Showing posts with label fish and chip. Show all posts
Showing posts with label fish and chip. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Makan Tengahari Dengan Set Lunch Gusto Di Fish & Co.

Hi Korang,


Ermm pilihan makan sedap waktu tengahari, mesti semua orang nak bedal nasi campur je kan. Tapi muak jugak kalau hari-hari kan, kita mesti pelbagai menu makanan kita.

with Nisa Kay dan Nannie

Ok untuk peminat ikan-ikan sekalian, restoran Fish & Co kini menyediakan set Lunch Gusto yang terbaru dan pelbagai pilihan makanan laut. See see best kan..

Jom check it out

Bila sebut set lunch ini mestilah waktu makan tengah hari sahaja iaitu bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Ia tawaran untuk hari bekerja dari Isnin sampai Jumaat dan tidak available pada hari cuti dan cuti umum. So ingat tu tau!


Dalam promosi “Lunch Gusto” ini terdapat 2 meal ditawarkan di mana Value Meal dan juga Premium Meal. Korang yang membuat pesanan set ini, boleh sahaja membuat pesanan “super add on deal” pada harga RM 3.50 seperti

Paella rice 
Chips 
Mashed Potato 
Homemade Coleslaw 
Seasonal Vegetable 

Manakala jika ada yang inginkan Soup of the Day cuma tambah RM 5.95 sahaja.

Soup Of The Day

Korang juga boleh dapatkan Soup Of The Day secara percuma kat sini. Macam mana caranya korang kena upload gambar bersama makanan Fish & Co. kemudian letak caption "Hello From Fish & Co. Malaysia" hastag #GlobalFishCo. Nanti korang boleh dapat soup secara percuma.

Set Value Meal


Setiap pelanggan yang order set value meal, kombinasi adalah satu set main course seperti di bawah dan air pilihan. Air yang boleh dipilih ialah coke, sprite, ice tea dan passion fruit. 

Pilihan set main course adalah seperti

Spicy Prawn Spaghetti (RM 19.95) 

Coriander Catch (RM 18.95) 

Seasonal Catch With Spice Teriyaki Sauce (RM 11.95) 

Grilled Parmesan White Fish (RM19.95) 


Set Premium Meal


Setiap pelanggan yang order set value meal, kombinasi adalah satu set main course seperti di bawah dan air pilihan. Air yang boleh dipilih ialah coke, sprite, ice tea dan passion fruit. 

Pilihan set main course adalah seperti 

Grilled Peri-Peri Chicken with Artic Fish (RM 21.95) 

Salmon Spice Teriyaki (RM28.95) 

Grilled Salmon Mediterranean (RM 28.95) 

Kalau tak nak makan yang set meal, korang ada pilihan menu ala-carte jugak. Dont worry ek, Fish & Co ada semuanyalah.

Caeser Salad With Grilled Chicken (RM 11.95)

Seafood Lunch Platter (RM 28.95)

The Best Fish & Chips In Town (RM 16.95)

Spaghetti Pomodoro (RM 10.95)

Vongole Aglio Olio (RM 14.95)

Nampak tak?

dengan bebudak table sebelah

Banyak tuh pilihan kan, takut tak terpilih yang mana satu nak makan je ek hehehehehe

credit photos to blogger Sally

Kalau korang nak update terkini boleh layari laman facebook Fish & Co. 

Facebook : 

Instagram : 

Laman web : 

Dah apa tunggu lagi, jom pi makan ek




Wednesday, April 29, 2015

Makan Tengahari Di Fish & Co iOi City Mall Putrajaya Sempena Grand Opening

Hi Korang,


Tengahari kalau tak de apa-apa memang aku duk memerap kat opis ni je, malas nak kuarlah sebab panas.Sungguhlah hai puteri lilin kan. Padahal hitam legam melemiuh muka tu kan hahahaha


Bila dapat invite dari Fish & Co untuk ke grand launching outlet mereka yang terbaru iaitu di iOi City Mall Putrajaya of courselah tak nak lepaskan peluang. Lagipun lama dah tak ke sana so pegi jelah bukan jauh dari office.



Duduk semeja dengan blogger Suria Amanda, majority press yang ramai blogger cuma ktorang berdua je, sementara nak tunggu event start, of courselah bergambar di photobooth yang di sediakan.



Fish & Co melancarkan cawangan terbarunya di iOi City Mall Putrajaya berikutan kejayaan outlet-outlet sebelum ini di One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Paradigm Mall, Place Utama @ USJ 21, dan The Mines Shopping Mall.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihak media dan blogger. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Lee Yeow Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Berhad, bersama-sama dengan Director Fish & Co. Steve Tan





Ktorang di hidangkan dengan menu lunch buffet termasuklah Grilled PeriPeri Chicken, Grilled Salmon, Seafood Pizzas, Captain Hook (fish fillet), dan pelbagai lagi menu yang sedap dan lazat. Makan dalam kuali mestilah awesome kan hehehehe




Thank you Fish & Co sebab sudi menjemput Cik Lily Putih ke grand launching ni, so lepas ni tak yah nak pi jejauh nak makan ikan kan hehehehe

Cik Lily Terfikir : nasi butter diiorang ni sedap lah ek, nak tambah tapi malu la plak..

Tuesday, November 25, 2014

Fish & Co Christmas Party Dan Fish’mas Platter Set Menu.

Hi Korang,


Biasalah bila dah dekat hujung tahun ni, blog Cik Lily Putih ni dapat banyak jemputan makan-makan sempena perayaan Krismas tidak lama lagi. So memang senantiasa makan jelah kan.


So baru-baru ni Fish & Co memperkenalkan hidangang menu Krismas yang dikenali sebagai Fish’mas Platter. Majlis di adakan di outlet Fish & Co Pavilion KL.





Party yang cukup meriah yang dihadiri lebih dari 150 tetamu termasuklah media, VIP selebriti seperti Hujan, Vagabonds, pahit manis dan Oh Chentaku! Turut hadir ialah blogger lifestyle seperti Shakiddo.com, HazmanFadzil.com, Mahamahu.com, CikLilyPutih.com dan KitePunye.com.




Ok sempat ktorang bercamwhore di photobooth yang di sediakan. Posing sebanyak mungkin la iolls, sampai bosan dah budak yang jaga booth tuh.. hehehehhe teruk ek




Steve Tan, Pengarah Ikan & Co merasmikan pelancaran Fish’mas Platter bersama-sama dengan Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion KL.“ This Christmas, we were inspired by Caribbean cuisine. Traditionally, people at the Caribbeans grabbed whateveringredients they have and cook it in a pot. We wanted to serve our guests with some oven-baked Cajun seafood goodness with extravirgin olive oil and various spices,” Steve memaklumkan kepada tetamu.

Ermm abis je launching, ada pelbagai permainan yang di sediakan untuk ktorang yang hadir ni.




Sempatlah ktorang main game as ‘Most Amazing Santa Beard’ dan ‘Fill the Stocking’. Sampai sakit-sakit perut gelak kan, semasa main game ni. Game ni biasa je, tapi lawaknye yang lebih. Menang bawak balik voucher makan di Fish & Co RM50 ermm best kan.

Ok its makan time,

Inilah dia Fish’mas Platter Set




Terdiri daripada sekuali besar makanan laut seperti clams, mussels, udang dan sotong serta termasuk juga dengan ayam yang dibakar berjuicy dengan rempah Cajun. Di tambah sekali dengan Fish’mas secret spices dan minyak zaitun.

Set ini di datangkan sekali dengan sup dan minuman ringan untuk 2 orang.

Harga RM89.95++.


Jom dapatkan set Fish’mas Platter ini di ke semua outlet Fish & Co seperti 1 Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, Tempat Utama @ USJ 21 dan outlet terbaru, IOI City Mall @ Putrajaya untuk masa yang terhad bermula dari 1 Disember 2014.


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, 



Friday, June 27, 2014

Makan-Makan Sempena Buffet Ramadhan di Fish & Co Restaurant, Pavilion

Hi Korang,

Aku memang dah biasa makan dekat restoran Fish & Co ni. Tak kira memana outlet pun semua aku dah try kecuali yang dekat The Mines coz tak de masa nak singgah.


Tup-tup ada plak jemputan makan-makan dari pihak restoran sendiri, so haruslah aku heret Mr Big sekali. Dah tentulah dia suka, maklumlah favourite food dia sejak dari dulu lagi.


