Tuesday, March 4, 2014

Menang Contest Kleenex 'Share the Softness'


Hi Korang,

Aku ade tulis pasal contest Kleenex ni dulu lat entry lelama. Alah sekadar tukang war-warkan info. Bagitau kat korang pasal contest ni.

Tup -tup aku plak menang ek.

Memula aku ingatkan sekadar tulis je, la rupa-rupanya bloggers pun ada contest gak.


Ermm syukur alhamdulillah, menang gak hadiah kan.

sibuk tau si DakUban ni nak photobomb

Amik ko dapat sekotak beso tissue box ni. Penat gak memengkek angkat kotak ni sengsorang. Lori courier ni plak datang time keje kan. Terpaksa la


Tengok ni, banyak kan. 

Aku memang berhajat nau nak kongsi hadiah ni dengan korang, tapi aku sendiri tak tau cam ne. Nak buat giveaway rasa cam tak berbaloi plak.

Nantilah aku fikirkan dulu cam ne.

Tapi kalau korang datang collect by hand kat aku, ada sesiapa nak tak? Aku offer ni...




Dengan Samsung Galaxy Life Dapat Belajar Masak Di Starhill Culinary Studio

Hi Korang,



Peluang nak belajar masak dengan chef-chef terkemuka di Malaysia ni memang payah untuk di lepaskan. Selalunya kita kena bayar dengan harga yang tinggi untuk ke kelas masakan sebegini, alangkah bestnya kalau PERCUMA.

siap ada nama bagai ek..

Aku terperasan di media social yang Samsung sekarang ni ada mengeluarkan app terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Life yang membolehkan kita sebagai pengguna gadget Samsung ni memuatturun voucher-voucher dan promosi yang menarik dari pelbagai merchant yang mengambil bahagian.


So sebagai pengguna gadget Samsung Mega yang baru je ni, aku pun duk scroll lah dalam Google Play Store untuk download Samsung Galaxy Life app ni. Alah FREE je tak kena bayar pun.


Once dah log in, korang boleh Nampak ada 7 kategori yang boleh korang pilih iaitu Entertain, Live, Learn, Play, Connect, Work dan Surprise.

nampak ada FREE cooking class

baca dulu details, apa patut buat

ok cer-cepat redeem ek

Terus search je apa yang korang nak. Cam aku haruslah nak pi belajar masak-masak di Starhill Culinary Studio. Ok dah dapat voucher, baca details dulu apa yang patut kena buat dan pi belajar.

Sampai jugak aku ke Starhill Culinary Studio last weekend. Tak susah mana pun nak cari tempat coz dah biasa dengan area Bukit Bintang ni.



Hari tuh aku belajar resipi Shoyu & Honey Glazed Fillet of Chilean Sea Bass With Horseradish Aioli di Wai’s Kitchen dengan Chef Wai sendiri. Chef Wai ni dah 25 tahun berpengalaman dalam bidang masakan dan dengan team Starhill sendiri dah 11 tahun. Wah hebatkan.


Panjang sungguh nama resipinya tapi cara masakannya sangat mudah jika kita baca resipi dengan betul, itu kata Chef Wai




Memula belajar cara nak potong ikan siakap ni. Kena ada pisau yang tajam, sesangat tajam. Dan kemudian cari di mana tulang ikan berada dan start memotong dari situ. Kemudian potong kat tepi, potong atas dan last sekali tanggalkan kulitnya.


Tada ikan pun dah siap di siang. 




Sambil tuh, ktorang belajar jugak cara menyediakan bahan sampingan lain seperti glazingnya, risotto dan simple sos bagi menyedapkan lagi menu ikan siakap ni.



Ktorang gak dapat mencuba sendiri cam ne nak buat resipi ni coz Chef Wai memang bagi peluang untuk setiap studentnya untuk mempraktiskan lagi skill masakan masing-masing.




Rasanya hampir 1 jam lebih ktorang belajar masak resipi ni. Memang banyak ilmu dan tips memasak yang Chef Wai kongsikan especially cara kita menyimpan makanan di dalam peti sejuk. Rupanya banyak pantang larang tau. Memang seronok lah.

Ok inilah hidangannya yang aku belajar hari ni



Shoyu & Honey Glazed Fillet of Chilean Sea Bass With Horseradish Aioli


Lepas masak apa lagi, jomlah makan. Ermm memula kita rasa ikannya. Sangat terbaik dan lembut je isi ikannya, langsung tak rapuh. Di tambah plak dengan hidangan sampingan yang authentic tuh lagi bertambah selera aku nak makan. Licin pinggan dibuatnya


Apa-apa pun terima kasih pada Starhill Culinary Studio ni dan juga Samsung Galaxy Life for this special class. Memang tak sabar nak search lagi apa lag tawaran menarik yang aku boleh redeem lagi ek.

