Tuesday, October 23, 2012

Pertama Kali Snorkeling Di Pulau Lang Tengah

Hi Korang,

Cam ne aku boleh terlupa nak citer kat korang pasal percutian 1080km bulan lepas ek, ishkk nampak sangat mak  dah tua nokss.

Ok now kita sambung balik ek.


Tempat yang ktorg stay tu Lang Sari Resort kat Pulau Lang Tengah. Alah resort biasa-biasa je coz tujuan pi tu nak snorkeling kan bukan nak memerap dalam bilik. Memang sepanjang 2 hari tu aku duk berjemur kat tengah laut je.




Ktorg di bawa ke satu area dalam Pulau Lang Tengah ni. Not sure plak nama tempatnya. Tapi pengalaman snorkeling kat situ sangat awesome. Kalau korang nak tau yang aku ni memang tak reti proper swimming la, kalau setakat floating, kuak kanan kiri atas bawah tu bolehlah.


Lepas pakai segala mak neka snorkeling gear, diorg ni bukan main seronok lagi terjun kan. Sebab aku cuak so aku suruh Mr Big turun dulu biar aku yang terhegeh-hegeh ni turun guna tangga. Oit sejuk betul air laut warna turquise ni, memang betul laut dalam la.


Terus aku benamkan kepala dalam dasar laut. Masyallah memang cantik. Ikan dan coralnya sangat berwarna-warni dan cantik. Ok naik balik kepala dan terus nekad dalam hati yang aku nak explore gak tempat ni. Float badan slowly dan terus benamkan kepala sekali lagi, automatik kaki bergerak menguak untuk gerakkan badan. Masa tu dah tak de rasa takut lagi coz rasa seronok nak tangkap ikan kat sekeliling badan aku ni.


Tup-tup tangan aku kena tarik plak, la rupanya my big brother nak bawak aku pi tempat yang lagi cantik. Hah redha je sambil mata duk tercari-cari lagi coral-coral yang hidup dan bergerak mengikut arus air. Serious tempat yang Mr Big bawak tu lagi cantik, ikan nemo bersepah-sepah kiri dan kanan bahu kira macam mengiringi aku sekali.


Aku langsung tak bergerak dari situ, betul-betul enjoy the view. Like berjuta-juta kali.

Kemudian ktorg ke area ‘Blue Coral’ yang dekat dengan Sari Pacifica Resort ni. Tempat ni pun not bad jugak, walaupun dekat dengan resort but still ada coral yang cantik-cantik. Tak dalam pun 40 kaki je, boleh nampak dasar laut. Kat sini banyak ikan selar kuning dan ikan sebelah. First time tu tengok ikan sebelah.




Balik resort, aku sambung lagi bersnorkeling kat depan resort. Walaupun air cetek but still banyak gak ikan. Aku terjumpa ikan pari dan baby yu. Nasib baik tak kena gigit uolls. Tapi kat depan resort ni banyak coral hidup so kena pakai kasut untuk snorkeling. Kelakar kan tapi demi nak tengok ikan cantik aku harungi jua tau.


Itulah aktiviti aku sepanjang holiday kat Lang Sari Resort ni. Cetek mata je laut, nak tutup mata pun lepak kat tepi laut dulu. Aku cuma ada kat bilik bila time lunch dan lepas lunch sekejap dan malam je. Rest of the time memang aku duk berendam je dalam laut. Sampai Mr Big tak boleh nak kata apa lagi, dia cuma duk perhatikan aku dari bilik je sambil borak-borak dengan bebudak yang lelain. Sorry tak de gambar dalam laut coz aku terlupa bawak underwater camera. Rugi bebenor dibuatnya.


Kan aku memang gilakan laut, haruslah enjoy sepuas yang mungkin kan.

Ok nanti aku citer lagi pasal Lang Sari Resort ye, walaupun ramai orang komplen tempat tu dalam TripAdvisor but I find it tak delah teruk mana pun.

Aku miss nak dengar deru ombak lah...





Cadangan Entry Menarik Di www.ciklilyputih.com

Hi Korang,

Ok recap balik untuk peserta giveaway ‘Lori Oreo Comel’ ye..

Bila aku baca je cadangan-cadangan yang korang tulis kat entry korang tuh bukan main dasyat sekali ek.

Tak caya?

Refer kat pie chart yang aku dah buat ni ek. Nak kasi senang korang paham.



Rata-rata mahu aku teruskan entry pasal makan-makan ni sebab diorg suka kat model residen untuk www.ciklilyputih.com ni. Sapa lagi kalau tak bukan Mr Big kan sebab Mr Big ni dengan selambanya akan pose yang mengarut bila bab makan ni. Ramai yang tergelak-gelak bila tengok gambo Mr Big ni.

Travel pun ramai yang suruh aku tulis sebab aku akan citer secara details tentang tempat yang aku pergi tu, macam hotel, room rates, tempat tu cam ne dan memacam lagi lah.

Ermm paling HOT sekali pasal Tips Blogging. Aduiyai aku bab ni memang langsung tak terrer coz tak ilmu langsung pasal blogging ni. Aku ni berblog ikut suka so segala pantang larang pasal blog semua aku langgar. Tapi tak per akan aku usahakan demi pembaca setia blog hijau lestari aku ni hehehehhe

Gadget, Event dan Beauty pun mendapat tempat di hati korang gak ek. Ye aku tau korang memang nak up to date dengan technology masa kini. Orite no problem punye.

