Wednesday, January 15, 2014

Yadah Spring Festival Party With The Butterfly Project

Hi Korang,

Rasanya ini beauty event yang pertama untuk tahun 2014 ni.


Yeah, aku suka pi event beauty ni sebab dapat jugak kengkawan blogger yang sangat cantik, gorgeous dan meletopss ouls, dan yang best tu diaorang ni sangat giler-giler belaka.



Lepas dari kenduri kahwin blogger Yana Yassin hari tuh, terus je aku shot ke area TTDI ni. Sebab tak berapa pandai jalan-jalan dalam ni, berpusing jap aku sekejap. Nasib baik dapat parking spot cantik. Rupanya Cafe Little Wonton ni kat tingkat atas, kalau team Butterfly Msia ni tak letak signage haruslah lagi sesat barat dibuatnya.



Ok sebelum masuk, kena register dulu cam biasa. Si Illy comel dan si Ayna yang cantik dah tunggu depan pintu. Ok amik kedatangan baru leh masuk.

Masuk masuk je, letak beg terus pi amik gambo. Yeah, meh bercamwhore apa yang menarik di dalam Little Wonton ni ek.













Hah cam nak muntah tak korang tengok gegambo ni kan. Arghh sudah, event dah nak start ni.

Ktorang di perkenalkan dengan Yadah's brand manager, Ms Elaine.



Meh dengar sket apa yang Ms Elaine nak story mory secara roughly kat ktorang pasal Yadah ni ek.

"Yadah is a range of botanical skincare products for teens and young adults formulated with natural plant extracts like essential oils, floral water, barks and traditional herbs etc. that works in perfect harmony with the skin. The gentle yet effective formulas are 100% free from artificial colouring, preservatives, mineral oil, and sulphate and do not contain animal extracts of any kind. They are most suitable for young skin as this particular age range have more tender skin that is more vulnerable to harsh chemicals."



Tengok beberapa slide ni mesti korang lagi paham lah.


Dah paham sket ek, good girl.


Lepas tu plak ada challenge Test & Compare.


Ktorang kena teka yang mana satu agaknya Oh My Sun Block keluaran terbaru Yadah ni. So memasing bukan main lagi menggunakan segala deria yang ada. Bau, rasa cuma makan je tak boleh.


Eh ada lagi test Yadah Lip Tint Balm.





So Dina dan Jen furfer volunter untuk challenge ni. Sapu Lip Tint Balm ni kemudian makan semangkuk noodle. Siapa cepat dia pemenangnya. Hebat diaorang ni, sampai tak de pemenang. Dua-dua dapat hadiah. Terbuktilah Yadah Lip Tint Balm ni still tidak akan hilang walaupun kita makan sebanyak mana.


Ada satu lagi ni Yadah Bubble Deep Cleanser


Ktorang lukis apa jua kat tangan guna eyeliner tak kisahlah. Kemudian bersihkan dengan Deep Cleanser ni. Memang betul ko, hilang wokeh apa yang di conteng tadi. Kira dapat jimat sket tak yah beli makeup remover coz guna cleanser ni dah boleh.

Penat main-main dengan produk Yadah ni, its makan time,



Ktorang dihidangkan dengan pelbagai jenis menu dari Little Wonton ni yang aku sendiri tak pernah nak makan. Ada Kaya Banana Wonton, Sausage and Cheese wonton, Chocolate Banana Wonton sebagai kudap-kudapan. Makan time panas-panas plak memang lazat.


Charcoal Noodle in Spicy Thai

Sangat terbaik oo. Tak pernah makan mee warna hitam cam ni, di tambah plak dengan kepedasan tahap 6, memang awesome.







Lepas makan dan sambung bercamwhore lagi, terus je balik coz petang tuh nak ke tempat lain plak. Tak dapat nak lepak lelama dengan bebudak ni.

 

Ni di antara produk yang aku dapat dalam Yadah goodies bag ni:

Pure Green Toner & Emulsion
Bubble Deep Cleansing
Oh My Sun Block & Mini
Lip Tint Balm
Highlash Mascara
Brightening Ampule x2
Sweet Milky Tint

Terima kasih pada Yadah & The Butterfly Project coz bagi aku peluang sekali lagi join event yang sangat sangat berinfomatif dan best ni. Tak sabar nak join lagi event-event yang lain lah lepas ni tau.


