Friday, June 19, 2015

Buka puasa Dengan Sandwich Sedap Di Madam Kwan's

Hi Korang,

Siapa suka makan kat Madam Kwan‘s, sila angkat tangan yehaa!


Kalau aku pi makan kat Madan Kwan’s mesti makan nasi lemak, nasi Bojari dan rendang daging yang awesome tuh. Memang terangkat wei, sedap benau kaedahnya.




cantikkan mural gambar dia

Aku sempat ke restoran Madam Kwan's di outlet Sunway Piramid. Cantik jugak tempat ni sebab mengadap Sunway Lagoon kan. So dapat cuci mata sket kan hehehhe

Tapi kali ni berbeza sket menunya


Madam Kwan's mencipta tiga jenis sandwic berdaging yang mudah dikunyah dan lazat yang cukup sesuai untuk berbuka puasa dengan kombinasi sempurna protein, sayur-sayuran dan karbohidrat menerusi edisi terhad sandwic baru Rendang Daging, Kari Ayam dan Daging BBQ.

Sandwich daging

Sandwich ayam

Sandwich rendang daging

Setiap sandwic mengetengahkan roti sandwic ciabatta bermentega yang dipanggang sedikit, disertai kubis iceberg, hirisan tomato, hirisan bawang, kubis coral merah dan timun segar namun isi kandungannya yang membuatkan ia benar­ benar istimewa.

Sandwic rendang daging disediakan dengan resipi tradisional istimewa Madam Kwan's yang disertai perasa termasuk serai dan kerisik manakala versi daging BBQ terdiri daripada 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang dan disalut sos berperisa salai istimewa milik restoran berkenaan.

Sandwic kari ayam pula disediakan dengan 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang, disalut dengan sos kari berkrim Madam Kwan's yang menyerlah dengan beberapa rasa seperti kelapa, kunyit dan bunga kantan.

Promosi istimewa Ramadhan berlangsung mulai 17 Jun sehingga 16 Julai dan berharga RM24.90++. Setiap sandwic didatangkan dengan jejari kentang goreng dan satu jag sirap bandung.


"Setiap sandwic mengetengahkan sesuatu yang saya cipta secara peribadi dan gemari dan saya benar-benar teruja untuk melihatnya dihidangkan menerusi cara baru yang unik persembahannya namun rasanya tetap tradisional," kata pengasas jenama berkenaan, Kwan Swee Lian, atau Madam Kwan sebagaimana dikenali dalam kalangan peminat makanan.


Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Datin Maureen Ooi berkata,"Setiap sandwic adalah gabungan kepakaran Madam Kwan's melibatkan rempah Asia dan perasa Malaysia dengan roti klasik ltali yang sesuai untuk berbuka puasa kerana ia mudah dimakan, penuh dengan perisa dan tekstur, yang dihidang dengan saiz yang tepat."

Hah makan sampai tak henggat hari tuh, dalam setiap sandwich tu isi dagingnya semua tebal-tebal dan berperisa sangat, kira macam juicy lah. Lazat. Rasanya kalau makan sepotong pun dah kenyang sebab portionnya boleh makan berdua.

Menu sandwich special ni boleh didapati di semua restoran Madam Kwan's yang terletak di Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Shopping Centre, pusat beli-belah One Utama, Empire Shopping Gallery, Sunway Pyramid dan pusat beli­ belah Alamanda.

nasi lemak

rendang ayam

sepinggan nasi lemak yang menggiurkan

nampak tak nasi bojari? awesome sungguh

Selain daripada tuh, kitaorang dapat rasa jugak signature dish di Madam Kwan's ni iaitu nasi lemak dan nasi bojari termasuk dengan lauk-lauk istimewanya iaitu rendang daging, sambal udang petai dan memacam lagi.

Hah makan sampai tersandar-sandarlah orang kata kan

inilah Madam Kwan's, comel kan orang nya. sempat bergambar lagi wokeh

So apa tunggu lagi, meh la ke Madam Kwan's ek kalau korang tak tau nak makan apa lagi kan hehehehhe


Thursday, June 18, 2015

RESIPI Biskut Coklat Chip BAdam Cornflakes KELLOG’s Hasil Air Tangan Saya

Hi Korang,

Wei baru 2 hari puasa dah citer pasal kuih raya..

Bengong Cik Lily Putih ni kan.

Biasalah puasa di perantauan memang cam tu kan huhuhuhuhu

Aku nak citer ni, baru-baru ni sebelum puasa aku ada cuba-cuba buat kuih raya sendiri. Alah resipi simple-simple sajor. Itu pun ikut buku resipi je. Ok aku tulis lah ek

RESIPI BISKUT COKLAT Chip Badam Cornflakes KELLOG’s


Bahan-bahan :

1. Kellogg’s Corn Flakes® - 1 cawan
2. Tepung naik sendiri - 300gm
3. Butter - 250gm
4. Gula icing - 125gm (gula pasir di blend pun boleh)
5. Telur - 1 biji
6. Susu tepung - 1 sudu
7. Coklat chip - 1/2 cawan ~ boleh juga ditambah dengan badam dan sebagainya

setelah di sukat

Cara-caranya :

