Friday, March 29, 2019

Suka BEKO Hand Blender Ni Lah, Senang Nak Buat Smoothies

Hi Korang, 

Ye gadget-gadget barang dapur ni memang kak lily suka wei, sebab tuhlah kalau tengok kat kak lily memang barang elektrik ada.Toaster, blender, chopper, juice extractor dan banyak lagi. 

Tapi hand blender ni memang tak terfikir pulak untuk buat koleksi kan hehehe 

Hari tuh ada orang bagitau kak lily hand blender dari BEKO ni, katanya cam awesome je hah. Laju je menblend eventho benda keras-keras pun macam bawang tuh kan. Of courselah ahkak ko ni excited, maka di carilah hand blender BEKO ni. 


Kalau korang nak tau BEKO ni merupakan jenama nombor 1 di Eropah yang sangat terkemuka, ermm patutlah tak nampak pun di Malaysia ni ek. Ia telah menjadi jenama peralatan rumah utama yang paling pesat berkembang di pasaran Eropah sejak tahun 2000. Beko adalah jenama perkakas rumah antarabangsa Ar├želik dan Rakan Kongsi Premium FC Barcelona. 

Dikenali sebagai jenama yang menghormati dan di hormati di peringkat global, prinsip BEKO adalah is “being a partner of our consumers in their daily life needs”. Beko sangat cekap dalam produk pembuatan yang mesra alam dan telah pun memenangi anugerah eko berpandukan kepada falsafah ini. 

Masa dapat tuh, nak gelak pun hado gak. Kemain panjang hand blender ni ek, tapi dia tak berat. Kak lily handle tuh smooth je. 

Nampak cam kecik tu tapi its powerful tools tau 750 watt. BEKO hand blender ni dia punya kelajuan boleh sampai 12 kali daripada asal. So kalau korang nak blend ais ke kentang ke kan no problem. Lagipun bladenya adalah stainless steel jadi takkan karat dan boleh guna lama untuk satu kali kita blend. 

Citer banyak pun tak guna, meh sini kak lily tunjukkan pada korang. 


Tak tajam bila kita pegang tapi power bile di blend wokeh 


Senang nak handle sebab tak berat dan just nice untuk di genggam 

So hari tuh kak lily cuba-cuba guna BEKO Hand Blender ni. 

Alah bukan beria masak pun, nak cili bagai. Buat strawberry smoothies je hehehhe itu pun buat kat office. Dah siap beli barang-barang tapi pagi tuh bangun lambat pulak so apa lagi hangkut semua bebarang ke office. Time lunch hari tuh, buat jelah kan. 

Bahan-bahannya simple je, tak yah nak fikir banyak sangatlah. 

Resipi Strawberry Smoothies Buat Di Office. 

Bahan-bahan: 


Strawberry
ikut suka tak yah belah pun. Just bersihkan buang daunnya 

Susu
ikut suka jenama apa korang nak 

Yogurt
ikut suka nak letak banyak atau pun sket. 

Cara-caranya: 

Tak yah nak pening-pening masukkan semua sekali je kan. 

masukkan strawberry kemudian blend sajor

sekejapan hancur ni

Tapi memula kak lily blend strawberry tuh, letak je then ON je blender dengan sekejapan ianya hancur. Seriously wokeh, tak payah nak letak sket-sket. Kak lily masukkan semua dalam bekas blender tuh dan terus blend. Tak sampai seminit dah hancur semuanya. 

Bila dah hancurkan masukkan yogurt dan susu sekali. 

hah lepas tuh baru masukkan semua bebahan lain ek

Kak lily tak letak gula pun sebab tak nak hilangkan rasa masam strawberry tuh, barulah fresh kan, minum strawberry yang diblend. Blend semua sekali dah tada boleh diminum. 

Aduimak kemain segar rasanye tau bila minum tuh. Just nice, tak yah letak ais pun sebab susu kak lily masukkan tadi susu dari fridge haruslah smoothies akak sejuk gak. 

takde apa pun yang melekat di blade blender ni ek, bersih dan senang untuk di cuci

Yang penting ahkak ko ni nak tekankan, BEKO Hand Blender ni kemain senyap wei waktu diblend tuh, langsung tak mengganggu persekitaran. Sampai bebudak office ni tak perasan pun tau. Bila dah abis minum baru diorang dan cakap la blend smoothies ke tak dengar bunyi bising blender pun lah hehehehhee 



Video Resipi Strawberry Smoothies untuk korang ye



Hebatkan BEKO Hand Blender ni, dah ler senang nak bawak senang jugak nak menggunakannya. Untuk korang-korang yang suka buat smoothies tuh, kak lily syorkan korang dapatkan blender ni tau.

Senang benau hidup di zaman ini ek....

jemput minum dulu ye..


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :


Facebook : 


Instagram : 






2 comments :

ietams said...

makin best la buat smoothies

sudipVSsenduk said...

Wow! bestnya. Nak cuci pun sonang