Wednesday, April 24, 2019

Segi Fresh Market, Harga Murah Barang Segar Segar Segar

Hi Korang, 

Kalau korang kaki igs kak lily mesti perasan yang kak lily setiap hujung minggu mesti pi membelil belah barangan dapur ni. Tak kiralah barang basah ke, barang kering ke, makanan DakUban ke kan. Memang setiap hujung minggu tak boleh miss tau. 

Bukan apa, kak lily memang kena simpan stok makanan ni. Kekadang Mr Big ni, memalam dia suka masak, masak jelah apa-apa pun. Selalunya maggi kalau dia lapar tapi maggi ni taraf international sebab di letakkan udang, sotong, isi ikan, tauhu, fishball, fish cake ermm pendek kata apa yang ada dalam fridge tuh semua diletaknya. 

Selalu sangat makan luar pun boring gak, sebab tuh stok makanan basah mesti ada. Tak kiralah isi ayam ke, ikan ke, hati ayam ke kan. Bila balik awal keje terus je bukak fridge dan masak apa yang patut. 

Selalu kak lily belanja kat mane? 

Banyak tempat lah macam pasar Kajang, Tesco, Econsave, pasar tani, pasar malam, kedai Acheh bawak rumah pun kak lily singgah gak kalau emergency nak masak tapi sayur tak de kan. 


Pernah dengar SEGI FRESH MARKET? 

Ermm kak lily selalu nampak pasar ni sebab on the way pi kerja kat Balakong tuh kann nampak sebelah kiri tuh tak tapi terfikir plak nak singgah sebab ingatkan dia pasar untuk pemborong je kan. La tidak rupanya ek huahauhaua 

Segi Fresh Market ni konsepnya sama je macam hypermarket yang lain cuma keistimewaan Segi Fresh Market adalah harga yang ditawarkan di sini jauh lebih murah dan mereka menyediakan bekalan barang basah yang segar. 

Kebetulan jugak hujung minggu lepas kak lily memang nak pi beli barang dapur pun so singgahlah ke Segi Fresh Market Balakong ni. Pi pun dah kul 11pagi so takdelah ramai sangat orang kan. 






Sama suasana macam hypermarket biasa tapi tak delah nampak ramai budak-budak tolak troli bagai sebab mainly yang datang semua shopping sepantas yang boleh gituh hehehe. Pilih timbang-timbang bayar, itu yang kak lily perasan ermm agaknyer peniaga kedai makan kot kan, nak buat kenduri ke, sebab tuh semua cepat je. 

Sebab tujuan kak lily nak pi beli barang basah so terus je bahagian pasar basahnya. Ya ampun kemain banyak barang-barang basah ek macam ikan, ayam, daging, kambing, makanan laut bagai. 









Seriously sampai tak tau nak pilih yang mana satu hah, bila tengok harga rasa macam tak percaya pun hado gak. Murah daripada apa yang di jual di luar lah. 

Tengok bahagian sayur plak, 






Kemain hijau-hijau sayur-sayuran di sini. Perbezaan harga yang ketara kalau nak di bandingkan. Wokeh hangkut sayur dua tiga jenis 



Korang boleh buat perbandingan sendiri lah kalau di kira dari segi harga kan, ternyata lebih murah. Even kalau korang beli daging-daging frozen ni mereka menyediakan perkhidmatan pemotongan untuk ketulan kecil. 

So hari tuh kak lily shopping ape? 


Hah amik ko!! Segala macam menda yang ada kat Segi tuh kalau boleh nak di borongnya hahahaha. 

Dengan sayurnya, ikannya, ayamnya, telurnya, bawangnya semua sekali RM157.90 murah kan. 


Yang ni je tak sampai RM85.00 je pun, tengok banyak kan dapat. Ayam 2 ekor, udang 1/2kg, salmon 2 keping, ikan tenggiri giant 3 keping besau dan tebal isinya.
 

Sedikit Tentang Segi Fresh Market 

Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih Segi' , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain. 

Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai lebih 32 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. Cuba la check, mana tau berhampiran dengan rumah korang kan

Dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market ni, korang boleh lah dapatkan maklumat lanjut di social media mereka


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 





1 comment :

Siti Awadah said...

happy bila tgk barangan segar cmni... puashati