Wednesday, October 14, 2015

Jadual Ujibakat Ceria All Stars 2015

Hi Korang,

Berita baik untuk anak-anak kita yang teringin nak masuk Ceria All Stars ek.

Meh baca ni..


Stesen televisyen terkemuka, Astro meneruskan misi pencarian bakat-bakat cilik tanahair menerusi sebuah rancangan realiti terbaru, Ceria All Stars. Menerusi saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria sekali lagi tampil dengan konsep baru yang lebih segar dalam meneruskan usaha mereka mengenengahkan bakat-bakat anak muda di Malaysia. Bertitik-tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini dalam menonjolkan bakat nyanyian dan tarian adik-adik cilik kita, Ceria All Stars membuka peluang lebih luas lagi dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanahair melalui formatnya yang lebih terbuka. Ceria All Stars mempunyai misi penting bagi mengupas bakat-bakat luar biasa yang ada di Malaysia.


Peserta boleh hadir ke sesi ujibakat Ceria All Stars dan menampilkan apa sahaja bakat yang mereka ada. Tidak kira dari genre apa sekalipun, Ceria All Stars bersedia memberikan peluang buat adik-adik kita ini mempamerkan kelebihan masing-masing. Dari nyanyian sehinggalah lakonan, aksi akrobatik dan kelincahan di pentas tari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik; semuanya dijemput menghadiri ujibakat ini. Pendek kata, apa sahaja bakat yang unik dan menarik! Ujibakat akan diadili selebriti-selebriti ternama yang akan memilih 20 calon yang akan layak ke peringkat seterusnya. Inilah masanya untuk menyerlahkan bakat terpendam adik-adik!


Program pertama seumpamanya di Malaysia ini  bukan sahaja mencungkil bakat generasi muda tanahair, malahan mengangkat kepelbagaian bakat yang ada di negara kita. Di samping hadiah lumayan menanti pemenang, Ceria All Stars menjanjikan pengalaman tontonan program pencarian bakat cilik terbaik yang akan anda saksikan di Malaysia.


Jadual Ujibakat Ceria All Stars

Tarikh Ujibakat
Lokasi Ujibakat
Juri Lokasi
Masa Pendaftaran

17 & 18 Oktober 2015

AEON AU2 Keramat, Kuala Lumpur
Datuk Aznil Haji Nawawi
Rozita Che Wan
10.00 pagi – 4.00 petang
Kompleks Megamall, Pulau Pinang
Shuib Sepahtu
10.00 pagi – 4.00 petang

Syarat- Syarat Penyertaan

1.       Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke bawah;

2.       Penyertaan individu ataupun berkumpulan tidak melebihi 10 orang;

3.       Bebas dari sebarang kontrak;

4.       Bawa bersama salinan kad pengenalan atau surat beranak berserta dokumen asal; 

5.       Gambar profil berukuran 3R / 4R; 


6.       CD Minus One/ Lagu sendiri bagi persembahan berkaitan muzik.


so adik-adik standby apa yang patut ek! hehehhe...


9 comments :

asmaj anna said...

sbah x Da ka??

Unknown said...

Ni untuk artis je ke ?!?!
Sebab saya bukan artis so saya nak masuk ujibakat tu

Unknown said...

Ni untuk artis je ke ?!?!
Sebab saya bukan artis so saya nak masuk ujibakat tu

Killar Bee said...

Hi! Kat Sabah Takde Ke Lokasi Ujibakat Ceria All Star Ini Hmm Saya Baru Jer Nak Join

Killar Bee said...

Kat Sabah Takde Kee Ujibakat Ceria All Star Ini Saya Baru Je Nak Join

Killar Bee said...

Kat Sabah Takde ke lokasi ujibakat Ceria All ni 😭 saya baru je nak Join😞

Unknown said...

Ceria all stars ni bukan untuk nyanyian kn?

Is Kandar said...

Saye pon teringin

nik hanis allysa said...

Saga teringin sangat nk masuk pertandingan ceria all star nih..