini. Belek sana belek sini. Penat jugaklah budak cashier tu duk punch barang. Yelah orangnya berdua tapi barang makannya penuh setroli kan.Kopak jugak mrBig membayarkan. Hehehehhehe... Tak berani aku nak tulis berapa amountnya takut korang terperanjat plak kan.

So that's how ktorg abiskan masa hari ni. Penghujung tahun yang perfect untuk 2 of us...


p/s: Maybe malam nak pi tgk bunga api kot. But tak sure kat mana lah. Any idea?

Sunday, October 10, 2010

10 10 10 - Santai

Korang,

Mesti hari nie hari keramat bagi orang2 yang menunggu tarikh nie. Maklumlah time lah orang nak kawin, orang nak tunang, orang nak beranak, orang nak merisik dan memacam lagi lah. Pendek kata semua orang berebut2 nak tarikh nie.

Tapi bagi aku, tak de apa pun yang menarik. Sama seperti hari biasa je.

Mr Big dengan IPAD barunya

Lepak, lepak dan lepak jelah. Cuma ktorg berhang out di Starbucks je sampai petang lepas balik dari kenduri kawin tadi. Sekali sekala lepak kat sini,pekena coffee dan hot chocolate sorang secawan pun mantap jugak sambil tengok perangai orang yang lalu lalang bestlah..sampai boleh tetido lah aku dibuat dibuat lagu ala-ala reggee..


Dah puas lepak2, barulah ktorg start window shopping. Dari satu kedai ke kedai yang lain. Dan hasilnya dapat beli mentol lampu Philips, dapat 2 tabung free, beli sling bag utk mrbig punya Ipad, beli groceries sket dan beli solution contact lens.

So malam nie, ktorg plan nak buat BBQ kecil-kecilan sambil tengok Majlis Resepsi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina Mohd Yunos kat Tv3 nanti. Anyway, korang boleh jugak tengok 'live streaming' kat http://apps.gua.com.my/sheikhmuszaphar/

Anyway, i like 10 10 10... Actually banyak meaning hari nie. Bukan nya di plan but tup tup terjadi plak...


 

Friday, July 9, 2010

Jom Ke Uptown Bangi, Boleh Shopping Sampai Pagi

Hi Korang,

Apa nak buat bila dah malam2 nie ek? Nak pi shopping compleks dan tutup plak. Nak tengok wayang plak, tiket blom booking lagi. Jawabnya duk rumah jelah kan.

Tapi tak pe, jom ikut aku jalan2 cari pasal, nak tak?

Korang tau tak Tamu Komuniti Bangi? Bukan pasar tamu kat Sabah tulah. Ishk ke situ plak kan.Aku mane ada duit nak belanje korang tiket kapal terbang okeh!

Hah, kat sini lah. Cuba Google mesti jumpa lah.

Kalau tak jumpa lagi, korang boleh call dan tanya.

Kalau korang dah boring tak tau nak buat apa lagi kat umah tuh, meh sini ikut aku pi Uptown Bangi. La dekat je dengan umah aku nie. Kalau sesiapa yang very familiar dengan area Bangi dan Kajang, mesti tau Reko Sentral kat mane kan. Hah kat situlah.


Masa aku pegi nie, ari apa ntah tapi bukan weekend lah. Itu yang tak berapa ramai orang tuh. Macam uptown2 yang lain, majoriti barang dan services yang diperdagangkan hampir sama. Macam2 boleh di dapati di sini dan yang penting harganya memang sangat berbaloi.

Antara yang menarik perhatian, handbag imported.

Dah letih berjalan,  boleh urut kaki plak kan.

Masa aku pegi tu, banyak lagi tapak gerai masih kosong. Promosi pun kurang lagi kan. Ermm takpe2 aku boleh tolong promosikan kat blog aku yang comel lote nie ek.Walaupun gerainya sket, tapi ramai gak aku tengok orang shopping2 abiskan duit. Tapi yang tak bset tu, tak de orang jual makan lah, jual air tin pun tak de. Itu yang tak syok tu, orang dah penah2 jalan mesti tekak haus kan. Ermm ada can nie aku nak berniaga jual air ek? bagus2 briliant idea.

Cuma aku rasa Uptown Danau Kota tu lagi best sebab panjang dan banyak gerainya. Barang2 pun variety gaklah. Anyway Uptown Bangi nie pun best gaklah, maybe sebab baru kot. Promosi pun kurang lagi kan.

p/s: Baru pas makan roti telor cicah kari ikan,dhal dan sambal. Ermm sedapnya makan malam2 yang hujan renyai2 nie ek

Monday, March 8, 2010

Ini namanya Gila Kentang...

