Thursday, May 17, 2018

Ikan Trout Fjord Norway, Pilihan Makanan Sihat Lagi Berkhasiat

Hi Korang,


Best jugak ikan trout ni tau... 

Pada bulan Ramadan, menjamu makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien amat penting untuk menjaga tahap tenaga, memberi tumpuan mental yang jelas dan membantu badan berfungsi secara lancar sepanjang hari. 


Ikan Trout Fjord Norway boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur. 

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental. 


"Ikan Trout Fjord Norway telah menjadi pilihan ikan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara. "Daripada Indeks Pengguna Makanan Laut baru-baru ini, kajian tahunan yang dijalankan oleh Majlis Makanan Laut Norway menunjukkan bahawa 3 dari 4 rakyat Malaysia menganggap penting untuk mengetahui asal makanan laut mereka, dan 1 dari 2 rakyat Malaysia lebih suka membeli Ikan Trout Fjord dari Norway." 

Kini Ikan Trout Fjord Norway banyak terdapat di pasar, pasaraya dan kedai makanan laut di Malaysia. 

Ikan Trout Fjord Norway adalah sama dengan salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih. Ikan Trout Fjord Norway mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon. 

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway, dan dengan manampilkan hidangan lazat dengannya dalam masa yang singkat. 

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk serta berpanjangan jauh ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan. 

Norway adalah perintis yang terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi. 

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin. 

Selama berabad-abad, makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway. Ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada orang Norway untuk mengendalikan khazanah berharga ini dari laut dalam setiap aspek. 

Mengenai Majlis Hidupan Laut Norway 


Majlis Hidupan Laut Norway (NSC) dimiliki oleh Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Perikanan. Industri makanan laut Norway membiayai aktiviti melalui yuran yang dikenakan ke atas semua makanan laut Norway yang dieksport. NSC adalah badan yang meluluskan pengeksportan makanan laut Norway. 

Melalui ibu pejabat di Troms├Ş, NSC mengembangkan kehadiran di pasaran utama di seluruh dunia untuk meningkatkan nilai sumber makanan laut Norway. NSC mengawasi pentadbiran dan penggunaan tanda dagangan "Makanan Laut dari Norway", yang mempunyai nilai yang sama bagi industri makanan laut Norway. NSC bekerjasama dengan pemain industri untuk meningkatkan permintaan dan pengunaan makanan laut dari Norway. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://en.seafood.no/

Tanda Dagangan "Makanan Laut dari Norway" 

Makanan laut akan sentiasa menjadi sebahagian penting dalam diet kita. Walau bagaimanapun, pengguna hari ini semakin tertumpu kepada asal usul makanan, bagaimana ia dihasilkan dan memenuhi keperluan kelestarian. Kejayaan Norway dibina di atas industri makanan lautnya dan menguruskan sumber lautnya dengan cara yang mampan. 

Tanda dagangan baru "Makanan Laut dari Norway" menangani perkara-perkara ini, yang berasaskan isu yang tulus terhadap alam sekitar. Tanda dagangan ini adalah simbol asal dan kualiti untuk semua makanan laut Norway, samada hasil ternakan atau tangkapan liar di perairan dingin dan sejuk di Norway. Jangan ragu lagi: Tempat asal penting sekali. 


Ikan Trout Fjord Norway – Resipi Untuk Bulan Ramadan 



Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa 

1 Filet Trout 
1 Daun limau purut, dihiris nipis 
1 Limau, dihiris 
1 Cili padi merah, dihiris 
1 Genggam daun ketumbar (daun sup) 
1 Cawan quinoa, dimasak 
1 Cawan stok ikan 
1 Daun bawang, dihiris 
Garam dan lada, secukup rasa 

Cara-cara

Masuk quinoa yang sudah dimasak dan stok ikan ke dalam pot dan reneh hingga ia menebal menjadi bubur keseluruhannya. Semasa itu dimasak, letak ikan trout, daun limau purut, limau, cili padi dan daun ketumbar di atas satu kerajang aluminium. Taburkan garam dan lada secukup rasa dan balut dengan ketat, lalu bakar menggunakan ketuhar dengan 200C selama 15 minit. Letakkan bubur di dalam mangkuk. Selepas ikan trout dimasak, keluarkan ikan trout dari ketuhar dan hidangkan atas bubur bersama dengan sedikit daun bawang. 

*** 


Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia 

1 Filet Trout 
2 Kentang, dimasak 
1 Sudu Makan sos soya 
1 Sudu Makan minyak bijan 
1 Daun bawang, dihiris 
1 Sudu Teh bawang merah goreng 
1 Inci halia, diparut 
Garam dan lada, secukup rasa 
Minyak zaitun 

Cara-cara 

Taburkan ikan trout dengan sedikit minyak zaitun dan diikuti dengan garam dan lada. Bakar ikan trout menggunakan ketuhar dengan 200C selama 10 minit. Semasa itu dimasak, mengekiubkan kentang dan letakkan ke tepi. Pukul sos soya, minyak bijan dan halia yang diparut bersama. Gaul dengan kentang. Masukkan daun bawang dan bawang merah goreng dan hidangkan dengan ikan trout bakar. 

*** 

Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang 

1 Filet Trout 
1 Sudu Makan serbuk kari ikan 
1 Sudu Makan serbuk cili 
1 Sudu Teh gula perang 
1 Sudu Teh belacan, diparut 
Daun limau purut, dicincang halus 
Minyak zaitun 
Garam, secukup rasa 
Daun pisang 

Cara-cara 

Gaulkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula dan garam bersama-sama. Buat belahan (make slits) atas kulit ikan trout. Sapu campuran rempah pada ikan. Pastikan daun limau purut dimasukkan ke belahan (into slits) ikan. Taburkan sedikit minyak di atas ikan lalu bungkus dengan daun pisang. Panggang bungkusan itu di dalam ketuhar dengan 220C selama 15 minit. Hidangkan dengan sambal di tepinya. 

Selamat mencuba korang ek....








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :