Thursday, March 11, 2010

Kenape Pompuan Selalu Di Eksploitasikan

Salam bahagia,
(mintak maaf entry nie, ada bahasa english sket, mintak2 paham ye)

Dalam meeting semalam.

Aku salah seorang yang terpaksa masuk meeting yang panjang lebar tu. Biasalah bile project tengah ongoing, mesti ade weekly meeting untuk internal staff kan.

So, tengah-tengah meeting pasal nak recruit staff baru, tetiba:

PM  : we need to get the scheduler ASAP
HR  : we managed to get 3 application for this position
LC  : man or women?
HR  : all man. any suggestion we should get women instead?
Aku : Why you bother? sambil muke pelik2
LC : of course man, in construction, we need some entertainment to release our pressure. if get the pretty ones that's better.(Sambil cakap dalam bah melayu, baru syok ma,cepat sket siap keje)
MK : you doesn't know, its men's talk. you're still young.
PM : duk senyum sengih, muke macam menunjukkan I agree
Aku: muke puzzle..dalam otak terfikir, kecik la

Orang-orang yang dalam meeting tuh, semua pandang aku sambil ada yang tergelak2 dan ade juga yang tersengih dan semuanye lelaki.

PM-orang Germany, HR-Singapore, LC-Singapore tapi boleh cakap melayu, MK-Ireland.

Korang tengoklah, nak jugak pompuan gak kan. Maklumlah site aku nie majoriti foreigner lelaki, pompuan kurang. Discuss pasal nak cari staff pompuan bukan main lama lagi tapi pasal topic keje kejap je kan.

AKu paham maksud tersirat dari ayat2 tuh tapi aku pun nak tau gak apsal diorg leh cakap camtu. So lelaki diluar sangat yang same line dengan aku, tolong komen sket? Yang lelain bidang pun leh komen gak?

p/s: keje dengan orang2 umo pertengahan, so otak pun dah style umo orang pertengahan gak.

Wednesday, March 10, 2010

Cendol Sedap di Waktu Petang

Salam bahagia,

Cendol, adalah sejenis manisan yang sungguh sedap dan enak di makan di waktu petang yang cuacanya tengah panas mencarak yang peluh2 menitis cam air hujan.

Sebenarnya aku manalah pandai buat cendol nie. Nie semua mak aku lah yang ajar. Dia nak ajar cara buat cendol sendiri, tapi aku cakap tak payahlah. Ajar cara yang paling mudah dan cepat untuk makan cendol nie.

So dia pun tunjukkanlah cara membuatnya.

Memula sekali:
mesti ade cendol

masak gula kabung/gula melaka sampai cair

Santan kenelah perah dulukan, kemudian barulah dicampurkan cendol yang di tapis tadi

pas tu campurkanlah dengan gula melaka tadi

inilah cendol

tapi gambo cendol yang dalam mangkuk tu aku amik kat google, sebab cendol yang dah siap di decorate tu dah kene sambar dengan model aku yang paling setia iaitu mr. Big. Dia nampak je trus amik bawak makan kat bawah pokok depan umah mak aku ari tu.

Yang best tu, lepas dia tambah 3 kali, trus masuk bilik dan tido. Korang tengok, tak ke macam ular sawa kan? ishk...

p/s: mrBig memang cam tu, dia suker makan. la korang jeles ke??

Aktiviti Masa Senggang

Salam bahagia,
(aku makin suker tulis nie, cam baca berita plak kan)
Aku di tagged!!oohh..tidakkkkk
Apa bende plak aku nak buat nie ek? hah kenalah menjwab soalan2 yang diberikan oleh Cik Tasha kite nie.

BAIKLAH, baca nie:-

- Katakan sesuatu mengenai org no.5 (aku pun yang jadi mangsa tagged no 5)
Dia sedang sgt excited tunggu episod demi episod drama bersiri. Ye betul. Dengan tabahnya aku membaca tanpa jemu. Thks Tasha

1 - Adakah anda rasa HOT???
Memang aku tengah HOT nie, sebab time makan aku dicuri oleh bos aku.

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
Yelah kejap tau
3 - Cerita pasal gambar
Ktorg pegi bercuti di tempat koboi. Kan dah citer kan

4 - Bila kali terakhir anda mkn pizza?
Pizza Hut 28th Feb 2010, Domino 2nd January 2010

5 - Lagu terakhir anda dengar
Keabadian Cinta - Annuar Zain

6 - Ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
Sambil bukak pintu opis bile org ding dong

7 - Selain nama sendiri, anda di panggil nama ape?
Dear (mrBig panggil) Jaja(family panggil) Diejay(coursemate panggil)

8 - tag lg 8 org
~ Nia~
~Amy
~Daydeck~

~SumiJelly~
~CatlinaFly~
~K ina KL~
~MatJoe~
~PojiePooh~


9 - Siapakah org no.1 kpd anda
mrBig cakap dia cam cikgu PBSM

10- Katakan sesuatu mengenai org no.5
Dia ada kedai gambar yang tengah hangat mempromosikan barangan


11 - No.3 ade hubungan dgn sape?
Mestilah dengan Honda kesayangan dia tu


12 - Bagaimana pula dgn no.4
Hubungan dengan laki dialah, tak kan dengan mrBig plak.

13 - Pesanan kepada org no.6
Masaklah bebanyak dan panggillah ktorg datang umah makan ek!

14 - Kata2 cinta utk org no.2
Selamat bercinta. La kata2 cinta tu kan

15 - Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
Dua2 baru jumpe sekali je.



