Tuesday, July 13, 2010

Bila Tak Berapa Kuli Lebih Dari Bos

Morning Korang,

Topik agak berat sket pagi nie tau, bagi aku lah. Maklumlah selalunya aku menulis pasal makan, makan dan makan ye tak?

Bukan apa, bila bekerja as team kita kenalah bertolak ansur, ada respect sket to each other betul tak? Ktorg di office nie juga mengamalkan cara kerja yang sihat cam tu. Tapi bila ada orang lain hal campur tangan dalam hal kerja kita nie, semuanya akan jadi tunggang terbalik.


Kisahnya begini, company aku as a main contractor untuk site baru nie. So segala facilities ktrog kena provide untuk consultant dan client. Bagi Client team, as long as apa yang kita provide tu ikut spec dalam contract diorang satisfied. Yang jadi masalah nie si Consultant Team nie. Ktorg dah provide apa yang patut mengikut spec yang ditetapkan tup tup tup diorg nie jadi mengada2 plak. Kata mak aku yang suka sangat dengan Shahir AF8 tu ‘Dah bagi betis nak peha plak’. Yelah cuba korang bayangkan, nie contoh tau. Dalam spec ktorg kene provide pen. So apa jenis pen tak kiralah murah ke mahal ke ktorg kene bagi. So haruslah bagi yang murah tapi berkualiti, betul tak? Bila sampai kat Consultant, diorg nie punya membebel kalah mulut makcik jual kuih depan umah aku nie. Yang best tu siap boleh reject dan bagi NCR (ala org keje construction line tau lah apa tu kan) lagi kat ktorg. Memang kelakar betul lah.


Tapi bila time, diorg punya salah cepat2 nak cover. Konon, typo lah, error lah, silly mistake lah. Nak ajak aku bagi NCR plak kat diorg hehehehhehe... Yang paling aku tak boleh tahan tu, si typist Consultant team nie, ya allah lorat dia bukan main lagi. Keje bukannya banyak tapi mengadu domba kat semua orang kononnya dia soranglah yang paling sibuk kat opis tu. Dia tu kalau aku tak bagi keje sampai petang lah baca novel dengan main game kat laptop. Nasib baiklah pompuan tua yang tak secantik macam kakak bulu mata Rozita Che Wan, kalau sebaya dengan aku, siap dia aku luku kepala dia lah.



Anyway, bila aku duk borak2 dengan bos German aku tu, dia pun boleh bantai gelak2 pasal pompuan tua yang kononnya pakai MyVi Spec Pompuan tu padahal edition biasa tu kan. Dia siap pesan, buat bodoh je, jangan di layan sangat perangai pompuan tua tu tapi dalam Englishlah bukan Melayu okeh.

Hah, kalau korang duk kat tempat aku nie agak2 korang nak pancitkan tak tayar kereta MyVi Edition Biasa dia tuh ? Kata mrBig, pi dajalkan document dia je biar dia mengelabah dan kene marah dengan boss dia. Huahuahuahuahuahua…

Kosakata Hari Ini :
Lorat – Perangai irritating yang melampau sangatlah
Luku – Sekel kepala, ala korang kecik2 tak penah kene luku ke?
NCR – report yang mengatakan konon2nya keje aku nie tak baguslah. Dalam erti kata lain, bongok lah ko

9 comments :

Lady of Leisure said...

macam2 dugaan di tempat kerja.. bertabahlah..hehe..
*tak tau pun yang myvi ada spec untuk pompuan hehe.. nasib baik u cakap..

Anonymous said...

biasa dlm kompeni msti akan jumpa dgn org2 perangai macam bagus ni..dilawan salah, tak lawan makin sakit hati..kang berenti keje kita gak yg rugi..camne??

jawapan paling skema ialah..

kena banyak2 bersabar :)

isabelle said...

hehehe.mula2 baca aku jenuh nak cari relation dgn gmbr.
rupanya..ooooooo

Matjoe said...

sabar clp, sabarr

Merryn said...

:D MyVi pompuan tak berani I drive. Jadi target orang jahat! :P

See you in August :)

Farah Y said...

Hoah. sabar kak, sabar. Cerita husband bawa balik dari tempat kerja dia lebih kurang macam ni gak. Tensen je. Keep it cool :)

P/s: Ha'a la, baru tau pasal spec myvi ni.

noor afzan said...

sabo je la..
btw, makcik it ucat kete dia kaler pink ke?
ahaha~

Kazaztan Team said...

mmg tak berkenan dgn org yg tin kosong nie...ckp lbh kerja haprak...

Hapiz Rahman said...

sabar kak. Tapi akak memang dah sabar rasanya nie.. :)

(pasal typist tue la paling tak boleh blah.. )