Kalau korang teringin sangat nak beli produk Yadah ni, boleh di dapati di semua Sasa outlets dan juga secara online di


Meh check it out diorang ni semua ek


Yadah


Little Wonton, TTDI (above Speedmart 99)
20-1, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Operation hours:
Mon-Fri: 12:00pm - 10:00pm
Sat-Sun: 11:00am - 10:00pm

The Butterfly Project

Facebook:


Wordless Wednesday - Banyakkan

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Banyakkan

Itu baru jam, belum lagi aksesori yang lelain ek

Tuesday, January 14, 2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

'SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid'

Hi Korang,

Boring boring ni tak de menda nak buat, so joinlah segmen bebudak blogger ni ek


Inilah dia 'SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid'

Klik LINK ni ek

hehhehe, sesaje join bantu adik-adik blogger ni kan

Alah korang pun boleh join gak, tak de salahnya kan. Tambahkan bloglist korang yang sedia ada tuh kan. Aku pun ingat nak revamp balikla bloglist aku ni.

Korang rasa? ok tak..



Monday, January 13, 2014

Termasuk SuratKhabar Lagi

Hi Korang,

Ini citer last week Saturday.

Kan aku tak de kat KL minggu lepas, so agak ketinggalan sket update-update terbaru dalam Social media nie. Yelah cuti sape nak ngadap laptop kan.

Tup-tup bukak je WiFi (maklumlah pakai external WiFi kan, coz malas nak tukar data plan) hah ko banyak giler notification. Dalam hati ermm ada gossip baik la ni kan.

Eh eh banyak plak orang TAG nama aku kan. La rupanya salah sorang blogger terperasan muka aku dalam suratkhabar Utusan rupanya.

Ini lah


Rupanya berita pasal CNY Yadah Party hari tuh.

Yang best tuh, bukan nampak muka sangat pun cuma nampak tangan beso tu je. Eh eh ada jugak yang perasan. Kira glamer gak tangan aku ek. hahahahahahaha. Lepas ni nak jadi model tangan jelah coz aku tau ramai yang boleh cam kan.

Hehehehe anyway meh baca citer YADAH Party ni di Utusan Online ye.

thanks kat foodblogger Hazman ek. Sorry beb aku cilok dari instagram dia ni..

Sunday, January 12, 2014

Menu Makan Tengahari Orang Kampung



Hi Korang,

Weekend ni tak de kat rumah, ktorang balik kampung jap.

Event event gak kan, family jangan dilupa.


Masa sampai tuh, mak aku tengah masak plak. Apa lagi, cepat-cepat tolong apa yang patut. Yelah sekali sekala kan. Agaknya dah lama tak makan masakan mak, apa lagi Mr Big terus cakap terus hidang je lah dah lapar.

Mehlah intai sket apa yang mak aku masak


Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Kerang Rebus


Salad Tahu dan Telur Simple

Alah masak simple-simple je kata mak aku. Janji kenyang, tak yah makan mahal-mahal macam aku selalu makan tuh. Aik mak aku ni, dia stalk instagram aku ke ek? Hehehehhe tergelak Mr Big dengar.


Sekali sekala makan sekeluarga ni best kan, ayah aku siap makan bertambah-tambah nasi dibuatnya. Berselera katanya..

Anyway,

              Selamat Hari Minggu Korang....

Thursday, January 9, 2014

Jom Naikkan Trafik Blog 2014!

Hi Korang,

Merayap-rayap je tangan kat keyboard laptop sekarang ni. 

Bukan apa #bosgerman dah terbang pi Bintulu ada site visit so ade chance aku sekejap nak online buat blogwalking nie. Merata gak blog yang aku singgah, ada yang best dan ada yang macam baca suratkhabar je plak.

Ntahlah blogger, suka hati korang lah nak tulis apa kan. Siapalah aku untuk menghalang.


Merayau kat blog Bicara Mak Dara ni ternampak plak segmen Jom Naikkan Trafik Blog 2014!. So apa lagi mohlah join suka-suka untuk tambahkan traffik di blog kan.

Ni je caranya

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog 2014!

2. Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni

(Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe)

3. Tepekkan Banner di atas tu dan link kan ke entry ini

4.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda

5. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye


Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 6 petang ini 


Ok mudah kan, itu aje.


Serba sedikit mengenai blog www.ciklilyputih.com


'Tuan punya blog ni memang suka merayap pi event. Boleh di katakan setiap hari ada je event yang sempat dia attend. Suka sangat makan-makan, tak kira apa jua jenis pun. Suka gaduh dengan kucing malasnya iaitu Dak Uban & Dak Nin, serta ramai orang ingat Mr Big tu skandalnya tuan punya blog ni which is sebenarnya itu suami saya' 

hehehehhehe, itu je.

Tapi harus di ingatkan


NOTA PENTING!!

Jika korang telah menyertai segmen ini korang perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak dara berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak korang di blog itu.. Dan jika blog korang menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini korang haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik blog sesama kita ..

