Monday, September 28, 2015

Makan Sedap Di BIG FOOD, Nong Chik Height JB

Hi Korang,

Tempat makan best di Johor Bahru  ermm 

Banyak sangat banyak sampai tak tercover aku di buatnya huahuahauha. Yelah boleh tak boleh pi review hari-hari, cuma takut perut makin beso dan beso kan hehehhehe gemuk wei. So kite pi review seminggu sekali la ek


Actually dah 3 kali aku pi makan di Big Food ni tapi la ni baru nak tulis review kan. Busy wei...

Sebab tak tau nak makan apa, kengkawan aku suggestkan makan di BIG FOOD ni. Restoran western yang namanya sering disebut-sebut kalau teragak nak makan western food. Alah dekat je dengan Nong Chik. Ermm senanglah nak pi dari jauh dah nampak restoran 2 tingkat ni ek.


Environmentnya best, meja dan kerusi pun selesa. Pilih nak duduk atas, nak duduk bawah, nak duduk luar, nak duduk dekat dengan playground bebudak semua boleh. 

Majoriti portion makanan kat sini semuanya besar-besar yang boleh di kongsi makan berdua. Arghh sweet gituh kan, sebab tu kedai ni namanye BIG FOOD pinggannya gadang-gadang. 

Tengoklah apa yang ktorang order

Mushroom Soup

Spagethi Bolognese

Carbonara Meatball

Parmesan Chicken

Masa first time tak tau portionnya cam ne so orderlah sorang satu, ermm amik ko tak larat nak abiskan sudahnya makan slow and steady jelah kan hehehhehe. Selain daripada main course, desert diorang pun not bad jugak. Nanti aku cuba lah ek..






Kalau weekend restoran ni sangat penuh kekadang tu sampai makanan cepat habis. Pernah sekali aku datang dengan Mr Big, masa kul dalam kul 11 coz tunggu Mr Big sampai dari KL. Makanan yang daging-daging tu semua dah habis tinggal pasta je, so melantak pasta sorang sepinggan yang beso tu kan hahahaha.

In terms of harga, bagi aku berpatutan lah. Sesuai dengan harga dan hidangan besar kan. Satu yang perlu diingat makan di sini kena membayar menggunakan duit cash. Sedikit sukar sistem kredit kad tidak disediakan. So standby duit cash kalau nak makan reramai, alah boleh je call dan tanya harga menu dulu kan so boleh lah bawak duit secukupnya hhehehhehe

Nak pi la tuh kan.

BIG FOOD
No. 2, Jalan Kolam Air, 
Nong Chik Height, JB.

Jemput makan semuanya....


Sunday, September 27, 2015

Kosmetik Dermablend™ Sesuai Untuk Cover Apa Yang Patut

Hi Korang,

Bagi siapa yang mengalami masalah tanda lahir, ke tatoo ke, parut jerawat teruk ke ini aku nak kongsikan sedikit info bagaimana nak hilangkan tanda-tanda tersebut ek.


Apabila tatu memperoleh penerimaan sosial yang lebih meluas pada masa kini, semakin ramai orang mendapatkannya sebagai seni tubuh atau ekspresi peribadi. Namun, walaupun ia tidak lagi dianggap sebagai budaya saingan, masih terdapat situasi di mana ia tidak sesuai untuk dipamerkan di khalayak. 

Di sinilah hadirnya kosmetik pembetulan Dermablend™ Professional kerana ia menyediakan salutan bebas noda dan tampil semula jadi bagi menyaluti apa sahaja, dari tatu seni tubuh kepada cela di wajah dan parut jerawat hinggalah kepada luka kebakaran serta keadaan perubatan seperti vitiligo dan hiperpigmentasi.

Pengurus Latihan Kebangsaan Dermablend™ Australasia, Marilyn Wearne datang ke Malaysia baru-baru ini bagi menunjukkan betapa berkesannya produk ini. 