16 - Berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
Seorang blogger yang aktif
Seorang isteri yang tabah
Seorang yang pandai main paintball
Seorang yang penyayang, sebab dia ade sugar glider. I like



17 - Persamaan antara KAMBING dan LEMBU
Disembelih bile hari raya korban

18 - Perasaan anda wat tag ni
Perasaan ape, banyak lagi nak kene siapkan tag nie. arghhh



19 - Adakah anda tau si Razman itu sengal
Radzman yang mane satu nie? BIL aku tu ke?

20 - a)GAY or b)LESS
Ko giler ke ape? mane ade


Tash, aku dah settle satu hutang tag dengan ko. Ade lagi 2. Jap lagi aku antau ek

p/s:penat gak nak jawab semua soalan nie ek? Korang pun cepatlah jawab tau!


Tuesday, March 9, 2010

Apabila 2 Jantina Berbeza DiMandikan Bersama

Salam Bahagia,

Apsal plak tajuk entry aku kali nie boleh panjang dan berbaur lucah plak ek?

Ermm ala bukan apa yang serius pun. Nie pasal kucing2 aku yang terlampau degil yang amat. Kan aku balik kampung ari tu. So pagi tu tengah duk borak2, tetiba terdengar plak bunyi kucing bergaduh. Pegilah aku mengintai sapa punye keje nie. Rupe2nya kucing2 kat umah nie bergaduh dengan kucing luar. Hah ko, punya dasyat diorg nie bergaduh siap kuar segala isi perut. Nasib baik perut tak koyak, kalau tak susah gaklah aku nak cari Vet yang bukak on weekend nie.

Jalan penyudah, mak aku bawak air sebaldi siram kat diorg nie, abis tu dah bergumpal sampai tak leh dileraikan, itu je caranya. Senang. Mak aku pun tak kene luka kan.

Abis tu, dah busuk cam tu kenalah mandikan diorg nie. Hah korang tengoklah nie.

Didi - Kucing betina paling tua sekali, kalau tengok dia dekat, kurus kepeng je.

Kiki - Kucing Jantan paling aku sayang, sebab dia orang je hitam. Mata dia plak kuning. Seram oo bile tengok dia waktu malam. Menakutkan.

Kurus je bile kene mandi, Siap sampoo bagai okeh!

Kesejukan diorg nie, cian ek! tapi cam ne degil sangat kan.

Lokasi kejadian - Antara rumah kucing yang mak aku but sendiri.
Ada 4 rumah kucing sebenarnya.

Tapi apa pun lepas badan diorg nie dah kering, cepat2 aku kuarkan dari bungalow diorg nie. Bagi can diorg pegi berehat, main-main dengan kucing yang lain. Actually aku ade 11 ekor kucing, macam2 jenis. Kebanyakan baka campur. Sebab tu bulu diorg nie ade yang kembang dan ade yang kuncup. Ade seekor berat dia lebih 10kg.

Ermm nanti aku citer lagilah coz terlupa nak amik gambo. Kalau ade gambo best sket nak citer kan.

p/s: La korang ingat aku dgn mrBig cam gangster/ganas kan, tapi ktorg nie animal lovers okeh!!

Monday, March 8, 2010

Ini namanya Gila Kentang...

Salam bahagia,
(ewah cam baca berita plak ek!)

nothing much nak citer weekends yang mengenyangkan perut dan hati. Hajat nak ke JB terpaksa di batalkan coz ayah aku sibuk plak dengan bisnes karaoke dia tuh, so ktorg melepak kat umah mak jelah.

So sabtu ari tu, as usual pegilah membeli belah bebarang dapur sket, walaupun ktorg tinggal berdua je kat umah tu tapi groceries cam orang beranak 5. maklumlah beli untuk 2-3 bulan sekali. Senang kan. Tak yah nak ulang alik pegi hypermarket nie. So dapat jimat sket duit.

Aku singgah kat one of the carnival kat MITC, Melaka nie. Sesaje je cuci2 mata. Sambil menambah ilmu pengetahuan sambil penuhkan perut dan sambil penuhkan shopping cart. Aku singgah kat gerai nie.

Korang nak tau diorg nie jual ape, cuber tengok gambo nie betul2. Korang agak2 ape ek?

La x tau ke? Agaklah lagi.. Hah betul tu. Kentang. Tapi kenape pelik sangat kentang nie ek? Aku pun pegi la mengadap cam ne diorg nie buat kentang nie jadi camtu.

Nama dish nie Potato Skin. Setahu aku potato ski kat TGIF tu lain sket. Ini plak lain betul. So aku dok peratikan cara pembuatanya.

Cucuk lidi sate dalam kentang. Masukkan kentang dalam machine pemotong khas nie.

Pas tu giling lah kentang tu

Then tarik slow2.Hah nampak cantikkan?

Siram dengan rempah yang dah disiapkan

Goreng

Tapi lagi makan lah. Cam biasa model aku yang setia memperagakan Potato Skin nie.

Ermm memang sedap, ranggup. Aku pun sempatlah interview abang yang masak Potato Skin nie. Rupanya makanan nie dari Korea. Dia belajar teknologi pembuatan makanan style Korea. Itu yang aku lom penah tengok tuh.

Dah rasa satu, trus order 2 lagi untuk bawah balik. Tak sempat sampai umah. Dalam kete dah abbis kene bedal dengan mrBig.

p/s: Ini namanye gila kentang. Tersangatlah sedap. Sampai sekarang terasa lagi kesedapannya. Nak ke?