Salam bahagia,
(ewah cam baca berita plak ek!)

nothing much nak citer weekends yang mengenyangkan perut dan hati. Hajat nak ke JB terpaksa di batalkan coz ayah aku sibuk plak dengan bisnes karaoke dia tuh, so ktorg melepak kat umah mak jelah.

So sabtu ari tu, as usual pegilah membeli belah bebarang dapur sket, walaupun ktorg tinggal berdua je kat umah tu tapi groceries cam orang beranak 5. maklumlah beli untuk 2-3 bulan sekali. Senang kan. Tak yah nak ulang alik pegi hypermarket nie. So dapat jimat sket duit.

Aku singgah kat one of the carnival kat MITC, Melaka nie. Sesaje je cuci2 mata. Sambil menambah ilmu pengetahuan sambil penuhkan perut dan sambil penuhkan shopping cart. Aku singgah kat gerai nie.

Korang nak tau diorg nie jual ape, cuber tengok gambo nie betul2. Korang agak2 ape ek?

La x tau ke? Agaklah lagi.. Hah betul tu. Kentang. Tapi kenape pelik sangat kentang nie ek? Aku pun pegi la mengadap cam ne diorg nie buat kentang nie jadi camtu.

Nama dish nie Potato Skin. Setahu aku potato ski kat TGIF tu lain sket. Ini plak lain betul. So aku dok peratikan cara pembuatanya.

Cucuk lidi sate dalam kentang. Masukkan kentang dalam machine pemotong khas nie.

Pas tu giling lah kentang tu

Then tarik slow2.Hah nampak cantikkan?

Siram dengan rempah yang dah disiapkan

Goreng

Tapi lagi makan lah. Cam biasa model aku yang setia memperagakan Potato Skin nie.

Ermm memang sedap, ranggup. Aku pun sempatlah interview abang yang masak Potato Skin nie. Rupanya makanan nie dari Korea. Dia belajar teknologi pembuatan makanan style Korea. Itu yang aku lom penah tengok tuh.

Dah rasa satu, trus order 2 lagi untuk bawah balik. Tak sempat sampai umah. Dalam kete dah abbis kene bedal dengan mrBig.

p/s: Ini namanye gila kentang. Tersangatlah sedap. Sampai sekarang terasa lagi kesedapannya. Nak ke?

Monday, January 4, 2010

Mr Big Beli Lembu Jantan kat KLCC


Kenal tak logo nie? ermm tak kenal ke. Tak pelah aku kenal kan.


Ini adalah logo lembu jantan aka Braun Buffel Boutique yang dijual di KLCC. La korang ingat betul2 ke ade kedai jual lembu jantan kat KLCC tuh.

Di sebabkan wallet mr Big dah koyak teruk, maka dia yang telah berfikir panjang untuk mengantikan yang baru lalu mengajak aku pegi mencari2 wallet yang sesuai dengan jiwanya. Wallet yang dulu tu, dia pakai dah dekat 3 tahun so memang patut pun untuk cari pengganti lah.


Jalan punya jalan, dia teringat kat ke boutique nie lah trus ktorg ke sana. Sampai2 trus ke wallet section. Variety of choices.Promoter pun bagus. Explain each and every details. Pilih punya pilih so jumpalah yang menambat hati. Trus amik.


Bile time nak bayar tu ternampak plak sun glases, ape lagi tengok sun glass plak, then mr Big cakap alang2 dah beli wallet nak beli sun glass sekali lah. Sun glass dia tu pun dah lama gak dia pakai, beli masa ktorg lom kawin lagi.


Mr Big nie kalau nk beli barang2 camnie bukan main lama lagi membelek, tanya tu tanya nie. Siap ktorg dapat air la dek menunggukan dia. Akhirnya dapat jugak apa yang dihajati then trus bayar.

Bile bayar, diorg kasi bag plak lagi. Katanya still tengah time promotion lagi. Maka bag tu akan jadi kepunyaan aku la jawabnya kan.


Senyum melebar mamat nie walaupun abis dalam RM700 dalam masa 2 jam.


Malam bile balik, trus check bebarang yang dia beli tadi then trus memposing2kan bebarang tu. Susun sana susun situ, susun sinun, pendek kata memacam anglelah dia amik.

p/s : dapat beg kecik pun jadilah kan! huhuhuhuhu

Wednesday, December 30, 2009

Beli Sampoo Dapat Hair Dryer?


hah betul uols..
itu lah yang terjadi kat aku.
Aku pegi membeli sambil membelah di KLCC ari tu, saja je nak temankan mr Big beli barang dia. Then ktorg singgah kat guardian untuk beli personal stuff. So penuh la bakul dgn facial foam, ubat gigi, berus gigi,
cotton buds, tissue dan memacam makneka lagi lah.


Aku pun pegilah cari sampoo coz yg kat umah tu dah abis.