Selaku Pengurus Latihan Kebangsaan Dermablend, beliau bertanggungjawab ke atas pengenalan, pendidikan dan promosi Sistem Pembetulan Dermablend™ dalam persekitaran yang pelbagai: Paramedikal (Pakar Dermatologi), Ahli Terapi Kecantikan, Sekolah dan Akademi Kecantikan, kumpulan Farmasi, Jurupulih Pekerjaan (dari Hospital-hospital utama Australia) dan organisasi The Red Cross.

Beliau juga kerap mengendalikan Klinik Penyamaran di hospital dan menyediakan latihan kepada jurupulih pekerjaan, di mana latihan itu menunjukkan kebaikan alternatif Dermablend™ yang begitu berkesan untuk mangsa kebakaran dan penghidap kanser dengan membantu mereka membangunkan imej baru dan meningkatkan harga diri.


"Cela pada kulit dan ketidaksempurnaan boleh menyebabkan seseorang menjadi rimas, terutamanya jika ia berada pada wajah. Parut, luka terbakar atau parut jerawat benar-benar boleh memberi kesan pada harga diri anda dan dalam sesetengah situasi, menghalang orang keluar dari rumah. Produk Dermablend™ direka sebagai topeng wajah dan menutup ketidaksempurnaan kulit, menjadikannya sesuai untuk kebanyakan kulit sensitif dan selalu disyorkan oleh pakar dermatologi dan doktor estetika," kata Eunice Lim, Pengurus Pembangunan Pasaran Sibro (Malaysia) Sdn Bhd yang juga pengedar rasmi Dermablend™ di Malaysia.




Dibangunkan oleh pakar dermatologi, produk Dermablend™ sesuai untuk kulit sensitif dan sifatnya yang menghalang pori tersumbat tidak menyebabkan jerawat timbul kerana ia membolehkan kulit bernafas, sementara asas lilin lebah semula jadinya meliputi wajah dan tubuh, tampak semula jadi.

nampak tak de apa-apa kan

tapi sebenarnya, nampak hebatnya Dermablend ni ek

Dirumus pada asalnya untuk bidang para perubatan bagi membantu menutupi ketidaksempurnaan yang teruk, Dermablend™ kini diiktiraf dengan ciri serba boleh dalam pelbagai bidang secara meluas, termasuk fesyen, televisyen, seni dan pengguna secara am. Malah ianya ideal untuk majlis perkahwinan dan acara istimewa, kerana ia memberikan rupa yang licin tanpa cela yang tahan beberapa jam. 

nampak, tanda tatoo yang di sembunyikan ek

Kalis air dan tahan lama walaupun dalam iklim lembap, Dermablend™ mudah digunakan dan sesuai digunakan setiap hari termasuk dalam negara bercuaca tropika seperti kita.

Produk popular dari jenama ini adalah Dermablend™ Cover Crème, Dermablend™ Intense Camo Powder Foundation, Dermablend™ Leg & Body Cover dan Dermablend™ Loose Setting Powder.

Rangkaian produk Dermablend™ didatangkan dalam pelbagai pilihan warna yang serasi dengan semua ton kulit dari cerah kepada sawo matang, dan dijual secara runcit di semua klinik estetik dan dermatologi terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari www.dermablend.com.my atau Dermablend Malaysia di Facebook.


Dermablend™ Cover Crème (RM 183)

Dermablend™ Cover Creme adalah krim asas perlindungan penuh unggul yang sesuai bagi menutup cela kulit dari sederhana hingga ketara seperti parut, tanda lahir, hiperpigmentasi, vitiligo, kebimbangan selepas pembedahan, lebam dan luka kebakaran.

Formula ringan krim ini mengandungi pigmen yang benar-benar tulen bagi menyediakan penyamaran penuh yang dipercayai dengan kemasan licin seumpama baldu untuk rupa yang licin sempurna dan tidak bertompok.

Dengan spektrum lebar SPF30, bedak asas ini juga melindungi dari sinaran matahari selain kalis air, menjadikannya ideal untuk cuaca dan pantai Malaysia.

Tampil menawan dengan Dermablend™ Loose Setting Powder (RM 138) bagi mengekalkan perlindungan licin berseri selama 16 jam. Ia juga tahan noda lantas membolehkan anda melakukan aktiviti dengan yakin dari pagi hingga malam. 


