Monday, February 19, 2018

Jom Makan CHEESE-SANG CHEESY BITES BAHARU Dari Pizza Hut

Hi Korang, 

Musim sambutan Tahun Baru Cina ni kalau tak pekena Yee Sang tak feel raya lah kan. 

Sebab kak lily dah biasa dengan Yee Sang ni tapi korang yang kat luar sana, cam ne? Mesti payah nak rasa kan. 


Sekarang tidak lagi, Pizza Hut Malaysia ("Pizza Hut"), rangkaian piza nombor 1 Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan Cheese-Sang Cheesy Bites, hidangan penuh keriangan untuk dinikmati pada musim Tahun Baru Cina ini. Sempena pelancaran piza terbaru ini, Pizza Hut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang. 

Hah best tuh, Yee Sang dengan pizza kan.. wow I like!! 

Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara pada bulan Januari dan Februari 2018 melalui servis dine-in, penghantaran, ataupun take-away. 

Piza Cheese-Sang Cheesy Bites dilengkapi dengan lapan belas kerak piza penuh dengan keju cedar dan mozarela, diikuti udang tempura yang rangup dan nenas yang dihidangkan di atas sos telur masin keemasan. 

jangan berebut, cukup semua tau

Pada Tahun Baru Cina ini, Pizza Hut menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk meluangkan masa dan bergembira dengan orang tersayang di mana sahaja mereka berada. Rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa di mana setiap individu boleh bersuka-ria bersama-sama tanpa mengira kaum mahupun agama. 

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, "Sebagai rangkaian piza terkemuka di Malaysia, kami bangga kerana dapat menjadi jenama yang mengeratkan hubungan ramai orang dengan berkongsi saat gembira sambil menikmati piza yang enak bersama-sama. Matlamat kami tetap sama untuk perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. 

Bersempena musim perayaan yang bakal tiba ini, pastinya anda dapat lihat orang ramai mengambil bahagian dalam tradisi 'Yee Sang' yang dikenali sebagai hidangan yang melambangkan kemakmuran untuk menyambut Tahun Baru. Pada musim inilah keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul untuk menikmati 'Yee Sang' untuk menandakan permulaan tahun yang baru. Cheese-Sang Cheesy Bites diilhamkan dari tradisi ini dan kami menggabungkan konsep 'Yee Sang' dengan piza. lni merupakan cara kami yang tersendiri untuk membawakan kegembiraan kepada pelanggan. la boleh dikongsi dengan sesiapa pun tanpa mengira bangsa atau agama, dan kami percaya itulah caranya untuk kita meraikan perayaan ini bersama semua rakyat Malaysia melalui Cheese-Sang Cheesy Bites," tambahnya lagi. 

sedap wei hehehe

Sama ada pembelian dibuat secara ala carte pada harga RM38.00 untuk saiz biasa mahupun kombo, Cheese-Sang Cheesy Bites merupakan hidangan sempurna dengan sentuhan unik dan menarik terhadap Tradisi 'Yee Sang' untuk rakyat Malaysia bagi merayakan Tahun Baru Cina ini. 


Promosi Tahun Baru Cina

Cheese Sang Cheesy Bites ini boleh dibeli secara ala carte pada harga RM38.00 untuk saiz biasa dan menawarkan 3 set kombo hebat sebagai pilihan.

Golden Presperity Meal (RM78.80)
1 x Cheese Sang Cheesy Bites saiz biasa;
1 x Piza Pan/Hand-Strected Favourite saiz biasa;
1 x Udang Tempura Ranggup;
1 x Hidangan pembuka selera;
4 x Minuman;
4 x Aiskrim.

Double Happiness Meal (RM45.80)
1 x Cheese Sang Cheesy Bites saiz biasa; ataupun
1 x Piza Pan/Hand-Strected Favourite atau Supremen saiz biasa;
1 x Hidangan pembuka selera;
2 x Minuman.

Double Fortune Meal (RM42.80)
1 x Cheese Sang Cheesy Bites saiz biasa;
2 x Sup Krim Cendawan;
1 x Hidangan pembuka selera;
2 x Minuman.

*Harga untuk piza Cheese-Sang Cheesy Bites dan harga kombo mungkin berbeza, bergantung pada lokasi. 

hamper bahagi 5 orang okla tuh kan

Seronok kami makan-makan event Pizza hut ni hari tuh, dah kenyang makan then kami main game plak hahahaha. Game yang first tuh kami kalah but game yang kedua tuh kami menang so dapatkan hamper comel tuh, kongsi-kongsi dengan tablemate yang lain ek hehehhehe 

Sempat bergambar dengan Kak Kinah, maintain je padahal hehehhee

wefie jangan di lupakan hehehhe

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari

Website : www.pizzahut.com.my 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

5 comments :

Nurul Syahirah said...

wahhh.. sedap betul cheese yee sang nii.. hahaha.. selalu makan yee sang biasa je..

el said...

wow menu baru ke..kena torai ni

Nurjuwaini said...

Macam best je ni

Gja said...

Tetiba terasa lapar pula. Hehe

Hasliynda Umairah said...

sedapnya
syok dpt jumpa
kak kinah hihi