Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Nasi Lemak Masak Sendiri

Hi Korang,


Memang last week rileks sungguh.

Tak kemana pun, sekadar keluar beli apa yang patut sajer untuk barang rumah. 

So semalam memang tak kemana pun, aktiviti mengemas rumah 100%. Basuh kain, buang barang tak pakai, mengemas, mandikan #DakUban, tengok tv, buat kerja online sket dan memacam lagi lah.

Bile time makan, tak tau nak masak apa, jadi bukak fridge dan tengok apa yang ade then terus masak

Maka terjadilah

Nasi Lemak Togel bersama Sambal Sotong

Togel sebab timun tak de, kacang tak de, daun pandan tak letak masa tanak nasi. Yang ada cuma ikan bilis goreng dan telur rebus. Nasib baik ada sotong menjadi penyelamat, terus buat sambal sotong. 

Resipi nasi lemak? alah google jelah ek. Aku pun sendiri sambil sediakan bahan sambil ipad ada kat sebelah. Bukan tak reti masak cuma kekadang ingredients tu kita lupa. Kalau masak hari-hari lain citer la plak kan. 

Itu je nak citer.. chow...

p/s : nanti nak citer pasal project DIY pasal wallpaper ek.. ingatkan tau


Wednesday, December 10, 2014

Rahsia Nescafe Tarik Ibu Mertuaku Dengan Krimer Manis F&N

Hi Korang,


Memang adat bila balik tidur umah mama (mak Mr Big), sarapan pagi ktorang mesti pekena air nescafe tarik. Of course aku tak akan buat sebab rasanya lain daripada yang mama selalu buat. Memang lagi sedap, pekat melekat dan kaw-kaw rasanya.


So untuk nak memikat hati suami tercinta, aku memang kena belajar cara mama buat nescafe tarik ni.

For your info, sejak dari kecik aku memang tak di ajar minum nescafe sebab ayah aku suka minum kopi saje so sampai besarlah ktorang jadi kaki coffee drinker kan. Bila dah kawin ni barulah bertukar corak sedikit minuman panas ktorang ni.

Kenapa pilih F&N Full Cream

Sebab krimer ini kaya dengan kalsium, sumber protein dan juga mengandungi kebaikan vitam A, B1 dan D3. Jadi tidak hairanlah Krimer yang menjadi tradisi keluarga bergenerasi. Selain daripada krimer yang menjadi pilihan utama dalam penyediaan Teh Tarik, Milo susu dan Kopi susu. Krimer manis ini juga aku suka jadikan antara ramuan dalam menyediakan hidangan masakan terutama pencuci mulut seperti kek, pudding dan biskut.

Jom aku kongsi resipi Nescafe Tarik Ibu Mertuaku

Cara penyediaannya :


1. Masukkan air panas di dalam teko




2. Letak susu pekat F&N di dalam air panas mengikut tahap kesukaan korang, macam nak manis lebih ke, nak tawar sket ke kan





3. Barulah di masukkan nescafe ke dalam air susu tadi.


4. Kemudian pepandai adjust kadar kesedapan mengikut kesesuaian tekak


5. Bila rasa dah sesuai, apa lagi teruslah menarik nescafe tersebut. Tak kiralah berapa kali pun korang nak tarik kan, orang kata lagi lama lagi bagus. Tapi aku lagi lama, lagi banyak yang tumpah plak kan.


Hah, siap pun.


Walaupun tak sesedap nescafe tarik mama tapi aku bangga gaklah coz berjaya cilok skill special ni kan. Yelah kita ni bukan pandai masak/buat air kan so bila ada ilmu depan mata haruslah perhatikan dan jadikan amalan.

Terima kasih F&N Full Creamer sebab menyedapkan lagi hasil air tangan seseorang dari zaman berzaman kan.

Ok nanti citer lagi apa aku buat dengan krimmer manis F&N ni ek

#F&N FullCream boleh juga didapati di pasaraya terpilih, antaranya seperti Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Hero Market, AEON, Jason’s Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storage dan Presto Grocer) Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan harga RM5.00 per 392g setin. 