Dermablend™ Intense Powder Camo Foundation (RM 165)

Dermablend™ Intense Camo Powder Foundation menyediakan perlindungan sederhana hingga penuh dengan kemasan yang licin dan semula jadi. Bedak padat semua dalam satu yang mudah digunakan ini mengurangkan sinar kusam sebaliknya memberikan kemasan ultra mewah, licin dan semula jadi. 

Tekstur mampu dibentuk dan diadun ini menjanjikan penyamaran sepanjang hari untuk ton wajah yang kemerah-merahan dan tidak sekata, akne, tanda lahir dan wajah bertompok.


Dermablend™ Leg & Body Cover (RM 150)

Dermablend™ Leg & Body Cover adalah bedak asas pelindung tubuh sepenuhnya yang menyediakan perlindungan benar-benar legap dan lengkap, lantas menjadikannya ideal bagi melindungi ton kulit yang tidak sekata, tatu, tanda regangan, vena varikos dan labah-labah, luka kebakaran dan parut. Formula ringan pelembap yang dipertingkatkan dengan SPF 15 ini bersebati dengan mudah dan sekata, memberikan rupa yang sempurna tanpa cela seperti sutera yang kekal sehingga 16 jam apabila digandingkan dengan Dermablend™ Loose Setting Powder.

Friday, September 25, 2015

INNERSHINE® Menyinari Keceriaan Korang Dengan Pakaian Baru Selama Setahun

Hi Korang,

Ada info menarik bagi peminat InnerShine ni ek

InnerShine® menawarkan ganjaran kepada penggunanya menerusi kempen yang menyatukan kejelitaan, kesihatan dan fesyen dengan memberi anda terapi membeli-belah bersama ZALORA, sebuah laman web fesyen dalam talian terkemuka di Asia.

Kolaborasi ini merupakan yang pertama antara InnerShine® dan ZALORA yang mana sementara anda mendapat manfaat mengekalkan kesejahteraan tubuh badan dengan pati buah-buahan semula jadi, anda kini akan lebih teruja kerana berpeluang untuk memiliki pakaian baru setiap bulan selama setahun.


Hadiah Utama akan dimiliki oleh pembeli tertinggi InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu atau InnerShine® Pati Beri pada mana-mana bulan sepanjang peraduan ini berlangsung. Peraduan bermula dari sekarang hingga 30 November 2015.

Sementara itu, pembeli ke-2 dan ke-3 tertinggi setiap bulan bakal menerima baucar ZALORA masing-masing bernilai RM500 dan RM200. Juga, 30 pemenang hadiah sagu hati yang lain bakal menerima baucar ZALORA bernilai RM50 setiap seorang. 

Selain peraduan ini, setiap pembeli akan menerima baucar ZALORA secara percuma. Setiap pembelian pek InnerShine® pati buah 6 botol dan 12 botol akan menerima baucar ZALORA bernilai RM20 dan RM40. 

Tiada perbelanjaan minimum dikenakan bagi menggunakan baucar ini yang sah sehingga 30 April 2016 sekali gus memberikan anda masa yang mencukupi untuk membeli-belah dalam talian dan mendapatkan barang yang diidamkan.

Butiran penyertaan disertakan pada setiap pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dan InnerShine® Pati Beri. Pek ini boleh didapati dari farmasi dan pasar raya terkemuka di seluruh negara.

“Peraduan InnerShine® ini memberi ganjaran kepada pengguna dengan menambah nilai pembelian mereka. Disamping itu, pengguna dapat menikmati manfaat kesihatan dengan meminum pati buah-buahan semula jadi kami. Produk kami dirumus dari buah-buah premium dari seluruh dunia,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang.

"Apabila alam sekitar semakin tercemar dan gaya hidup semakin sibuk penting bagi kita untuk menjaga kesihatan badan. Kita perlu mengekalkan kesejahteraan menyeluruh melalui pengambilan minuman tambahan kesihatan secara konsisten yang mudah diserap oleh tubuh," tambah beliau. 

