Showing posts with label redbox pavillion. Show all posts
Showing posts with label redbox pavillion. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Menyanyi Menghiburkan Hati Bersama Si Dia

Hi Korang,

Hari ni lambat sket update, maklumlah banyak plak aktiviti ari2 cuti ni kan.

So masa Earth Hour 2011 semalam, aku tak buat pun apa yang aku tulis kat enrty semalam tau. Sebaliknya aku dan mrBig pi menghiburkan hati bersama family ktorg.


Actually tak plan pun nak pi melalak ni. Semuanya tak semena-mena je. Tengah duk borak2 tup2 timbul idea nak ke sana. So tempat yang ktorg tuju ialah di Red Box Sogo. Diorg siap dah jadi member kat kotak merah ni. Ktorg amik package yang siap makan tuh. Not bad jugak harganya.

So selama 3 jam tuh, sambil melalak sambil melantak. Buffetnya ok ok jelah tak macam Red Box Pavilion, siap ada scallop lagi. Kat Red Box Sogo ni menunya simple2 je.


Antara lagu yang menjadi pilihan ialah:-

1. Anuar Zain - Sedetik Lebih
2. Lagu2 pompuan yang tangkap leleh spt Ku Mohon, Gemilang, Bunga2 Cinta, Bertahta Di hati, Langit ke 7, Sekadar Di Pinggiran dan memacam lagi.
3. Lagu2 omputih spt I will survive, Home, Just the way u are
4. Lagu2 Indon spt Bukan Superstar,Terlanjur Cinta, Bukan Diriku,Hati Yg Kau Sakiti

Earth Hour Time

Aku rasa lebih 30 lagu kot yang diorg ni key in kat screen tuh. Lepas orang ni orang ni plak sampailah ktorg muak nak nyanyi kan. Selama 3 jam tu pelbagai aksi dan gaya nyanyian yang aku boleh tengok.

Sekali sekala berkaraoke bersama family memang seronok. Dapat asah bakat di samping mengeratkan lagi tali kekeluargaan kan. Betul tak?

So korang bila nak pi melalak ek, aku ikut!