Last but no least pasal personal. Rupanya ramai gak yang nak tau lifestyle aku especially pasal family aku ek. Terharu gak dibuatnya heheheheh bukan apa malas nak bukak pekung pasal diri sendiri.

Ok itu je yang sempat aku analisis mengenai kerenah pembaca setia aku ni. Hopefully akan aku usahakan untuk membaikpulih blog aku yang tak berapa HOT ni kan.

So peserta harap bersabarnya. Aku still dalam proses memilih lagi. 5 nama dah ada dalam list but tak sure lagi yang mana dapat 3 biji lori tuh ek.

So tungguuuuu..........

Tak lari gunung di kejar, kalau ada rezeki korang then ada lah ye.




Monday, October 22, 2012

Celcom In-Store Roadshow Offer Samsung Galaxy Note II Hanya RM1,498


Hi Korang,

This is 24 hours sponsored post, please scroll down for new entry

Tak abis dengan launching 19hb Oktober 2012 hari tuh, Celcom adakan In-Store Roadshow untuk memperkenalkan gadget terbaru keluaran Samsung ni kepada para pelanggannya.

Gadget yang membentuk minda yang lebih kreatif kenalah menggunakan the best network untuk saling melengkapi, betul tak?


So apa lagi jom ke Celcom In-Store Roadshow untuk menikmati tawaran yang hebat dan freebies yang menarik

       19 – 21 October 2012
·      Getway  Sdn Bhd, Carrefour Wangsa Maju
·      Phonecraft Sdn. Bhd., Giant Hypermarket Kota Damansara
·      Full Line Communications Sdn Bhd, Tesco Ampang
·      Blue Cube Plaza Metro Kajang

       26 – 28 October 2012
·      Double Team Station (M) Sdn Bhd, E@Curve
·      Mobile Camp Enterprise, The Summit USJ
·      Blue Cube KLCC, Suria KLCC
·      Blue Cube Giant Meru, Giant Hypermarket Klang Sentral
·      Three C Technology, Sunway Carnival Mall
·      Blue Cube Jusco Seberang Prai, Aeon Seberang Prai City Shopping Centre
·      Blue Cube Queensbay Mall, Penang
·      Blue Cube Greentown Mall, Perak

       2 – 4 November 2012
·      Blue Cube Pavilion, Kuala Lumpur
·      Blue Cube Setia City, Setia City Mall
·      Speed Line Communication, Suria KLCC
·      Blue Cube Giant Meru, Festival City Gombak
·      Chop Hock Soon, Port Dickson Centre Point
·      Net Two Trading, Bunga Cempaka Biru, Parit Raja, Batu Pahat
·      PCS Telecommunications Enterprise, Giant Hypermarket, Plentong, Johor
·      UI Mobile Phone, City Square, Johor Bahru



Dengan pembelian the Samsung GALAXY Note II bersama-sama dengan sebarang pakej Celcom First plan masa roadshow, korang akan dapat:

·      FREE KFC Vouchers worth RM20

·      FREE 6-month MUSICUBE subscription

·      RM120 rebate (RM10 x 12 months)

·      Lucky draw to win:
-         Samsung GALAXY S III (1 winner)
-         Samsung GALAXY Note 10.1 (1 winner)
-         JLo Concert Tickets (1 pair)
-         Siti Norhaliza Concert Tickets (1 pair)


Kenape pilih Celcom ek?

Ianya merupakan salah satu network coverage yang terluas di Malaysia. Di dalam, di luar dan juga semasa bergerak pun boleh. Celcom juga memberikan kualiti network yang terbaik dan juga stabil seperti mesej, voice call, video calling, melayari internet, email dan memacam lagi lah.

Jomlah dapatkan Samsung GALAXY Note II serendah dari RM1, 498, hanya dengan Celcom First Plans Plans:

Monthly Commitment
RM78
RM98
RM118
RM138
RM188
RM208
Voice Plan
Celcom First Prime 40
Celcom First  Premier 80
Celcom First  Elite 150
Mobile Internet
RM38
RM58
RM38
RM58
RM38
RM58
Data FUP
1 GB
3 GB
1 GB
3 GB
1 GB
3 GB
FREE Data
50 MB
100 MB
200 MB
Advance Payment
RM250
RM300
RM450
Amount rebated from 1st Bill onwards pending on usage
Device Price (12-month contract)
RM1,898
RM1,818
RM1,698
Device Price (18-month contract)
RM1838
RM1,688
RM1,498


Kan aku dah citer pasal smartphone Samsung Galaxy Note II dalam entry hari tuh. Tak per meh aku recap balik ek:

Samsung Galaxy Note II merupakan satu gadget yang begitu kreatif yang memberi inspirasi kepada kehidupan kita.

·         Running on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) and 1.6 GHz quad-core processor, you can experience speed and performance like never before.

·         The wide 5.55” HD Super AMOLED display makes sketching, taking notes, browsing and gaming so much better.

·         With an 8MP camera, you won’t need any other.

·         Of course, it comes with the S Pen Stylus to give you the freedom of expression.

·         You can keep up to 64GB via microSD worth of pictures, songs, movies, apps and more.


Ok lah tu kan, best sangat dah rasanya. Untuk lebih details dan info mengenai Celcom plans dan pakej yang di sediakan lawati www.celcom.com.my