Tuesday, June 23, 2015

Aplikasi Penghalau Nyamuk Revolusi Terkini KIL-DENGUE

Hi Korang,

Entry bercorak info ni, penting oo untuk pengetahuan korang. Yelah sekarang ni kan musim demam denggi kan.



Pemaju penyelesaian mobil, New Wave Communications Sdn. Bhd., hari ini memperkenalkan Kil-Dengue, iaitu aplikasi mudah alih revolusi yang direka untuk menangkis nyamuk yang merupakan pembawa penyakit denganmenjana frekuensi atau gelombang bunyi yang menghalau mereka!

Aplikasi ini mengambil masa 3 tahun untuk diperkembangkan dan diuji terhadap jenis nyamuk tempatan bagi memastikan keberkesanannya. Formula frekuensinya didapati berkesan menghalau lebih daripada 75% nyamuk Aedes Aegypti yang merupakan vektor utama pembawa denggi dan keberkesanannya telah diuji oleh lnstitut Penyelidikan Perubatan, Malaysia.


Encik John Sung, pengerusi daripada New Wave Communications memaklumkan kepada media di majlis pelancaran aplikasi bahawa teknologi menggunakan frekuensi bunyi untuk menghalau nyamuk bukanlah baru. "Niat asal kami adalah untuk menyesuaikan teknologi yang sedia ada di Korea untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami mendapati bahawa gelombang bunyi yang lain diperlukan untuk menghalau nyamuk di Malaysia, kami mengambil keputusan untuk menguasahakannya dan ia diuji oleh lnstitut Penyelidikan Perubatan agarfrekuensi yang betul digunakan berkesan untuk menghalau nyamuk pembawa denggi," katanya.


Sesungguhnya, Malaysia mempunyai jenis nyamuk dan senario denggi yang berbeza. Pada tahun 2014, negara inimenyaksikan peningkatan yang dramatik dalam jumlah kes denggi yang dilaporkan, dan trend itu berterusan dalamtempoh suku pertama 2015 dengan 32,535 kes dan 101 kematian dilaporkan bersamaan 37% kenaikan kes-kes danmenggandakan bilangan kematian dalam tempoh yang sama pada 2014. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia,sejumlah 108,698 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2014, melebihi paras 100,000 untuk kali pertama dan merupakan peningkatan 151% berbanding 2013. Wabak sepanjang tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah negara kita, dengan mengorbankan 215 nyawa.



Oleh itu, ia menjadi keperluan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada denggi, aplikasi mobile Kii-Dengue khususdibangunkan dan diuji untuk menangkis nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan, yang merupakan vektor utama bertanggungjawab menyebarkan virus yang menyebabkan denggi. 


Menurut Dr. Hidayatul Fathi Othman, Profesor Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perbentangan semasa pelancaran menjelaskan bahawa nyamuk Aedes selalunya dtemui di populasi nyamuk tempatan dan nyamuk Aedes Aegypti mewakili 90% daripada jenis yang menyebarkan denggi di rumah.


"Nyamuk Aedes Aegypti menyebarkan jangkitan virus denggi sewaktu menggigit,tetapi hanya nyamuk betina yangtelah membiak berbuat demikian kerana memerlukan protein darah manusia untuk telur di dalam badannya. Apabila telah membiak, mereka akan menghindari nyamuk jantan," jelasnya.


Dorothy Yap, Ketua Aplikasi Mobil di New Wave Communications berkata,"Dengan mengikut tingkah laku nyamuk betinaini, aplikasi kami menghasilkan frekuensi terbang nyamuk jantan untuk menghalau nyamuk betina, dan diuji dapatmenghalau 75% daripada vektor ini dengan berkesan."

Dorothy menambah lagi, "Frekuensi kami mempunyai bunyi yang sangat rendah atau tidak kedengaran ke telingamanusia. Walaupun begitu, ia mempunyai pic yang betul yang dapat menghalau nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan."

"Selain daripada keberkesanannya, kebaikan menggunakan aplikasi menghalau nyamuk adalah mobiliti, kebolehpercayaan dan senang digunakan. Ia senang didapati atas talian dan setelah muat turun, anda boleh mengaktifkan frekuensinya bila-bila masa dan di mana -mana sahaja apabila diperlukan,walaupun di tempat yang tiada isyarat dan hasilnya adalah segera!"


