Monday, July 11, 2011

Cik Lily Join 'The Elmo Band' As Drummer Tau!

Hi Korang,

Hari-hari isnin ni, tak payah lah citer yang heavy kan. Kang semua orang kena Monday Blues kan lepas lepak kat blog aku. 

Meh aku nak citer sket, aku sekarang ni dah join main band plak. Aku jadi drummer ok. La tak caya, meh tengok gambo nie

The Elmo Band

Hah, jangan terperanjat ok. The Elmo Band baru je ditubuhkan semalam masa Twisties Band Hero Party. Apa macam? Cool kan. 


Yang best tuh, aku ni jadi drummer ok. Kagum tak? nasib baik dah biasa ketuk sudip kat kuali masa masak kan. Itu yang dapat experience tu kan. Practice 15 minit je pas tu dah terus perform depan orang ramai. Siap buat action2 sekali tau.

Hehehe more details tunggu citer selanjutnya.

by the way, mintak tolong korang vote aku tau dalam 'Bloggers Without Borders'. Kalau aku menang korang pun dapat habuan jugak tau.


Sunday, July 10, 2011

Sunday Post : Enaknya Nasi Lemak Di Sunway Lagoon

Hi Korang,

Pepagi ni kalau pekena nasi lemak mesti bestkan. Lebih2 yang sambalnya sedap. Memang terangkat lah. Aku plak pekena nasi lemak ni kat Sunway Lagoon hari tuh. Ada event dengan In-Trend Magazine. Memang seronok abis.


Nantilah aku citer lagi dengan korang, now tengah sibuk google map nak pi kenduri sambil jumpa Lisa Surihani lagi kejap lagi. 

Happy Weekend Korang!

Saturday, July 9, 2011

P1 4G One Plan Media Launch @ P1 Paddock, PacketHub

Hi Korang,

Baru-baru ini aku berpeluang ke pelancaran P1 4G One Plan di P1 Paddock, PacketHub Petaling Jaya. Ramai jugak para media yang hadir di majlis yang simple tapi meriah.


One Plan merupakan pakej jalur lebar 2 dalam 1 yang lengkap P14G modem dengan WiFi yang berkuasa dan P1 'on the go' modem yang segak bersama kuota kongsi yang ditawarkan pada harga yang paling menarik di pasaran.

One Plan - 2 in 1 modem


Matlamat utama One Plan P14G ialah untuk memberikan pengguna pengalaman jalur lebar 4G yang terbaik di rumah dan juga di luar dengan modem yang sesuai. Ia juga menawarkan antara kuota penggunan tertinggi bagi jalur lebar tanya wayar di pasaran ketika ini iaitu sehingga 30GB sebulan dan memenuhi keperluan gaya hidup pengguna, kata Michael Lai, Ketua Pengawai Eksekutif P1.

Kadar Bulanan yang ditawarkan One Plan Pakej

Di antara faedah yang para pengguna dapat nikmati melalui ONE Plan ini ialah:-
  1. Buy 1, Get 2 modems
  1. Lowest cost indoor and on the go broadband combination in the market starting from RM 89.
  1. High shared quota up to 30GB
  1. Wifi and Voice ready home modems
  1. One service provider, one bill
  1. Better broadband experience! Optimized fo inddors and outdoor bradband performance

'Keperluan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami akan terus mendekati mereka untuk mempelajari, memahami dan memenuhi keperluan mereka dengan lebih cepat dan sebaik mungkin, kata Lai.


Di samping itu juga, pihak P1 Wimax juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti jigsaw puzzle, lontar bola dalam bakul dan memacam lah selain hidangan light dinner yang sedap kan.


Menarik kan One Plan ni kan? Aku rasa dengan harga yang ditawarkan P14G ini dapat menarik minat lagi para pengguna broadband beralih ke pakej One Plan ini.  

Untuk lebih details, korang leh click kat P1 Wimax website ek.