Keterangan lanjut mengenai produk dan resepi2 menarik serta semakan senarai outlet pasaraya yang menjual uollls boleh layari www.fndairies.com

"F&N Full Cream Sweetened Condensed Milk – The Good Old Days are now The Good New Days"

Monday, November 10, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day13 – Jom Buat Mask Muka Dengan Kiwi

Hi Korang,


Ini merupakan hari ke 13 dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni tau.

janganlah amik kite punye ni lah

Sekejapan dah dekat nak 2 minggu ek, seriously tak perasan pun tau.

Ermm rasa-rasa cam nak cuba buat masker dengan menggunakan buah kiwi la plak. Tapi nak guna bahan apa ek, alah guna apa yang ada kat rumah ni je lah kan

Meh aku kongsikan resipi cara buat mask mudah

Bahan-bahan:-


Sebiji buah kiwi
Sedikit gula pasir

Cara-cara:-

Potong buah kiwi kecil-kecil


Kemudian lenyekkan sehingga halus, sampai tak de ketulan cam tu lah


Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

Ok dah siap!


Meh tepek kat muka secara rata-rata dan biarkan selama 15-20 minit. Lepas tu basuh lah ye, kalau malas jilat je terus masuk dalam mulut. Eeeee tak senonoh ek


Aku masa first time tepek tuh, rasa menda sejuk tepek kat muka. Betul-betul sejuk, memang cooling dan refreshing sungguh. Lepas cuci tuh, kulit muka rasa licin, bersih dan lembut je.

Boleh nak buat tiap-tiap tapi berpada-pada la ye, aku takut tak sempat nak buat mask dah masuk dalam mulut plak

Hehehhehe…

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 


Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.


Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram:





Tuesday, November 4, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day7 – Resipi Ikan Talapia Sawah Masak Lemak Cili Padi Bersama Zespri Green KIWI

Hi Korang,


Ini merupakan hari ke 7 dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni tau. Dah seminggu rupanya aku jalankan aktiviti berfaedah ni.

paksa dak kecik ni jadi model ek

So hari ni meh aku nak kongsikan resipi yang menggunakan buah KIWI hijau ni ek.

Idea ni aku dapat masa kat umah mak aku.

Orang kampung kan, haruslah masak untuk lunch lauk kampung. Kebetulan ada pakcik ni bagi mak aku ikan talapia sawah (ikan putih mak aku panggil) ni, so tak tau nak buat apa. Apa lagi idea pun tercetus, so jadilah resipi simple dan sedap ni.

Nak resipi, ni copy dan paste je kat bawah ni tapi jangan lupa letak credit nama blog ciklilyputih.com tau.

Resepi : 
Ikan Talapia Sawah Masak Lemak Cili Padi Bersama Buah KIWI

Bahan-bahan:-

Ikan tilapia sawah beberapa ekor 
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar(loptional,, suka hati kalau tak mahu pedas,,huhu)
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula
1 biji buah KIWI yang di belah empat dan dihiris kasar


Cara-cara:-

1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
2. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan buah kiwi tu tau

Siap!


Actually ikan tu, korang boleh tukar dengan ikan lain. Terpulang kepada individu. Kalau nak pedas tambah lebih cili padi. Bergantung kepada kesesuaian tekak. Macam aku dengan Mr Big, ktorang cuba nak kurangkan makan pedas takut perut sakit nanti..

Selamat mencuba! :)

Itu saje untuk hari kelapan ni, insyallah the rest of the day aku akan menggayakan buah kiwi ni bersungguh-sungguh ek.

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 

Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FiberBoost.

Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram:







Thursday, September 11, 2014

Buat Coleslow Dengan Nicer Multi Slicer Dicer

Hi Korang,



Nicer Multi Slicer Dicer, nama cam canggih bagat gituh kan!

apa lagi tuan aku bawak balik ni ek

Hehehehhe itu sebenarnya alat penyagat makanan yang begitu senang lagi mudah. Kira-kira kalau ada kerja sagat menyagat, hiris menghiris, potong memotong dengan cepat boleh guna alat hijau ni.

Kat mana aku dapat? Haruslah di Lazada.MY ruangan barangan dapur. Siap ruangan lagi kan, bukan senang korang nak cari nanti.

So masa ktorang pi BBQ Picnic hari tuh, aku cam teringin sangat nak buat Coleslow mudah sendiri. Selalu makan kat KFC sedap je kan, beli sampai bermangkuk-mangkuk sebab enak.