Kaya dengan fiber dan Vitamin C, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu adalah penyelesaian semula jadi untuk penghadaman dan membantu menyahtoksik kekotoran dari tubuh yang menyerlahkan seri wajah. 

InnerShine® Pati Beri pula diformulasikan daripada campuran tujuh buah beri premium yang kaya dengan anti-oksida dan Vitamin A untuk menyubur dan melindungi mata, menjadikannya kekal segar dan bersinar sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, layari laman InnerShine® Club di Facebook.

Thursday, September 24, 2015

‘Rasa-vaganza’ di Foodie Fest the Curve

Hi Korang,

Berita baik untuk semua pencinta makanan! Bersiap sedia untuk pesta makanan terunggul bertempat di tengah-tengah Mutiara Damansara anjuran the Curve yang menjanjikan nikmat kelazatan dan kepelbagaian jenis makanan kepada anda.

sumber : google.com

Berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2015, Foodie Fest selama tiga hari ini merupakan pesta aneka jenis makanan yang menampilkan 18 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan ringan, minuman, pencuci mulut, pastri, kuih muih lazat dan banyak lagi! Pengunjung pastinya akan rambang mata dengan segala pilihan kulinari yang disediakan sambil bersiar-siar di Centre Court the Curve sambil menikmati makanan di gerai makan ala jalanan yang didirikan.

Daripada ais krim kelapa Thai, pelbagai jenis teh tempatan yang unik, makanan berkonsepkan ‘fusion’ yang cukup meliurkan, pai-pai enak, kek dan aneka waffle, kepada kopi yang dipaketkan khas, keropok lekor dan banyak lagi, Foodie Fest pastinya akan menjadikan hujung minggu anda cukup menyelerakan.

sumber : google.com

Namun, semua keseronokan untuk pembeli-belah tidak terbatas hanya kepada makanan yang lazat! Chef-chef amatur juga berpeluang menyaksikan bakat yang akan ditonjolkan oleh dua chef terkemuka Malaysia. Mereka bukan sahaja akan berkongsi kepakaran dan bakat dalam demonstrasi memasak, malahan akan turut meluangkan masa bersama peminat dalam sesi Meet-and-Greet.

Finalis MasterChef Malaysia 2011, Chef Nik Michael Imran akan turut serta dan menyediakan Caesar Salad, Kari Kapitan Ayam dan Crème Brulee Pandan pada hari Sabtu pada jam 5.30 petang. Di samping itu, personaliti TV antarabangsa yang serba berbakat, Chef Sherson Lian akan berada di atas pentas pada hari Ahad pada jam 5.00 petang dalam sesi demonstrasi masakan menampilkan Kacang Pool dengan Telur Rebus, Roti Goreng dan Pan Fried Miso Orange Cod dengan Asparagus Putih.

Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamaruddin, berkata, “Dengan senarai pilihan destinasi makanan yang sentiasa bertambah termasuk restoran-restoran terkenal, kafe, pub dan bistro, dan tidak ketinggalan ruang makan al-fresco kami sepanjang The Street, makanan sentiasa menjadi satu aspek utama di the Curve. Foodie Fest merupakan satu inisiatif kami untuk meraikan minat rakyat Malaysia terhadap makanan ala gerai jalanan yang unik lagi enak, dan kami berharap semua pengunjung akan menikmati masa yang hebat sepanjang hujung minggu ini!”

Tambahan pula, apa yang lebih seronok ketika menikmati makanan enak selain disertakan sajian hiburan yang mengasyikkan? Pesonaliti sensasi Youtube Malaysia, Elizabeth Tan yang telah menarik ramai peminat menerusi bakatnya akan mengadakan penampilan istimewa di Foodie Fest dan akan mempersembahkan beberapa lagu secara langsung di atas pentas pada hari Ahad, jam 2.00 petang.


Chef Nik Michael Imran menambah, “Tiada apa yang lebih baik selain menikmati hidangan makanan yang lazat bersama rakan-rakan dan Foodie Fest merupakan satu kesempatan unik untuk kita berbuat demikian. Setelah melalui satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama MasterChef Malaysia, saya amat teruja untuk berkongsi beberapa tip kegemaran yang telah saya pelajari. Saya juga berharap semua pencinta makanan akan turut sama menyertai kami di the Curve!”


