Friday, September 20, 2013

Portal Hiburan ESCAPE Yang Terkini, Esklusif Bagi Pengguna CELCOM

Hi Korang,

Kita ni kalau boleh memana pergi pun, sibuk nak tengok TV kan.

Especially aku, maklumlah aku kan memang kaki TV, movie,drama dan apa jua lah.Kalau boleh nak gendong je TV tu kemana je aku pergi.

Memang kemaruk TV betul lah Cik Lily Putih ni ek.

Kebetulan plak, ada plak menda baik lagi terkini dari CELCOM ni kan.


CELCOM memperkenal ESCAPE, iaitu portal hiburan yang korang boleh enjoy menonton apa jua hiburan di mana je korang  berada. Ianya merupakan online movie library yang mengandungi pelbagai jenis sama ada Hollywood ke, Korean, Indonesian, Hindi dan tidak ketinggalan hiburan tempatan kita lah. Lepas tu plak ada, acara secara langsung, berita, konsert, TV series semuanya di tangan korang je. Guna smartphone lah katakan.

Suka lah tuh, meh tengok cara nak tengok ESCAPE ni ek.

1. Korang boleh menonton dari komputer, tablet dan juga smartphone. Sangat bersesuaian pada iOS, Android, MacOS dan Windows.


2. Korang kena register kat www.ESCnow.com dulu.


3. Masukkan segala butir-butir diri korang. Katakan masuk aku punya plak.


4. Lepas SUBMIT, korang akan dapat verification code melalui smartphone korang dan terus masukkan ke dalam registration form tuh.


5. Kemudian check email yang korang register tuh untuk pengaktifan.

Itu je..

Now dah boleh tengok apa jua rancangan yang korang minat.


Kalau nak tau, lebih daripada 500 movies bergenre action, thriller, comedy, drama horror, romance, konsert, acara red karpet korang boleh tonton yang hanya 80 sen sejam. Kira kalau movie tuh 2 jam baru RM1.60 je kan. Sangat jimat kan.

Dengan adanya butang Pause dan Play function tuh, korang boleh je stopkan sekejap movie yang korang tengah tengok tuh dan buat kerja lain dan kemudiannya terus sambung balik kat mana korang stop tadi.

Service ni esklusif hanya untuk pelanggan CELCOM di  mana jua korang berada. Jadi sesiapa yang minat ESCAPE ni ada baiknya terus pi melanggan CELCOM ye.

So apmacam, ada berani tak? hehehehehhe

Thursday, September 19, 2013

Samsung NX300 Dalam Genggaman

Hi Korang,

Dalam masa tengah deman-deman ni ade plak rezeki muncul.

Memperkenalkan


Samsung NX300

Nampak comel je kan tapi kehebatannya tidak boleh di sangkalkan lagi. Sangat menakjubkan.

Terbaek ooo

Ok nanti aku sambung review kehebatannya ye...

Wednesday, September 18, 2013

Perut Meragam, Effect Ke Blog

Hi Korang,

2-3 hari ni, kalau korang perasan blog aku macam tak berupdate je.

Cuma yang ade entry advertorial je kan.

Itulah tokeh deman teruk di tambah plak dengan perut meragam, mana tak effect ke blog kan.

Walaupun idea ada tapi anggota badan tak mengizinkan plak.


Jawabnya kenalah berehat depan TV je.

Anyway korang doakan aku cepat baik ye. 

P/s: setakat ni dah lebih daripada 10 kali masuk toilet, teruk betul lah...

Tuesday, September 17, 2013

Impian Nyanyian Shaheizy Sam Bagi Kempen NESCAFE On The Life

Hi Korang, 

This is a sponsored post by Nestle


Tau tak korang yang Shaheizy Sam ada bakat dalam bidang nyanyian, itulah aku sendiri pun tak tau yang beliau pernah ada band muzik M.O.B 5 tahun lepas tapi terkubur disebabkan masanya yang tidak mengizinkan. 

