Thursday, February 8, 2018

Best Rupanya Makan Di SUSHI TEI Ni Ek, Ada Poke Bowl

Hi Korang, 


Ini first time kak lily makan kat sini ek


Sebab apa? Kat area rumah tak dela restoran Sushih Tei ni, so memang tak pernahlah. Bila kengkawan ajak pi makan kat sini so haruslah jangan dilepaskan hehehe 

Ada menu Poke Bowl ek di Sushi Tei ni, ermm garu-garu kepala sket. Apa dia menu ni,


Rupanya Poke Bowl Sushi Tei adalah hidangan menyihatkan yang mengandungi ikan mentah segar, sayur-sayuran serta bijian dan kekacang, bersama nasi daripada beras perang Akita premium dari Jepun. 

Wah bagus untuk orang-orang nak kurangkan berat badan ek. Ada pelbagai jenis Poke Bowl iaitu:-


Maguro Poke Bowl (RM23.80) mengandungi ketulan tuna segar yang dilengkapi dengan bijian chia dan tembikai yang berkhasiat, badam tanpa gluten dan berkhasiat, jejari ketam, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.


Salmon Poke Bowl (RM21.80) mengandungi salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dihiris tebal dan dihidang bersama bijian chia dan tembikai, badam, kacang hitam yang berkhasiat dan sayuran campur di atas nasi beras perang Akita.


Udang harimau segar pula menjadi tumpuan bagi Ebi Poke Bowl (RM27.80) dan ianya juga dihidangkan bersama bijian chia dan bunga matahari yang kaya dengan vitamin E, badam, hirisan telur dadar dan sayuran campur dengan nasi beras perang Akita.

Sushi Tei membawakan kelainan pada hidangan ikan mentah asli Hawaii dengan Chicken Teri Poke Bowl (RM18.80) Sesuai buat penggemar daging, ianya dihidangkan bersama ayam panggang dengan nasi beras perang Akita, lengkap dengan bijian chia dan bunga matahari, badam serta sayuran campur. 

Sushi Tei menawarkan tiga pilihan sos untuk mengiringi hidangan poke bowl iaitu Japanese styled wafuu onion sauce, wasabina sauce dan apple sauce. Setiap satunya direka untuk melengkapi kesegaran bahan-bahannya serta memberikan kelainan yang menyelerakan kepada setiap mangkuk.

wajib ada ni kalau pi makan kat kedai jepun tau

Keempat-empat poke bowl tersebut menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta memberikan tenaga sepanjang hari menerusi sajian yang kurang daripada 500 kcal untuk setiap hidangan.


Satu lagi tambahan yang menyihatkan pada menu Sushi Tei ialah sajian vegetariannya, oleh itu korang boleh menikmati sushi maki yang disediakan segar seperti Avocado Yasai Roll (RM13.80) dan lnari Yasai Roll (RM13.80), diperbuat daripada kulit tauhu. 

Bagi mereka yang mahukan sajian yang lebih mengenyangkan, mereka boleh memilih sajian utama seperti hidangan mi Namako Yasai (RM21.80) yang disediakan dengan sup berasaskan kitano miso dan pilihan udon, soba atau ramen serta dilengkapi dengan timun laut vegetarian, cendawan butang, labu dan ubi keledek Jepun.


Sajian utama lain dalam menu vegetarian baharu ini termasuklah nasi goreng cendawan Kinoko Chahan (RM16.80) dan Nasu To Zulgini Pasta (RM17.80) yang mana pasta digoreng dan disajikan bersama terung, zukini dan telur separuh masak.

Hidangan vegetarian Sushi Tei turut menyajikan hidangan sampingan yang enak seperti Homemade Potato Gyoza (RM9.80); Satsuma Imo To Kabocha Salad (RM7.80) yang diperbuat daripada ubi keledek Jepun bersama labu, yang kaya dengan antioksidan dan serat; Okura Natto To Yamaimo Senggiri (RM6.80) iaitu hidangan keladi Jepun dengan hirisan bendi, rumpai laut, kacang soya dicampur dengan telur burung puyuh separuh masak.


Pilihan lain yang boleh dinikmati termasuklah akar bunga teratai goreng Renkon Agedashi (RM6.80) yang rangup atau kroket ubi keledek, edamame dan labu (RM8.80-RM9.80).

"Sushi Tei berpegang kepada kepercayaan untuk menyediakan hidangan yang segar dan menyihatkan untuk pelanggan kami, satu komitmen yang digambarkan menerusi menu baharu kami, sama ada menerusi poke bowl rendah kalori yang kaya dengan kebaikan atau pilihan vegetarian. Bahan-bahan segar amat panting dalam sajian Jepun dan kami tidak bertolak ansur dari segi keselamatan makanan," kata Cameron Cheah, Pengarah Urusan ST-Taikem, syarikat di sebalik jenama Sushi Tei di Malaysia.


"Sejak pengenalannya di Malaysia pada tahun 2009, Sushi Tei telah menjadi pilihan popular rakyat Malaysia yang mahu menikmati sajian Jepun yang segar dan lazat pada harga berpatutan. Restoran ini menggabungkan konsep sushi yang disediakan pada tali penggerak dan pilihan ala carte, serta bilik hidangan peribadi untuk pelanggan menikmati yang terbaik," tambah Cheah.

Sajian poke bowl dan vegetarian baharu Sushi Tei ini kini boleh didapati di semua restoran Sushi Tei di Lembah Klang, Pulau Pinang dan lpoh.


Meh check it out lain-lain promosi di

Facebook : Sushi Tei Malaysia


Website : www.sushitei.com/


Marilah cuba dulu ek, then baru tau sedap ke idokk!!















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

3 comments :

sitirohaida said...

tak pernah lagi makan mentah ni...mesti dia ada sos sedap tu kan..

mama tisya said...

tk pernh try sushi tei..slalu sushi king je hehe

el said...

ya Allah bestnya mkn sushi hihih