Memula dulu, panaskan oven 150 darjah celcius selama 10 minit. So sementara tu bolehlah mula buat bancuhan biskut raya kita ni ek

blenderkan butter dan gula dulu sehingga sebati

bila gula dah hancur, masukkan kuning telur

dah sebati lagi, baru masukkan tepung bersama susu tepung sekali

tengok macam dah ok je, masukkan badam

masukkan jugak coklat chip ek

dah sedang elok je adunan tu kan

bentukkan adunan bulat-bulat sebesar duit 20sen

golekkan dalam cornflakes yang di hancurkan kasar tu tadi

susun dalam dulang pembakar dan sedia untuk di bakar. Bakar dalam oven 150 darjah celcius selama 20 minit cam tuh. Klassik tak dulang pembakar I hehhehe..

yang ni 1st attempt, amik ko beso-beso penumbukkan hehehe

nampak bila dah 2-3 kali bakar, terus jadi pandai adjust saiz biskut kan

ok tak? boleh la kan

ermm tak sempat penuh sebalang, asyik kene cukai je dengan diorang ni

Senang kan nak buat.

sekejap je abis 

ni salah sorang peminat biskut ranggup aku tuh

Korang ikut je langkah satu persatu nanti siapkan. Tapi buat biskut je kena cermat dan teliti sket sebab kalau salah sukatan boleh bantat atau keras biskut tu nanti. Tapi yang biasa buat biskut dan kek memang pandailah bab-bab sukat menyukat ni.

Ternyata Kellogg’s Corn Flakes® yang diperbuat daripada jagung sebenar mampu memberi extra keranggupan dan rasa lebih enak!! Dan paling penting kedua resepi yang saya kongsikan memang sangat praktikal ~ mudah dan sedap.

Selain daripada makan begitu saje dengan susu, cornflakes KELLOG’s ni sesuai di campurkan dengan bahan-bahan masakan yang lain ek.

So apa lagi, selamat mencuba..


Untuk pengetahuan semua, bulan Ramadhan tahun ini sekali lagi Kellogg’s telah memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Cornlakes® edisi terhad. Seperti tahun sebelumnya Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal telah berkerjasama dengan pihak Kellogg's untuk menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan juga mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan seterusnya membuat ikrar untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17hb Jun hingga 10hb Julai 2015. Pengunjung yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, bagi memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes® boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut.

Selebriti Maria akan turut hadir di beberapa lokasi trak sampel yang terpilih seperti

· Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)

· Giant Batu Caves, 13 Jun (1-3ptg)

· Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Di sepanjang bulan Ramadan, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes® di pasaran akan memaparkan dua daripada lapan (8) resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts, dan Cheesy Pandan Cake.


Uolls juga semua dijemput untuk mencuba biskut kuki Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:

Bazar Ramadan
Lokasi
Waktu
Tarikh
Gombak Taman Melawati
4ptg-8mlm
Rabu, 17 Jun
Stadium Shah Alam
4ptg-8mlm
Khamis, 18 Jun
Setapak Danau Kota
4ptg-8mlm
Jumaat, 19 Jun
Puchong Perdana
4ptg-8mlm
Sabtu, 20 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi)
9pagi-12ptg
Ahad, 21 Jun
Kelana Jaya
4ptg-8mlm
Isnin, 22 Jun
Kota Damansara Seksyen 4
4ptg-8mlm
Selasa, 23 Jun
Taman Medan
4ptg-8mlm
Rabu, 24 Jun
Pandan Indah( di hadapan Balai Bomba)
4ptg-8mlm
Khamis, 25 Jun
Stesen LRT Wangsa Maju
4ptg-8mlm
Jumaat, 26 Jun
Taman Cahaya(Ampang)
4ptg-8mlm
Sabtu, 27 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi)
9pagi-12ptg
Ahad, 28 Jun
Seksyen U 19 Sg Buloh
4ptg-8mlm
Isnin, 29 Jun
Taman Melawati
4ptg-8mlm
Selasa, 30 Jun
Pasaraya Ria/Pasar Raya
Econsave Bangi
12ptg-5ptg
Sabtu, 6 Jun
Econsave Balakong
12ptg-5ptg
Ahad, 7 Jun
Sogo KL
11pagi-4ptg
Jumaat, 12 Jun
Giant Batu Caves
12ptg-5ptg
Sabtu, 13 Jun
Giant Stadium Shah Alam
12ptg-5ptg
Ahad, 14 Jun


Jom berkongsi kegembiraan dan beramal bersama Kellogg’s Corn Flakes®!

Makan VEGETARIAN FOOD Di SIMPLE LIFE Restaurant, Sunway Putra Mall

Hi Korang,

Seriously vegie food? ermm memang tak la kan.

Sayur tuh

Aku taulah sayur tu penting, tapi kalau makan sayur je pun tak syiok jugak kan. Tak de protein at all. 


Bila di pelawa untuk merasai sendiri macam mana rasanya makanan ala-ala kesihatan ni terus aku jadi suka nak cuba plak.