Bibir Lebih Sihat Dengan Maybeline Lip Smooth Colour Bloom

Hi korang,

Orang pompuan kalau nak keluar rumah at least mesti nak calit sket lipstick kan. Aku pun sama gak. Tapi aku lebih suka lip gloss/balm dari pada lipstick sebab lip balm ni kurang sket kekeringan bibir aku ni kan.


So aku pilih Lip Smooth Colour Bloom dari Maybeline sebab ianya transperant dan boleh berubah warna mengikut temperature badan kita. Lip Balm ini ada 2 versi iaitu pink blossom dan peach blossom. Means setiap orang tidak akan dapat color yang sama, samada lagi terang atau pudar.

Memang sesuai untuk remaja dan mereka yang lebih suka menggunakan Lip Balm rather than Lipstik. Aku dah try, yang pink blossom nampak lagi menyerlah dari peach blossom. Ala-ala comel je rasanya guna Lip Balm ini. 


Bukan itu je, dengan formula perlindungannya minyak jojoba Provitaman dan anti oksidan E yang semulajadi, Lip Smooth Colour Bloom dapat melembutkan dan memperbaiki bibir korang senantiasa dan juga ianya mempunya perlindungan SPF 16. 


Rona yang paling unik untuk bibir korang, Of courselah rona kepunyaanmu! Kini, warna bibir berubah mengikut dirimu. BARU.. Lip Smooth Colour Bloom, colour changing lip balm.

Dapatkan kedai-kedai utama dan farmasi sekarang juga dengan harga cuma RM14.90.

Aku? dah ada dah. Tukar-tukar pakai. Best!
 

Friday, July 8, 2011

Bloggers Sport Carnival @CityGolf Bangsar

Hi Korang,

Lambat plak aku update citer pasal event ni. This week busy sket lah.


Ktorg dapat invitation ni dari Nuffnang lah sapa lagi kan. Ramai jugak geng bloggers yang datang jugak lah. So bestlah kan, sambil bersukan sambil bergossip2 hehehehhe.


Ktorg kena main 4 game untuk sport carnival ni. Dart, Pool dan 2 game untuk golf. Memula tuh sempat jugak practice kan. Hah, terswing2 bebudak ni kan. Aku plak pi explore Citygolf ni. Cantik viewnya, kiranya tempat ni macam driving range but indoor. Ada golf set untuk lefthanded lagi. Trainer kat sini bebaik belaka and very helpful.


Dah abis practice sementara game start ktorg makan dulu. Not bad jugaklah especially chicken wings. Sedap. Cuma air je kene pakai coupon bab tu yang leceh sket kan.

Tunjuk skill ok


Semua game berjalan secara serentak. So terlari2 ktorg kesana ke mari. Memula sekali main pool. Best jugaklah first time pegang kayu pool ni. Hah apa lagi tonjol je segala bola yang ada. Lepas tu plak, beratur pi main dart.

Tengah belajar cam ne nak swing kan

Kemudian ktorg main golf tuh. Aduh rupanya nak swing tu ada step yang tersendiri. Letih2 jugak pegang kayu golf tu kan. Walaupun susah but aku manage buat swing cantik. heheheh best tuh.

Sementara nak tunggu result, ktorg lepak2 kat outdoor site sambil borak2 dan main dart. Tup tup nama aku berdua kena panggil. Rupanya ktorg top 6 dalam game dart. Uit tak sangka betul lah. Lawan lagi antara top 6 nie. Ermm aku dapat no. 3 je. Ala tak perlah suka2 kan.



Bila result di umumkan terperanjat jugak aku rupanya mr Big menang main golf. Macam tak percaya je. Swing dia yang paling dekat dengan hole. Ermm hadiah utama tuh ktorg menang. Dapat test drive memana kereta BMW yang aku suka during weekend. Terblur sekejap pun ada.


Aku rasa mr Big dah macam artis dah. Semua orang sibuk bergambo dengan dia dan replika BMW yang dapat jugak tuh. Letih juga aku tengok dia senyum kan. Ramai jugak orang nak amik gambo dengan dia. hehehe

Anyway thank you Nuffnang dan Citygolf for hadiah yang awesome nie.. Once ktorg dapat kereta tu, nanti aku citer lagi kan.