Aplikasi mudah alih Kil-Dengue ini boleh digunakan untuk Android dan lOS. Hanya perlu mencari 'Kil-Dengue' dalam App Store dan Play Store. Aplikasi ini akan muncul seperti biasa. Korang hanya perlu memuat turun dan mulakan langganan.

Langkah-langkah untuk Memuat Turun Aplikasi Kil-Dengue

Pergi ke Play Store I App Store

Sila buka app Google Play korang pada smartphone

Cari Kil-Dengue

Gunakan fungsi carian dan cari 'Kil-Dengue'


Muat turun dan Pasang

Hanya klik pada app dan pasang dan korang sudah bersedia untuk menggunakannya


Kil-Dengue adalah aplikasi mudah alih berasaskan langganan satu kali. Jumlah cajnya adalah RMlO.OO untuk langganan dengan alat mudah alih Android, dan USD2.99 untuk alat mudah alih lOS. Bayaran akan ditolak terus dari akaun App Store atau Play Store anda. Untuk melanggan, pastikan akaun Google atau Apple korang dikaitkan kepada kredit atau kad debit korang.


Kajian formulasi frekuensi menghalau nyamuk Kil-Dengue akan terus dijalankan untuk membaikpulih ratio penghalauan nyamuk Aedes Aegypti. Sementara itu, frekuensi aplikasi tersebut sedang menunggu kelulusan paten. Malaysia merupakan negara pertama di mana aplikasi ini diperkenalkan, diikuti oleh negara-negara AsiaTenggara kelak.

Tip Rawat Rambut Gugur Dengan FERYAL MIRACLE REJUV

Hi Korang,


Masalah rambut gugur?

Ermm memang dah famous dikalangan kita-kita yang dah meningkat usia ni.


Maklumlah dengan factor persekitaran sekarang ni, agak mudah kita mendapat masalah berkaitan rambut seperti, rambut gugur, rambut kusam, kulit kepala gatal, kutu, rambut berbau dan memacam lagi lah. 

Lepas tu takkan nak biarkan je? Ishkk takut-takut terus jadi botak pulak kepala ni kan. 

Ni aku nak citer mengenai rawatan rambut gugur ini, iaitu FERYAL MIRACLE REJUV.


Feryal Miracle Rejuv ini berfungsi membuang sel kulit mati atau kelemumur dan kudis serta membersihkan dan melindungi rambut dan kulit kepala anda. Ia juga akan mengawal peratusan keguguran rambut untuk mengelak masalah kebotakan.

Feryal Miracle Rejuv meningkatkan pertumbuhan & menumbuhkan rambut baru serta mencegah kelemumur dan keradangan folikel rambut dan juga berfungsi untuk menghilangkan stress. 

Bagaimana Feryal Miracle Rejuv Mampu Membuatkan Rambut & Kulit Kepala Anda Jadi Sihat?

Feryal Miracle Rejuv adalah hasil kombinasi dari bahan seperti Beet Root Extract, Jojoba Oil & Argan Oil.

ΑRGΑΝ ΟΙL Μеmbаntu mеnguаtkаn аkаr rаmbut, mеmbеrі khаѕіаt dаn mеmulіhkаn kulіt kераlа уаng rоѕаk, dаn mеnуіhаtkаn rаmbut.

ЈΟЈΟΒΑ ΟΙL Μеmbаntu mеrаngѕаng реrtumbuhаn rаmbut bаru, mеnуubur dаn mеnghіtаmkаn rаmbut dаn mеlеmbаbkаn dеngаn mеnуіhаtkаn rаmbut dаrі аkаr hіnggа kе huјung.

Dikuatkan dengan ASSENTIAL OIL Membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala dan menghilangkan Stress.


Siapa Yang Perlu Feryal Miracle Rejuv Ini?

Lelaki & Wanita tidak kira tua atau muda yang mempunyai masalah seperti berikut :-

➔ Masalah Rambut GUGUR.
➔ Gatal Kulit Kepala.
➔ JERAWAT di Kulit Kepala.
➔ Masalah Kelemumur BERSEPAH-SEPAH.
➔ Kepala Banyak Kutu.
➔ Kulit Kepala Banyak Daki.
➔ Kulit kepala BERMINYAK.
➔ Belahan rambut semakin luas.
➔ Rambut Kusut dan Bercabang.