So pendek kata,

The Samsung Galaxy Life app is your passport to exclusive privileges, app recommendations, sweepstakes, and expert interviews.

Galaxy Life Gives You:

-Daily deals with discount coupons (barcode, voucher)
-Selection and reviews of apps
-Exclusive content from experts
-Rewards


Khas untuk Samsung Users, korang boleh download di


Or Google Play Store 



Hopefully pada masa akan datang lebih banyak tawaran dan recommendations, dan mintak-mintak ada untuk melancong dan wayang gak la..

Untung gak pakai gadget Samsung ni ek.


Monday, March 3, 2014

Selamat Ulangtahun Sayangku


Hi Korang,

Jumaat lepas, budak beso kesayangan aku ni celebrate birthday yang ke dot dot dot. 

Tak lain tak bukan Mr Big lah.

Sapo laie dalam umah ni. Dialah jantung hati pengarang jantung kan.


This year tak de celebrate grand-grand pun co umur dah makin meningkat. Ktorang abiskan masa dengan pi makan dengan family ye. Lagi afdal kan.

To my dear,


happy 36th birthday to you
May all your wishes come true
Semoga jodoh kita kekal hingga ke jannah

I love you...


wah kemain lagi jiwang-jiwang ek.. eee....

Dah tak tau nak beli hadiah apa lagi kat Mr Big ni, so bagi makan sepuas-puasnya.



Saturday, March 1, 2014

Perlancaran Novel ‘Fair & Lovely’ Detik Terindah & Penyanyi Lagu “Aku Cinta Padamu”

Hi Korang,


Selain daripada mengeluarkan krim pencerah muka yang terkenal di Malaysia ni, Fair & Lovely berjaya menghasilkan novel yang bertajuk ‘Detik Terindah’.


Novel Detik terindah bersama Fair & Lovely ialah antologi pertama di Malaysia yang menghimpunkan 100 kisah dan karya, detik impian serta cetusan hati novelis popular iaitu Damya Hanna yang diilhamkan oleh Fair & Lovely.


Kempen Detik Terindah bersama Fair & Lovely bermula dengan iklan komersil Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin yang memaparkan kisah cinta seorang gadis dan seorang jejaka bernama Alya dan Adam yang cukup menyentuh hati orang ramai dan sehingga kini telah memperoleh 1.4 juta tontonan di Youtube. “Aku Cinta Padamu”, lagu disebalik kempen tersebut digubah oleh penyanyi-penggubah lagu yang meningkat popular, Lokman Aslam dan ternyata Berjaya menjiwai kisah cinta nukilan Damya Hanna. Lagu berkenaan kini diputarkan di saluran radio tempatan.


Daripada 15 finalist bagi Pertandingan Detik Terindah, 3 pemenang telah pun di pilih. Kisah-kisah mereka memang sangat menyentuh hati. 


Rata-rata ramai yang menitik air mata bila cik pengacara Fiza membacakan cerita mereka ini. Even aku pun hampir menitik airmata gak tau. Sedey ooo but ceritanya memang menarik. 


Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan hamper Fair & Lovely bernilai RM100.


Buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely ini boleh di dapati di semua kedai buku utama seperti MPH dan Popular.


Dalam majlis ni jugak Lokman Aslam tampil sebagai tetamu jemputan dan turut menyanyikan “Aku Cinta Padamu”, mendapat sambutan memberangsangkan daripada tetamu yang hadir.

klik SINI ye

Abis je pertandingan penulisan kisah ni, Fair & Lovely ada lagi pertandingan di facebook bertajuk Lirik Terindahmu yang bermula pada 13 Februari 2014 dan berakhir 16 Mac 2014. 

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian dariapda lagu popular tersebut dan menggalakkan korang menghantar satu rangkap baru yang kemudiannya akan dirakam sebagai duet antara Lokman Aslan dan seorang artis wanita jeng jeng jeng…


Hadiahnya awesome wei, wang tunai bernilai RM3,000, hamper Fair & Lovely bernilai RM50 dan CD yang ditandatangani untuk kedua-dua versi “Aku Cinta Padamu”.


Sudah meh start karang lagu plak ek... 



Friday, February 28, 2014

Pacific Coffee Company Akan DiBuka Di Dataran Pahlawan Melaka



Hi Korang,

Pacific Coffee Company yang merupakan salah satu café yang menghidangkan pelbagai jenis penyediaan kopi kini akan di buka secara rasmi di Melaka. 

Ye betul!


Nanti pada 4th March 2014, akan di adakan pembukaan rasmi Pacific Coffee Company Melaka 1st Flagship Store bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Yesza, best ni. Aku kan peminat kopi tegar so haruslah ke sini nanti. 

