Showing posts with label exabytes. Show all posts
Showing posts with label exabytes. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Masyuk!! Rezeki dari Exabytes

Hi Korang,

Perasan tak aku ada masuk satu contest yang Exabytes buat. Ermm lama tak lama jugak lah. Bulan lepas kot.

Tup-tup ada orang wish congrats plak kat aku. Aku tak perasan until aku dapat email ni dair Exabytes ni.


hehehehehe tersenyum sekejap dibuatnya. Memang tak sangka boleh menanglah. Seminggu lepas tu, hadiah pun sampai.


Tadaa.. Hagen Dazs RM Voucher.. hehhehehe


Ermm bilalah nak pi makan ice-cream Haagen Dazs ni ek. Weekend ni busy plak ada event lagi. Nantilah fikir dulu.

Terima kasih Exabytes.

Tuesday, May 17, 2011

Aku Ingin Bertukar ke Exabytes (MY) Sempena 10 Anniversary Super Blogger Contest

Hi Korang,

Sejak blogger.com down beberapa hari lepas, aku mula terfikir untuk bertukar ke web hosting berbayar. Eventho blog aku ni sudah berdotcom, tetapi service web hosting sekarang yang aku gunakan ini agak tidak memuaskan hati aku.


Bukan sebab harga atau masalah teknikal tetapi cara mereka ini aku dapat rasakan tidak sesuai bagi aku. Nak di jadikan cerita, aku terpandang iklan di Exabytes mengenai promosi yang di tawarkan untuk bertukar ke hosting provider sendiri.


Survey punya survey, aku tertarik dengan Personal Hosting - EBiz Home ini. Aku rasakan package yagn di tawarkan agak bersesuaian dengan apa yang aku gunakan sekarang ini.

Meh tengok apa yang ditawarkan untuk package pilihan aku ni kan.


Ermm not bad juga apa yang Exabytes tawarkan ni bersesuaian bagi aku blogger tegar kan. Selain dari itu, pelbagai features yang menarik juga termasuk di dalam package EBiz Home ini.


Walaupun rasa perkhidmatan yang di berikan lebih kurang sama dengan web hosting provider yang lain, aku rasa jaminan yang di berikan yang membuatkan aku lebih tertarik untuk beralih arah kepada Exabytes.


Harga pun tidaklah semahal mana cuma RM 139.00 setahun. Boleh kumpul duit sket-sket tak pun cash out je duit Nuffnang je. Mudah kan.


Berita baik untuk bloggers yang ingin bertukar ke dot com nie, Exabytes sedang mengadakan 'Super Blogger Contest' sempena ulangtahunnya yang ke 10. Ermm senang je syarat-syaratnya.


Betul tak apa aku cakap? Senang je. Tulis entry je kan pasal produk yang paling korang minat/suka then post je entry kat FB fanpage Exabytes.

Cepat-cepat join ok.