Friday, June 9, 2017

UMRAH 2017 | Hari 8 Mekah – Ziarah Luar Ke Jabal Thur (Gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan Miqat Di Jaaranah

Hi Korang,


Lama betul terberhenti kisah UMRAH 2017 aku ni.

Ye ko, sebab nak menulis tuh tak kena mood so hanging sekejap. Ni ada masa terluang then kita sambung balik. Cam nak ingat citer 4 bulan lepas ek hahahaha 

#bertabahlah

Hari 8 – 26 Feb, kitaorang ada aktiviti melawat yang di gelar Ziarah luar di mana kitaorang akan melawat Jabal Thur (Gua Thur), Arafah (Jabal Rahmah), Mudzalifah, Mina dan Jamarat.


Baca cam banyak je tapi tak delah lama pun, tak sampai ½ hari pun.


Di Jabal Thur, kitorang melawat kira macam tanah lapang kat bawah sebelum naik ke Jabal Thur. Kat sini mutawif terangkan sejarah mengenai Jabal Thur ni, juga sinonim dengan sebuah gua yang digelar Ghar al-Thawr (harfiah Gua Lembu jantan), di sinilah Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Inilah gua yang dimaksudkan dalam Hadis Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar di dalam gua.

Pintu timur Gua Thur atau Ghar al-Thawr tingginya 1.25 meter, manakala lebar pintu guanya adalah 3.5 m X 3.5 m. Gua tersebut memiliki 2 pintu iaitu disebelah barat dan sebelah timur. Pintu disebelah baratlah yang digunakan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar untuk masuk. Pintu gua barat tingginya hanya 1 meter sekaligus lebih kecil dari pintu timur. Pintu timur hanya baru dikorek bagi membolehkan pelawat masuk dan melihat keadaan gua. Pendaki / pelawat yang berhasrat masuk ke gua thur harus mendaki sampai ke pintu gua, dakian memakan masa 1 jam setengah bergantung kepada kekuatan stamina.

Hah seronok kan dapat belajar sejarah islam ni ek

comey si aalya pakai tudung hah

sempat mama bagi burung merpati makan

tengok buat perangai si aakif ni tau

anak-anak pompuan

kami sekeluarga

Kitaorang duk bergambar je kat sini sebab tak de apa-apa pun, just tanah lapang je

Kemudian kitaorang ke Jabal Rahmah


Jabal Rahmah terletak di tepi padang Arafah yang merupakan daerah yang di pinggiran timur Mekah. Sejarah Jabal Rahmah merupakan titik pertemuan antara nabi adan dan hawa setelah masing-masing terpisah di antara ujung dunia. Di titik itulah kini berdiri monumen putih tanda pertemuan kedua manusia pertama tersebut.

Sesuai nama nya, bukit ini yang di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka di pisah kan dan diturunkan dari Syurga oleh Allah SWT.

mama aakif dan aalya, masa ni kat bawah lagi

anak-anak sedaraku yang anginnya tak menentu


ni baru level 1 je, banyak lagi batu nak kene panjat

Aku dengan Mr Big pun panjat jugaklah Jabal Rahmah ni, tapi tak sampai atas pun, sampai tingkat yang pertama tuh je kemudian duduk situ pemandangan dari atas yang cantik jugak. Orang lain berlumba-lumba panjat ke atas, ktorang chillax je di sini. 

Turun bawah balik, ada pulak jualan jubah murah-murah hah apa lagi singgah lah kejap diorang ni, sebab murah betul ada yang borong terus hehehe. Itu mutawif cakap, jaga-jaga bila sampai Jabal Rahmah ni dugaannya lagi hebat. Rupanya dugaan shopping hehehe

Kitorang hanya lalu sahaja di kawasan Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina.


Tak de pun kat sini tapi umrah ni tapi cuba pi musim haji, kawasan ni memang penuh dengan Jemaah yang mengerjakan haji. Ada bullet train jugak tau untuk kegunaan Jemaah haji bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, itu air tangan rakyat Malaysia tuh.