Aku berdua dengan K Ella ke Simple Life Restaurant di Sunway Putra Mall. Mall baru tuh, aku pun kira first time jejak kaki ke sini. 

Ok meh aku ceritakan sket mengenai latar belakang Simple Life Restaurant ni ek

It started with Madam Tracy Ngo. (She is actually the wife of Mr. Lai ) Around 23 years ago in Melaka, Madam Tracy started an organic shop and in 1995 she introduced “Lei Cha” and the rest was history. Their first Simple Life outlet was launched in 2011 and after 4 years down the road they now have 12 outlet. The co-founder, Mr. Lai Keun Ban is a strong believer of incorporating healthy eating into our daily lifestyle. He believes that we can practice a healthy vegetarian diet by consuming more vegetables and fruits and avoid processed vegetarian products, like vegetarian 'goose', 'chicken' and 'fish' which mainly consists of seasoned flour with colouring and additives.

Bukan ktorang berdua je ada, ada lagi blogger Yin Yin bersama kawannya ada sekali, so lagi seronoklah dapat makan beramai-ramai kan.

menu di Simple Life

Meh aku tunjukkan menu makanan yang ktorang dapat rasa pada hari tuh. 

Organic Lei Cha - RM18.90

Tengok pun macam takut nak makan kan? itu aku lah. Inilaha menu best selling wokeh, jangan nak main-main. Antara bahan yang terkandung dalam menu unik ni adalah Multri Grain Rice, Homemade Lei Cha Paste, Japanese Sawi, French Bean + carrot, cabbage + carrot, Sayur kerinting, organic beancurd, dry raddish, peanut, pumpkin seed + sunflower seed. 


Aku dapat tau dari staff yang hidangkan ktorang tuh, yang Lei bermakna “tumbuk” dan cha bermakna “tea”. Untuk menu ni, dauh teh ditumbuk dan di jadikan paste. Cara makan dia, campurkan semua makan-makan tuh dah tuangkan “Lei Cha” dan kacau terusss. Kalau nak sedap tuang “Lei Cha” tu banyak sket biar jadi macam sup gituh kan. Barulah enak dimakan

Energy Booster Juice - RM9.90
&
Body Detox Juice - RM9.90

Jus untuk menambah tenaga dan mencuci perut sekali tau.Sangat awesome sebab di hidangkan tanpa ais.

Fresh Mixed Fruit Tea


Campuran buah-buahan bersama teh yang sedap. Tak manis dan tak masam pun. Rasa sekali pasti nak tambah lagi


Vegetarian Asam Fish Value Set - RM20.90

Nampak macam ikan dalam hidangan tu kan tapi itu bukan ikan wokeh, menggunakan tepung yang seakan-akan rasanya seperti ikan. Sedaplah

Fried Brown Rice Ramen with Bitter Gourd - RM14.90

Mee ramen di hidangkan dalam bentuk sup bersama peria dan sayuran yang lain, elok makan panas-panas

Mix Mushroom Pizza - RM17.90

crunchy, sebab nipis dan bahan-bahan yang enak di gunakan seperti cendawan.

Basil Leaves Pancake - RM16.90

Soy Floss Maki - RM15.90

Crispy Nugget

Green Salad with Coral Seaweed - RM18.90

Aku duk habiskan salad ni sebab seaweed tu crunchy dan bila di gaul sekali bersama sosnya enakkkk!


Lepas je camera dapat makan, yelah kena photoshoot dulu makanan ni semua then barulah ktorang makan. Hah memang kenyang sungguh, nampak macam sket je tapi bila makanan sampai amik ko, makan sampai muntah-muntah kan hehehhehe


Thank you Simple Life for having us, sampai nak jalan pun payah akibat banyak makan kan. Walaubagaimana pun alhamdulillah atas segala makanan yang sedap-sedap belaka ni.

Korang kalau nak tau pasal menu-menu di Simple Life ni, boleh check it out di




Baca kat blog Illy Ariffin pun best jugak sebab menu yang dia makan tak sama dengan ktorang so korang boleh dapat tau lagi kan banyak pasal Simple Life ni

Ni kalau ajak #BloggerKakiMakan ni seronok jugak kan, yelah diorang kan kaki makan yang aawesome

Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 – Johor

Hi Korang,

Mentang-mentanglah duduk JB 2 bulan sebab kan keja kan so jadual buka puasa dan imsak pun haruslah letak yang Johor punya.

Bukan apa, untuk panduan diri sendiri dan aku kongsikanlah pada korang jugak especially yang duduk di dalam negeri Johor.

Zon 1 – PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL


Zon 2 – DAERAH JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU BERDEKATAN


Zon 3 – DAERAH PONTIAN DAN KLUANG


Zon 4 – BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR


* Jadual ini disediakan oleh JAKIM.

So itulah yang aku nak bagitau dengan korang. Senang ada jadual ni, so tak delah aku terbabas lambat bangun untuk sahur dan berbuka puasa.

Korang nak download pun boleh ek, then tampal kat dapur kan.

Maklumlah ramadhan di perantauan tahun ni huhuhuhuhu