Ni amik resipi ni

Coleslow (untuk 5-6 orang makan)

Bahan:

1 biji kobis di belah 2,bilas dan tos dulu jap
1 biji lobak merah – basuh dan tos jugak
1 botol Lady's Choice Coleslaw ( tak abis sebotol pun)


Cara-cara:

1. Hiris semua bahan menggunakan Slicer Dicer ikut suker hati korang

Inilah masanya untuk kita gunakan Nicer Multi Slicer Dicer tuh. Korang pilihlah alat yang mana bersesuaian dengan kadar hirisan kobis dan lobak tuh

Tengok ni,


Hiris kobis menggunakan sagat yang ni.

si uban ni sibuk benau nak tengok

Letak je kobis kat atas alat tuh dan terus jelah sagat. Tolak depan belakang, depan belakang sampai nipis.

hasilnya

cantikkan potongannya

Hah siap pun.

Yang ni aku hiris lobak, cari alat yang sesuai sket dengan lobak.

memang peneman sungguh, budak ni tau

Terus je sagat sampai nipis.

Siap !


2. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.

Letak sos coleslow tu tadi dalam kobis dan lobak, gaulkan sampai semua bahagian kena. Jangan nak kedekut ek, lagi banyak letak lagi bagus. Barulah padu rasanya.

gaul hingga sebati

3. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

Boleh je kalau korang nak makan, time tuh tapi aku rasa cam kureng kick plak. Biarkan sejuk dalam fridge, nak bagi rasa lagi mantap kan. Kan lobak tu rasa manis, so biarkan ianya mengeluarkan manisnya.

Mintak maaf gambar end product tak de sebab tak sempat nak ambil.

Masa pagi tuh, keluarkan terus dari dalam fridge masuk dalam bakul. Masa kat pantai, diorang ni makan aku boleh lupa plak nak ambik gambar kan.

alat menyagat yang lain

tempat sagatan

boleh packing terus

Memang baguslah kalau setiap rumah ada Slicer Dicer ni, memang sangat-sangat membantu. Kalau korang cam blur-blur lagi tak pandai nak guna, meh tengok video ni



Alah murah je lah, dalam RM29.00 satu set. Aku perasan kat kedai DIY dalam RM4+.++ gituh. Murah lah, beli kat Lazada, dah lah terus je hantar kat umah. Korang boleh beli di Barangan Dapur di Lazada website, klik kat sini je Barangan Dapur Online


Sekarang tengah fikir, resipi apa lagi boleh gunakan Nicer Multi Slicer Dicer ni ek


Thursday, August 14, 2014

Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Versi Tak Pedas

Hi Korang,


Citer masak-masak balik.


Masa raya hari tuh, mak aku ada kirim beli udang galah kat mak teh aku beli kat Pasar Chow Kit. Nak harapkan aku ermm memang malas la jawabnya. Dah lah nak parking kat situ bukan main susah. Lainlah mak teh aku, dia ada kedai kawan kat situ kan hehehhe

Sebab Mr Big tak berapa makan pedas walaupun katanya dia tu orang rembau kan, so mak aku masak tak letak cili api banyak sangat. Kang perut mendidih lagi payah plak kan.

Bukan aku tak boleh masak pun cili api ni but aku rasa kalau mak aku masak mesti lagi umpph! punye, air tangan ibu la katakan


Ni aku letak resipinya, tapi mak aku letak buah binjai bagi nak menambahkan lagi kesedapan yang tak ternilai

Bahan-bahan :

Udang Galah
Santan daripada sebiji kelapa 
9 ulas cili padi *
2 inci kunyit hidup *
1 sk garam kasar *
1 batang serai di ketuk
1biji buah binjai untuk tambah kesedapan


Cara-cara :

1. Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk santan, serai berserta bahan tumbuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih, kacau-kacaukan selalu selama 3 minit kuah itu untuk mengelakkan santan pecah dan supaya bahan tumbuk dan santan benar-benar mesra.
4. Masukkan udang dan didihkan lagi selama 2 minit. Jangan lupa kacau-kacaukan kuahnya.
5. Masukkan buah binjai yang dihiris tebal. Ikut suka koranglah 
6. Didihkan lagi selama 3-5 minit. Perasakan garamnya.
7. Boleh segera di hidang.

Hah settle!


Kejap je masak, memang mak aku pro. Nak harapkan anak dia yang sorang ni memang pemalas betul. Masak simple-simple boleh lah kan.

Ok selamat menjamu selera korang..




Friday, July 25, 2014

RESIPI Makaroni Bakar

Hi Korang,


Lama tak buat Makaroni Bakar ni ek.

Itulah kang lelama boleh lupa plak resipi kan, so kenalah masak balik. Barulah practice makes perfect. Hehehhehe poyo sangat ayat.

Aku buat resipi macaroni bakar ni last week.

nampak cam kering plak ek..

Time tu dah tak tau nak buka apa, tengok dalam fridge dan cabinet ada plak bebarang kan, ermm moh ler masak resipi mudah lagi simple ni.

satu loyang je buat

Disebabkan tak de macaroni, jadi aku pakai penne pasta. Alah adik beradik pasta gak ni.Sama je masaknya cam rebus mee spagethi biasa. Untuk sosnya aku masak style kuah Bolognese tuh.

Alah korang googlelah sendiri resipi mudah ni ek coz aku cam malas plak nak tulis hehehehe

Ok ok selamat menjamu mata..

p/s : rasa-rasa nak pi shopping raya lagilah pas ni tapi tak tau kemana plak. Any idea ke korang?


Wednesday, July 23, 2014

Resipi Sup Tulang Sedap Dengan PHILIPS Pressure Cooker

Hi Korang,


Kan aku menang hadiah dari PHILIPS masa Philips Ultimate Cook Off hari tuh kat AEON Big Subang Jaya, ermm last week aku bawak balik pressure cooker ni ke rumah mak aku untuk di cuba.

Ini first time, tergagap jugak lah.


Browse dalam buku resipi tu aku ternampak resipi sup tulang. Ermm memang lama dah tak makan sup tulang ni coz lately harga tulang melampau-lampau naiknya kan kat KL ni. Suruh mak aku beli 2kg kat Pasar Jasin tu murah sket.



Mari aku citer sket bahan-bahan untuk masak sup tulang gerenti sedap ni

Bahan-bahan :

Tulang daging lembu tak kira berapa kilo yang korang nak masak

5 ulang bawang kecil - ditumbuk

setengah labu bawang putih ( kira-kira 5-6 ulas ) - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk

1 sup bunjut ( atau lagi senang, beli sup bunjut yang siap ada rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya. Senang! )

Lobak merah di potong panjang

Kentang yang di potong ikut suka

Garam

Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara :

Ni kan first time aku guna pressure cooker ni, so kenalah buat some setting sket. Nasib baik ada manual yang banyak membantu, yelah semuanya main tekan-tekan butang je.


1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di dalam periuk ni


2. Masukkan rempah ratus yang memacam tuh, bunga lawang, kayu manis, buah pelage dan Bunga cengkih ke dalam periuk ni.


3. Masukkan tulang


4. Masukkan air mengikut kesesuaian, jangan lebih dan jangan kurang ek.


5. Masukkan lobak merah dan kentang sekali


6. Barulah di kacau rata tau, termasuk rempah yang dimasukkan memula tadi. Tutup periuk


7. Ok pilih button TENDON/BEEF dan tekan butang START. Ni senang sebab tak yah nak setting apa-apa pun. So tunggu lah selama 30 minit, bolehlah masak lauk lain plak.



8. Lepas 30 minit, kita kena alihkan muncung kat atas penutup tuh untuk keluarkan wap-wap. Ade arahan kat penutup tuh.


9. Nampak tak segala mak neka asap keluar, itulah sebab kalau tuang air ikut suka hahahah. yang keluar tu semua lemak-lemak dari tulang tu tadi. boleh nampak cam berminyak kan periuk tuh

10. Ermm sedapnya bila dah masak, harum baunya.



Di sebabkan terlalu excited dengan sup tulang ni, so time buka puasa hari tuh aku tak sempat pun nak ambil gambar product endingnya.Mana taknya, time buka tu terus ngap makan sup tulang cicah roti kosong je.

Ermm licin seperiuk..

Tapi tak per, semua orang dapat rasa. Nenek aku bukan main sedap lagi sup tulang ni.


Of courselah sedap malah senang pulak tu nak sediakan, just campak-campak, tekan butang then masak. Bukan setakat sup je lah, boleh masak ayam, ikan, bubur, daging dan boleh buat kek lagi.. memacam kan lalalalalalalla…

Next time nak cuba resipi ini plak la..