Showing posts with label rahsia memasak untuk isteri. Show all posts
Showing posts with label rahsia memasak untuk isteri. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Resipi LASAGNA Mudah Lagi Ringkas

Hi Korang,

Dah lama aku teringin sangat nak masak Lasagna ni. Makan kat Pizza Hut memang tak puas. Kecil je portionnya, harga bukan main melantun bagai kan.

So 2-3 aku duk usha dalam google ni, mencari resipi lasagna mudah dan ringkas lagi menyedapkan.
Banyak cross reference yang aku buat, aku amik sket kat blog orang ni, tambah sket kat blog orang tu kan, terus jadi resipi Lasagna dah di olah oleh aku.

Bahan-bahan untuk resipi Lasagna:-


Instant lasagna, aku pilih jenama San Remo - di celur/direbus seketika

1 bungkus Shredded Mozzarela Cheese

Sedikit butter untuk gris mangkuk pembakar



Bahan untuk Sos Bolognese:
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (potong ikut suka
1 bungkus daging cincang 400 gram
Tomato puri
Garam secukup rasa


Bahan untuk Sos Putih :
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Cara-cara memasak lasagna:-

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas mendidih. Make sure kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.


2. Cara masak sos bolognese sama macam masak kuah spagethi. Senang kan. Kalau korang dah terrer lagi best. Sesiapa yang tak pandai lagi, meh baca resipi spagethi bolognese aku ni ek


3. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

4. Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. Aku gunakan sudip rata untuk untuk angkat kalau pakai tangan, harapannya boleh terkoyak kulit lasagna tuh.


5. Sediakan bekas untuk membakar lasagna. Ikut kesesuaian oven korang. Kalau ada saiz yang just nice, gunakan jelah. Tapi make sure korang ingat, yang korang kena susun kepingan lasagna tuh bertingkat-tingkat ye.


6. Cara susunan Lasagna.

Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

7. Ulang sekali lagi langkah 6 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.


8. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC  selama 35 hingga 40 minit.

Ok siap dah.

Masa aku keluarkan bekas lasagna yang ampun, hitam oulls permukaannya.Aku assume tak jadi ni. Rasa nak nangis pun ada. Tup-tup Mr Big kata cuba try potong dulu, tengok dalamnya hangus ke tak?

Bila dah potong, jeng jeng jeng..


Terbaik uols. Sedap, enak dan lazat walaupun kuahnya banyak kan. Itulah tak ikut petua orang lama, cam ni lah padahnya.

Ktorang biarkan sejuk seketika then baru potong. Hah bila makan, bukan main seronok lagi Mr Big kan. Dia abiskan satu bekas lasagna tu tau. Sedap benau katanya.


Sedikit tips untuk masak Lasagna

1. Kuah bolognese tu sebaiknya pekat dan kering sedikit, barulah cantik je bila di letakkan atas kepingan lasagna.
2. Sos putih pun sama mestilah likat tapi jangan pekat sangat.
3. Sila jaga oven korang punya temperature, jangan meragam cam aku pun ni. Maybe dah lama tak pakai kot.
4. Jangan potong masa panas-panas coz tak cantik potongannya. Tapi kalau dah lapar, ada aku kisah kan.
Apmacam, faham tak instruction aku ni.
Very straight forward kan. Mudah dan cepat untuk di masak. Masa first time aku buat ni, kekoklah sket so amik masa almost 2 jam gituh. Dari Mr Big belum sampai rumah sampai dia duk main game dah masuk intermediate level lah kan.
Korang pun patut cuba, pelbagai sket resipi masakan korang tu kan..