Psttt.... Dari pengalaman mengadakan segmen beberapa kali tak berapa lama yang lalu, para peserta bukan sahaja mendapat menaikkan trafik blog mereka malahan ada juga mendapat follower baru dan lebih penting mendapat ramai kenalan baru.. so apa lagi moh le join ;)

Reebonz Contest : Boleh Menang Beg Tangan Eksklusif PRADA Bernilai RM12,500

Hi Korang,


Kalau dengar je pasal contest yang hadiahnya beribu ringgit, ermm terbukak mata korang kan. Tau zaman ni zaman duit hehehe alah cakap orang aku pun sama gak lah

Contest yang boleh menang handbag PRADA RM12,500! ermm memang best hadiah ni. Tapi siapakah Reebonz ni ek, ok meh citer sket.


Apa Itu Reebonz

Reebonz (disebut sebagai ‘ribbons’) merupakan jenama online paling dipercayai di Asia, dan merupakan destinasi membeli-belah yang digemari kerana adanya pelbagai jenis jenama mewah. Ditubuhkan pada bulan Mac 2009, Reebonz telah menempa nama sebagai salah satu perniagaanonline yang paling disegani di Asia kerana kami menjaga reputasi kami dalam menjanjikan produk berkualiti tinggi, nilai hebat dan perkhidmatan yang bagus.


Ia beribu pejabat di Singapura dan telah menubuhkan pejabat di serata Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Hong Kong, Taiwan dan Korea.

Ok dah paham ek, kalau kurang faham sket meh ke official website diorang http://www.reebonz.com.my ye.

Selari dengan cogan kata jenama itu, ‘Unveil the Surprise’ (Kejutan Istimewa), Reebonz menawarkan peluang bagi rakyat Malaysia untuk mendapat kejutan istimewa berupa hadiah yang datang hanya sekali seumur hidup. Korang hanya perlu mendaftar sebagai ahli secara percuma, atau jika korang sudahpun menjadi ahli, daftar masuk ke laman web Reebonz di http://www.reebonz.com.my dan jawab tiga soalan yang mudah. Pemenang akan mendapat beg tanganeksklusif Prada Saffiano Lux Borsa Cerniera bernilai RM12,500!

Di Sebalik Tabir Penghasilan Video Music Reebonz

Sempena dengan pertandingan ‘Win a Prada from Reebonz!’, Reebonz turut melancarkan video (http://youtu.be/pBt7jWq7_Z8) di platform media sosial mereka, seperti laman Facebook mereka, laman web Reebonz dan laman mikro pertandingan mereka (http://www.reebonz.com.my/winpradabag_contest). Video itu bertujuan untuk memberi kesedaran tentang Reebonz dan menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai komuniti eksklusif Reebonz.

Aku sempat mengikuti video shooting Reebonz ni di Publika tahun lepas. Memang seronok tengok model-model yang cantik molek ini beraksi dengan beg tangan berjenama di Reebonz.







Ini plak official music video Reebonz ye.


Apa lagi jom sertai contest Reebonz nie. Caranya, meh check it out kat bawah ni ek


Senang kan, itulah aku cakap. Easy beazy je.. jawab 3 soalan yang berkaitan Reebonz je.


Seorang pemenang yang bertuah akan mendapat beg tangan eksklusif Prada Saffiano Lux Borsa Cerniera bernilai RM12,500

Contest ini bermula dari 6 Januari hingga 6 Mac 2014

Jom cepatlah apa tunggu lagi




Nak lebih details, check out

Official Website : http://www.reebonz.com.my/

Win A Prada Contest link :

Facebook Page : Reebonz Malaysia

 

 




IL DIVO Akan Datang Ke Resort World Genting, Malaysia

Hi Korang,

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan penyanyi dari luar negara ini.

IL Divo adalah kumpulan Crossover klasik pertama di industri muzik antarabangsa yang mencapai kejayaan besar dan menjual lebih 26 juta album di seluruh dunia.

ini bukan IL Divo, ini Vogi the buzz group ek. dengan orang kuat Genting ni tau

La tak kenal ke? ermm meh aku citer sket. Kumpulan IL Divo ini di anggotai oleh 4 orang penyanyi yang cukup mencairkan hati aku iaitu Sabastien Izambard, Carlos Marin, David Miller dan Urs Buhler. Mereka ini akan beraksi di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands pada 14hb dan 15hb Mac 2014.



Konsert 'A Musical Affair' ini disokong oleh Malaysia Major Events, jabatan daripada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah naungan Malaysia's Ministry of Tourism and Culture



Aku sempat ke press conference bagi konsert ni hari tu di Maison Francaise, Changkat Kia Peng. Cantik ooo tempat ni, suke sangatlah.


Berucap pada majlis itu, Mr Kevin Tann berkata ' We are very excited that IL DIVO is coming to Resorts World Genting. The group is famous for their songs and group performances. Resorts World Genting is honored to have them perform their first Broadway Album called 'A Musical Affair' here at the Resort'.


