Wednesday, November 26, 2014

Pizza Hut ‘JAM-PACKED’ Party Blogger Party

Hi Korang,


Yeah makan Pizza plak.


Last week memang penuh acara makan-makan aku dengan bebudak geng kaki makan.

Kali ini, Pizza Hut adakan party di Maju Junction outlet KL. Hah ko nasib baik boleh sampai on time dari preview drama Seludup hari tuh.


Di sebabkan yang datang ni semua, geng-geng kaki makan yang biasa so haruslah riuh sekampung dibuatnya restaurant tuh. Masuk-masuk je terus berselfie bagai sebab ktorang di berikan monopod as door gift. Seronok sungguh memasing berselfie kan.

Ok dah event start dah ni.



En. Yusof Ishak selaku wakil dari Pizza Hut Malaysia memberikan sepatah dua kata ye. Comey gak En Yusof ni ek hehehhehe



Sementara tunggu Pizza Jam-Packed ni siap, ktorang dihidangkan dulu dengan simple games dari Pizza Hut. Alah ada 2 je game pun iaitu ‘Wefie Jam-Packed’ dan ‘Twitter Jam-Packed’. Hah kemain memasing berselfie/wefie dengan pizza jam-packed yang terbaru ni.


Yelah apa tagline untuk pizza terbaru ni “Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Ok ok its makan time,


Inilah dia ‘Jam-Packed’ Pizza, menu terbaru dari Pizza Hut

Sesuai dengan namanya, piza Jam-packed, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!



Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Pizza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

ishk diorang ni memang kaki makan sungguh tau

makan lagi

nuar, ko dah kenape ek? nak buat urut cakar harimau ke

Hahahahah tengoklah diorang ni, bila dapat makan pizza ni kan. Terus berganda-ganda sedapannya.




Piza Jam-Packed boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-Packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Apa lagi jom ke Pizza Hut la ek..

Tuesday, November 25, 2014

Fish & Co Christmas Party Dan Fish’mas Platter Set Menu.

Hi Korang,


Biasalah bila dah dekat hujung tahun ni, blog Cik Lily Putih ni dapat banyak jemputan makan-makan sempena perayaan Krismas tidak lama lagi. So memang senantiasa makan jelah kan.


So baru-baru ni Fish & Co memperkenalkan hidangang menu Krismas yang dikenali sebagai Fish’mas Platter. Majlis di adakan di outlet Fish & Co Pavilion KL.





Party yang cukup meriah yang dihadiri lebih dari 150 tetamu termasuklah media, VIP selebriti seperti Hujan, Vagabonds, pahit manis dan Oh Chentaku! Turut hadir ialah blogger lifestyle seperti Shakiddo.com, HazmanFadzil.com, Mahamahu.com, CikLilyPutih.com dan KitePunye.com.




Ok sempat ktorang bercamwhore di photobooth yang di sediakan. Posing sebanyak mungkin la iolls, sampai bosan dah budak yang jaga booth tuh.. hehehehhe teruk ek




Steve Tan, Pengarah Ikan & Co merasmikan pelancaran Fish’mas Platter bersama-sama dengan Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion KL.“ This Christmas, we were inspired by Caribbean cuisine. Traditionally, people at the Caribbeans grabbed whateveringredients they have and cook it in a pot. We wanted to serve our guests with some oven-baked Cajun seafood goodness with extravirgin olive oil and various spices,” Steve memaklumkan kepada tetamu.

Ermm abis je launching, ada pelbagai permainan yang di sediakan untuk ktorang yang hadir ni.




Sempatlah ktorang main game as ‘Most Amazing Santa Beard’ dan ‘Fill the Stocking’. Sampai sakit-sakit perut gelak kan, semasa main game ni. Game ni biasa je, tapi lawaknye yang lebih. Menang bawak balik voucher makan di Fish & Co RM50 ermm best kan.

Ok its makan time,

Inilah dia Fish’mas Platter Set




Terdiri daripada sekuali besar makanan laut seperti clams, mussels, udang dan sotong serta termasuk juga dengan ayam yang dibakar berjuicy dengan rempah Cajun. Di tambah sekali dengan Fish’mas secret spices dan minyak zaitun.

Set ini di datangkan sekali dengan sup dan minuman ringan untuk 2 orang.

Harga RM89.95++.


Jom dapatkan set Fish’mas Platter ini di ke semua outlet Fish & Co seperti 1 Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, Tempat Utama @ USJ 21 dan outlet terbaru, IOI City Mall @ Putrajaya untuk masa yang terhad bermula dari 1 Disember 2014.


