Tuesday, February 13, 2018

Jalan Jalan Japan Di One City Mall Subang, Banyak Barang Best-Best

Hi Korang, 


Ini first time kak lily dengar ada kedai jual barang pre-loved dari Jepun. 

Yelah confirm dari Jepun sebab nama kedai pun Jalan-Jalan Japan, korang rasa kak lily tipu ke hah?? Ishk tak baik menipu ek 


Jadi Jalan Jalan Japan ni merupakan kedai yang menjual barangan pre-loved dari Jepun pada harga yang korang akan terbeliak mata dibuatnya, sebab kak lily pun cam tuh gak wei. 

So sabtu lepas, kak lily dengan Mr Big pepagi dah sampai ke One City Mall ni. 

Rasa cam jauh je dari rumah tapi bila ikut Puchong tuh dekat jelah, lagipun dari ELITE highway dah nampak bangunan kelabu One City ni ek. 



Sesampai je orang belum ramai lagi yelah waktu pagi cam tuh kan so selesa sket nak mencuci mata. By the way, pintu masuknya naik ke atas ye then keluar ke bawah. Kira macam tak serabut lah reramai duduk kat pintu tuh. 


Wah masuk-masuk je dah rambang mata kan, rasa semua nak di pegang, di cuba, di rasa dan di beli hehehe. 

children toys


photo frames

children stroller

topi

handbag

kasut

travel bag

Nak cari apa semua ada di sini. 

Nak baju, ada baju, nak kasut ada pelbagai jenis kasut, barangan permainan kanak-kanak pun ada, travel bag ada wei, handbag, gitar, barangan perkhemahan, pinggan mangkuk, alat-alat sukan dan macam-macam lagi. Seriously memang rasa semua nak dibelinya. 


Lepas tuh dalam store ni terang sebab kemain banyak lampu yang digunakan so cerahlah ini lagi menaikkan mood kak lily untuk membeli belah hauhauahua 




Kak lily suka cara susunan barangan di sini sebab teratur dan diasingkan mengikut kategori yang tertentu so tak delah pening nak cari barang. Kalau nak cari baju, seluar, jaket amat senang dan mudah. 



Di susun mengikut jenis pakaian, kalau nak cari jaket tuh kemain senang lagi. Lagi plak siap ada tempat duduk so kalau nak mencuba kasut ke boots ke tak delah kena berdiri, mencangkung bagai kan. Even kalau penat pun boleh je duduk kat kerusi yang di sediakan 

japlah tengah pilih baju ni hah

Kemain luas lagi laluan untuk kita memilih barang so tak delah terlanggar-langgar orang yang lalu lalang di situ. 


Untuk keselamatan para pelanggan, fitting room atau tempat mencuba pakaian di letakkan berhampiran dengan cashier. Yelah kang kalau letak hujung-hujung mana, ada pulak orang ambil kesempatan untuk mengendap kan. Ishk kita manalah tau kan, malang tak berbau 

Sempena pembukaan kembali Jalan Jalan Japan ni, ada sessi lucky draw untuk para pelanggan yang membeli belah di sini. 


Alah senang je, beli je apa jua barangan pun even harganya cuma RM1. Ambil gambar dengan barangan korang bersama hashtag #hargagiler #jalanjalanjapan then tunjukkan posting di kaunter Lucky Draw then redeem hadiah korang tau 

Best kan !! 

Ni kak lily kongsikan alamatnya tau :- 

Jalan Jalan Japan @ One City Mall 
Level 1A (Block A) Sky Park @ One City, 
Jalan USJ 25/1A, 47650 Subang Jaya, 
Selangor, Malaysia. 

Tel: 03-8601 5852 / 012-322 2106 



Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Facebook: 

Instagram: 



#jjjOneCity 
#serbujjj 
#hargagiler 
#jalanjalanjapan 
#makeover 
#makeovercelebration










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

3 comments :

Suliana Yusof said...

Bestnya kak. Ruang yang luas dan teratur. Senang nak pilih. Bukan anak je yang terbeliak mata ni kak lily, dengan anak-anak sekali nih... Hahahhah

mama tisya said...

meriahnya tgk brg2 tu...ada kesempatan bole terjah ni

Fisya said...

Memang rambang mata masuk Jalan Jalan Japan ni.Murah2 sangat barang2 nya.