Album ini adalah himpunan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Broadway menunjukkan seperti Phantom of Opera, Carousel dan West Side Story dan ciri-ciri rakan duet cemerlang Barbra Streisand, Kristin Chenoweth , Nicole Scherzinger , Heather Headly dan Michael Ball. Tidak perlu dikatakan, konsert mereka di Resorts World Genting akan menampilkan beberapa lagu-lagu seperti Memory , Can You Feel The Love Tonight, Bring Him Home, Tonight, Some Enchanted Evening dan banyak lagi.


Mr Tony Nagamaiah, General Manager Malaysia Major Events (previously MyCEB)

with sponsor and partners

Tiket konsert mula di jual dari 02/01/2014 onwards pada harga bermula RM980, RM790, RM590, RM390, RM280 dan RM180.

Bagi pemegang Genting Rewards Card, members akan mendapat 10% diskaun potongan harga tiket.

Nak tau lebih lanjut, meh call 03-2718 1118 atau lawati www.rwgenting.com


Aku? ermm haruslah dapat special tiket ye daripada Team Genting. Hehehehe memang tak sabar nak pi lah nak

Korang-korang yang mana kaki-kaki music classical ke, broadway ke meh lah ke konsert ni ek


Wednesday, January 8, 2014

Terpaksa Citer Pasal Restoran Wadihana Foodys Di Bangi Gateway

Hi Korang,

Note : gambo tak cantik sket coz malas nak bukak flash phone ek. Duduk plak kat tempat gelap hehehehe

Entry ni kiranya bukan nak jatuhkan restaurant Food Galore ni ye.

Memang aku suka nau cuba restoran-restoran yang baru bukak kat area rumah aku ni. Suke-suke nak rasa sedap ke tak, sesuai dengan tekak ke kan.

Ktorang pi cuba makan kat restaurant Food Galore di Bangi Gateway last week. Asalnya nak pi beli penyapu dan penyodok je, tup-tup boleh plak sampai sini. So pi beli bebarang kat Jaya Groccer.


Then masa nak balik, nampak plak restaurant Food Galore ni. Ermm singgah jelah dinner sini.

Boleh dikatakan semua jenis makanan ada kat sini. Nak western ada, local food ada, goreng-goreng ada. Ermm banyaklah choice sampai tak tau nak pilih yang mana kan.

Jadi ktorang order

Rocky Nachos (RM13.90)
nachosnya ranggup, atasnye ada minced chicken kot dan cheese. sedap.

Grilled Striploin (RM25.90)
nampak cam kecik tapi dagingnya tebal dan lembut. Lambat nak abiskan. Mr Big siap suruh aku makan sekali ek.

Portuguese Squid Set (RM15.90)
baca review kat bawah. 

Drinks plak

Blue Lagoon Lemonade (RM7.90)

So far semua makanan bagi aku not bad lah. Sebab mak ni bukan food blogger tegar yang pandai benau pasal makanan kan.

Cuma aku nak komplain bagi suggestion sket mengenai


Portuguese Squid Set

Masa sampai atas meja tuh, memang dah bukak selera aku untuk makan walaupun time tu dah sepatutnya tak boleh makan coz lagi 2 jam time tidur aku kan. Di sebabkan nampak mengancam terus je aku makan.

Mak oi sambal sotong tu teramat pedas yang sampai suapan pertama aku terkeluar air mata. Rupanya sambalnya tak masak betul, tumis belum garing lagi diaorang dah masukkan bahan-bahan lain. Kalau tak betul gaya boleh sakit perut dibuatnya.

Sudahnya aku tak makan pun.

Panggil budak manager restoran tuh, explain bebaik dengan dia pasal perkara ni. Citer elok-elok, bukan complain ye. Nasib baik kena kat orang cam aku yang malas nak kecoh-kecoh ni. Kena kat orang yang tengah lapar lepas tu tak boleh nak makan plak sebab pedas, ermm mau bertumbuk di buatnya kan. Bayar memahal tapi tak leh nak makan.

So hopefully restoran ni akan segera memperbaiki apa yang lebih dan apa yang kurang bagi menjaga kualiti makanan korang ye. Wah, ayat! kemain lagi ek


Nak suggest kat korang ke? ni alamatnya

Foodys
Ground Floor
Bangi Gateway Shopping Centre,
Seksyen 15
Bandar Baru Bangi

Nanti kalau korang pi, cubalah menu tuh. May be diorang dah improve kot. Ikut janji budak manager tuh. Ntah ye ntah tidak, tak tau lah aku kan.

Anyway,

Selamat Makan Korang..
 

Wordless Wednesday - Buah Cina

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week.


Pernah tengok tak?

Buah ni hanya ada pada musim nak raya Cina je. Musim lain tak de, export dari oversea tu tau...