Masa perasmian tu nanti, Pacific Coffee Ambassador, Mike Yung juga akan hadir sekali. Korang yang memana minat dia ni boleh datang ye. 


So sempena pembukaan rasmi Pacific Coffee nanti, ada promosi BUY 1 FREE 1 tau yang akan bermula pada 4th March 2014 – 6th March 2014. 


Ok ni yang best part ni, Pacific Coffee Company dengan baik hatinya akan memberikan 10 chocolate notebooks kepada 10 orang pembaca setia blog www.ciklilyputih.com yang kaki minum kopi.

Dengan cara,

Jawab soalan kat bawah ni

Saya suka minum kopi kerana……………………………(tulis seberapa panjang dan sedap yang boleh aku pilih korang sebagai pemenang)

Korang komen je kat entry ni,tapi kalau rajin korang boleh buat entry dan letak link kat entry ni. Kalau buat entry ada lagi biggest chance boleh menang ek.


Jangan lupa letak sekali, nama, email, URL blog sekali ek. So senang aku nak contact nanti.

So jangan lupa datanglah ke Pacific Coffee Company di Melaka pada 4th March 2014 nanti tau. Most probally aku ade kat sana kot tapi tak sure lagi. Kalau MrBig bagi pi la kan.

Coffee lover in Melaka jom lah datang ek.



Thursday, February 27, 2014

Otak Saya Penat


Hi Korang,

Aku belum mampu menulis untuk mengeluarkan idea-idea bernas lagi.

Kalau korang perasan entry aku dalam minggu ni dan minggu lepas semua pendek-pendek belaka. Kalau yang panjang-panjang tu ada advertorial gamaknya. 

Sebab terlampau banyak menda yang terjadi dalam 2 minggu ni.

Baik kerja hakiki, kerja blogging, kerja rumah, kerja dengan family dan memacam lagi lah. Straight non stop bekerja dari pagi sampai ke pagi balik dah ni.

Jawabnya


Inilah dia, bila ada time tidur kejap untuk kurangkan kadar kepenatan otak aku.

Memang letih wei.

I need a break!

Korang, tolong baru idea untuk rehatkan otak ni...


EPHYRA PILIHANKU



Hi Korang,

Rupanya masih ramai yang tak tau lagi apa itu EPHYRA ni.

Ephyra Pilihanku


Especially orang-orang yang kurang ke arah media social ni, biasalah orang-orang cam ni memang tak de masa nak layan kan. Contoh macam kengkawan aku ni yang bukan blogger la ye. Anything yang bagi diorang ni new confirm-confirm diorang refer kan aku.

Salah satunya ramai kengkawan pompuan aku sibuk duk tanya pasal produk EPHYRA ni. Hah tanya pasal kebaikkan, sesuai ke tidak dan memacam kan.

Apa lagi terus aku suruh diorang google di internet. Mudah kan but still aku citer gaklah sket.

Kalau refer balik kat entry aku sebelum sebelum ni Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Di antara kebaikan mengamalkan EPHYRA adalah:

Cracked heel berkurang~ tiada lagi masalah tumit merekah dan kering

Lingkaran hitam bawah mata berkurang ~ lebih sekata tona kulit

Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju dan tunaikan solat dgn mudah.

Ada banyak lagi khasiat yang lebih mujarab daripada produk EPHYRA ni

Ephyra Pilihanku


Sebab aku dah pernah mencuba EPHYRA ni walaupun sekejap je, ada beberapa kesan yang dapat aku rasakan.

1. Kulit Sihat

Boleh perasan kulit di seluruh badan cam nampak perubahan. Kesan kekeringan mula berkurangan. Tumit kaki pun dah mula cantik.

2. Lebih Cergas

Ramai testimoni yang aku pernah baca yang mengatakan bila minum EPHYRA ni tenaga makin bertambah, totally memang aku bersetuju sangat. Lepas 2-3 minum, badan makin cergas dan lebih banyak kerja boleh buat.

3. Buatan Tempatan

Bila keluaran tempatan ni, kita lebih percaya dengan cara pembuatannya mengikut piawaian yang ditetapkan. Lagipun menyokong lagi usahawan orang kita ni

Ni aku attach sket testimoni pengguna produk EPHYRA ni.

Testimoni Blogger Eyriqazz

Testimoni Blogger MiaLiana

Bila dah baca citer diorang dan aku sendiri pun dah mencubanya walaupun sekejap je memang terbukti keberkesanannya.

Ok meh layan jap video DUTA produk EPHYRA ni ek


Kalau korang nak info lebih lagi mengenai produk EPHYRA ni boleh check it out di FACEBOOK OCEANLIFE2U dan INSTAGRAM EPHYRA