Wednesday, January 20, 2021

Perumahan HESSA Presint 7 Di Tiara Sendayan

Hi Korang, 

Bila dah terlalu lama tinggal di rumah burung merpati ni, rasa teringin juga nak miliki rumah bawah. Yelah rumah yang tak payah kita nak parking kereta jauh-jauh, boleh bercucuk tanam dengan mudah dan yang paling penting bumbung dan lantai tidak berkongsi dengan orang lain. 

Bagi kak lily, walau di mana pun lokasi kediaman yang kita pilih janji akses keluar masuknya menyenangkan macam dekat dengan jalan besar dan mudah ke lebuhraya 


Tertarik kak lily dengan kawasan perumahan HESSA Presint 7, Tiara Sendayan di Bandar Sri Sendayan yang baru-baru ini kak lily tengok di Facebook Matrix Concepts. 

Tiara Sendayan merupakan pembangunan pesat yang sedang berlaku di kawasan selatan Lembah Klang di bawah pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd dan terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban. 



Hessa adalah fasa ke-8 yang dilancarkan di kawasan perumahan Tiara Sendayan. Ia mempunyai 254 Unit rumah teres 2 tingkat. Keluasan Hessa dari 2,156 kaki persegi dan pada harga bermula RM485,999.Berbaloi kan? 

Sebagai kawasan kejiranan yang ideal untuk keluarga, Tiara Sendayan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Pusat Komersial Hab, Food Bazaar, pam minyak dan Central Park yang hanya jarak berjalan kaki. Bukan itu saja, sekolah, bank, shopping mall juga tersedia untuk anda nikmati. 

Central Park seluas 12 ekar 



Pembangunan yang rimbun menghijau di Central Park seluas 12 ekar ini dilengkapi dengan tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif, yang menjanjikan gaya hidup holistik bagi penduduk tempatan. 

Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang ada termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium, stesen parcourse, kawasan multifungsi, tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Selain itu, penduduk boleh menggunakan ‘Hive Lawn’ yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan tempat yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain. 


 

Bagi kemudahan rumah kelab, pemilik kediaman di Tiara Sendayan secara otomatik mendapat keahlian percuma selama 5 tahun di d’Tempat Country Club yang terletak di Bandar Sri Sendayan. Antara kemudahan yang boleh dinikmati adalah seperti kolam renang berukuran Olimpik, gelanggang badminton, gelanggang tenis, gelanggang skuasy, gimnasium, lorong boling 10 lorong, bilik kanak-kanak dan banyak lagi 

Bagi mereka yang ingin dapatkan info lanjut mengenai perumahan Hessa, di Tiara Sendayan ini boleh layari ke www.tiarasendayan.com atau hubungi 1-800-88-2688 



#MatrixConcepts 
#TiaraSendayan 
#HESSA 
#HomeSweetHome 
#SelfSustainingTownship 
#AHomeforWellBeing 
#AHomeforWellLiving

3 comments :

Jueliza Jamani said...

Apa lagi kak.. boleh la beli rumah ni utk pencen2 nanti.. best kot duk dalam taman dgn suasana hijau gini... tenang dan aman jer.

Nazlan said...

Wah CikLily dah nak cari rumah bawah ya.... boleh la buat gathering dan picnic kat Central Park yang cantik tu

Rawlins GLAM said...

Akak, jom tambah pelaburan hartanah nak? Jadi jiran nak? Hehe