Cara nak Guna?

Hanya Semudah Spray 2 Kali Sehari, Masalah Rambut Gugur, Gatal, Kelemumur & Semua Masalah Rambut/ Kulit Kepala Boleh HILANG Sepantas 7 Hari.

Bila Kesan Awal Boleh Dirasai?

Tindakbalas setiap individu adalah berbeza-beza. Tetapi yang pasti anda akan rasa kesannya serta-merta selepas spray pada rambut atau kulit kepala.

Adakah Feryal Miracle Rejuv Ini Selamat & Halal?

Ya! Feryal Miracle Rejuv ini telah diuji dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kandungan bahan ini 100% dari bahan semulajadi. Bahan utama adalah Argan Oil & Jojoba Oil. Anda boleh guna Feryal Miracle Rejuv ini tanpa ragu-ragu!

Ni aku sertakan beberapa testimoni untuk rujukan korang gak ek







FERYAL MIRACLE REJUV 
HARGA: 130 /botol 
KUANTITI : 100ML 

Sila lakukan arahan di bawah untuk dapatkan Harga Diskaun + FREE POSTAGE (Jimat RM60.00)

Kalau Nak Order, ermm senang je

Cuma Ambil H/P dan SMS/WhatsApp : Taip "F70" hantar ke 019-4337374 

Untuk info lanjut boleh ke www.penawarrambutgugur.com/f02

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Tidak boleh berbuat apa-apa tentang rambut menipis anda? Anda boleh! Dengan TOPPIK, dapatkan rambut yang penuh bergaya dalam hanya 30 saat!




Keguguran rambut ialah isu yang serius bagi kebanyakan orang. Terdapat pelbagai cara untuk mengembalikan keadaan rambut anda, tetapi kesabaran diperlukan kerana rawatan rambut biasanya boleh mengambil masa berbulan-bulan. Walau bagaimanapun, anda kini boleh mendapatkan rambut lebat dalam masa kurang daripada satu minit!




TOPPIK Hair Building Fibers
Serat-serat ini diperbuat daripada keratin semula jadi untuk menutupkan rambut menipis dengan serta-merta. Ianya berkesan untuk garis rambut yang surut, tompok-tompok yang nipis, dan juga dapat mewarnakan akar rambut. TOPPIK Hair Building Fibers membantu menutupi kulit kepala yang menonjol di bawah rambut yang nipis dengan menjadikan rambut kelihatan lebih lebat dengan serta-merta. Hal ini sememangnya boleh meningkatkan keyakinan diri anda! Dengan TOPPIK, anda tidak perlu malu dengan masalah rambut menipis anda.






Teknologi di belakang TOPPIK Hair Building Fibers
Serat-serat TOPPIK boleh membantu anda menebalkan helaian rambut, memberikan anda penampilan rambut lebat dalam masa 30 saat sahaja. Berikutan teknologi Nano yang diteliti, setiap serat dikenakan tenaga elektrostatik, yang membantu dalam memberikan pegangan kuat terhadap setiap helai rambut.



Kenapa pilih TOPPIK?
TOPPIK Hair Building Fibers tahan angin, air hujan dan peluh. Bukan itu sahaja, serat-serat berikut boleh bertahan sepanjang hari. Anda hanya perlukan syampu untuk mengeluarkannya. Faktor-faktor ini menjadikan penggunaan TOPPIK Hair Building Fibers mudah dan selesa untuk aktiviti luar seperti jamuan atau aktiviti seharian. Selain itu, sesiapa sahaja boleh menggunakan TOPPIK Hair Building Fibers kerana serat-serat ini sesuai untuk semua jenis rambut dan tekstur tanpa mengira jantina. Tambahan pula, serat-serat berfungsi hypoallergenic dan tidak menyebabkan kegatalan atau kekeringan kulit kepala anda, kerana ia diperbuat daripada bahan organik. Banyak testimoni oleh pelanggan telah membuktikan keberkesanan TOPPIK Hair Building Fibers di www.toppikmalaysia.com/before-after/.



