Wednesday, July 21, 2010

Siri TV: Dunia Baru Reunion-Kelakar!

Hi Korang,

Malam tadi lepas balik tengok wayang citer The Sorcerer's Apprentice dan jugak balik dari melepak kat Palm Garden Hotel jumpe member aku nie. Sampai umah aku trus berblogwalking, tetiba aku tersampai ke blog LizaRazak nie. Aku terpandang entry pasal Dunia Baru Reunion nie. La rupanya ada sambungan dari Dunia Baru The Movie tu. Ishk best nie. Aku pun terus layanlah kat web nie.


Karektornya still sama cuma ada certain pelakon dah berubah seperti watak Suzanna,Adib, dan Darius. Secara ringkasnya kali nie berkisarkan kepada :

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.
Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.


Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Hah baca sinopsis je dah boleh mengambarkan betapa kelakarnya citer nie. Aku yang melayan dari satu episod ke satu episod nie, tergelak2 sampai rasa nak terguling2lah. Siap mrBig bangun dari tengok tv sebab terperanjat dengar aku ketawa tahap cipan nie.

Di antara episod yang aku suker:

Episod 1

Episod 12

Sekrang dah sampai episod 19 last episod 20. Confirm aku tunggu jumaat nie. Rugi kalau korang tak layan citer nie. Ala bukannya lama pun a few minutes je. Ala sambil berblogwalking pun boleh layan citer nie.

p/s: Bagi aku Tajol memang bussines minded betul lah. Opie pun lagi comel sejak dia gemuk nie

7 comments :

darkbatman said...

aaa.. cite ne sesuai utk kanak2 riang jer..hehe..

Anonymous said...

opie dah tembam tapi tetap suwit.. :)

Unknown said...

Ha ha ha mmg kelakar! saya pun tgh tengok episode2 ni...

etomyam said...

menarik jugak tu, kalau ada masa nak layan jugak ni

Hidayah Ismawi said...

I watched the first season only .. but I really liked it (Pierre Andre was so dreamy..cute and shy).. plus we all learnt to spell that word kan? hehe

MY LATEST ENTRY: Good Lunch offer at The Chicken Rice Shop

Kancilbiru said...

eh tak tahu pun...ok pasni nak layan la...macam tak dak promosi jer...sbb tak dgr citer kan..

ef said...

nak tanya... season 1 ngan 2 berapa episod.. mana nak cari. sebab kat youtube s1 sampai ep13 je... kat wikipedia pun tak membantu.