Chef Sherson Lian turut memuji idea kreatif di sebalik Foodie Fest dengan menyatakan kegembiraannya dengan acara tersebut. “Saya gembira kerana telah dijemput oleh the Curve untuk mengambil bahagian dalam pesta ekstravaganza makanan selama tiga hari ini! Saya telah mewarisi semangat cinta akan masakan dari ibu saya dan amat gembira kerana berkesempatan untuk berkongsi minat akan makanan bersama semua menerusi acara ini. Saya benar-benar teruja untuk berjumpa dengan semua peminat dan pencinta makanan di demonstrasi masakan ini,” ujarnya.

Pembeli-belah boleh bersiap sedia menunggu ketibaan Foodie Fest dengan Apron Masterculinary ekslusif yang disediakan untuk penebusan seminggu lebih awal! Daripada 28 September sehingga 4 Oktober 2015, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minimum RM150 dalam dua resit terkumpul pada hari yang sama dari mana-mana kedai di the Curve untuk menebus dua set apron yang ditempah khas ini. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Sebarang soalan tentang Foodie Fest? 

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan the Curve di talian 03 7710 6868 
atau 
atau 
laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall

Wednesday, September 23, 2015

MEADOW Gold Ice Cream Penghilang Stress

Hi Korang,


Manisan memang sangat tempting bila kita tengah moody kan.


Yelah menda-menda macam ni memang syiok di makan time jiwa tengah kacau kan, kira macam penghilang stress gituh kan. hehheheheh

Ni aku nak memperkenalkan ais krim keluaran Meadow Gold yang terbaru di pasaran ni kan. Sedap oooo


Koleksi Mewah terdiri daripada empat perisa lazat iaitu Bold Chocolate Decadence, Delectable Caramel Pecan, Heavenly Macadamia dan Lush Red Velvet. Slogan Meadow Gold adalah “Make Pleasure A Habit” bermakna Jadikan kenikmatan ais krim sebagai suatu tabiat.


Meadow Gold Bold Chocolate Decadence

Bersedia untuk menghayati kelazatan aiskrim coklat susu dengan fudge coklat dan juga ketulan coklat. Keenakan yang sukar ditolak dengan coklat yang banyak. Bold Chocolate Decadence adalah sensasi coklat mewah yang menantikan anda untuk menikmatinya! 


Meadow Gold Delectable Caramel Pecan 

Nikmati keenakan kacang pecan dan alunan karamel di dalam aiskrim vanila susu yang mewah. Dengan tekstur tersendiri yang lembut dan manis, Delectable Caramel Pecan akan membuktikan ia sukar ditolak oleh mereka yang gemarkan sesuatu yang manis.


Meadow Gold Heavenly Macadamia 

Inginkan pemanis mulut yang enak selepas makan malam? Nikmatilah perisa Heavenly Macadamia, aiskrim vanila klasik yang dipertingkatkan. Diperbuat daripada krim susu segar dan dicampur dengan kacang macadamia panggang, teksturnya yang lembut dan rangup pada masa yang sama, menjadikannya seperti perisa dari langit! 


Meadow Gold Lush Red Velvet 

Disaluti dengan aiskrim coklat baldu merah dan marshmallow, Lush Red Velvet merupakan inspirasi daripada pemanis mulut yang popular dan dijanjikan dapat memuaskan keinginan anda untuk pemanis mulut. 



Koleksi Mewah Meadow Gold terbaru ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Semenanjung Malaysia. Setiap tab premium 750ml dipasarkan pada harga RM21.90 (termasuk 6% GST). 


Untuk maklumat lanjut tentang Meadow Gold, sila layari www.meadowgold.my

Kalau Terlepas Flight, Kan Dah Susah

Hi Korang,


Ini memang merupakan perangai buruk aku

Suker take anything for easy. Alah tak per, kira boleh jelah ni kan.. hah cam tu lah

Ni aku nak citer kejadian Isnin pagi lepas. Sape yang kaki stalker instagram aku memang tau citer dan bantai gelakkan aku kaw-kaw punye lah.