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, 



HOTEL QUICKLY Mobile APP, Senang Book Hotel Saat-Saat Akhir Sebelum Bercuti

Hi Korang,

Aku selalu kena masalah cam ni, sebab Mr Big suka sangat plan holiday last minit.


Tak kiralah cuti panjang ke weekend gateway pun kan, bila dia rasa boring je terus ajak aku pi berjalan kemana-mana tanpa planning at all. Sudah bila pi ke tempat tuh, cari-cari hotel penuh plak kan. Jawabnya balik je lah. Tak pun bayar je harga bilik mahal sebab walk in je.

Kalau selalu cam tu boleh koyak poket ooo..


So baru-baru aku dapat tau mengenai mobile app Hotel Quickly ni.

Actually Hotel Quickly ni menawarkan perkhidmatan last-minute hotel booking untuk mereka yang suka sangat plan last-minute travel dengan diskaun sehingga 28% lebih murah daripada harga asal bilik hotel yang dipilih melalui tempahan secara online.


Direka untuk membantu korang mencari tawaran terbaik bagi tempahan hotel saat akhir, aplikasi percuma ini termasuklah ciri-ciri baru seperti reka bentuk semula yang ketara, pemandu hotspot tempatan di bandar-bandar utama, serta pembayaran penuh menerusi PayPal dan TrustYou platform. Ciri-ciri baru adalah menjadi sebahagian daripada misi HotelQuickly untuk menjadi yang terbaik app mudah alih yang menjimatkan masa dan wang dengan menawarkan tawaran dinamik di hotel yang terbaik di Asia Pasifik.



“We believe spontaneous travel enriches people’s lives, and our goal is to make last minute hotel booking be fast and rewarding. We want to bring people last-minute, high-quality hotels with great deals to help bring the spontaneous travel experience to anyone with a cell phone,” kata HotelQuickly Co-Founder and CEO, Mr. Tomas Laboutka di media launch baru-baru ini.

So dah sedia ke untuk bercuti dengan HotelQuickly?

Of course lah sudah kan!



Semua hotel yang dipilih oleh HotelQuickly dan diberi nilai mengikut 3, 4, dan 5 bintang dan disenaraikan di aplikasi ini. Hanya 10 tawaran terbaik akan ditunjukkan kepada pengguna pada malam yang mereka pilih, berdasarkan penilaian hotel dan kadar diskaun paling tinggi, menjimatkan masa korang untuk scroll satu persatu kan.

Antara 4000+ hotel terbaik di rantau ini, di antara yang menjadi pilihan termasuklah Best Western Premier Dua Sentral, GTower Hotel, Prince Hotel & Residences dan Wolo Bukit Bintang.

Ermm sukalah tuh kan.


Ni aku tunjukkan bagaimana nak gunakan Hotel Quickly Mobile App ni ek.

1. Download dulu Hotel Quickly App ke smartphone atau tablet korang. Kalau guna Iphone download kat iOS Store dan Android boleh guna Play Store.

2. Cari Hotel Quickly App dan tekan download


3. Register segala details yang di kehendaki secara FREE. Alah korang taulah nanti.

4. Once dah register, dah boleh guna terus dah Hotel Quickly App ni.

5. Pilih lokasi percutian korang yang last minute tuh, kalau korang perasan harganya memang betul murah daripada biasa.

6. Hah teruslah book dan pi bercuti ek

Untuk pembaca setia blog CIK LILY PUTIH yang setia lagi baik ni.

Hotel Quickly dengan baik hatinya nak berikan discount untuk korang ek.


Korang just masukkan code : HQLILY untuk redeem 10& discount under the ‘Credits’ tab. Untuk korang refer klik kat (http://www.hotelquickly.com/m/lily) (shorten link: http://goo.gl/gimGY3)

Kemudian just bayar balance duit bilik dengan credit/debit card atau pun paypal untuk confirm ek.

Bagi aku, bagus jugak ada app sebegini. Bukan apa, bukan saje kita dapat untung malah pihak hotel pun untung jugak coz dapat jual bilik yang kosong kan. So kira macam win-win situation lah.


Aplikasi HotelQuickly boleh di gunakan di dalam 6 jenis bahasa dan boleh di dapati di Australia, Cambodia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Myanmar, Macau, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

So apa lagi, cer-cepat download Hotel Quickly Mobile App ni ek, untung-untung dapat pi bercuti kat kemana-mana korang suka tanpa fikirkan ada bilik hotel ke tak untuk tidur ek.

Thanks Hotel Quickly for the invite.