Friday, July 8, 2011

Daydeck, Aku Nak Fridge Magnet Tuh

Hi Korang,

Aku dah lama perasan giveaway si daydeck ni buat. Tapi aku tak berkesempatan nak join. Lately busy betul dengan aktiviti bersosial kan. So sekarang ni baru ada masa cepat2 aku join.


Banyak betul koleksi si Daydeck ni. Yelah orang kaki travel kan. Bukan cam aku, asyik tak de masa nak pi bercuti kan. Apa-apa yang ko kasi aku ok je sebab semuanya aku tengok cantik2 lah.

Kalau korang kaki Fridge Magnet nie, baik cepat korang join tau. Datelinenya dah dekat kan. So kalau nak join korang click kat sini tau.

Cepat tau

Thursday, July 7, 2011

Sayangi Kereta Anda : Jom Ikut Aku Ke Kedai Aksesori

Hi Korang,

Sembang pasal kereta lagi.

Bila ada free time during weekend mr Big memang suka ajak aku pi kedai aksesori kereta ni. Apa yang best pun aku tak pun tak tau. Bukan sekejap lama plak tu. Ntah apa yang dibelek pun aku tak tau. Bila di tanya kenapa suka lepak kat sini? Dia cakap alah cuci mata je macam u pi kedai make-up jugak kan. Ini consider cam kedai make-up tapi untuk orang lelaki lah kan. 


So ktorg pi one of kedai aksesori kat Bangi ni. Alah dekat je dengan murah. Somemore ada sale plak tu kan. Sesampai terus je naik tingkat atas coz bahagian bawah untuk servicing dan entertainment macam DVD player, TV, speaker dan memacamlah. 


Naik2 atas je ermm pelbagai jenis aksesori ada. Dari kecik2 mentol lampu sampai ke besar2 spoiler or skirting kete. Mr Big terus je hilang coz leka nak cari bebarang kan. Aku pun sempat jugak lah snap sekeping 2 gambo kan. Hah, meh tengok gegambo ni. 

 
Cantik kan

Suka betul diorg nie kan

 
Air filter yang pelbagai colour. Cantik kan

Idaman aku nie, sejak dari pakai kereta kecik dulu sampai hari ni still tak dapat nak tukar lagi
Untung jugak mrBig ajak aku datang kedai ni. At least aku tau jugak serba sket pasal hal kereta lagi kan. Kira macam proses pembelajaran pasal kereta lah kan. Now bila orang sebut pasal coil, spark plug, fuel pump aku dah kenal rupanya dan function benda2 ni.

Korang pun tambah ilmu jugak kan

Wednesday, July 6, 2011

Sempat Bergambar Dengan Artis Semasa Majlis Pra Tonton Filem Tolong! Awek Aku Pontianak!

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku menghadirkan diri ke pra-tonton Filem Tolong! Awek Aku Pontianak! kat TGV Wangsa Walk. Thanks to Maxis coz bagi ticket nie kan. Ktorg dapat 4 invitation lagi. Walaupun baru je sampai dari Penang but sempat jugak kan berjalan.


Lepas amik tiket tu terus je pi makan kat Kunyah Cafe dengan Hazman and frens. Kemudian baru masuk panggung. Rupanya free seating. Ktorg dapat tempat bawah but best jugak coz viewnya lebih luas. Sekali masuk2 ada artis seperti Liyana Jasmay, Nurul, Zahiril Adzim dan a few lagi lah.


Sebelum citer lebih panjang lagi, meh korang layan sinopsis filem Tolong Awek Aku Pontianak nie:

Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.


Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu?
Hah, apa macam? Teruja tak? Ermm bagi aku citer nie totally kelakar abis. Jalan ceritanya simple dan senang nak faham. Komedi romantik lah katakan. Thumb up to Zahiril Adzim coz lakonannya memang terbaek lah. Liyana Jasmay pun not bad. Kalau korang penah tengok Cinta Si Pari2 hah lebih kurang cam tu lah watak Liyana. Sesangat funny.

Mr Big cakap dia bagi 3.5 out of 5 untuk filem ni sebab citer lawak sesangat.

With Zahiril Adzim

With Pian TAAP

Liyana Jasmay yang sporting

Mr Big with Nurul

Anyway sebelum balik sempat jugak bergambar dengan pelakon2 filem nie. Diorg memang sporting abis. Siap boleh borak2 lagi kan. Aku sempat jugak borak dengan Zahiril pasal buku dia 'Bogel Menuju Tuhan' tuh. Sekarang ni on 2nd print, yang 1st tu dah abis. Dia totally tak sombong langsung

Sekali sekala dapat meet and greet dengan artis ni best jugak kan.

Ok dah.. nak buat benda lain plak lah... hehehehe..









WW - Rezeki Turun Dari Langit

Hi Korang,

Wordless wednesday untuk this week.


Moga-moga di limpahkan rezeki yang berlipat ganda kepada ke semua bloggers yang selalu lepak kat blog aku ni kan.

Amin..

Tuesday, July 5, 2011

One Great Day in Penang

Hi Korang,

Sekarang ni aku berlive blogging dari Penang dalam bilik hotel kat Gurney ni. Alah pi satu hari satu malam je ada meeting plak kat HQ ni. So the whole team kena ke Penang lah kan. Segalanya disiapkan dari start travel sampai ke umah esok. Tempat tinggal, mileage semuanya di cover. Seronok kan. Yelah tak kan nak kuar duit sendiri plak, mestilah company tanggung.


Ktorg stay kat Gurney Hotel, menghadap laut tu. Selak langsir dah nampak laut. Not bad jugak hotel ni, biliknya besar, bilik air pun mantap beb siap ada jakuzi tuh. Tapi tv je zaman batu lagi, kejap ada suara kejap bisu. Tak perlah janji internet 24 jam kan.


Meeting start lebih kurang kul 4pm cam tu. Banyak jugak aku belajar dari meeting ni. Tak yah nak citer dengan korang kang korang tau plak rahsia company aku kan. hehehehe just joking lah. Ala pasal brainstorming staff je.

Combinasi yang tak sesuai langsung

Gila korang aku nak minum kan.

Kuaci Geng..

After that ada light dinner kat main office nasib baik sebelah je kan. Dekat je, tukar2 lift. Masuk2 je ada chapati, nasi kandaq, pasemboq ermm memacam Penang food. Alcohol drink tu memang biasa dah dalam culture company aku so tak heranlah kan. Tapi aku tak minum ok.


Balik bilik, lepak kejap tweet2 then kuar lagi jejalan kat area Gurney Drive nie, masuk Gurney Plaza lepak2 pekena ice-cream Gelastissmo. Not bad jugak. After that pi jejelan plak kat Batu Feringhi nite market. Ingatkan tak bukak ari isnin rupanya ada.  Seronoklah diorg ni shopping kan. Beli itu beli ini. Aku? cuci mata jelah coz tak tau nak beli apa lah. Semua dah ada.

Licin pasemboq ktorg bedal, banyak dan harga pun not bad jugak.

Balik ktorg singgah lagi kat Gurney Drive untuk supper plak. Pekena pasemboq sepinggan share 3 orang. Kenyang tak ingat, memang sedap. Balik hotel pun jalan dah cam malas2 je.

Ok ok enough for now. Nanti sambung lagi lah. Chow...