Tetiba aku nampak nie, sampoo dove dalam kotak gift. Consist of sampoo, conditioner dgn body wash. So aku pun amik. Bile aku tengok betul2 ade hair dryer pensonic. Aku macam tak percaya, siap goyang2 lagi. Betul confirm hair dryer. Bile tanye sales assistant, memang betul beli sampoo dapat hair dryer.


Bila bayar, aku tanye la kat cashier, betul ke dapat hair dryer, so dia cakap betul then aku pun bayar. Yang best tu bila bayar, cashier cakap RM34.88 je kak. Uish! lagi aku terperanjat, nak gelak pun aku, trus je aku bayar. Mr Big tanye apa yang seronok sgt sampai u senyum meleret2 nie. Bila aku tunjukkan dia, dia pun terperanjat.


Balik umah trus bukak. Memang confirm ade hair dryer siap dgn warranty card lagi.

mr Big cakap, bagus gaklah dapat coz aku selalu bising nakkan hair dryer nie.So jimatlah duit tak yah nak belikan untuk aku lagi.

p/s: bila plak aku nk pakai hair dryer nie ek? cuci rambut pun kat saloon.

Monday, December 28, 2009

Betul ke Alvin & The Chipmunks di Mines?


ermm kenaper? tak caye ke..


Korang tgkla sendiri, live tau dari Mines Shopping Centre last week.

Cadangnya nak jalan2 petang tu ke Mines sambil cuci2 mata sket tapi tak sangka plak, bile sampai sane baru nampak diorg tengah perform. Apalagi cepat2 amik gambo sambil berjalan. Berjalan? biar betul aku nie. Ha ah memang betul pun, sebab aku tak de spot nak berhenti amik gambo. Kawasan lobby mall nie penuh dengan orang. Sampai tingkat 3 pun still ramai orang lagi nak tengok diorg nie perform. Especially kids lah kan. Orang tua pun ramai gak yang sibuk2 amik gambo dan aku lah salah sorang daripadanya.

Then tetiba mr Big cakap,

mr Big : Jom amik gambo dengan diorg. I tau u suke kan.
me : Uik.. biar betul. Bole ke?
mr Big : Boleh la coz kite dah shopping lebih RM60 tu yg dapat pass utk amik gambo dgn diorg nie.
me : Nak nak.. jom cepat
mr Big : cam bebudak betul la.


So ktorg pun pegilah ke Information Counter, rupanye mr Big tadi beli barang pakai PB debit card, sebab tu ktorg leh dapat pass amik gambo tu.


Lepas beratur panjang2 yang orang berduyun ramai kat situ, dapatlah gak ktorg bergambar dgn Alvin & The Chipmunk. Rupanya diorg nie perform sempena film Alvin & The Chipmunk2 nak keluar kat cinema sempena Christmas nie.

p/s : sebijik cam bebudak kan?

Sunday, December 13, 2009

Shopping Weekends

Dah beberapa ari tak dpt update blog.

Bermula dari ari sabtu ari tuh.

Hari sabtu merupakan hari shopping sedunia. Membeli- belah dari pagi sampai ke mlm. Dari barang personal sampai ke barang dapur sampai ke barang umah.

Maklumlah tinggal berdua so barang dapur jaranglah beli, but sekali beli mau smpi RM300-400 tau. Mane taknye syampoo asing2, ubat gigi asing2 ermm mcm2 lagi la asing2. Kang klu same plak bole botakla kepala mr Big yg sedia ade botak tuh. Itu tak kira baju luar, baju dlm, stokislah. tie lagi. Pendek kata mcm2 lah ade dlm troli brg tuh. Penat gak menyusun dlm gobok (iaitu almari, org Johor ckp cam tu lah) kat dapo tuh.

Yang best dpt beli meja computer tau. Sebelom nie desktop letak kat  atas coffee table then duduk bersila. Setelah beberapa kali asyik complaint dgn mr Big, so dpt la aku beli meja computer dgn kerusi sekali tau dr Ikea. Lega badan skrg coz no more back pain lagi.

Ermm cerita pasal back pain nie, aku ade baca satu artikel kat sohkabo tadi. Nanti aku update korang ok.


p/s ari ni lagi penat, umah aku ade PRA Christmas Open House.. Lebih 10 kete dtg umah aku..
uishk..

Tuesday, November 3, 2009

My Dear Warehouse Sale


last friday, aku ikut k shikin pegi warehouse sale kat puchong..
nak tau warehouse sale ape?? barang2 baby... ya allah giler2 menengoknyer.. tapi aku tak beli pun.hakhakhakhakha.. lagipun lama lagi kot aku nak pakai bende2 tu semua. Banyak barang2 baby yang murah2 sesangat.. Toys pun melambak2 tau...




Untuk bakal2 ibu, elok sangatlah korang pegi.Sale nie sampai 8th Nov 2009