TOPPIK adalah pilihan tercemerlang dalam mengharungi cabaran alopecia. Penghilangan kesengsaraan rambut anda hanya memerlukan satu klik sahaja di https://toppikmalaysia.com/shop/. Sila lihat halaman FAQ TOPPIK Malaysia di https://toppikmalaysia.com/faq/ untuk penjelasan lanjut sekiranya anda terdapat apa-apa pertanyaan. Ikuti kami untuk maklumat menarik dan berita terkini!


Laman web rasmi: toppikmalaysia.com

Facebook/Instagram/Youtube: toppikmalaysia




Monday, June 22, 2015

COMFORT Dan Saya Memang Tak Dapat Di Pisahkan

Hi Korang, 


Seharian berjalan memang seronok.

Lebih-lebih lagi kalau melepak dengan kengkawan berborak sakan tak kisah lah kat mana pun, kedai makan ke, mamak ke, gerai tepi jalan ke, food court ke kan. Janji ade tempat nak lepak katanya. 


Sudahnya bila sampai umah, bukak baju ermm memacam bau ada duk melekat. Eeee dah macam bau apa pun tak tau kuatnya tak tahan oooo. 

Pastu lalu kawasan kaum Adam banyak merokok pulak, lagilah bau melekat kat baju. Fuh! Sakit hidung bau baju sendiri. 

Kalau basuh setakat guna sabun basuh baju biasa, memanglah bau ada hilang tapi kesegarannya cam no pulak? tengok baju cam tak ceria je pulak. Mestilah kena letak pelembut fabrik pekat atau orang kita panggil fabrik softener kan.... 

Sebab tulah aku memang pencinta setia COMFORT ni. 


La COMFORT pun tak tau ke? 

Pelembut fabrik pekat lah yang korang letak sekali sabun basuh baju dalam washing machine tu. Aiyo itu pun tak tau, berapa lama dah tak basuh baju ni hehehehhe joking lah. 

Hi citer sket pasal COMFORT ni ek. Mungkin ramai yang tak tau, pelembut fabrik pekat Comfort ni mempunyai kelebihan 5-dalam-1 tau. Jangan main-main woo… Pelembut Comfort melindungi pakaian kita daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh sebab Comfort ni dilengkapi dengan teknologi NCAP. 

Lepas ni lalu kedai mamak ke, lalu depan perokok-perokok tegar seMalaysia ke, lalu tepi jalan kereta penuh asap ke, dah tak kisah dah. Bau kita tetap harum semerbak. 

Tambah-tambah lagi, bila ada teknologi NCAP tu, Comfort memastikan kesegaran dan keharuman berpanjangan buat pakaian kita sehingga 14 hari ! Amik ko 14 hari tuh. Lama kan.

Hebat kan penangan Comfort ni ?



Aku kalau setiap kali basuh memang tak lepas letak Comfort softener ni. La menda wangi of courselah mana boleh lupa kan. Lagi pulak tak yah letak banyak pun, ikut berapa banyak baju yang korang nak basuh. Aku selalunya guna setengah penutup botol Comfort tu je. 

tengoklah #DakUban pun suka dengan Comfort tau

Ya ampun, memang wangi bebenau sungguh lah. Makin lama makin seronok nak basuh baju, sebab wangi dan rasa segar kan. Lepas tu diorang ni ada jugak variant untuk anti-bacterial, botol warna putih tuh, yang untuk baby2 yang sensitif kulitnya. Sesuai juga untuk aku, kan, kulit aku pun sensitif jugak (hahaha saja je, jangan percaya pulak). Alah korang check it out kat supermarket nanti la ek.

Baru-baru ni, Comfort dah menjalin kerjasama dengan gedung Ariani, di mana Galeri Ariani disegarkan dengan keharuman berpanjangan Comfort yang menjanjikan penampilan wanita sofistikated. Ini pertama kali dalam sejarah tau! 


Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.

Comfort dengan Ariani ada hasilkan video kelakar untuk tontonan korang. Meh, check it out video Comfort ni ek


Kelakar kan video ni, aku sendiri pun tergelak-gelak tengok. Tapi itulah hakikatnya yang kita sendiri tak perasan. Korang kalau nak check it out boleh layari laman Facebook Comfort.