Tempat terakhir sekali kami keluar ke Ja’aranah iaitu tanah halal untuk bermiqat sebab nak buat umrah lagi sekali. Siap berniat, solat sunat dan pakai pakaian ihram terus balik ke Masjidil Haram untuk kerjakan umrah kali kedua.



Eh ada jugak jemaah yang singgah shopping di tepi masjid Ja'aranah ni, yelah kat sini lagi barang murah-murah. Rambang mata ooo tapi aku tak shopping pun sebab takut lambat.

Di sebabkan masa tuh dah tengahari dekat nak Zohor, memang panas mencarak bila tawaf keliling Kaabah tuh tapi seronok sebab terasa dah dekat dengan Kaabah. Bila buat tawaf berdua dengan Mr Big ni macam pi honeymoon pulak. Semua sesama macam adam dan hawa pulak hahahaha #jiwangsengal.

masa ni baru habis tawaf on the way nak ke tempat Saie

Sudahnya kitaorang solat Zohor kat tempat Saie, macam Saie baru yang ke 4 then azan pulak. Tengok ramai je orang-orang arab duk solat kat tempat Saie tuh then kitaorang pun sama gaklah berhenti sekali. Amik wudhu guna air zam-zam je sebab itu yang dekat. 

Abis solat Zuhur sambung habiskan Saie dan Tahalul then terus balik hotel dan makan lepas tuh tidur sampai nak pi solat Asar. 

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka








Thursday, June 8, 2017

Resipi Sajian Sahur KIMBALL Yang Sempoi

Hi Korang,

Tak de apa sangat nai citer petang ni, so aku share pasal resipi sahur yang sempoi untuk di masak. Alah aku pun belum cuba lagi, so aku ambil resipi siap-siap dulu.

Disebabkan sharing is caring, so aku kongsikan resipi ni untuk korang sekali la ek


SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan

Untuk Sos Ayam Cendawan:

2 cawan stok ayam 
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak
2 sm halia, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g isi dada ayam, dipotong nipis
200 g cendawan tiram, dihiris tebal

Untuk Adunan Angel Hair Kimball:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu besar Sos Tiram Kimball
2 sudu besar sos caramel pekat
2 sudu besar kicap cair
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
400 g Angel Hair Kimball
200 g pak choy, petik anggaran 5 sm

Cara memasak: 

1. Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.

2. Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.

3. Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak. 

4. Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.


NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng

Untuk hiasan:

3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji

Cara memasak: 

1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.

2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.

Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.

Aku share 2 resipi dulu la ek, nanti aku tambah lagi ye

Selamat mencuba ye....


‘JAKEL BARULAH RAYA’ Di JAKEL Shah Alam

Hi Korang, 


Ahad lepas aku sempat ke Wisma Jakel Shah Alam untuk event ‘Jakel Barulah Raya‘ yang menampilkan koleksi pakaian raya daripada selebriti tanahair kita yang terkenal. 

Wah kalau ada artis hidup je korang ek hehehhe


Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun ini Hanis Zalikha , Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Upin dan Ipin. 

Ramai sungguh artis, seronoklah kalau dapat selfie dengan diaorang ek tapi nan hado sebab ramai benau orang so bagi chance kat depa yang datang dari jauh tuh kan.


Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. 

Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu dan Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA .


Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini. 

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai “sense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA 


Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.



Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. 

Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39 sepasang.

KOLEKSI BAJU MELAYU 


credit photo : FB Jakel Shah Alam

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.

credit photo : FB Jakel Shah Alam

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. 

Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person in the World” iaitu Harith Iskander. 

KOLEKSI KURTA 


Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. 

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini. 

BAJU KURUNG 


JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.


Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya. 

KOLEKSI KANAK-KANAK 


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.


Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga. 

Koleksi Schawalara 


a) Awal Ashaari 


Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu. 

Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan 

b) Scha Al-Yahya 


JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. 

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL. 

c) Lara Alana 


Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak- kanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak. 

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti. 

Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya. 

a) Hanis Zalikha 


Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel. 

b) Hairul Azreen 

Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang. 

c) Yusof Iskandar 

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelanggan boleh menyuaipadankan dengan keluarga. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my.