Pagi tuh, memang kene travel ke JB pun first flight.


Cam biasa arrangement semua dah buat on Sunday night, cuma kain baju je kemas pagi isnin tuh. Bangun kul 3.30pagi then kemas apa yang patut siap lap dapur, jalan kain kat washing machine dan sempat tengok Running Man latest series yang aku tape malam sebelumnya.

Brader taxi sampai kul 6.00pagi cam tu so kira cun lah sampai airport kul 6.40pagi. Lepas check in dan dropped bag terus masuk departure area. La nampak kedai kopi plak kan, ini memang kelemahan aku pepagi nampak kedai kopi of courselah mesti kena singgah dulu. Tengok jam ermm baru kul 6.50pagi so memang sempat benau pekena black coffee secawan kan.

Plan asalnya nak minum je nampak plak nasi lemak so terus order sekali memandangkan masa banyak lagi. Ok makan sambil teguk kopi 3-4 kali sambil main tepon, aku suker baca status orang-orang pepagi ni, mostly citer pasal breakfast, jalan jem, selfie dengan anak bagai kan.

Sekali announcement, di minta Cik Hadijah Mohd ke Gate A7 dengan segera. Aku cam blur aik nama aku tuh. Sekali tengok jam amik ko 7.30, terus berlari dari restoran tu ke Gate A7. Dah lama jauh bebenau memang tak cukup kaki berlari sambil bawak bag laptop yang berat tak henggat ni.

Dari jauh staff yang jaga kaunter tu dah panggil, Ni Cik Hadijah ke? Terus aku angguk je. Tinggal awak sorang je ni, nasib baik pintu belum tutup lagi. Terus berlari lagi untuk masuk flight. Sepanjang berlari tuh, petugas MAS asyik tu tanye ni Cik Hadijah ke kan, sampai depan pintu flight semua stewardess duk tanye ni Cik Hadijah ke, aduiyai segan sungguh. Passenger yang duk Business Class pun duk senyum-senyum pandang sampai ada brader tu cakap tak per diorang mesti tunggu punye so don’t worry. Terus merah padam muke.


Rupanya flight ke JB kosong pagi tuh, tak ramai orang sebab tu flight nak jalan lekas.

Sampai seat terus duduk cover malu kan hauhuahauhauahauhauau padahal dah cuak tadi kalau flight terlepas cam no kan…

Aku tahu memang diorang akan cari sampai dapat sebab aku dah check-in dan dropped bag pun kan. Ermm bayangkan kalau diorang tinggalkan aku. Huhuhuhuhuhu memang nangis tak berlagu kan. Yelah nak kena beli tiket flight baru, kena reschedule masa dan memang lagi benda akan tersangkutlah.

So please, lepas ni aku kena hati-hati lagi dan senantiasa beringat.

Ai jangan buat main menda ni kan, serik rasanya..


Tuesday, September 22, 2015

Krim Jerawat Datang Bulan By Hajah Ramlah… Oh Yesss!

Hi Korang,



Nampak kan gambar yang aku pos dalam entry sebelum ni.


Ramai yang sibuk duk tanye seriously nama krim tu betul ke? La haruslah betul lah. Very straight forward name, Krim Jerawat Datang Bulan.

Memang betul pun kan, bila time period ni segala hormone badan tak stabil so mulalah badan jadi tak tentu arah, jerawat keluar merata dengan senggugut lagi bagai kan.


Aku rasa Krim Jerawat Datang Bulan ni merupakan produk unik, lain dari yang lain. Satu produk yang khas diformulasikan untuk pantas menghilangkan jerawat ketika wanita datang bulan. Sangat sesuai untuk wanita yang sentiasa tumbuh jerawat, biasanya ketika 8 hari sebelum datang bulan, terutama di dahi dan dagu. Bila dipakai pada jerawat, mula-mula ia akan rasa sedikit menyengat tapi ia akan hilang bila ia dah mula kering. Selalu kes-kes cam ni, anak-anak dara yang sedang meningkat remaja yang duk sibuk jerawat.