Baik, guna Comfort Ultra lepas ni ek.

Ada berita baik bagi pengemar tudung dan selendang ARIANI ni ek, baca betul-betul

Korang boleh dapatkan 1 sachet Comfort Ultra secara PERCUMA di ke semua butik Ariani bermula dari 24 April hingga 30 Jun 2015. Lepas tu, kalau korang memang pengguna Ariani tegar, korang boleh dapatkan RM20 voucher diskaun daripada Ariani dengan hanya tunjukkan resit pembelian sebarang produk Comfort daripada 1 April hingga 31 Julai 2015.

Ada lagi ni,

Kalau korang membeli produk Comfort Ultra secara online di eshop.tesco.com.my korang pun boleh dapat RM5 diskaun daripada 1 April hingga 31 Julai 2015


Apa lagi jom lah dapatkan COMFORT Ultra kan. Tengah2 promosi nih!



Sunday, June 21, 2015

Resipi Cepat dan Mudah Dari Ayam Brand™ yang Pasti Membuatkan Korang Kagum Pada Hari Raya Nanti

Hi Korang,

Bila time raya menjelang ni, of course korang akan masak untuk keluarga kan.

Tapi kenalah masak sedap sket walaupun menunya cepat dan mudah, zaman sekarang ni semua nak cepat kan. So Ayam Brand™, yang termasyhur dengan rangkaian luas produk dalam tin yang menyihatkan, memudahkan dan tanpa bahan awet, menawarkan pilihan empat resipi tradisional manis dan berempah yang cepat disediakan dan lazat untuk Hari Raya.

Gembirakan ahli keluarga pada Hari Raya pertama dengan sarapan Sardine Laksa yang menggabungkan santan kelapa kaya berkrim dengan kelazatan sardin premium Ayam Brand ™, diserikan dengan kesegaran limau kasturi. Ia mempunyai rasa laksa tradisional yang anda gemari, cuma penyediaannya lebih mudah dan sedia untuk dihidang dalam hanya separuh tempoh penyediaan biasa serta kurang memerlukan tenaga. 

Jadikan sambutan rumah terbuka anda sesuatu yang tidak dapat dilupakan dengan hidangan Thai kegemaran ramai, Creamy Rice Mango, yang manis dan berempah untuk dijadikan snek bagi menggantikan lemang yang lebih tradisional. Ia siap untuk dihidang dalam hanya 30 minit, tetapi akan membuatkan tetamu anda kagum. 

Tetamu anda akan menyukai Bubur Cha Cha yang penuh perisa dan Ais Kacang yang berwarna-warni dan menyegarkan. Dibuat dengan Santan Kelapa Ayam Brand™, kedua-dua juadah ini cepat dan mudah disediakan. 

Ok aku akan kongsikan resipi-resipi mudah lagi cepat ni untuk korang mencuba ek


CREAMY STICKY MANGO RICE

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2-3orang)

· 1/2 cawan kelapa parut
· 1 1/2 cawan beras
· 1 /2 cawan gula kastor
· 4 cawan air
· 2 mangga, dikupas, dibuang biji dan dihiris
· 1 paket 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™

MEMBAKAR

Sapukan kelapa parut dengan rata atas dulang pembakar dan letakkan kedalam ketuhar yang dipanaskan ke 190ºC selama 10 minit sehingga keperangan.

MENDIDIH

Campurkan nasi, gula dan air dalam periuk dan didihkan. Didih selama 15-20 minit, sehingga air diserap oleh nasi. Keluarkan dulang dari ketuhar dan letakkan kelapa parut disebelah. masukkan santan kelapa. Untuk mengekalkan aroma, perlu ingat supaya hanya masukkan santan dipenghujung resipi. 

CARA HIDANGAN

Hidangkan nasi bersama mangga hirisan dan taburkan parutan kelapa yang telah dibakar diatasnya.


