Monday, March 28, 2011

Sempat Lagi Membeli Belah Langsir di Warehouse Sale, Ampang Point.

Hi Korang,

Weekend lepas ktorg balik kampung. Mana lagi Sri Rampai, KL. Kampung sangat lah kan. Yelah mr Big kan orang KL. So itulah kampung ktorg.


Di sebabkan semalam tak de aktiviti nak buat lepas tengok pameran kucing kat Tasik Titiwangsa. So pegilah melepak ke Ampang Point. Lepas melantak mee mangkuk besau kat Taiwan House. Teruslah mencuci2 mata. Tengok2 ada plak warehouse sale bebarang rumah.


So singgah lah sekejap. Sekejap katanya, dekat 2 jam duk membelek barang2 murah tuh. Segala bendalah yang ditengok. Langsir, cadar, bantal, bantal sakit tengkuk, alas kaki dan memacam lagi lah.



Inilah yang sempat di sapu. Langsir tingkap, langsir sliding, langsir dapur, bantal lembu comel, bantal letak kaki. Mr Big cakap dah alang2 murah ni baik sambar, dahlah branded plak kan.

Shopping punya banyak barang, ingatkan mahal rupanya. Murah giler ooo. Tak sampai RM120.00 pun tau.

Ermm menggediklah korang tu kan, hah cepat pi ajak laki/mak/anak korang shopping kat Royel Ampang Point ni. Sempat lagi nie sampai 5th April 2011.

Cepat tau..

Menyanyi Menghiburkan Hati Bersama Si Dia

Hi Korang,

Hari ni lambat sket update, maklumlah banyak plak aktiviti ari2 cuti ni kan.

So masa Earth Hour 2011 semalam, aku tak buat pun apa yang aku tulis kat enrty semalam tau. Sebaliknya aku dan mrBig pi menghiburkan hati bersama family ktorg.


Actually tak plan pun nak pi melalak ni. Semuanya tak semena-mena je. Tengah duk borak2 tup2 timbul idea nak ke sana. So tempat yang ktorg tuju ialah di Red Box Sogo. Diorg siap dah jadi member kat kotak merah ni. Ktorg amik package yang siap makan tuh. Not bad jugak harganya.

So selama 3 jam tuh, sambil melalak sambil melantak. Buffetnya ok ok jelah tak macam Red Box Pavilion, siap ada scallop lagi. Kat Red Box Sogo ni menunya simple2 je.


Antara lagu yang menjadi pilihan ialah:-

1. Anuar Zain - Sedetik Lebih
2. Lagu2 pompuan yang tangkap leleh spt Ku Mohon, Gemilang, Bunga2 Cinta, Bertahta Di hati, Langit ke 7, Sekadar Di Pinggiran dan memacam lagi.
3. Lagu2 omputih spt I will survive, Home, Just the way u are
4. Lagu2 Indon spt Bukan Superstar,Terlanjur Cinta, Bukan Diriku,Hati Yg Kau Sakiti

Earth Hour Time

Aku rasa lebih 30 lagu kot yang diorg ni key in kat screen tuh. Lepas orang ni orang ni plak sampailah ktorg muak nak nyanyi kan. Selama 3 jam tu pelbagai aksi dan gaya nyanyian yang aku boleh tengok.

Sekali sekala berkaraoke bersama family memang seronok. Dapat asah bakat di samping mengeratkan lagi tali kekeluargaan kan. Betul tak?

So korang bila nak pi melalak ek, aku ikut!

Saturday, March 26, 2011

Mari Sambut Earth Hour 2011

Hi Korang,

Cam ne aku boleh lupa yang hari ni Earth Hour ek. Korang ingat tak?


Tahun lepas aku tak de apa pun kecuali tutup semua lampu kat umah then tengok tv je. Memang langsung tak inovatif kan.

Tapi tahun ni, aku mungkin nak buat:-



1. Candle Light Dinner
Alam masak apa yang patut kemudian makan kat balcony depan rumah so dapatlah mengirup angin malan kan



2. Duduk Borak2 Dalam Gelap
Of course dah lepas makan, mestilah borak2 kosong sket kan. Cerita lah pasal apa-apa pun kan.



3. Tidur
Kalau dah penat borak2, apa lagi masuk tidur lah jawabnya kan.

Anyway jom kita sesama jayakan kempen nie. Ala sekejap je 1 jam je dari 8.30pm sampai 9.30pm.


Happy Earth Hour 2011

Lagi Mahal Tiket Wayang Kat Sini

Morning Korang,

Dah weekend kan. Best giler dapat cuti nie. Walhal aku kena keje hari ni tapi penatlah dan nasib baik ada orang tukang cover.

Malam tadi sempat jugak aku berjimba dengan mr Big ke Pavillion. Buat apa lagi, tengok wayanglah. Tak kisahlah citer apa-apa pun sebab majoriti aku dah tengok wayang2 tu semua.

So ktorg pun pilih citer nie World Invasion : Battle Los Angeles. Walaupun aku dah tengok citer tuh but dia belom tengok so bawak jugak lah.

Nak tau harga tiket berape? Meh tengok gambo nie.


Apa macam, mahal giler tak? Uisk aku pun tak sangka. Apasal mahal plak tiket wayang kat Pavilion ni ek.  

Hehehehheeh jangan terperanjat korang, sebenarnya ktorg tengok kat

GOLD CLASS

Semestinya mahal lah kan. Tengok harga tiket pun dah tau kan. Berbaloi tau tengok kat Gold Class nie, pendek kata sangat selesa dari kesemua segi. Yang best tu, toilet dia boleh berpusing.. Kagum2..

Nantilah aku citer kat korang lagi..


Selamat Berhujung Minggu Korang

Friday, March 25, 2011

Jom Dapatkan Free Big Breakfast Di Mc Donald

Hi Korang,

Dalam minggu ni dah 2 kali aku dapat bedal big breakfast free kat Mc Donald ni. Seronok wei, yelah dengan belanja RM5 je aku boleh dapat 2 set of big breakfast kan.


Nak tau cam ne, korang pegi kat fanpage Mc Donald Malaysia then korang download je coupon tuh. Hah cam nie coupon nya




Btw, kalau korang download coupon dari Facebook nie, please make sure kat coupon tu nampak lambang facebook ok.

Cuma aku nak ingatkan korang free coupon ni until 31st March 2011. Better cepat tau.

So enjoy the moment