Gerek kan packagingnye, sangat-sangat klassik. Sesuai dengan namanya. Comey nau Hajah Ramlah ni ek.


Bahan utama adalah Kapur dan Pati Kulit Kayu Willow Putih. 100% tiada bahan kimia merbahaya. So janganlah duk was-was pulak.

Macam aku, rasa geram je bila jerawat keluar kan, nak picit-picit je tapi tak elok untuk kulit muka plak kan, kang bertanda pulak. So don’t worry krim jerawat datang bulan ni boleh pakai juga pada kesan gelap pada bekas jerawat lama.

Cara nak pakai krim jerawat datang bulan ni.

Ermm senang je.. letak hanya pada jerawat, bukan pada seluruh wajah. Letak selepas Isyak dan biarkan hingga Subuh. Lepas tu boleh basuh wajah dengan air seperti biasa. Krim ni unik, tekstur macam krim biasa, tapi bila diletak pada kulit, ia akan mengeras seperti bedak sejuk. Korang tengoklah muka aku yang dah ditepek tu ek dengan sekejapan mengeras.

tepek jangan tak tepek ek

Eh Jangan risau, walaupun difokuskan untuk jerawat ketika datang bulan, boleh juga dipakai bila-bila masa. Juga boleh dipakai oleh lelaki.

Ini pesanan daripada Hajah Ramlah ye...
Krim Jerawat Datang Bulan ni memang kecil saja bekas dia, 10g saja. Tapi jangan tertipu dengan size, macam orang kata, kecil-kecil cili padi. Ia kecil tapi bahan dalamnya adalah berkualiti premium. Formulasi antara yang terbaik di pasaran. Dan bahan yang kami letak, high in concentration. Kami tak letak bahan yang tiada manfaat. Kami lebih nak fokuskan kualiti dari kuantiti. 

Dengan izin Allah swt, krim ini akan memberikan kesan yang luar biasa pada penggunanya. 

tengoklah dia pun sibuk gak nak tepek kan

Kalau korang duk nak berjimat dan pakai hanya ketika datang bulan, boleh bertahan sehingga 2 bulan. But not for me, laki aku Mr Big ni duk sibuk nak tenyeh gak. Yelah dia pun nak kulit bersih la barulah metroseksual katanyeeeee


Eleh interested la tu kan, korang boleh layari






REVIEW | C-JELLO Collagen Jelly Bar

Hi Korang,

Tak nak citer banyak, meh sini aku nak terangkan mengenai C-Jello ni ek.


Ianya merupakan supplemen kesihatan berbentuk jelly yang mengandungi :

(aku taip dalam English ek, easy untuk korang lebih paham kan) 

2500mg German Fish Collagen – combat signs of ageing, key component for supple and healthy skin, promotes skin firmness and youthfulness, maintains elasticity

Mulberry Extract – whitening effect, inhibts melanin, inhibits melanocyte formation, anti-ageing and anti-inflammatory, anti-oxidant.

Artichoke Extract – powerful anti-ageing, keeps wrinkles and fine lines at bay, brightens skin, inhibits melanin production, enhances skin’s hydration level, rich in peptides for younger and more luminous skin.

Vitamin C – anti-oxidant, whitening agent, retards melanin formation, stimulates collagen synthesis, fades dark spots, reduces appearance of fine lines, supports immune system.

Rice Bran Extract – provides natural skin whitening effect, soothes and prevents skin inflammation from allergies and asthma, improves memory.

Hyaluronic Acid Mixture – moisturizing, preserve skin suppleness, binds moisture, enhances skin elasticity, stimulates collagen synthesis, strengthens the skin’s barrier.

Nampak tak khasiatnya, banyak tak terhingga. Keciknya saiznya tapi kebaikannya tak terperi nak citerlah. Lagipun senang nak bawak kemana-mana saja ek. Letak dalam handbag sajor.


Esklusif aku rasa packagingnya ni, kotak besi yang di gam seluruh tin. So masa deliver tu confirmlah tak kan terkeluar ek.