LAKSA SARDIN MUDAH

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

· 1 paket mi kuning, dibasuh, dikeringkan dan dicelur 
· 2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang 
· bawang goreng 
· limau kasturi 
· 2 biji telur rebus, dibelah dua 
· Garam secukup rasa
· 100ml Santan Kelapa Ayam Brand™

UNTUK DIKISAR:

· 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili 
· 2 cm kunyit hidup 
· 3 batang serai 
· bawang merah 80g 
· 1 inci belacan yang sudah dibakar 
· 3 biji cili merah 
· Santan 100ml dicampur dengan 1 liter air

CARA MEMASAK:

1. Didihkan bahan-bahan yang dikisar pada api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya. 

2. Untuk menghidang, bahagikan mee ke dalam 4 mangkuk dan tuangkan sup panas. Hiaskan dengan selasih, goreng bawang merah dan telur, dan hidang dengan perahan limau.


BUBUR CHA CHA 

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

· 200g kentang 
· 200g keladi 
· 400ml air 
· daun pandan 
· garam secukup rasa 
· 1 pek 200ml Santan kelapa Ayam Brand™ 

MENGUKUS: 

Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kuib yang asli 

CAMPURAN: 

Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan didihan. 

CARA HIDANGAN: 

Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais. 


AIS KACANG 

BAHAN-BAHAN (Hidangan untuk 4 orang)

· 4 cawan ais yang telah dikisar 
· 200g kacang merah besar, simpan sedikit untuk hiasan 
· 100g kacang dipanggang dan ditumbuk kasar 
· 100g biji sago, dimasak 
· 200ml sirap ros 
· 200g gula Melaka, dicairkan dengan 100g air 
· 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™ 
· 150g Krim Jagung Ayam Brand™ 

PENYEDIAAN: 

Sediakan mangkuk. Kemudian, agihkan kacang merah, kacang dan sago dalam mangkuk. Tambahkan ais kisar diatasnya.Tuang sirap ros ke atas ais kisar, diikuti dengan gula Melaka, dan santan(kuantiti bergantung kepada citarasa anda). 

CARA HIDANGAN: 

Letakkan satu sudu jagung manis berkrim diatasnya bersama bahan-bahan hiasan yang disimpan tadi. 

Hidangkan segera sebelum ais cair. 

Banyak kan resipi yang mudah lagi senang ni kan

Berikan sentuhan moden kepada tradisi Hari Raya anda tahun ini dengan resipi-resipi yang mudah disediakan dan kelihatan menarik daripada Ayam Brand™ ini.

Untuk lebih banyak lagi resipi yang menyihatkan dan mudah disediakan, dan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand serta rangkaian luas resipi, layari www.ayambrand.com.my atau sertai facebook : Ayam Brand-World of Recipes.

Saturday, June 20, 2015

Pemenang InnerShine® Seri Singing Contest Sangat Berbakat

Hi Korang,


Bacaan santai di hujung minggu sambil menunggu waktu berbuka ek.

Pada awal tahun ini, InnerShine® Seri Singing Contest dilancarkan untuk memberi peluang kepada warga Malaysia untuk menunjukkan bakat menyanyi masing-masing demi merebut satu pengalaman yang menakjubkan – peluang ke sesi rakaman bersama komposer terkenal, Hadi Hassan!

Peserta dikehendaki untuk mendendangkan lagu “Seri” yang telah dicipta oleh Hadi sebagai lagu tema komersial TV InnerShine®, yang menampilkan Kaka Azraff. Muzik video InnerShine® pula dibintangi oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha Milan.


10 calon berbakat telah dipilih daripada lebih 120 penyertaan di laman Facebook dan Instagram InnerShine Club dari seluruh negara. Mereka kini telah bersedia untuk memasuki pusingan akhir yang diadakan di The Curve, untuk menghadapi cabaran penentuan pemenang oleh enam orang hakim termasuklah Hadi, Kaka, Hunny dan Marsha serta Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang, dan juga wakil dari Watsons Malaysia, Hamilah Maningrum. 

Setiap finalis akan mempersembahkan lagu “Seri” dengan cara tersendiri dan berikutan pengumuman keputusan hakim, pemenang Hadiah Utama akan memenangi pengalaman istimewa untuk membuat rakaman lagu tersebut dengan composer terkenal, Hadi, di samping membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. 


