Friday, June 17, 2011

Dapat Hadiah Comel Dari Mama Zharfan

Hi Korang,

Ingat lagi tak aku ada penah join tiny giveaway dari Mama Zharfan? Ermm terlucky dan menang jugak dalam giveway tu. So semalam sampai jugak hadiah comel yang di janjikan



Ermm aku suruh dia post kat alamat office. Itu yang kena padam semua tu kan. Aku jarang pi tengok mailbox kat umah aku, susah sket sebab kena lalu kat parking motor lah. Sempit. Selalunya mr Big yang tengok surat.

Nak tengok dalamnya tak? jom lah.


Ermm sweet kan. Comel2 dan colourful gift yang aku dapat. Sampai bebudak kat opis aku  ni nak jugaklah kan.

Tapi aku suka yang ini


Sebab senang nak bawak pi memana. Tak kiralah naik kapalterbang ke dalam keretapi ke dalam kereta pun kan.

So thank you to Mama Zharfan. Walaupun kecik but I really appreciate tau.. Tapi tak leh lawan Eyriqazz lah yang baru je menang Ipad2 kan.. Nyampah  + Jeles okeh... hahahahahahha


Happy Weekend Korang..

Thursday, June 16, 2011

Subway @ Sunway

Hi Korang,

Last friday, sebelum ktorang masuk ke Sunway Amphitheatre untuk tengok Magical Musical sempat jugak ktorg melepak kat Subway Restaurant dalam Sunway Piramid ni kan. Yelah mana boleh bawak makanan luar masuk Sunway Lagoon kan.


Subway ni actually restoran makanan sihat, makanan untuk orang diet lah kiranya. Bukanlah aku nak berdiet ke apa tapi restoran ni sememangnya paling cepat sekali nak dapat makanankan. Kita order je roti apa yang kita nak, then kita pilih je nak letak apa dalam roti tuh, nak sayur banyak ke, tak nak bawang ke, sos plak bermacam rasa pun kita boleh pilih. Soft drink boleh refill but each refill bayar seringgit je. Murah kan.

Mushroom Soup yang pekat dan sedap


Aku pilih Chicken Teriyaki. Tengok sayurnya banyak kan.

Khasiat mentekedarah Subway Sandwich ni ialah :-

a) To Reduce Fat and Calories
Bahan yang digunakan rendah kalori dan lemak. Sayur2 plak segar. Ada jeruk2 lagi kan

b) To Reduce Sodium
Tak banyak sodium dalam bahan yang digunakan. Sos plak yang jenis membakar lemak punya  

c) To Increase Fiber
Boleh mintak untuk letak sayur sebanyak mungkin yang korang suka tau

Hah mesti korang2 yang nak kurus tuh, teruja nak cuba Subway ni kan. Aku suggest korang try Subway Sandwich Club. Ermm intinya memang powerlah sedapnya. Alah bukan mahal sangat pun.

Kalaulah Subway ni ada kat Nilai, confirm hari2 aku bedal ni time lunch.


Wednesday, June 15, 2011

Masyuk!! Rezeki dari Exabytes

Hi Korang,

Perasan tak aku ada masuk satu contest yang Exabytes buat. Ermm lama tak lama jugak lah. Bulan lepas kot.

Tup-tup ada orang wish congrats plak kat aku. Aku tak perasan until aku dapat email ni dair Exabytes ni.


hehehehehe tersenyum sekejap dibuatnya. Memang tak sangka boleh menanglah. Seminggu lepas tu, hadiah pun sampai.


Tadaa.. Hagen Dazs RM Voucher.. hehhehehe


Ermm bilalah nak pi makan ice-cream Haagen Dazs ni ek. Weekend ni busy plak ada event lagi. Nantilah fikir dulu.

Terima kasih Exabytes.

WW - Kaki Karipap Betul lah

Hi Korang,

Wordless Wednesday untuk this week..


Dapat jugak makan karipap ni semalam. Ada orang kasi. Thank you kat orang kasi karipap ni. Sedap wei. Jauh datangnya dari Mutiara Damansara tau.

Tuesday, June 14, 2011

Jemputan ke Pratonton 321 Cinta

Hi Korang,

Ermm malam ni dapat invitation pi tengok citer 3 2 1 Cinta tau. Alah yang ada Diana Amir jadi tomboy tuh. Tak caye, check it out:-


Hah aku tak tipu kan. Aku rasa inilah first time aku menang movie contest citer melayu ok. Tapi apakan daya, tak sampai hajat aku nak pi tengok sebab keje melambak plak hari ni kan. Dateline esok.  Lagipun mr Big bukan kaki movie citer melayu.


Tapi tak per aku dah sub kan ticket aku nie kat Hazman. Yelah dia yang bagitau aku pasal contest ni kan. Tapi dia plak yang tak dapat. So better rasanya aku bagi dia daripada orang lain. Tak gitu kan.

Anyway Hazman, aku harap ko enjoylah malam ni ye. Mesti dapatlah amik gambo dengan Diana Amir kan.. hehehehhe. By the way, segala details aku ko jangan bagitau orang lain plak kan..

Anyway thank you Metrowealth kerana sudi menjemput aku.