Ktorang di sambut oleh Junee, one of the PR yang handle program ni. Rupanya ktorang pernah jumpa dulu masa dia kerja kat tempat lama dia. So majority bloggers yang di jemput ni kebanyakannya aku kenal lah. Jadi lagi senang nak buat networking kan hehehehe..


Kira macam kreatif jugak letak blog header ktorang kat table, comel plak aku rasa blog header aku daripada orang lain hahahahahaha

amik gambo kat food display,senang sket kan

hebat sungguh cara diorang mengambil gambo ek

minum-minum dulu sambil makan udang sedap tuh, aku sendiri makan lebih dari 5 ekor tau sebab sedap punya pasal hehehehehe


tablemate ktorang, bro denaihati.com, eyriqazz.com dan eizil.com

Ok camwhore session sementara tunggu blogger lain sampai. Bergambo jelah tanpa rasa jemu.


Emcee pada hari tuh ada Dollah Cantik. Ermm rasa ramai kot yang kenal, yelah Floor Manager Astro yang paling glamer tuh. Kalau ada event-event LIVE memang dia yang jadi FM nya.




Ms Charmaine Tan, selaku one of Fish &Co team memberi kata-kata aluan sket. Beliau menerangkan serba ringkas menu buffet Ramadhan yang telah pun disediakan untuk bulan Ramadhan nanti.

Inilah dia set menu bagi bulan Ramadhan 2014 nanti


Simple je kan, just nice untuk 2 orang berbuka puasa hanya RM64.95 je. Bolehlah tukar-tukar untuk rasa nanti, nampak cam besar portionnya kalau tengok gambar kat banner ni.


Ada cabutan bertuah tapi cam biasa aku tak bertuah pun. Hadiahnya best tuh, monopod with remote shutter dan Beats earphone.Untunglah sapa yang bertuah tu kan.

Ok jom merasa makanan.

Summer Coolers

Inilah dia minuman rasmi untuk set menu ramadhan nanti. Kemain minuman rasmi bagai, sedap. Tak berapa manis dengan syarat hendaklah di kacau terlebih dahulu sebelum minum kan. Kalau tak boleh potong kaki oooo

Grilled Peri-Peri Chicken with Arctic Fish


Sedap la coz gabungan ikan Pollock yang digoreng garing dengan boneless chicken bersama sos special. Ada plak kentang goreng dan coslew. Aku siap pau Mr Big 2-3 kali lah.

Seasonal Catch with 2 choice Sauce

Ikan dori di masak secara gorengan yang dihidangkan sekali dengan mashed potato dan nasi. Ada 2 pilihan sauce iaitu Sambal sauce dan juga Spicy Teriyaki. Not bad jugaklah, aku makan dua-dua sekali. 

Triple Chocolate Cake

Untuk nak tambah kesedapan lagi di dalam set menu ramadhan ni, di sertakan dengan pemanis mulut sekali iaitu Triple Chocolate Cake.


Hah amik ko, coklatnya yang pekat tapi lembut bila masuk ke dalam mulut. Ermm lazatnya

Prawn Fritters

Yang ni plak, merupakan hidangan tambahan/sampingan bagi set menu ramadhan ni. Korang boleh je add-on pada harga RM 8.95 je.

Memang betul-betul kenyang dibuatnya.


Ini adalah sos wajib ada bila pi makan di sini. Minced garlic+ginger, tomato pes sauce, tartar sauce. Betul ke tidak ni ek, tapi cam tulah yang tekak aku rasa. Kalau salah, memintak team Fish & Co tolong betulkan ye.

Nampak macam portionnya kecik je tapi semput jugak nak abiskan sekuali ni. Ewah macam kuali besar sangat, alah kuali yang orang selalu buat deco tu lah.

Abis makan, jom kita sambung bercamwhore lagi ek.

tau tak monopod ktorang tu ape? batang pancing wokeh..




Yeah, sangat-sangat awesome dengan bebudak bloggers ni. Fish&Co team pun sporting abis.


Kalau dah suka sangat, mehlah ke sini

Pavilion KL (with alfresco dining)
Lot No. C4.02.00,
Level 4, Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: + 6 03 2141 1350


comel tak monopod aku? pakai garfu je

Senang kan, alah dalam Pavilion je. Bawah TGV cinema tu hah. Bolehlah malas nak bersesak dalam jem balik pi je makan kat sini.