Sunday, April 28, 2019

Produk Ketupat Baru NONA Untuk Tambah Kepelbagaian Hidangan Sepanjang Ramadan-Raya Tahun Ini

Hi Korang,

Bulan Ramadhan dan Hari Raya merupakan musim makanan dan kuih-muih bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam. Memandangkan musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi, ahli keluarga pasti sibuk dengan persiapan juadah di dapur. Sejajar dengan perubahan masa, kini rakyat Malaysia mencari penyelesaian yang membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga dan sahabat. 


Salah satu juadah makanan yang ikonik dengan Ramadan dan Hari Raya ialah ketupat. Secara tradisionalnya, penyediaan ketupat memerlukan kemahiran menganyam dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dimasak. NONA, pengeluar makanan tempatan berbangga mempunyai sejarah paling lama dalam menghasilkan ketupat yang mudah dan sihat di dunia. Ia bukan sahaja memiliki rangkaian produk ketupat yang pelbagai, malah juga mempunyai Ketupat Mini, Ketupat Lemang, Ketupat Palas dan Ketupat Nasi Dagang. Kini, dua inovasi terbaru dalam rangkaian produk ketupat ialah Ketupat Palas Durian dan Ketupat Palas Pulut Hitam. Bertepatan musim durian dan sambutan Hari Raya Hari Raya bakal disambut pada bulan Jun. Pengguna kini boleh menikmati pulut dan durian serentak di dalam produk Palas Durian. 

“Kami memahami masa dan usaha yang diperuntukkan bagi menyediakan juadah. Oleh itu, NONA menawarkan penyelesaian yang mudah di dapur anda!” kata Pengurus Jenama, Sri Nona Industries Sdn Bhd, William Wee. 

“Apabila tiba Hari Raya, masyarakat melayu pasti teruja. Kesempatan ini Nona membantu mengeratkan jalinan kasih sayang dengan hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan, malahan lazat,” kata William lagi. 

NONA, salah satu jenama generasi rakyat Malaysia yang menawarkan hidangan sejak tahun 1975. Urusan memasak menjadi lebih menyeronokkan dan kurang meletihkan. Bermula dari sahur, buka puasa dan hidangan Hari Raya, produk Nona sentiasa terhidang di atas meja. 

Rangkaian penuh NONA Ketupat:- 

Ketupat Mini 600g RM6.40 

Ketupat Economy 780g RM6.40 

Ketupat Mini 200g RM2.10 

Ketupat Economy 260g RM2.10 

Ketupat Mini 100s 1.9kg RM17.25 

Ketupat Palas 22g RM6.40 

Ketupat Palas Durian 22g RM6.40 

Ketupat Palas Pulut Hitam 250g RM6.40 

Ketupat Nasi Dagang 440g RM6.40 

Ketupat Lemang 310g RM6.40 



No comments :