Ini pulak beberapa fakta kebaikan C-Jello Collagen Jelly Bar: 

-Melambatkan proses penuaan kesan daripada UV, stress mahupun pencemaran

-Membentuk semula kolagen dalam kulit dan membantu menegangkan, meningkatkan elastisiti dan kelembutan kulit

-Meransang pembaharuan kulit dengan mengurangkan kedutan di muka

-Mencerahkan dan menstabilkan warna dan tona kulit

-Memperbaiki kulit dan sistem dalam badan


Ni ada sedikit review dari pandangan aku ek.

Rasa :
Lazat, sedap langsung tak de rasa ubat. Rasa manga lagi tau dan tak manis sangat pun.

Kesan Penggunaan:
Lepas dah cuba lebih kurang 3 minggu cam tu, aku perasan kulit semakin firm dan elastic cam tu bukan kat muka jelah entirely kat badan gak. Pori-pori nampak semakin kecil dan kulit muka makin cerah. Even tak pakai makeup pun still ok tau. Kalau sambung lagi makan memang confirm cun melecun ek

Aku tak nampak pun kesan negative yang aku rasa lepas makan C-Jello ni so rasa selamat untuk dimakan oleh semua orang. Kalau boleh amik 2 sachets seharian untuk kesan yang awesome.

Satu kotak tu mengandungi 15 sachets dan berharga RM298

Aku memang rekemenlah korang yang sibuk mencari suplemen yang sesuai untuk korang ni ek. Kulit cantik dan ditambah berseri-seri lagi gituh kan


Untuk dapatkan C-Jello ni, bolehlah korang singgah ke:-

SkinSoul Boutique 
Level LG077 
Mid Valley Shopping Mall

Website

Facebook

The Story 2015 Dari Generasi Bersatu Malaysia (GBM)

Hi Korang,

Masa cuti Hari Malaysia yang lepas, aku sempat ke majlis 'The Story' 2015 bertempat di Multimedia University Cyberjaya. Terima kasih Ilya atas jemputan istimewa ini.


The Story merupakan sebuah majlis yang dianjurkan bagi memberi inspirasi buat rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya generasi muda untuk berusaha dan berjaya dalam bidang yang ingin mereka diceburi.


The Story adalah sebuah insiatif oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM), sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan belia di Malaysia dengan memberi tumpuan di dalam merangka penyelesaian kepada masalah sosial dan meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang melalui pendekatan dengan idea yang inovatif. 


Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian kisah pengalaman dan perjalanan hidup penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Ikon persada seni tempatan dan antarabangsa yang telah menghasilkan lebih dari 20 buah album dan memenangi 200 anugerah di dalam dan luar negara ini berkongsi kepada para penonton kunci kepada kejayaan dalam mengejar impian sebagai seorang anak seni. Beliau juga turut berkongsi kisah suka,duka dan cabaran sebagai seorang anak seni di sepanjang perjalanan karier seni penuh warna-warni beliau.


Seterusnya para penonton dibawa terbang tinggi ke awan biru bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X & Pengasas Tune Group. Individu yang amat disegani dalam bidang korporat dan penerbangan ini berkongsi tentang cita-cita dan kerjaya. Beliau telah kongsikan pelbagai pengalaman kerjaya beliau yang menjadi motivasi kepada perjalanan hidup beliau serta cabaran dan peluang di dalam bidang penerbangan.


Majlis seterusnya menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-4 untuk berkongsi kisah pengalaman dan perjalanan hidup beliau. Bapa Pemodenan Malaysia, ini memberikan inspirasi kepada para penonton melalui pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.


Para penonton yang hadir turut diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada ketiga-tiga tokoh undangan mengenai pegalamann dan perjalanan hidup mereka dalam mengecapi kejayaan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada barisan penyanyi tempatan berbakat besar seperti Amanda Imani, Aiman Ismail dan Wanns Ahmad. Majlis turut mengundang Tya Arifin pesona bintang baru bidang lakonan dan nyanyian Indonesia untuk menghiburkan para penonton. 


The Story melengkapkan pengalaman para penonton yang hadir dengan persembahan istimewa daripada Ikon Pop Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin.