Friday, August 3, 2018

Pulang…

Hi Korang, 


Memang pengaruh social media ni teruk betullah, kak lily ni mana tahan godaan kan uhahuahuau 

Ni semua gara-gara Kak D la ni. 

Lepas baca review dia pasal filem Pulang ni terus kak lily pi tengok semalam petang, balik keje awal sket then singgah je mines ala belakang office ni je, dapat masuk show pukul 5.15pm. Panggung kosong ada 3 orang je penonton termasuk kak lily huahuahau kalau tau beli tiket yang murah tuh. 

So nasib baik dapat baca review dulu dari blog Kak D pasal filem ni dan beberapa review lain kan kira dah paham jalan cerita senang sket. Rupanya filem Pulang ni adalah kisah benar dan walaupun tunggak utamanya sudah meninggal tapi warisnya ada lagi. Of courselah seronok dapat baca kisah hidup orang-orang sebegini kan. 

Seriously sedih benau citer ni lah.. 

Hubungan perkahwinan jarak jauh memang payah. Kalau sekarang ni senang lah duduk jauh beribu batu pun tak masalah sebab ada whatsapp, facebook,boleh facetime, instagram bagai so senang jelah kita nak tau update orang yang kita sayang. 

Cuba kita flashback zaman tahun 40’an tuh, apa pun tak de. 

Hanya sekadar surat or poskad je, hari-hari tunggu posman datang hantar surat tapi posman lalu lalang je depan kita, tak ke kita sedih.


Ok back to story 

Komen kak lily mengenai watak Othman 

Dia ni berhati waja, bercita-cita tinggi nak membahagiakan Thom dan Omar tapi sikap ego tuh memakan diri sendiri. Nak kumpul duit manjang sedangkan Thom tuh tak kisah pun asalkan ada apa yang cukup dan hidup bahagia yang dia nak. Pada asalnya Othman bagus kerja kuat bagai, fast learner, cakap cina sekejap dah pandai tapi kena tak nak belajar menulis panjang-panjang untuk Thom? Sebab apa? Sebab malu nak luahkan perasaan dalam surat? Ishk itu salah satu punca yang Thom macam terkilan sket tuh. Lagi satu sikap tak nak berterus terang, masa dia balik malam Thom kengkonon kawin tuh kenapa dia tak munculkan diri tanya Thom sebenarnya. Ini tak tengok orang tuh macam kahwin terus ingat dah kawin, kena tanya dulu. Macam citer Langit Petang kot lakonan Keith Foo dan Fazura tuh, terus terang kan senang, clear lah persoalan. 

Komen kak lily mengenai watak Thom 

Baik, nak hidup sederhana tapi bahagia. Tak yah susah-susah nak bagi dia harta benda dia bukan nak pun.. Tapi kak lily salute yang dia berani pi Hong Kong sengsorang cari Othman tuh, sampai nak kena jual nasib ada Lum yang tolong dia. Memang patutlah dia putus harap dengan Othman, sebab bila dia dengar Othman dah pindah kapal dah naik pangkat tapi tak balik kampung of courselah. Nampak sangat dia dan Omar dah dilupakan. So dia mula redha walaupun hati dia still sayang pada Othman lagi. Yelah kengkonon nak kawin dengan Cikgu Hasan sebab terhutang budi tapi nampak lagi bayangan Othman korang rasa dia nak kawin ke? Kalau kak lily pun tak nak.Dan kalau Thom baca surat yang Omar bawak balik tuh confirm-confirm tak delah Thom sakit menanggung rindu sampai ke akhir hayat dia. 

Sudahnya dua-dua makan hati bertahun-tahun. 

Nasib Omar belajar pandai sampai London dan dapat cari bapak dia si Othman tuh. Tapi si Othman lagi tak nak berterus terang, kalau dia bagitau awal pada Omar hal sebenar kenapa dia tak pulang-pulang, dah confirm-confirm time tuh jugak si Omar tuh bawak mak dia Thom ke Liverpool. 

Moral of the story is lack of communication. 

Bukan Othman saja, Thom dan Omar sekali. Kenapa tak nak berterus terang sampai ketiga-tiga sekali merana. Nasib ada surat yang di simpan Omar tuh kalau tidak memang mati terbeliak mata lah kan. 

Itulah dalam perkahwinan ni komunikasi tuh penting, orang lelaki ni memang payah nak paham gestures orang perempuan ni. 

Dulu-dulu masa memula kahwin kak lily kalau merajuk je tak nak cakap, bila tanya asyik cakap takde apa-apa so Mr Big ni dia anggap tak de apa-apa tuh nothing lah tapi rupanya something. So sekarang ni tak nak makan pun cakap, kalau marah pun cakap, kalau nak beli barang pun cakap, kalau nak suruh dia beli spender pun cakap, kalau tak cakap tak dapat lah jack!!! 

Sebenarnya citer-citer macam kita boleh kaitkan dalam kehidupan seharian kita, eh jangan tak tau yang ada lagi orang-orang sebegini. Perkahwinan jarak jauh, tak bagi nafkah, hilang tanpa berita, gantung tak bertali semualah tapi kita je yang tak tau. 

Rugilah korang tak pi tengok filem Pulang ni ek tapi don’t worry nanti tak lama lagi mesti masuk Astro First hehehhe hah subscribe jelah.




20 comments :

Kak Sue said...

Macam best pulak baca entri Cik Lily nie tau, entah bila la nak pi tengok nie..

mama tisya said...

ank aku pi tgk cite ni ngan nenek & adik ipar aku..siap blk cite die nangis..menghayati btul hehe

ai said...

Berapa bintang untuk filem ni?

Sally Samsaiman said...

Ramai yg review kata berbaloi la byr tiket wayang utk cerita ni...kita yg duduk rumah ni pun panas punggung rasa nak pi tgk jugak! aisehmannn

Fadzi Razak said...

Nak tengok jugak tapi nak tunggu keluar tv dulu. Nak pergi tengok dekat wayang memang tak lah. Budak kecik ni nak letak mana kan. Tu la dengar orang cakap cite ni syahdu keluar wayang nangis nangis semua

Precious Cla said...

beriya benar membaca tulisan ni, macam aku hanyut seketika dalam kisah tu ^^ haha. So, maknanya filem ni memang highly recommended ke apa ?

adianiez AIDA said...

lom tgk.
kata nyer takkan kuar astro first :(
takde geng nak gi tgk. anak2 busy la, lily.
aduhai...
ada jugak baca review org lain tau.
sama la komen nyer. lack of communication :(
communication ni perlu. kena semuka. kena tanya.
then boleh la dpt citer betol kan...

Amanda Suria said...

SA tak tengok lagi cerita ni even SA adalah peminat Remy Ishak..hahaha..masa nak pergi menonton takde la...
banyak sangat tugasan nak kena settle...

Nadia Johari said...

malam tadi tengok dekat majalah tiga pasl scene pulang ni..memang bagus la pelakon dia wlaaupun berlakon ada tempat tanpa set..nak kene tengok juga ni

Aliff Zainal said...

Banyak betul tgk review positif mcmni tentang movie Pulang. Tak berkesempatan lagi nak pergi tgk dkt wayang walau wayang sebelah rumah je 😅

Maha Mahu said...

Tak baca sinopsis dan juga novel cerita ini tengok penghasilan dan juga banyak menggunakan CGI... memang menarik dan tertarik nak pergi tengok kat wayang...

iffah hussin said...

Best tak Kak Lily, Bonde teringin nak tengok juga Filem ni..ada Remmy Ishak tu, hujung minggu ni kalau free nak tengolah..

Hanny Abdullah said...

Memang nak jugak tengok cite ni..katanya berbaloi kalau pergi. Tapi masalahnya kalau cite melayu..kat umah ni tak ada lak yg minat nak tengok, nak gi sensorg memang idok le, so kena tunggu je lah dia kuar kat tv nanti..huhuhu

AyuArjuna BiGoshh said...

Alaaaa ramai yg cakap cerita ni best giler. Haruslah aku nak pergi tonton ke.. support sikit filem melayu :-)

Mimi Azirah said...

Saya baca novel je kak Lily. Dalam novel thom bertunang kan dengan cikgu tapi tak kahwin.memang kesian kat tjom sebab sampai suruh cucu cari suami dia.

Nadratul Syazwana said...

Ramai yang bagi positive feedback untuk cerita ni. Haritu Nad nak tengok tapi rushing pulak, mengejar masa. Dah lama tak nampak Remy Ishak berlakon.

alia farhan Said said...

Banyak review ckp citer ni best..
Tpi tu la..ada anak kecik ni mmg payah la nak tengok kan

Nik Khazami Nik aziz said...

kabir bhatia buat drama dan filem sentiasa dapat sambutan dan ramai yg puji. Pulang ni pun banyak promosi.. bagus2..

Halimah Muhiden said...

Kak pun nak tggu kuar kat Astro..takda geng nk tgk wayang haaa

The Fool said...

rasa macam nak pergi tengok pulak cite Pulang ni