Tuesday, October 13, 2015

Blogger Food Hunt Sempena Kempen "Taste New Zealand" Di Cold Storage

Hi Korang,


Sempena Hari Sukan Negara sabtu lepas, aku pun turut turun padang untuk bersenam ek hahaha.


Alah bukan bersenam apa pun, setakat exercise kaki sekejap pi shopping spree kat Cold Storage sabtu lepas hehehhe.. Alah main shopping-shopping sempena kempen "Taste New Zealand". Best tuh NZ kan

Tak ramai pun, cuma ada 10 orang bloggers je. 



Kengkawan je semuanya, Kelly, Carol, Ayu, Nannie, Ruby, Yana, Sherry, Issac dan Ivy. Lagilah bertambah seronokkan. Ktorang di partnerkan berdua dalam satu team. Habis je briefing terus je activity bermula.




Ktorang kena cari beberapa barang dan jawab soalan. Hah mengelupur memasing berlari. Ok je. Actually depan mata je kesemua product New Zealand tu tapi sebab nak cepat terus mata jadi kabur kan



Settle jawab soalan terus submit kat PIC. Duduk-duduk sambil discuss dengan bebudak ni jawapannya hehehhe. Takperlah menang kalah tak kira pun, lagipun masuk suka-suka je pun kan.

Ok majlis penyampaian hadiah


Team Issac dengan Ivy - Grand Prize (RM250 of New Zealand product)


Team Ayu dengan Sherry – 2nd Prize (RM150 of New Zealand product)

cilok dari ruby.my

Ktorang yang tak menang ni dapatlah consolation prize RM50 of New Zealand product. Ermm jadilah ada jugak kenangan yang boleh di bawah balik. 

Bagi korang penggemar barangan New Zealand


Kempen "Taste New Zealand" yang berlangsung di Cold Storage bermula dari 8 Oktober sehingga 25 Oktober 2015 akan mempertengahkan produk-produk terbaik dari New Zealand. Untuk pengetahuan semua, produk yang ditawarkan semuanya terkenal dari segi kualiti rasa, dipercayai dihasilkan daripada bahan-bahan yang terbaik dari New Zealand.

Produk New Zealand yang sudah sekian lama terkenal di Malaysia seperti jenama Fonterra, Anchor Butter, Anlene dan Anlene Gold dan banyak lagi.




Begitu juga dengan produk segar dari "Orchard Gold Frozen Berries" yang menawarkan pelbagai produk berries yang dibekukan seperti rasberries, blueberries dan campuran berries dalam pembungkusan 500gram yang sememangnya sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam kek, roti, pancake dan pelbagai lagi.

Begitu juga produk pasta, minyak masak, minyak bijan, minyak kelapa dan lain-lain.


Ok, ada berita baik untuk semua pelanggan Cold Storage.

Dengan setiap perbelanjaan RM30 produk New Zealand, korang boleh menjadi antara 5 pemenang "New Zealand Food Bags" yang bernilai RM500...

Best tu.......

Jangan lupa terjah Cold Storage yang berdekatan ya!




3 comments :

AyuArjuna BiGoshh said...

berseri-seri muka aku di waktu pagi...


hahahahahha

Unknown said...

Hahah..ingatkan betul2 lka pergi join hari sukan negara tu...ekekek..

tak menang pun tak pe asal seronok kan..
dari dok umah je cuti2 tu..kan??

Sherry Go Sharing said...

happy food hunt sama :D good exercise for brain n body.