Senarai Nama Pemenang:

Tempat Pertama: Nor Azriani @ Jona Sony Saimin – Sabah

Tempat Kedua : Sunday Grace – Terengganu

Tempat Ketiga : Ariza binti Aljet - Sabah

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500, di samping membawa pulang produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Para peserta yang lain turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai bernilai RM500 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu setiap seorang.

InnerShine® Seri Singing Contest diadakan seiring dengan program detoksifikasi secara semula jadi yang turut disertai oleh Kaka, Hunny dan Marsha selama 12 hari untuk mendapatkan paras kesihatan dan keserian wajah yang optima. 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang mujarab serta harus diambil setiap hari untuk menyihatkan badan.

Diambil setiap malam sebelum tidur, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu akan bertindak untuk memulihara sistem badan sambil menyahtoksin untuk meningkatkan kesihatan.

Kandungan Vitamin C yang semula jadi daripada buah-buahan prun dan Camu-Camu membekalkan anti oksidan yang kuat bagi memerangi radikal bebas demi mengekalkan keanjalan kulit agar kelihatan sentiasa muda dan anggun. 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan ianya dijual dalam dua jenis pek 42g x 6-botol (RM23.50) dan 42g x 12-botol (RM45). Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari InnerShine Club di Facebook. 



Shopping Raya Di Pusat Pakaian HARI-HARI

Hi Korang,


Yeah baru 3 hari puasa dah sibuk citer pasal raya kan.


baju raya saya tahun ni


Eh, persiapan tu penting tau lebih-lebih lagi kalau anak-anak ramai. Aku ni walaupun belum ada anak lagi but banyak jugak persediaan nak kena buat, untuk suami tercinta, untuk family sebelah mak, untuk family sebelah Mr Big dan memacam lagi lah.


La baju raya tak tukar ke ? ermm mana boleh cam tuh. Setahun hanya sekali je raya so kenalah berganti jugak kan. Aku memang senantiasa plan untuk settlekan hal baju-baju raya ni awal sebab malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai cari baju raya last minute. Dah rasa dulu tahun lepas wie, sudahnya tak beli pun walaupun sepasang baju.


Hari tuh, aku berpeluang untuk ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Lake Fields Sungai Besi ni. Alah bebudak bloggers ni ajak kan, so pi jelah lagipun hari minggu tuh tak de buat apa pun kan. Tak sangka pulak Pusat Pakaian Hari-Hari ni menyediakan baju-baju yang cantik lagi murah pulak tuh.

Betullah, tak caya meh la kite tinjau apa yang ada di dalam Pusat Pakaian Hari-Hari ni kan.













Kalau nak tahu Pusat Pakaian Hari-Hari ni menawarkan pelbagai jenis baju raya rekaan terkini tau, kira up to date la tuh. Lagi pulak, bukan setakat baju orang pompuan je malah ada bermacam-macam jenis pakaian di sediakan tak kira apa jua peringkat usia, daripada sekecil-kecil anak hingga ke golongan dewasa. Kira macam one stop centre lah untuk hari raya ni.

cuba dulu yang ni 

ruby sekeluarga

dengan muke serabai, sempat cuba jubah lagi dengan Madi

cuba yang kelabu pulak

sedondon purple kan hehehehe

Tengoklah ktorang memperagakan baju-baju raya yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Walaupun kat fitting room sajor tapi tetap nak feeling-feeling macam model baju raya gak tau.


beli lebih RM200, dapat beg ungu cantik

In terms for harga, bagi aku memang amat berpatutan untuk mereka yang berpendapatan sederhana macam kita rakyat marhaien ni hehehehhe. Yelah, kalau beli kat butik may be sepasang baju kurung perempuan berharga dalam RM199.00 ke atas kan tapi di Pusat Pakaian Hari-Hari ni cuma RM79.90 hah nampak tak perbezaannya.


Yang best tuh, ada 76 outlet Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia ni. Banyak sungguh tuh, so tak yah la risau nak kena ke KL pulak kan. Mesti ada kat tempat korang punye lah outlet mereka ni.


Ok ok ada berita baik ni tau,


Dengan pembelian RM80 dan ke atas, korang akan dapat sampul raya bermuala 3 Julai 2015 dan pembelian RM120 dan ke atas akan dapat beg ungu Hari-Hari eksklusif seperti yang aku punye..