Ermm aku cuma tau, beliau ni pernah berduet dengan Yana Samsuddin alah lagu Begini Caranya yang jadi soundtrack filem Aku Ada Kau Ada. Boleh tahan gak suara Shaheizy Sam ni kan.


So now Shaheizy Sam dalam process nak buat single terbaru bersama NESCAFE On the Life campaign bersama komposer Audi Mok. Aku dapat tau ni masa aku pi press conference NESCAFE Cans kat The Bee Publika hari tuh. Thanks Nuffnang coz sudi ajak aku ek.


"NESCAFE  Cans is  synonymous with   music  and  we  are  embracing  this special opportunity  to work together with an artiste like Sam and engaging his loyal following for this project. Sam is currently better known as an actor, but many of his loyal fans have been hankering to hear him sing, so we are riding on youth and people power to bring this partnership to a whole new level. We are happy to be a part of this unique creative process, which brings Sam closer to his fans than ever before. We are proud that  NESCAFE  Cans is  able to  inspire  creativity amongst youth and help Sam realise his dream with  this people-powered initiative,"  kata En. Teo Heng Keat, Business Executive Manager, Nestle Liquid Drinks (Malaysia).

amoi selayang 'anne' yang sibuk amik attendance

marya, auni, anis, sabby,  cik lily putih, cik epal

sempat yuyu zulaikha make up ek

Ramai gak bloggers dan media yang hadir,ye lah artis kesayangan Malaysia tuh. Dah lah susah nak jumpa kan so bila dapat peluang cam ni haruslah jangan dipersiakan.


"My fans mean so much to me and are a large contributor  to my career success, so with  this opportunity from NESCAFE Cans,  I am able to closely involve them in  my career  development,   particularly   my  music-making  journey  that  they  have  been following  so closely,  by  inviting   them  to  contribute   their  ideas  and inspirations towards the development of my new single," itu kata Shaheizy Sam.



Shaheizy Sam akan bergabung tenaga bersama komposer Audi Mok dalam menghasilkan music arrangement dan akan dinyanyikan sepenuhnya oleh Shaheizy Sam.


Alah korang peminat tegar Shaheizy Sam pun boleh turut serta dalam proses penghasilan lagu ni. Alah senang je, kepada rakyat Malaysia especially peminat Shaheizy boleh menyumbangkan idea serta berkongsi pendapat korang di Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #NescafeOnSam. Hantar seberapa banyak yang mungkin, mana tau idea korang akan menjadi one of the inspirasi bagi Shaheizy Sam kan.

Jomlah kita check it out segala perkembangan lagu terbaru Sam bagi kempen Nescafe Cans ni di www.onsam.com.my dan juga di facebook https://www.facebook.com/shaheizy.sam.official.fanpage 


Nak minum NESCAFE Cans ni bebanyak lah, mana tau aku dapat idea best-best untuk lagu Shaheizy ni kan. Tup-tup terus glamer dibuatnya tau.



Sunday, September 15, 2013

Ke Luar Negara Dengan DiGi Roaming

Hi Korang,

Ni dah hujung tahun ni, dah mula dah korang duk book tiket flights.

Masa MATTA Fair last week, kemana je korang plan nak pergi? of courselah overseakan coz Malaysia dah abis jalan. Jangan kata korang, aku pun sama gak. Dah book setahun awal lagi nak ke Melbourne, insyallah maybe hujung tahun ni.

Bila dah travel oversea ni, internet junkie cam aku mesti duk sibuk nak tunjuk gambar tempat-tempat. Internet itu sangat penting wokeh, memang tak boleh di pisahkan lagi.

Jalan terbaik adalah roaming service.

Sekarang ni DiGi tengah buat promotion dengan hanya serendah RM32/sehari. korang boleh enjoy dengan internet tak kira lah guna telefon ke, laptop ke even tablet korang yang canggih manggih tu tau. Boleh roaming dengan 41 telefon operator seluruh dunia.


Ni aku letak sket informasi mengenai DiGi Roaming ni ye

'Data usage of 3MB and above will be charged at a flat rate (daily max cap) of RM32/RM36/RM56 per day'

Kegunaan data bagi 3MB dan ke atas akan di kenakan kadar bayaran sama rata iaitu RM32/36/56 sehari. Ikut negara yang korang pergi tu.

Kalau pakai data sedikit dari 3MB ianya akan di kenakan

·RM10.66/MB with 10kb charging block for RM32/day
·RM12/MB with 10kb charging block for RM36/day
·RM18.66/MB with 10kb charging block for RM56/day

Yang kadar ni, kira macam apa yang korang pakai itu yang korang bayar lah.Alah macam orang kata 'Pay As You Use'.

So bolehlah korang update FB status ke, share gambar tempat-tempat menarik masa korang holday tuh. Tak pun, kalau korang tersesat ke, tak tau jalan ke boleh je search guna Google Maps.

Blogger cam aku ni, penting tu internet untuk check email. Mana tau dapat job-job advertorial menarik time bercuti tu, so bolehlah reply secepat mungkin hehehehhehe..

Tak paham lagi, meh sini aku terangkan kat korang seterang-terangnya.

Katakan sekeping gambar beratnya 60kB, so korang boleh upload 15 keping gambar dalam 1MB dan untuk 1kB massage, maknanya 1000 massage (without attachment) korang boleh sent/received via Whatsapp untuk 1MB.

Kira untung lah kan.

Macam aku pi travel ke Singapore hari tuh



data DiGi Roaming ke Singapore adalah



Bestkan, kira berpatutan lah. Tapi kena ikut negara yang korang pergi coz ratenya berbeza bagi setiap negara.

So dah fikir dah ke yang mana satu jadi pilihan? semestilah DiGi the smarter choice...





Friday, September 13, 2013

Mencari Hadiah Hari Jadi Untuk Diri Sendiri


Hi Korang,

Memandangkan bulan September ni bulan kelahiran aku, rasa-rasanya nak gak cari perfect gift untuk hadiahkan diri sendiri kan. Tak boleh nak harapkan orang lain je bagi hadiah kan, kecuali Mr Big yang mesti kasi aku hadiah tak kira masa ye.

Teruk punya wife ek

So aku mencari sesuatu yang dapat mengembirakan hati dan selesa serta sedap mata memandang. Ewah, macam nak cari kekasih gelap plak. Oit tak terlintas langsung di hati ni tau.

Mungkin aku nak hadiahkan diri aku sendiri, 2-3 helai dress, sepasang kasut, 1 handbag dan 2-3 aksessori gituh tak kiralah rantai ke, earings ke, fancy cincin kan. Bukan apa, lama benau tak bershopping asyik duk sibuk pi event ke hulu hilir je.

Bukan apa segan plak asyik pakai baju recycle kalau pi event kan. Walaupun orang tak perasan tapi aku sendiri rasa malu. Mr Big cakap aku ni bukan artis pun, orang bukan kisah pun. But for me, even t-shirt pun aku memang jarang recycle kalau pi event.

Ishk perangai cam diva sangat, padahal poyo je lebih hahahahaha


Penat dah rasanya berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Dah bukan 1-2 shopping centre malah lebih dari 3 mall sekali aku berjalan weekend lepas sampai penat kaki mak aku siap dia kata ko pi cari sendiri, biar mak duk minum je dengan laki ko tuh. Sudahnya tak de beli apa pun, setakat belikan baju untuk anak sedara aku yang nak balik next week nanti.

Itulah orang pompuan, memang leceh. Ntah apa yang duk belek pun tak tau lah, kata Mr Big kan. Sebab tu dia malas nak ikut aku lagi berjalan kecuali pi beli barang dapur je.



