Showing posts with label lip smooth colour bloom. Show all posts
Showing posts with label lip smooth colour bloom. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Bibir Lebih Sihat Dengan Maybeline Lip Smooth Colour Bloom

Hi korang,

Orang pompuan kalau nak keluar rumah at least mesti nak calit sket lipstick kan. Aku pun sama gak. Tapi aku lebih suka lip gloss/balm dari pada lipstick sebab lip balm ni kurang sket kekeringan bibir aku ni kan.


So aku pilih Lip Smooth Colour Bloom dari Maybeline sebab ianya transperant dan boleh berubah warna mengikut temperature badan kita. Lip Balm ini ada 2 versi iaitu pink blossom dan peach blossom. Means setiap orang tidak akan dapat color yang sama, samada lagi terang atau pudar.

Memang sesuai untuk remaja dan mereka yang lebih suka menggunakan Lip Balm rather than Lipstik. Aku dah try, yang pink blossom nampak lagi menyerlah dari peach blossom. Ala-ala comel je rasanya guna Lip Balm ini. 


Bukan itu je, dengan formula perlindungannya minyak jojoba Provitaman dan anti oksidan E yang semulajadi, Lip Smooth Colour Bloom dapat melembutkan dan memperbaiki bibir korang senantiasa dan juga ianya mempunya perlindungan SPF 16. 


Rona yang paling unik untuk bibir korang, Of courselah rona kepunyaanmu! Kini, warna bibir berubah mengikut dirimu. BARU.. Lip Smooth Colour Bloom, colour changing lip balm.

Dapatkan kedai-kedai utama dan farmasi sekarang juga dengan harga cuma RM14.90.

Aku? dah ada dah. Tukar-tukar pakai. Best!