Then dia duk suggest, why not you buat je online shopping di Zalora Malaysia. Kan senang memacam ada.

Ye tak ye plak. Aku memang jarang membeli belah barangan wanita secara online ni. Yelah takut macam-macam jadi kan.

Tengok baju dan kasut memang cantik-cantik tapi memandangkan saiz badan aku yang sedang-sedang aje dan comel ni, maka tak beranilah aku nak beli kan. Walaupun kita boleh pulangkan balik dalam masa 30 hari but aku malas nak pi pejabat pos tuh.

Ntahlah dah carba marba plak dalam hati aku ni nak beli apa, padahal dah plan bagai. Sudahnya semuanya jadi rambang mata dibuatnya.

Kena fikir dulu sebelum gatal klik kat website Zalora Malaysia ni, check it out budget dulu samaada cukup ke idok nak beli banyak barang ni. Tapi sekali sekala belanja untuk diri sendiri apa salahnya berlebih sket kan.

Korang tunggulah nanti apa pilihan hati aku, jadi ke tak aku online shopping ni ek.


Cream-O Cookie Mug, Sedappp..


Hi Korang,


Kanak-kanak pasti suka menda ni



Penah tak korang makan biskut sambil cicah susu dan kemudiannya korang boleh makan terus cawan yang korang duk cicah susu tuh?

Ermm haruslah tak sebab mesti korang rasa cam keanak-anakan bila buat menda cam tu.

But not for me, I'll find sweet dan comel sangat.


Actually Cream-O (salah satu pengeluar biskut di Malaysia ni) berkerjasama dengan Grey Malaysia serta Geometry Global bagi menghasilkan Cookie Mug iaitu salah satu cara mudah dan sihat bagi ibubapa meyakinkan si manja mereka untuk minum susu.

Memang ko, aku pun masa kecik-kecik mana mau nak minum susu. Dah lah warna putih tak berseri langsung.


Bila anak-anak ni umurnya meningkat pada 7 tahun ke atas, memang payah bagi diorang ni untuk minum susu, baik diorang lebih baik minum soft drink, ye lah manis dan sedap di tekak. Tapi korang sebagai parents duk paksa gak minum susu untuk tambah kalsium lah itulah, inilah mana maunya bebudak ni.


The Cookie Mug ini produk yang sangat unik di reka khas untuk menggalakkan anak-anak minum susu 2 kali sehari. Ianya diperbuat daripada plain biskut organik dan healthy dark chocolate dan hanya mengandungi kandungan gula yang bersesuaian dengan keperluan pertumbuhan kanak-kanak.

Ni part yang excited ni, cara nak makan Cookie Mug ni.


La makan jelah, itu pun nak cara gak ke. Cawan boleh makan ni boleh di gunakan sebanyak 2 kali. Bila korang dah tuang je susu dalam cawan tuh biarkan seketika so that susu dan coklat tu dapat bersatu rasanya. Kemudian tu minumlah. Jadilah susu coklat bersama biskut kan. Abis ke minum susu tuh, hah apa tunggu lagi makan je trus Cookie Mug ni.


Best kan, itulah aku pun nak cari nantilah masa pi Jusco nanti. Kena cepat tau coz Cookie Mug ni adalah limited edition ye. Kalau banyak permintaan mesti diorang akan produce lagi punya.


Sedikit note:
The Cream-O Cookie Mug was developed as a conceptual product by snack manufacturer Jack'n Jill in conjunction with Grey Malaysia, one of the nation's leading advertising agencies, and Geometry Global, the world's largest activation agency.


Thursday, September 12, 2013

Resipi LASAGNA Mudah Lagi Ringkas

Hi Korang,

Dah lama aku teringin sangat nak masak Lasagna ni. Makan kat Pizza Hut memang tak puas. Kecil je portionnya, harga bukan main melantun bagai kan.

So 2-3 aku duk usha dalam google ni, mencari resipi lasagna mudah dan ringkas lagi menyedapkan.
Banyak cross reference yang aku buat, aku amik sket kat blog orang ni, tambah sket kat blog orang tu kan, terus jadi resipi Lasagna dah di olah oleh aku.

Bahan-bahan untuk resipi Lasagna:-


Instant lasagna, aku pilih jenama San Remo - di celur/direbus seketika

1 bungkus Shredded Mozzarela Cheese

Sedikit butter untuk gris mangkuk pembakar



Bahan untuk Sos Bolognese:
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (potong ikut suka
1 bungkus daging cincang 400 gram
Tomato puri
Garam secukup rasa


Bahan untuk Sos Putih :
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Cara-cara memasak lasagna:-

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas mendidih. Make sure kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.


2. Cara masak sos bolognese sama macam masak kuah spagethi. Senang kan. Kalau korang dah terrer lagi best. Sesiapa yang tak pandai lagi, meh baca resipi spagethi bolognese aku ni ek


3. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

4. Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. Aku gunakan sudip rata untuk untuk angkat kalau pakai tangan, harapannya boleh terkoyak kulit lasagna tuh.


5. Sediakan bekas untuk membakar lasagna. Ikut kesesuaian oven korang. Kalau ada saiz yang just nice, gunakan jelah. Tapi make sure korang ingat, yang korang kena susun kepingan lasagna tuh bertingkat-tingkat ye.


6. Cara susunan Lasagna.

Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

7. Ulang sekali lagi langkah 6 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.


8. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC  selama 35 hingga 40 minit.

Ok siap dah.

Masa aku keluarkan bekas lasagna yang ampun, hitam oulls permukaannya.Aku assume tak jadi ni. Rasa nak nangis pun ada. Tup-tup Mr Big kata cuba try potong dulu, tengok dalamnya hangus ke tak?

Bila dah potong, jeng jeng jeng..


Terbaik uols. Sedap, enak dan lazat walaupun kuahnya banyak kan. Itulah tak ikut petua orang lama, cam ni lah padahnya.

Ktorang biarkan sejuk seketika then baru potong. Hah bila makan, bukan main seronok lagi Mr Big kan. Dia abiskan satu bekas lasagna tu tau. Sedap benau katanya.


Sedikit tips untuk masak Lasagna

1. Kuah bolognese tu sebaiknya pekat dan kering sedikit, barulah cantik je bila di letakkan atas kepingan lasagna.
2. Sos putih pun sama mestilah likat tapi jangan pekat sangat.
3. Sila jaga oven korang punya temperature, jangan meragam cam aku pun ni. Maybe dah lama tak pakai kot.
4. Jangan potong masa panas-panas coz tak cantik potongannya. Tapi kalau dah lapar, ada aku kisah kan.
Apmacam, faham tak instruction aku ni.
Very straight forward kan. Mudah dan cepat untuk di masak. Masa first time aku buat ni, kekoklah sket so amik masa almost 2 jam gituh. Dari Mr Big belum sampai rumah sampai dia duk main game dah masuk intermediate level lah kan.
Korang pun patut cuba, pelbagai sket resipi masakan korang tu kan..

Dapat Birthday Gift Dari Sephora



Hi Korang,

Yeah, musim birthday ni memang best.

Sana sini dapat hadiah untuk diredeem. Syiok sungguh. Maklumlah banyak sangat register jadi member kan.

Tengok ni, hadiah dari Sephora



Comel kan..

Yesza, amat sesuai untuk aku yang kaki berjalan ni. Saiznya yang kecil dan senang untuk di simpan dalam handbag.


Warnanya basic colour so kalau ade emergency nak touch up tapi lupa bawak make-up bag so inilah solutionnya. Ade eyeshadow, blush powder dan lipstick. Kira ok la tuh kan.


Anyway thank you Sephora for this lovely gift. Korang yang memana belum jadi member lagi, baik cepat register ye.

Tak sabar nak guna..